15
( NGANCEM BETOL GAMBAR NI GRRRR)
Beomgyu pov
Aku ikut sahaja kemana kereta Soobin hyung menghala . Telefon aku asyik berbunyi-bunyi saja dari tadi . Barangkali Minju yang call . Padan muka kau syeton .
Aku usaha untuk pakai helmet sambil pakai mask . Yelah , karang dia syak pulak aku ikut dia dari belakang kan . Tak pasal-pasal arwah aku malam ni .
Tiba-tiba kereta dia berhenti di sebuah tempat yang aku tak percaya . Hospital ? Kenapa dia pergi hospital ? Dia sakit ke ?
Dia parkirkan kereta dia di tempat kosong . Aku pun carilah parking dekat dengan tempat dia parking tu . Ok sekarang ni perlu ke aku explain ? Aku hanya ikut langkah dia .
Dia berjalan dengan agak laju , membuatkan aku pun ikut dia dengan laju . Tapi tanpa sebarang bunyi , takut dia perasan .
Soobin hyung kemudiannya masuk ke dalam lif . Adoi , dahla aku dua orang je dengan dia , macam mana ni ? ARGH
Aku pun dengan beraninya masuk ke dalam lif tu bersama dia . Dia langsung tak memandang aku . Nasib baik . Tetapi , sejurus dia tutup pintu lif , dia pandang aku sekilas . Ok Beomgyu rileks , kau boleh handle ni .
" Kau , Beomgyu ke ? "
Tanya Soobin hyung sambil memandang tepat ke arah aku . Ahsudah . Aku pun menelan perit air liur .
" Err , bukan . Nama aku , Lee Beomsik . Siapa Beomgyu ? "
Aku cuba untuk acah-acah tak kenal diri aku sendiri . Suara pon aku lainkan sikit tadi . Takut pulak dia cam aku ni kan . Dia pun mengangguk perlahan .
" Muka kau macam kawan aku . Sebijik "
" Haha , maybe pelanduk dua serupa kot hehe "
Kemudiannya , lif itu berhenti di tingkat 7 . Wad kanak-kanak ?
" Kau nak pergi tingkat ni juga ke ? "
Tanya Soobin hyung . Aku pun mengangguk .
" Haah , nak melawat sepupu aku sakit , hehe "
Mesti korang pelik an , baru jumpa dah ber 'kau ' 'aku' .
" Hmm okay "
Dia pun keluar dari lif itu , diikuti aku . Aku pun acah-acah nak ke lorong lain , dia pergi ke lorong belah kanan . Ketika dia masuk ke lorong yang agak terpencil , aku ikut dia .
Dia masuk ke dalam sebuah bilik bernombor 701 . Aku pun pergi tengok dekat pintu wad tu . Ternyata pemandangan yang sangat menyedihkan menjengah mata aku .
" Sooyeon-ah , oppa datang ni "
Soobin memeluk adiknya yang berselirat dengan wayar itu . Baru aku teringat , Soobin hyung hanya ada adik je , tu pun sakit teruk . Ibu dan ayah mereka terlibat dalam kemalangan termasuk adik dia . Tapi , hanya adik dia saja yang selamat . Tapi , kesan daripada kemalangan tu , adik dia koma setahun lepas .Tetapi , dah sedar lah . Cuma keadaan dia kadang-kadang tak stabil , jadi dia perlukan pemantauan doktor . Itu yang aku pernah dengar dari Soobin hyung .
Nampaknya aku dah buat kesilapan yang besar . Aku dah bersangka buruk dengan Soobin hyung . Aku , tak sangka dia terpaksa buat perkara macam ni . Nampaknya , aku kena bagitahu Haejoo perkara sebenar .
Maksudnya , Heeyul sunbae lah dalang disebalik semua ni ? Tak sangka perempuan macam dia tu berperangai syaitan sebenarnya . Aku pun segera ingin balik dari hospital , memandangkan sekarang dah malam . Aku pun berlalu dari wad itu . Tapi apabila aku sampai di luar hospital , aku menepuk dahi .
" ARGH KENAPA SEKARANG JUGAK NAK HUJAN . AKU DAHLAH BAWAK MOTOR ! "
Nak buat macammana , terpaksalah aku meredah hujan yang lebat ini . Maafkan Gyu , eomma . Esok komfem aku demam .
____
" Macamtulah ceritanya , macam mana aku boleh demam harini "
Haejoo menganggukkan kepalanya perlahan . Dia berasa simpati juga kepada Beomgyu . Kesian dia kena redah hujan . Huhuhu .
" Jadi sebelum kau pergi hospital tu , kau dengan Minju lah kan ? "
" Haah . Aku tinggal je dia dekat mall tu "
" Oh , patutlah dia marah bebenor kat aku tadi , tak pasal-pasal kaki aku jadi mangsa — "
Haejoo menutup mulut dia apabila dia dah terlepas cakap . Beomgyu membulatkan matanya . Dia memandang Haejoo dengan mata yang redup .
" Jadi betullah tekaan aku , Minju yang cederakan kau kan ? Aku dah agak perempuan tu ! "
Beomgyu yang seperti ingin bangun dari pembaringan itu Haejoo halang .
" Kau nak pergi mana ? "
" Aku nak pergi serang Minju . Sanggup dia sakitkan GIRLFRIEND AKU ? "
" Bila masa aku girlfriend kau ? Kau tak payah nak tunjuk hero lah . Kau tu sakit . Tak sedar diri ! "
" Nampaknya kau yang bodoh . Kalau kau translate GIRLFRIEND tu , ia akan jadi kawan perempuan kan ? Maknanya kau kawan perempuan aku lah ! "
Beomgyu mengetuk kepala aku . Sakit yatuhan . Nasib baik dia ni sakit je kalau tidak , dah lama aku tumbuk muka dia yang inesen tu .
" Whatever . Anyways , kau ada nombor Soobin sunbae tak ? "
" Ada "
" Great "
_____
Minho pov
" DASAR KAU IMPOSTOR ! PATUTLAH KAU NI TAK BOLEH DIPERCAYAI ! "
Marah Minho apabila dia dibunuh oleh impostor jahanam si Han Jisung . Dia mengetuk meja itu berkali-kali . Yang lain hanya gelak sahaja.
" Tu lah , siapa suruh tak pandai main . Padan muka kau ! Crewmate noob ! "
Kata Changbin pula yang merupakan impostor kedua . Dia berhigh five dengan Jisung kerana dorang menang .
Mereka sekarang sedang berada di penthouse Minho . Saja lepak-lepak disitu . Maklumlah , penthouse Minho tu besar .
" Jom makan ramen , aku lapar lah "
Kata Hyunjin lalu berlalu ke dapur . Apabila dia sampai ke dapur , tiba-tiba sahaja dia menjerit .
" ARGHH WHY !!!?!! "
Minho yang sedang main ps5 itu terus berlalu ke dapur . Pelik kenapa pulak si Hyunjin ni menjerit .
" Kau kenapa setan ? Menjerit tiba-tiba ? "
" AKU NAK NANGIS , RAMEN DAH HABIS !!!!"
Dia kemudiannya acah-acah menangis di situ , membuatkan Minho rasa nak tumbuk-tumbuk muka dia .
" TAK PAYAH NAK BERCEREKARAMA KAU KAT SINI ! JAP AKU PERGI BELI ! BAIK KAU DIAM SEBELUM AKU CAMPAK KAU KELUAR "
Hyunjin yang menangis sampai keluar hingus tu mengangguk . Dia berhenti nangis . Minho mengambil kunci keretanya .
" TOLONG JAGA RUMAH AKU ! "
Pesan Minho sebelum dia keluar dari penthouse itu untuk ke kedai serbaneka .
_____
Haejoo pov
" Haejoo , sunbae dah sampai ni ! "
Aku yang berada di seberang jalan terus mengangkat muka aku . Ternyata aku nampak kereta Soobin sunbae di sana . Aku tersenyum sambil melambai ke arahnya .
Aku chat dengan Soobin sunbae tadi , dan bagitau yang aku ingin berjumpa dengan dia . Aku nak betulkan semula keadaan . Aku nak pastikan samada betul ke dia terpaksa buat benda tu . Lagipun , Soobin sunbae tu nampak baik orangnya .
Soobin sunbae memandang kiri kanan sebelum dia melintas jalan . Aku hanya menyaksikan saja perlakuan dia . Tetapi , ada sesuatu yang menjengah pemandangan aku ,
Aku membulatkan mata aku ,
" SOOBIN SUNBAE ! "
Jantung aku luruh apabila melihat Soobin sunbae terbaring di atas jalan dengan berlumuran darah , apabila dia dilanggar oleh kereta yang meluncur laju ke arah dia tadi .
Aku segera berlari ke arahnya . Kepalanya yang bedarah itu aku letak di atas peha aku .
" SUNBAE ! ANDWAE ! JANGAN TINGGALKAN HAEJOO ! "
" Hae-Haejoo-ya , maafkan—sunbae tau ? Sunbae tau sun-sunbae salah sebab hampir perkosa Haejoo . Tapi-sunbae terpaksa , mi-mianhae , Haejoo . Tolong — jagakan adik sunbae , tau ? Sunbae sa-sayang Haejoo "
Setelah dia mengungkapkan perkara itu , terus sahaja matanya tertutup rapat . Aku mengalirkan air mata . Tiba-tiba , gerangan yang aku kenali datang mendekati kami .
" CHOI SOOBIN ! "
" Minho sunbae ? "
TO BE CONTINUED
CHAPTER INI ADALAH CHAPTER PALING HANAT PERNAH AKU TULIS . Jangan lupa vomment tau ! Thank u !
Special tag ; yourdaddies_
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro