14
Haejoo pov
" Maaflah Haejoo , Beomgyu kata dia tak mau ke sekolah , katanya tak sihat . Tapi badan dia memang panas tadi "
Kata Eomma Beomgyu , Aunty Choi . Aku hanya mengangguk . Apa yang dia buat sampai dia demam ni ? Hmm.
" Gwenchana . Aunty cakap dekat dia , get well soon tau , bye aunty ! "
Aku berjalan meninggalkan rumah Gyu sambil melambai ke arah aunty Choi . Dia tersenyum lalu membalas lambaian aku . Aku mengeluh . Nampaknya aku sorang-sorang lagi harini .
Balik ni aku kena melawat dia . Kesian si budak Gyu tu . Tapi , bila aku ingat yang dia lebihkan Minju tu , tetiba rasa tak kesian .
Sesampainya aku ke sekolah , aku terserempak dengan Minho sunbae dan Jisung sunbae . Minho sunbae senyum ke arah aku , tapi apasal jantung aku berdegup kencang ni ? Ish . Kau kena ingat misi kau Haejoo !
" YAH PARK HAEJOO ! "
Sudah , bersuara dah perempuan tak tahu malu ni . Aku tutup muka aku , malu dengan perempuan yang terlolong nama aku . Semua orang pandang aku bisik-bisik . Ciss .
" Kang Jinyoo , kau ni memang taktau malu kan ? "
" Ish ! Biarlah aku . Baidaweh , mana Beomgyu ? "
" Eomma dia kata , dia tak sihat . Aku pun taktau la dia pergi mana semalam sampai demam - "
" WHAT ? BEOMGYU DEMAM ? "
Tetiba satu suara yang agak tinggi gelombangnya menjengah telinga aku dan Jinyoo . Siapa lagi kalau bukan Kim Minju , si perempuan gedik acah lawa .
" YAH ! KAU BUAT APA DEKAT BEOMGYU ? KAU LAH PUNCA BEOMGYU TINGGAL AKU DEKAT MALL SEMALAM ? KAU MEMANG NAK KENA KAN PARK HAEJOO ! "
Minju menaikkan tangannya seakan mahu menampar muka aku . Aku hanya menutup mata aku , bersedia untuk menerima tamparan dari dia . Jap kenapa aku lemah sangat harini .
Tapi , kenapa aku rasa macam takde tamparan kat muka aku ni ?
" Sis , nak tampar orang sesuka hati , tengok keadaan la . Tak malu ke orang tengok ? "
Apabila aku buka mata , kelihatan Minju yang sudah tercengang melihat lelaki yang tahan tangan dia . Minho sunbae ?
" Minho sunbae , macammana — "
" kebetulan aku lalu dekat sini , nampak drama murahan kau ni , sorry lah weh . Aku tak sanggup tengok orang yang aku sayang disakiti "
Kata Minho sunbae lalu dia hempas tangan Minju . Minju sudah terketar-ketar , takut dengan dia . Dia menjeling aku .
" AKU TAK HABIS LAGI DENGAN KAU ! PARK HAEJOO ! "
Dia berlalu dari situ sambil tangannya menarik rakan baiknya , Yeji . Aku hanya menunduk , malu dengan Minho sunbae .
" Park Haejoo , kau okay ? "
Minho sunbae memandang tepat ke dalam mata aku . Aku hanya mengangguk perlahan . Kenapa jantung aku takleh rilek ni !
" Kalau kau okay , aku pergi dulu . Jaga diri kau elok-elok "
Dia berkata dengan dingin , sambil berlalu pergi dari situ . Mata-mata yang sudah memandangnya dengan hairan , dia abaikan . Mana tidaknya , Minho yang terkenal dengan sifat coldnya , tiba-tiba sahaja jadi soft harini .
" Jealousnya aku , macammana Minho yang cold tu boleh jadi macam tu dengan perempuan tu ? "
" tak silap aku , perempuan tu lah yang viral tu kan ? Yang dalam gambar tu ? "
" Yelah ! Aku tak sangka perempuan tu dah cairkan hati Minho sunbae tu . Untungnya dia ! "
Pelbagai komen yang aku dengar dari situ . Semua orang ingat aku perempuan bertuah , tapi sebaliknya ..
" Haejoo , jomlah masuk kelas "
Jinyoo menarik tangan aku ingin masuk ke kelas . Haish apalah nasib aku harini .
____
No one pov
" BAIKLAH , SAYA DAH TANDA SEMUA KERTAS JAWAPAN KORANG NI . MEMANG HAMPEH ! SORANG JE YANG DAPAT FULL MARK ! YANG LAIN SEMUA SINGLE DIGIT ! MALAHAN ADA YANG HANTAR KERTAS BERAIR LIUR BASI DEKAT SAYA ! APA NAK JADI KAMU SEMUA NI ! MEMBAZIR DAKWAT PEN SAYA JE MENANDA !"
Cikgu Kang yang baru masuk membawa semua skrip kertas exam itu menghempas semua kertas dia atas meja . Semua murid dalam kelas itu hanya memandang dengan bosan .
" SAYA NAK UCAP TAHNIAH KEPADA CHOI BEOMGYU ! SATU-SATUNYA MURID YANG DAPAT FULL MARK ! KORANG NI JADIKANLAH SI BEOMGYU NI CONTOH SIKIT , SEMUA UJIAN YANG SAYA BAGI , SEMUA DIA DAPAT FULL MARK ! MANA SI BEOMGYU NI ? "
" BEOMGYU TAK DATANG HARINI CIKGU ! "
Asahi selaku ketua kelas yang tak berwibawa , mengatakan ketidakberadaan Beomgyu di dalam kelas . Cikgu Kang mengangguk .
" JADI SEPERTI YANG DIJANJIKAN , SEMUA PERGI TUKAR BAJU SUKAN ! HARINI KAMU DIDENDA BERLARI DEKAT PADANG 50 ROUND ! CEPAT! "
Cikgu Kang menghempas rotan yang baru dibelinya di eco shop semalam . Prepare siap-siap . Barulah budak-budak ni takut sikit . Semua murid pon keluar lah pergi menukar pakaian sukan dengan rela hatinya . Beomgyu sedap tidur di rumah ya . Tapi kalau dia di sekolah pon , dia tak kena berlari pon . Sebab dia full mark !
Haejoo dan Jinyoo sudah bersedia di padang . Mereka memulakan larian dari permulaan trek itu . Baru sahaja 5 round , dah lelah mereka berlari . Lagi 45 round kot !
" Weh Haejoo , kau tak penat ke ? "
Jinyoo sambil mengesat peluhnya itu bertanya kepada Haejoo .
" Kau nampak muka aku macam tak penat ke ? Kau gila ke nak lari lagi 45 round ? Even hari sukan pon 2 round je ! Cikgu Kang tu dah gila agaknya ! "
Jinyoo mengangguk dengan lajunya . Tercungap-cungap mereka mencari nafas , sambil-sambil tu dorang berhenti sekejap .
Ketika Haejoo meneruskan lariannya , tiba-tiba sahaja Minju muncul di tepinya . Perempuan itu tiba-tiba memanjangkan kakinya di depan , Haejoo yang tak perasan , terlanggar kaki itu . Lalu dia terjatuh . Minju sudah tergelak melihat Haejoo yang terjatuh itu .
Manakala Haejoo , dia menjeling gerangan yang telah menjatuhkan dia . Minju tersenyum kemenangan . Ini mesti sebab dia nak balas dendam pasal pagi tadi . Jinyoo yang baru sampai dibelakangnya itu terus mendapatkan Haejoo .
" Haejoo ! Kau okay tak ni "
Jinyoo menunduk lalu melihat lutut Haejoo yang sudah berdarah . Haejoo terkejut .
" ISH MINJU NI MEMANG DAH MELAMPAU , BIAR AKU KEJAR DIA — "
" Jinyoo , tak payah . Kau bawa aku pergi bilik rawatan . Aku dah tak tahan ni "
Jinyoo segera memapah Haejoo yang dalam kesakitan itu . Selepas meminta kebenaran Cikgu Kang , mereka terus pergi ke bilik rawatan . Nak cuci luka Haejoo yang agak dalam itu . Semuanya disebabkan oleh Minju !
____
" Gyu dari tadi taknak makan . Aunty dah puas pujuk tapi dia taknak . Haejoo tolong lah pujukkan dia eh ? "
Kata Aunty Choi kepada Haejoo . Selepas sahaja pulang dari sekolah , Haejoo terus ke rumah Beomgyu . Mahu melihat keadaan Beomgyu .
Haejoo mengangguk . Dengan keadaan lututnya yang agak sakit dan pedih itu , dia membawa dulang yang berisi ubat dengan bubur itu . Dia gagahkan juga naik tangga walaupun sakitnya nauzubillah .
Dia mengetuk pintu bilik Beomgyu , lalu dia masuk .
" Gyu taknak makanlah eomma , Gyu takde selera "
" Beomgyu , ni aku , Haejoo "
Setelah mendengar suara Haejoo yang lunak itu . Terus terbuntang luas mata Beomgyu . Mana tidaknya , crush datang melawat kot !
" Haejoo , kau datang ? Aku ingat kau tak mahu datang "
Beomgyu yang tadinya menghadap tingkap , segera berpaling ke arah pintu . Dia tersenyum suka , tetapi , apabila dia pandang kaki Haejoo yang berjalan terhincut-hincut , dengan lututnya yang berbalut itu , dia jadi tertanya-tanya .
" Haejoo , kenapa dengan lutut kau ? "
" Err , aku terjatuh dekat sekolah tadi , hehe "
" Kau terjatuh ? Atau ada orang jatuhkan kau ? Baik kau bagitau aku . Luka kau tu , bukanlah luka setakat jatuh biasa . Itu luka macam kau kena tolak "
Haejoo menelan air liurnya . Melihat muka Beomgyu yang serius , dia taktau nak cakap apa . Takkan lah dia nak kata Minju yang tolak dia ?
" Tak apa , sikit je ni . Aku okay lah Gyu , kau janganlah risau "
Beomgyu mengeluh seketika .
" Menyesal pulak aku tak kesekolah harini , kalau tidak . Boleh lah aku lindungi kau . Boleh aku tahu siapa yang buat kau jadi macam ni "
Beomgyu berkata sambil matanya memandang kearah Haejoo yang berdiri di tepi katilnya .
" Kenapa kau berdiri ? Duduk lah sini "
Beomgyu bangun dari pembaringannya , lalu dia menepuk sebelah ruangan katilnya yang kosong itu . Haejoo hanya menurut .
" Gyu , kau nak tau tak , edmet kau full mark "
" SERIOUSLA HAEJOO ? WOW HEBATNYA AKU"
Tanpa sedar , wajah Beomgyu semakin mendekat dengan Haejoo . Teruja mendengar markah full mark itu . Haejoo mengangguk , tapi dia agak tidak selesa dengan kedudukan dia dan Beomgyu yang agak dekat . Bila-bila masa je mereka boleh , err .
Beomgyu yang baru perasan , terus menjauhkan diri dia. . Beomgyu pun satu , dahlah demam . Pastu nak dekat dengan orang pulak . Ish ish .
" Mianhae , kalau buat kau tak selesa "
" Gwenchana "
Haejoo menepuk bahu Beomgyu . Haejoo baru teringat , dia ingin menanyakan bagaimana Beomgyu boleh demam sebegini .
" Gyu , aku nak tanya boleh ? "
" Boleh , sayang "
Aduh , Kenapa tiba-tiba nak panggil Haejoo sayang ni . Beomgyu tersengih suka melihat wajah Haejoo yang malu-malu dipanggil sayang itu .
" Macammana kau boleh demam eh ? Tiba-tiba je ? "
Beomgyu menghembuskan nafasnya .
" Macamni cerita dia , semalam — "
TO BE CONTINUED
PERGH PATAH JARI AKU MENAIP 1000+ WORDS NI . HAHAHA JANGAN LUPA VOMMENT ! KALAU TIDAK ! SIAPLAH AKU CARI KORANG SAMPAI KE LUBANG TIKUS !
AHAGAGGAGA . KBYE .
Special tag ; LCHAERYEONG
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro