06|🍀unbelievable
Eunji memandang wajah Jihyo dengan penuh tajam. Suasana yang bingit akibat waktu rehat sedikitpun tidak mengganggu mereka berdua. Manakala Jihyo pula sudah menundukkan wajahnya. Takut dan juga rasa bersalah dengan Eunji.
Eunji mengeluh berat sebelum belakang badannya disandarkan dengan kasar ke kerusi. "Aku betul-betul tak sangka Jihyo. Macam mana kau boleh terfikir untuk berkawan dengan Jeon Jungkook. Apa yang kau fikirkan sebenarnya?"
Apabila Jihyo sebentar tadi menceritakan perkara yang berlaku antara Jihyo dan juga Jungkook membuatkan dia terdiam beribu bahasa. Tidak sangka Jihyo dengan mudahnya mempercayakan orang lain. Orang asing.
Jihyo mengangkat wajahnya untuk membalas pandangan Eunji. Dia tahu yang sekarang ini Eunji amat risaukan dirinya. Dia tahu betapa Eunji begitu peduli dengan dirinya. Dia tahu semua itu sebab itulah Eunji risau ketika ini.
"Dia tolong aku Eunji. Sudah berapa kali dia tolong aku. Tak salah bukan untuk aku berkawan dengannya?" Jihyo sedaya upaya cuba untuk memujuk Eunji. Dia ingin membuktikan bahawa Jungkook bukanlah seperti orang lain yang selalu melukakan hatinya. Mungkin?
Eunji mengeluh sekali lagi. Entah mengapa hatinya kuat mengatakan Jungkook mempunyai agenda lain. Sepertinya Jungkook ingin memanfaatkan kebaikan Jihyo. Mungkin? Yang penting dia tidak suka jika Jihyo terlalu rapat dengan Jungkook.
Jihyo yang melihat riak keresahan di wajah Eunji terus menggenggam tangan Eunji yang berada di atas meja kantin. Dia mengusap perlahan puncak tangan Eunji sambil tersenyum manis ke arah Eunji.
"Aku tahu kau risau Eunji tapi--tak salah bukan kalau kita bagi kesempatan kepada orang baru?Manusia akan mengalami pelbagai perkara yang mereka sendiripun tidak dapat bayangkan. Aku sendiri tak sangka yang aku akan berkawan dengan Jungkook. Semua yang berlaku ini sudah tertulis oleh takdir. Takdir untuk aku menjadi kawan kepada Jungkook"
"Arasso. Aku percayakan kau sayang. Aku izinkan kau berkawan dengan Jungkook tapi ingat kalau suatu hari nanti hati kau terluka disebabkan dia. Aku tak akan sekali-kali maafkan diri dia" Jihyo akhirnya tersenyum dengan lebar apabila mendengar kata-kata Eunji. Dia tahu Eunji pasti akan menerima semua ini.
Eunji membalas genggaman tangan Jihyo sebelum dia dengan perlahan-lahan mengukirkan senyuman. Demi Jihyo, demi kebahagian Jihyo, dia sanggup lakukan apa sahaja. Asalkan Jihyo gembira. Ya, dia harus menerima ini semua walaupun separuh hatinya tidak merelakannya.
[Jeon Jungkook pov]
Suasana yang riuh kerana ketiadaan guru membuatkan kelas aku menjadi bising namun sedikitpun tidak mengganggu aku. Fikiran aku jauh memikirkan adegan yang berlaku di kantin sebentar tadi. Diantara Jihyo dan juga Eunji, kawan baiknnya itu. Dari pandangan Eunji tadi, aku dapat agak yang dia tidak sukakan aku berkawan dengan Jihyo.
Aku nampak apa yang berlaku di kantin sebentar tadi. Memandangkan aku ingin rehat di kantin, aku dengan tidak sengaja telah duduk di meja di bahagian belakang Jihyo. Aku dapat melihat dan mendengar dengan jelas perbualan mereka. Ianya tentang aku. Tentang aku yang telah menjadi kawan baharu kepada Jihyo.
Eunji tidak sukakan hubungan aku dengan Jihyo. Tapi kenapa?
Sedang sibuk aku memikirkan mereka berdua, Jimin dengan tiba-tiba memusingkan kerusinya ke belakang menghadap aku. Aku hanya memandang ke arahnya dengan wajah yang mendatar sahaja. Apa lagi mamat pendek ini mahukan?
Jimin memandang aku bersama dengan senyumannya yang miang itu. Kau dah kenapa pendek? Makin lama aku tengok makin menyampah aku dibuatnya. Aku rasa ada yang sampai planet marikh kejap lagi.
"Neo waegurae? Otak dah mereng ke?" tanya aku jengkel. Manalah tahu kalau dia kena sampuk dengan hantu mana malam tadi
"Aku nampak kau dengan kawan crush aku, Song Jihyo dekat rooftop. Kau dating dengan dia ke? Weyh member dah bahagia taknak bagitahu" ujar Jimin dengan gembira. Aku mengerutkan dahi aku. Apa yang syaitan kecil ini mengarut?
"Kau cakap apa pendek! Aku dengan Jihyo cuma kawan sahaja. Tak ada nya dating" balas aku lalu mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Entah mengapa aku tidak suka kalau aku hanya dianggap sebagai 'kawan' oleh Jihyo. Aku mahukan lebih daripada itu.
"Sejak bila kau berkawan dengan Jihyo? Setahu aku cuma Eunji kawan dia" aku dapat dengar dengan jelas persoalan Jimin. Ah Eunji. Aku lupa dengan gadis itu buat sementara. Sahabat kepada Jihyo.
"Suka hati Jihyo nak ada kawan lain atau tidak. Yang kau menyebuk ni dah kenapa?" ujar aku jengkel. Ni lagi sorang. Dia tak suka jugakah kalau aku berkawan dengan Jihyo?
"Rilex la bro. Aku cuma tanya sahaja. Bukannya aku tak suka, aku suka. Nanti bolehlah kau rapatkan hubungan aku dengan crush aku. Kau kan dah jadi kawan Jihyo so mestilah kau boleh cakap dengan Eunji nanti" aku memandang wajah Jimin dengan pandangan yang tajam dan jengkel
Budak pendek ni ada agenda lain rupanya. Dasar anak Park pendek. Kau tengoklah aku bakar kau punya boxer kau pulak!
"Kau tengok muka aku" aku jawab lalu menundingkan jari ke arah muka kacakku sendiri. Jimin pula hanya menurut sambil menganggukkan kepalanya berkali-kali.
"ADA.AKU.KISAH?!" sambungku lagi lalu tersenyum sinis ke arah Jimin. Jimin pula sudah berubah riak wajahnya apabila aku berkata begitu. Ada aku peduli? Heh, minta simpang 44 lah.
[Jeong Eunji pov]
"Jihyo-ya" panggilku dengan lembut. Jihyo terus memandang aku yang berada di sisinya. Aku menggigit bibir perlahan sebelum sambung memandang ke arahnya.
"Aku kena jumpa Saem dulu sebelum balik. So kau balik sendiri dulu bolehkan?" tipuku. Jihyo aku lihat dia tersenyum kecil sebelum dia menzip bag sekolahnya yang sudah siap dikemaskan.
"Kalau macam tu aku temankan kaulah. Nanti kita boleh balik sama-sama" jawabnya lalu tersenyum manis. Aku sudah mengetap rahang dengan kuat. Tidak. Jihyo tidak boleh ikut. Dia tidak boleh ikut aku kalau tidak nanti dia akan marah.
"Eh tak payahlah. Aku kena jumpa lama sikit. Baik kau balik dulu, rehatkan diri kau. Tak perlu tunggu aku" jawabku lembut. Aku taknak Jihyo ikut aku.
"Tak apa ke kalau kau balik sorang-sorang?" ujarnya sedikit gusar. Aku yang melihat kegusarannya mula merasa bersalah.
"Jangan risau. Aku pergi tak lama. Nanti kalau ada apa-apa aku terus message kau. Okay?"
Jihyo mengeluh kecil sebelum dia menganggukkan kepalanya perlahan. Jihyo kemudian terus menggalas beg sekolahnya lalu berjalan keluar daripada kelas kami berdua. Aku menghembus nafas lega apabila dia tidak menanyakan pelbagai soalan. Mana mungkin aku dapat menjawap kesemua soalannya nanti.
Sekarang aku hanya perlu menunggu 'orang' yang paling aku nanti-nantikan. Kerusiku ditolak masuk ke bawah meja sambil menggalas beg sekolahku. Kemudian aku dengan cepatnya menapak keluar daripada kelas ini lalu menunggu di luar kelas.
Aku menyandarkan belakang badanku di pintu kelas kami sambil mataku menjeling ke kelas sebelah. Dia masih ada. Seorang diri sedang mengemas barang-barangnya. Aku melihat suasana di sepanjang koridor dan ternyata tiada seorang pelajarpun yang berada di sini.Tanpa berfikir panjang, aku terus menapak ke kelasnya lalu bahu kananku disandarkan ke pintu masuk kelasnnya. Dia nampaknya tidak sedar dengan kehadiranku.
"Yah" panggilku dengan niat untuk menyedarkan dirinya. Dan ternyata dia dengar akan teguranku. Wajahnya yang kacak itu hanya memandang aku dengan penuh dingin. Namun sedikitpun tidak menggentarkan aku.
"Ikut aku" arahku lalu segera berjalan ke belakang kawasan sekolah. Sempat mataku menjeling ke belakang dan ternyata dia hanya mengikutiku tanpa banyak bunyi.
[Author pov]
Sesampainya mereka berdua di belakang kawasan sekolah, Eunji terus memusingkan badannya ke arah belakang lalu memandang wajah orang yang berada di hadapannya sekarang dengan tajam. Sesungguhnya dia geram dengan orang ini namun geramnya makin menjadi-jadi apabila melihat riak wajah dingin orang tersebut.
"Apa niat sebenar kau berkawan dengan Song Jihyo? JEON JUNGKOOK"
Ya, sebenarnya Eunji berjumpa dengan Jungkook tanpa pengetahuan daripada Jihyo kerana dia ingin menanyakan soalan tersebut. Dia tidak akan berpuas hati selagi dia belum tahu punca sebenar kenapa Jungkook mendekatkan dirinya dengan Jihyo.
Jungkook yang melihat riak marah pada wajah Eunji terus mengeluh kecil. Dia sudah agak pasti Eunji akan mencarinya untuk menanyakan tentang hal itu. Namun, tidak dia sangka bahawa akan secepat ini. Wajah Eunji dipandang seketika sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.
"Salahkah untuk aku berkawan dengan Jihyo? Wae? Neo shiro?" soalku lalu memandang kembali wajahnya.
"Memang. Memang aku tak suka kalau kau berkawan dengan Jihyo. AKU KENAL KAU JUNGKOOK" Eunji berkata kasar sambil menekankan ayat terakhirnya itu. Dia tidak suka dan dia tidak akan pernah suka dengan Jungkook. Apatah lagi mengizinkan Jungkook untuk berteman dengan Jihyo. Satu-satunya sahabat dunia akhiratnya.
Jungkook mengusap perlahan belakang tengkuknya sebelum dia berdecit sinis. Dirasakan Eunji terlalu overprotective terhadap Jihyo. Namun, dia faham maksud dan niat Eunji. Terlampau faham. Kerana dia tahu segala-galanya.
"Dengar sini Jeong Eunji. Samada Jihyo mahu berkawan dengan aku atau tidak, itu semua hak dia sendiri. Kau as her bestfriend have no right to interrupt with her life. Semua keputusan terletak di tangan dia sendiri." jawap Jungkook dengan penuh sinis. Dia tersenyum sinis apabila melihat wajah kegeraman Eunji.
"Atau---" Jungkook menjedekan percakapannya buat seketika lalu dengan perlahan-lahan menapak ke arah Eunji. Eunji yang melihat Jungkook dengan tiba-tiba semakin menghampiri ke arahnya terus menapak perlahan ke belakang.
Terus melebar senyuman sinis di bibir Jungkook apabila melihat riak kegusaran pada wajah Eunji. Makin seronok Jungkook apabila melihat Eunji terus mengundurkan dirinya ke belakang apabila setiap kali dia mengambil satu-persatu langkah menghampiri dirinya. Kemudian, Jungkook dengan cepat menyambar lengan kanan milik Eunji lalu menarik dekat ke arahnya.
Eunji yang terkesima dengan perbuatan tiba-tiba Jungkook hanya mendiamkan dirinya. Lengan kanan miliknya masih lagi digenggam erat oleh Jungkook. Wajah Jungkook yang semakin mendekat membuatkan hatinya gusar namun dia dengan sedaya-upaya cuba untuk menenangkan dirinya sendiri.
Jungkook merapatkan bibirnya di telinga kiri milik Eunji sambil lengannya masih lagi digenggam penuh erat. "Kau takut kalau rahsia antara kau dengan aku akan terbongkar?" bisik Jungkook penuh sinis.
Eunji yang terkejut dengan kata-kata Jungkook itu dengan drastiknya menolak dada milik namja itu dengan kuat lalu memandang Jungkook dengan pandangan membunuh. Riak wajah Jungkook yang bersahaja itu makin membuatkan dirinya benci dengan namja yang sedang berdiri di hadapannya sekarang.
"Jihyo tak akan tahu dan aku akan pastikan dia mahupun sesiapa tidak akan pernah tahu tentang rahsia kita berdua. Ingat Jungkook, Kalau Jihyo atau sesiapapun tahu tentang hal kita-"
Eunji melihat wajah Jungkook dengan penuh perasaan benci. Matanya juga sudah bergelinangan dengan air mutiara jernih. Dia benci dengan namja ini!!!
"AKU AKAN BENCI KAU SEPANJANG HAYAT AKU!!"
Kemudian Eunji terus pergi meninggalkan Jungkook di situ. Lengannya Jungkook juga dilanggar dengan kasar membuatkan Jungkook terdorong sedikit ke belakang. Dia benci dengan namja itu. Dia tidak akan pernah suka dengan namja itu. TIDAK AKAN SEKALI-KALI!!!
Jungkook mengeluh sebelum rambutnya diraup dengan kasar ke belakang. Timbunan kotak-kotak kosong yang berada berhampirannya itu terus ditendang dengan kasar dan kuat bagi melepaskan amarahnya. Dia mencekak pinggang sebelum pandangannnya dialihkan ke arah Eunji yang sudah jauh di pintu gerbang sekolah.
"Aku dah menyesal Eunji. Aku dah lama menyesal. Mianhe" dia tahu Eunji amat membenci dirinya. Namun, apa yang boleh dia lakukan untuk Eunji memaafkan dirinya sedangkan Eunji sedikitpun tidak ingin membuka pintu hatinya sendiri. Dia cuba untuk memulihkan keadaan namun tidak bagi Eunji.
-Breaking someone's trust is like crumpling up a perfect piece of paper. You can smooth it over but it's never going to be the same again-
Vomment anda amat saya hargai 🐼
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro