Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

19

Haejoo pov

Aku bangun daripada lenaku apabila terdengar bunyi alarm phone . Jap , bukan ke semalam aku tidur dekat —

Jangan kata Gyu angkat aku sampai rumah la ? Adoi Haejoo ! Gyu dahla sakit . Kau menambahkan sakit dia pulak .

Nasib baiklah harini cuti . Bolehlah dia berehat lepas angkat aku semalam . Walaupun aku tahu aku ringan , tapi jauh jugak perjalanan dari tempat lepak tu dengan rumah aku .

Terus aku bangun dari katil dan terus bergerak turun ke bawah . Kelihatan Jihoon sedang sibuk menyediakan sarapan . Uish sejak bila ?

" Oi Jihoon , sejak bila kau baik hati buatkan breakfast ni , gomawo — "

" Kepala hotak kau . Aku buat untuk aku je , kalau kau nak , kau pergi buat sendiri ! Takkanlah scrambled egg pun tak reti buat ! Dasar anak dara pemalas ! "

Aku mencebik apabila dia tak henti membebel mengalahkan makcik sajat . Rasa nak tumbuk pon ada sebenarnya , tapi aku kena bersabar . Sebab dia abang aku .

" Btw , macammana aku balik semalam eh ? "

" Beomgyu angkat kau lah ! Kesian aku tengok dia tu . Dahla pucat . Pastu kena angkat kau yang macam anak gajah "

Aku dah agak . Adoi Beomgyu . Baik betul kau ni . Tak sia-sia ada bestfriend macam dia .

Baik aku pergi rumah dia . Aku nak ucap terima kasih sebab tolong angkat aku sampai kerumah . Tapi sebelum tu , baik aku mandi . Takkanlah nak pergi rumah orang tunjuk air liur basi an . Kang tak pasal-pasal tak boleh jadi menantu pilihan . Eh ?

Malas nak describe , moh la kita skip . Setelah siap , aku terus keluar rumah untuk ke rumah sebelah .

Tapi , kenapa macam takde orang ? Aku telek sikit ke pagar sebelah . Kereta pun takde . Mungkin dia keluar dengan family dia kot ?

" Haish penat-penat je aku mandi . Rupanya takde kat rumah "

Terus aku masuk ke dalam rumah semula . Perut dah berbunyi , baik aku buat makanan . Baik aku masak ramen . Kau jangan tanya apa-apa , aku memang suka breakfast berat . Kchau .

_____
Author pov

" Nampaknya , kita kena percepatkan tarikh tranfer Encik Beomgyu ke luar negara "

Kata Doktor Lee apabila dia selesai memeriksa keadaan Beomgyu . Pagi tadi , mereka bergegas ke hospital apabila Beomgyu tiba-tiba sahaja mengadu sukar bernafas .

" Apa maksud doktor ? "

" Kanser awak sudah menaik ke stage 3 . Sel-sel kanser dah merebak ke paru-paru awak . Dan kami tak boleh buat apa-apa melainkan mempercepatkan perpindahan awak ke Ireland . Pakar-pakar di sana akan cuba yang terbaik untuk merawat awak . Mereka lebih mahir "

Panjang lebar Doktor Lee menerangkan hal yang dialami . Ya , Beomgyu telah disahkan menghidap Kanser tahap 3 . Kata doktor , sudah 3 bulan sejak sel kanser itu hadir semula tanpa mereka sedar .

Sebelum ini , memang Beomgyu selalu mengalami simptom seperti sakit kepala , sakit dada . Tapi dia cuba gagahkan diri untuk teruskan aktiviti hariannya seperti biasa .

Sebak hati Beomgyu apabila terkenangkan penyakitnya . Disangkanya rawatan 10 tahun dahulu sudah melenyapkan penyakitnya itu , namun sangkaannya meleset .

" Bila saya akan bertolak doktor ? "

" Esok . Bermakna awak ada lagi beberapa jam sahaja "

Air matanya bertakung . Dia masih tidak bersedia untuk tinggalkan sesiapa . Ramai insan yang tersayang tinggal disini , termasuklah Park Haejoo , si crush sehidup sematinya .

Eommanya memeluk tubuh satu-satunya anak lelaki kesayangannya itu . Seorang ibu juga tidak sanggup untuk melihat anak mereka menderita sakit .

" Eomma yakin , kamu akan sembuh Gyu . Just ikut sahaja cakap doktor , everything will be fine "

Beomgyu yang sudah tersedu-sedan menangis di bahu ibunya itu mengangguk perlahan . Apa yang boleh dibuat , memang muktamad , dia akan berpindah ke Ireland .

______

Seorang jejaka perlahan-lahan berjalan masuk ke dalam shopping mall itu . Siapa lagi kalau bukan si Lee Minho , si mamat beku .

Kakinya terus sahaja menuju ke kedai barang kemas 'swarovski' . Saya rasa anda boleh agak bukan dia mahu beli apa ?

Dia masuk dengan gahnya sambil tangannya diseluk ke dalam coatnya . Semua staff di kedai itu memandang tidak berkedip . Mana tidaknya , orang handsome masuk kedai kot !

Berebut-rebut staff mahu menjadi pelayan si Lee Minho . Sampai mereka bertolak-tolak sesama sendiri . Minho hanya menggeleng sahaja . Di sekolah begitu , di shopping mall pon begitu . Siapa suruh jadi handsome !

" Ya encik , cari apa ya ? Cari jodoh ke ? "

Seorang pelayan wanita yang agak gedik bernametag 'Nursajat' mendekati Minho . Dari segi gaya , nampak macam pondan .

" Dah tentulah aku nak beli barang kemas , takkanlah aku nak tengok muka sundal kau yang pondan tu ! "

Selamba saja Minho berkata membuatkan akak sajat itu hampir menangis . Dia segera menghentak kaki lalu berlalu dari situ , memanggil kawannya yang lain untuk layan si Minho .

" KAU PERGILAH LAYAN DIA ! SAMPAI HATI DIA KATA AKU PONDAN ! "

Dengan langkah gedik bercampur dengan air mata palsu dia masuk ke dalam bilik staff . Minho rolled eyes . Masih wujud manusia yang sebegitu .

" Maafkan kami ya encik , dia periodt sikit harini . Ada apa yang saya boleh bantu "

Akhirnya seorang staff yang agak ayu perwatakannya yang menjadi pelayan . Minho bersyukur kehadrat ilahi .

" Boleh pilihkan saya rantai yang paling sesuai untuk , err . Confession ? "

Minho malu sebenarnya mahu menanya . Sebab ini kali pertama dia beli sesuatu untuk orang yang disayangi .

" Pada pendapat saya , yang ini sesuai "

Perempuan itu menunjukkan seutas rantai yang bertatahkan berlian berbentuk love .


Dia tersenyum melihat rantai itu . Cantik . Pasti Haejoo suka .

" Saya ambil yang ini "

_____
Haejoo pov

Aku sekarang sedang berada di atas katil sambil menonton drama true beauty . Sudah pastinya aku berada di #teamseojun . He deserves better .

Sedang aku syok menonton , tiba-tiba sahaja aku dapat panggilan daripada seseorang . Kacau betullah , dahla sekarang tengah scene si Seojun menyanyi untuk Jugyeong !

Aku melihat siapa yang call . Mataku membulat apabila melihat manusia yang call aku . Terus sahaja aku angkat .

" Yeobuseyo , Beomgyu ? "

" Hi Haejoo ! Err kau free tak petang ni ? "

Haejoo berfikir sejenak . Dia ingin menonton drama . Tapi , kalau tolak , kesian pula dekat Gyu .

" Aku free je , kenapa ? "

" aku nak ajak kau keluar , dah lama kita keluar sama-sama kan ? "

" O-okay , boleh "

" Great ! Pukul 4.00 petang kita gerak . Naik motor aku "

Aku berfikir dua jenak , naik motor ? Dua orang ? Asal aku rasa cam —

" Okay "

Terus sahaja panggilan dimatikan . Jam aku kerling , sekarang dah pukul 3.00 . Baik aku bersiap . Taknak buat orang tertunggu . 

_____
Beomgyu pov

" Ready naik motor ? "

Haejoo yang berada di tepi aku tanya . Helmet aku sarungkan di kepalanya dan kemaskan . Sesungguhnya dia nampak comel sekarang ni .

" Naik belakang "

Laju sahaja dia naik di belakang aku . Yang kelakarnya , dia tak pegang aku .

" Baik kau pegang aku kuat-kuat , kalau kau taknak terbang melayang "

Terus aku acah-acah press motor kehadapan membuatkan dia terkejut dan terus peluk aku . Tahu takut .

" GYU ! TERKEJUT AKU BODOH ! "

Aku tergelak tak ingat dunia bila tengok muka dia yang jelas cuak dan nak menangis . Comel je .

" Let's go "

Dan terus sahaja motor aku meluncur di atas jalan . Kali terakhir aku akan keluar dengan orang yang aku sayang , Park Haejoo .

TO BE CONTINUED

AKU NAK CAKAP YANG FF NI SIKIT LAGI NAK HABIS . AND AKU PERASAN MAKIN LAMA MAKIN MENGARUT CERITA NI DUH . AKU AKAN CUBA UNTUK HABISKAN SEBELUM AKU MASUK SEKOLAH BALIK . HADAP SPM PULAK GAES ! OK BYE !

Special tag ; yhoondaisy

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro