16
Author pov
Ramai yang menghadiri majlis peringatan mendiang Soobin pagi itu . Haejoo tak dapat menghentikan tangisannya saat melihat makam Soobin yang berada di hadapannya . Dia rasa bersalah , seolah dia yang menyebabkan kematian seniornya itu .
" Maafkan Haejoo , sunbae ... "
Tiba-tiba ada satu tangan yang memeluknya dari bahunya , memujuk untuk berhenti menangis . Disangka orang itu ialah Beomgyu , tapi dia ialah ..
Lee Minho .
Minho juga sedih dengan kematian rakan satu batchnya itu . Dia menyesal kerana tidak bermaafan dengan Soobin sebelum kematiannya . Dia teringat ketika mereka berkawan baik dahulu . Tapi semakin lama mereka jadi semakin renggang . Dahulu , mereka rapat kerana mereka ialah pelajar cemerlang batch itu . Tetapi , cikgu selalu memuji Minho sahaja , menyebabkan Soobin jadi iri hati dan menjauhi Minho .
" Saya tak sangka , sayalah punca kematian Soobin sunbae "
Haejoo berkata sambil matanya menunduk ke bawah , tak sanggup melihat bingkai gambar Soobin itu .
" Jangan macam tu , bukan kau punca semua ni . Semuanya sudah tertulis untuk kita . Kita hanya mampu terima "
Setelah itu , Haejoo terus memeluk Minho . Menyebabkan lelaki itu tersentak . Tak pernah sorang pon perempuan yang berani memeluknya , kecuali Haejoo . Tapi lama kelamaan , dia mengusap rambut perempuan itu . Jantungnya berdegup kencang , adakah dia telah jatuh cinta ?
" Terima kasih sebab faham saya , Minho sunbae "
_____
Beomgyu pov
Aku hanya menyaksikan adegan peluk antara Haejoo dan Minho sunbae itu . Tipulah kalau aku kata aku tak cemburu . Crush kot !
Tak sangka Soobin akan pergi secepat ini . Baru sahaja aku ekori dia pergi hospital malam semalam . Tiba-tiba aku dapat berita yang dia telah dilanggar kereta sehingga menyebabkan dia cedera parah .
Aku rasa kasihan dengan Soobin hyung . Dia sebenarnya seorang yang baik sahaja , tapi taktaulah kenapa dia sanggup buat Haejoo macam tu dulu . Dan yang paling aku tertanya-tanya , apa kena mengena dia dengan Heeyul sunbae ?
" Beomgyu -shi ? "
Tiba-tiba ada satu suara yang memanggil aku , menyebabkan aku berpaling ke arah dia . Perempuan ni ,
" Boleh kita bercakap ? "
____
" Jadi , kau rapat dengan Park Haejoo kan ? "
Heeyul berdiri berhadapan dengan Beomgyu . Lelaki itu hanya memandang wajah perempuan itu kosong .
" Kenapa sunbae nak tahu ? "
" Tch , tak padan dengan budak mentah .. "
Heeyul membetulkan rambutnya itu . Mahu saja Beomgyu tampar wajah sombongnya itu . Ingatkan perempuan dihadapannya ini lembut dan sopan . Rupanya , indah khabar dari rupa .
" Kau sukakan Park Haejoo kan ? Kau ingat aku tak nampak pandangan kau terhadap mereka tadi ? Nampak sangat cemburu "
Heeyul berkata sambil meniup kukunya seolah seorang datin yang gedik . Naik menyampah Beomgyu di hadapan itu .
" Let's make it straight lah , aku sukakan Minho . Aku nak kita berkerjasama untuk dapatkan orang yang kita suka , amacam ? "
Beomgyu mengepal penumbuknya . Perempuan itu memang desperate betul .
" Cik Lee Heeyul . Memang betul saya sukakan Haejoo . Tapi aku tak macam kau , terlalu desperate nakkan orang yang kita suka "
Heeyul mengrollkan matanya .
" Dan untuk pengetahuan kau , Heeyul sunbae . Aku tahu yang kau punca kematian Soobin hyung kan ? Kau jangan ingat aku bodoh . Dahla baik aku blah dari sini dari tengok muka perempuan sundal macam kau "
Beomgyu berlalu pergi dari lorong itu . Ya , mereka sekarang berada di sebuah lorong di tempat peringatan tadi .
Heeyul tersenyum sinis .
" Bodoh punya lelaki , dah terang-terang dia boleh dapat apa yang dia nak "
Dia mengeluarkan phonenya . Gambar Minho yang dia simpan di dalam phone itu diusapnya .
" Aku Lee Heeyul la , kerja sorang-sorang pun aku boleh handle . Wait for me , Minho sayang ... "
Sah , dia telah obses dengan abang tirinya sendiri .
___
Haejoo pov
Keesokannya , aku pergi ke sekolah bersama Beomgyu macam biasa . Cuma , Beomgyu harini senyap sahaja .
" Beomgyu , kau dah sihat ke ? Kau nampak pucat "
Kata Haejoo sambil pegang dahi Beomgyu . Maklumlah , Beomgyu baru sahaja baik dari demam tempoh hari .
" aku oklah , jangan risau . Aku ni kebal tau ! "
Kata Beomgyu sambil tersenyum . Comel sahaja dengan cermin mata yang dia pakai tu . Aish kawan baik siapa ni !
" Kebal kepala bapak kau , kena hujan sikit pun dah demam "
" Amboi main bapak eh ! Meh sini kau ! "
Beomgyu mengejar aku yang sudah menjelirkan lidah itu . Tapi ketika dia kejar aku tu , tiba-tiba sahaja dia jatuh . Terbatuk-batuk dia di atas jalan raya itu .
" GYU ! KAU OK TAK NI ! "
Aku segera berlari ke arahnya . Tubuhnya yang terduduk tu aku pegang . Tiba-tiba apabila dia buka tangannya , pemandangan yang mengejutkan aku nampak .
" WEH DARAH WEH ! "
" Haejoo , bawak aku balik rumah . Aku , tak larat nak pergi sekolah "
Aku segera memapahnya balik ke rumah . Nasib baiklah kami jalan ni tak jauh lagi dari rumah . Setelah sampai , aku pun memberitahu eomma Beomgyu tentang keadaannya . Segera mereka bawa Beomgyu ke hospital .
" Tolonglah selamat , Gyu ... "
____
" Dia lah punca Soobin oppa mati tu kan ? Park Haejoo . Dasar pembunuh "
" Tahu takpe , dahlah bodoh , pastu pembunuh pula tu ! Tak malu tunjuk muka kat sekolah ni lagi "
Pelbagai cacian yang dia dapat apabila dia berjalan ke sekolah itu . Dia menundukkan kepalanya . Air matanya bila-bila masa sahaja boleh jatuh . Tak sangka pula dia akan dapat makian seperti ini .
Tiba-tiba , seseorang menariknya dan menolaknya ke loker . Badannya terasa sakit disebabkan oleh berlaga dengan besi . Rambutnya ditarik .
" WOI PEREMPUAN ! BERANI KAU JEJAKKAN KAKI KAT SINI LAGI ! "
Orang itu ialah Ahn Yujin , ex girlfriend Soobin .
" TAK CUKUP DENGAN BUNUH SOOBIN OPPA , KAU TUNJUK MUKA KAU LAGI ? AISH PANASNYA HATI AKU ! "
Rambutnya ditarik dengan lagi kuat .
" AKU TAK BUNUH SOOBIN SUNBAE LAH ! "
Haejoo melaungkan perkataan itu , membuatkan Yujin semakin membara . Penamparnya dihayunkan dihadapan muka Haejoo .
" AHN YUJIN BERHENTI ! "
Suara seseorang memberhentikan perlakuan Yujin itu . Segera Yujin berpaling ke arah suara itu .
" Oh , hero dah datang ! Kau ingat aku takut ke dengan kau ! "
Yujin melepaskan rambut Haejoo . Lelaki yang memarahinya itu dia pandang .
" Memanglah kau tak takut dengan aku , tapi kau takut kan kalau kau dibuang sekolah sebab membuli . Aku dah rakam semua perbuatan kau tadi "
Kata lelaki itu lalu menunjukkan rakaman yang dia rakam ketika Yujin membuli Haejoo tadi . Gadis itu menelan air liur . Dia taknak dibuang sekolah . Habislah dia dimarahi oleh appanya nanti .
" Dan jangan ingat aku tak berani nak laporkan kepada pengetua tentang perbuatan kau ni "
" FINE ! KAU MENANG MINHO ! "
Lelaki bernama Minho itu tersenyum sinis . Yujin menjeling ke arahnya lalu berlalu pergi . Haejoo yang masih trauma itu tertunduk di situ .
" Masalah betul budak sekolah ni , semuanya dengki dengan kau , Park Haejoo .."
Kata Minho lalu dia membetulkan rambut Haejoo yang serabaik itu . Senyuman yang paling manis itu dia berikan kepada gadis itu . Pergh sesuatu yang rare ye kalau Minho senyum .
" Terima kasih Minho sun— "
Tiba-tiba sahaja , Minho meletakkan jarinya di bibir Haejoo .
" Nah , jangan berterima kasih dengan aku . Aku dah muak dengar .. "
Dia tersenyum lalu berlalu pergi dari situ . Weh sejak bila Minho yang dingin jadi seorang yang menggoda ?
TO BE CONTINUED
WEH AKU DAH KETANDUSAN IDEA AHHH OTTOKAE ! TAPI CERITA NAK HABIS DAH ACTUALLY . SILA VOMMENT EH KALAU TIDAK AKU MERAJUK KBYE !
Special tag : rarainluv
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro