Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

03|🍀meet

Mulutnya tidak berhenti dari merungut kecil sambil berjalan dengan penuh berhati-hati. Buku-buku berat yang sedang dibawanya itu menyukarkan lagi pergerakannya.

"Aissh aku sudahlah tak nampak jalan. Dengan buku-buku yang berat lagi ni. Memang buatkan aku nak mencarut seribu bahasa betul" rungut Eunji. Pandangannya yang dihalang dengan timbunan buku ini membuatkan Eunji terpaksa berjalan dengan perlahan dan berhati-hati.

"Wae harini aku rasa bilik guru lebih jauh dari kebiasaannya. Mana kau bilik guru?. Sob..sobಥ_ಥ"

Eunji berjalan sehinggalah dia tiba di tangga yang memisahkan antara bilik darjah dan juga bilik guru. Apabila melihat anak tangga yang tinggi itu membuatkan dia merengus kasar. Sudahlah buku-buku ini berat, tidak nampak jalan dan terpaksa melakukan semua ini seorang diri.

"Awak perlukan bantuan?" disaat Eunji ingin melangkah naik, suara seorang namja menyapa di telinganya. Eunji mengerutkan dahinya apabila dia tidak dapat melihat wajah namja tersebut namun orang dah bagi bantuan, tak mungkin ingin ditolak.

"Nae. Kamsahamida. Maaflah saya tak nampak wajah awak sekarang ini. Hehe" namja yang berada di hadapan Eunji ini tergelak kecil apabila mendengar kata-kata Eunji.

Dia terus mengambil separuh daripada buku-buku tersebut sebelum pandangan mata mereka berpaut. Terkejut bukan kepalang si namja itu manakala Eunji menghadiahkan senyuman manis.

"Kamsahamida. Park Jimin-shi" tutur Eunji lembut. Namun, ada sesuatu yang pelik sedang berlaku sekarang ini. Kenapa wajah Jimin begitu terkejut apabila melihat dirinya?

Jimin pula seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dialaminya sekarang ini. Dia yang daripada bilik guru sedang menuju ke kelasnya semula. Namun, ketika dalam perjalanan, dia melihat seorang yeoja yang dalam kesusahan jadi dia hanya ingin membantu.

Dia sama sekali tidak tahu bahawa yeoja itu adalah Jung Eunji. Gadis yang dicintainya. Mustahil untuk dia nampak wajah Eunji tadi kerana dihalang oleh buku-buku tersebut.

Eunji yang perasan dengan kerutan di dahi Jimin membuatkan dia tersenyum kekok. "Berat sangatkah? Kalau berat, awak boleh letak semula buku-buku itu"

Tersentak Jimin apabila mendengar suara kerisauan Eunji. Terus dia tersedar dari lamunannya. Wajah Eunji yang cantik terus menyapa pandangannya. Dia tersenyum manis sebelum menggelengkan kepalanya lalu memberi laluan untuk Eunji.

"Anniyo. Saya okay. Kajja" Jimin berjalan selepas Eunji melintasinya. Dia hanya memerhatikan Eunji yang sedang merengus kecil setiap kali menaiki anak tangga yang tinggi itu.

Memang tidak dapat disangkal, tapi kelakuan Eunji itu telah membuatkan Jimin geli hati. Comel sahaja di matanya.

Apabila mereka sudah tiba di hadapan bilik guru, Eunji dan juga Jimin menuju ke arah meja Saem lalu buku-buku tersebut diletakkan dengan penuh berhati-hati.

"Gomawo sebab dah tolong saya" Eunji tersenyum manis ke arah Jimin sambil kaki mereka mula melangkah menuju ke kelas.

"Kwenchana. Lagipun, awak memang nampak perlukan bantuan jadi saya tolong awak" Jimin membalas lembut. Jantungnya yang berdegup pantas itu cuba dikawal. Perasaan gugupnya cuba ditutup dengan senyumannya.

"Ah batta. Saya tak perkenalkan lagi diri saya. Nama saya Jung--"

"Jung Eunji. Saya tahu" Jimin memintas kata-kata Eunji sebelum Eunji sempat menyelesaikan ayatnya. Mana mungkin dia tidak kenal dengan pujaan hatinya sendiri.

Eunji tersenyum kecil sebelum rambut yang menghalang pandangannya itu diselitkan di tepi telinganya. "Dan awak Park Jimin" kata Eunji lembut

Terkejut Jimin apabila Eunji tahu namanya. Macam mana? "Macam mana awak tahu nama saya?" tanya Jimin dengan kerutan di dahi.

"Awak. Semua students dekat sekolah ini kenal awak. Awakkan pelajar popular dekat sini. Mana mungkin saya tak kenal awak" tergelak kecil Eunji apabila melihat reaksi Jimin yang baginya agak comel

Jimin hanya tersenyum kekok sambil menggosok belakang lehernya yang tidak gatal. Sesampainya mereka di hadapan kelas masing-masing, Eunji melambaikan tangannya ke arah Jimin sebelum masuk ke dalam kelas.

Jimin pula sudah tersenyum dengan lebar apabila dia menyedari yang dia baru sahaja meluangkan masa bersama crushnya. Indahnya dunia






















Song Jihyo mengorak langkah menuju ke perpustakaan sekolah untuk memulangkan dan meminjam buku. Sesekali dia akan tersenyum manis apabila ada pelajar lain yang menyapa dirinya.

Sesampainya dia di perpustakaan sekolah, dia terus menuju ke kaunter peminjaman dan pemulangan buku. Hani yang sedang bertugas itu disapa dengan sebuah senyuman manis.

Hani yang perasan akan kehadiran Jihyo itu terus membalas senyuman Jihyo. "Amboi, rajinnya dia datang sini" tegur Hani sambil menyambut huluran buku daripada Jihyo

Jihyo tergelak kecil apabila mendengar kata-kata daripada Hani. "Alah awak ni. Dah bosan tengok muka saya ke?" guraunya beserta senyuman kecil.

"Eh, mana ada. Saya lagi suka awak datang sini. Yelah, sekurang-kurangnya saya selalu dapat tengok wajah awak yang cantik ini"

Tergelak Jihyo apabila mendengar kata-kata daripada Hani namun cuba dikawal. Yelah, mereka kan berada di perpustakaan. Jihyo menampar lembut tangan Hani

"Ada-ada je awak ni. Dahlah, saya nak pergi cari buku dulu. Bye" Jihyo melambaikan tangan sebelum menuju ke rak buku bahagian novel.

Sepatutnya dia meminjam buku berkenaan pembelajaran namun tidak salahkan kalau kalini dia ingin meminjam buku yang tiada kaitannya dengan pembelajaran. Otaknya juga memerlukan rehat. Lagipun dia suka membaca novel. Sebagai hobi.

Jihyo tersenyum manis apabila melihat beratus-ratus novel yang sudah terbentang cantik di hadapan matanya sekarang. Baginya, dia sekarang seperti berada di dalam syurga.

Buku-buku novel itu diperhatikan satu persatu. Kesemua novel itu memang menarik perhatian Jihyo.

"Dah jumpa " katanya ceria sambil memegang sebuah novel yang agak tebal. Dia tersenyum manis sebelum memandang kehadapan.

Terkerut dahi Jihyo apabila melihat seseorang yang amat dia kenali. Si penyelamatnya pada tempoh hari. Gerangan itu betul-betul berada di hadapan rak yang berada di sebelahnya sambil membelek sebuah novel.

Jihyo tersenyum kecil. Wajah itu. Wajah itu masih lagi diingatinya. Dia perlahan-lahan menapak ke arah orang tersebut sambil mulutnya tertutup kemas. Dia tidak mahu di gerangan tersebut menyedari akan kehadirannya di sini.

"Saya tak sangka awak suka baca novel"

Terkejut si dia apabila tiba-tiba mendengar suara seorang perempuan di belakangnya. Bahunya terhinjut sedikit kerana terlalu terkilan.Dan dia dapat rasakan yang yang ayat itu tadi memang ditujukan ke arahnya.

Apabila dia memusingkan badannya ke arah belakang, dia dapat melihat dengan jelas Song Jihyo yang sedang berdiri sambil tersenyum manis ke arahnya.

Entah kenapa, tetapi Jihyo agak gembira kerana dia dapat bertemu dengan namja dingin yang berdiri di hadapannya sekarang. Mungkin kerana dia masih lagi tidak mengetahui nama namja ini.

"Saya Song Jihyo. Awak?" Jihyo menghulurkan tangannya berniat untuk berkenalan dengan namja itu sambil mulutnya menguntum senyuman manis.

Namun hampa apabila namja itu hanya merenung tangan Jihyo dengan pandangan yang dingin. Dia tidak berniat sekalipun untuk menyambut huluran Jihyo.

Jihyo yang menyedari pandangan namja itu, dengan perlahan-lahan dia menurunkan semula tangannya dengan senyuman hampa. Namja ini memang dingin agaknya.

"Awak ni pelajar baru ya dekat sini? Wae awak tak ada name tag?" tanya Jihyo apabila dia menyedari namja ini tidak mempunyai name tag di atas poket baju sekolahnya

"Bukan urusan kau" balas namja itu dingin lalu terus berjalan pergi meninggalkan Jihyo yang terpinga-pinga di tempatnya. Sempat dia menjeling Jihyo dengan tajam sebelum mengorak langkah ke arah Hani yang sedang menjalankan tugas.

Song Jihyo memandang pemergian namja tersebut dengan matanya yang tajam memerhatikan langkah dia. Sedikit sebanyak dia merasa sakit hati apabila namja itu melayannya dengan kasar. Tak gentleman lansung.

Sesudahnga namja itu melangkah keluar dari perpustakaan, Song Jihyo melangkah ke arah Hani lalu menghulurkan sebuah novel yang ingin dipinjamnya.

Hani tersenyum manis sebelum melakukan pendaftaran peminjaman buku. "Selalunya awak pinjam bahan rujukan. Kenapa tiba-tiba saja pinjam novel pulak ni?" tanya Hani hairan.

Tergelak kecil Jihyo apabila mendengar kata-kata daripada Hani. "Sekali-sekala tukar angin. Apa salahnya. Lagipun, otak saya juga perlukan rehat" balasnya lembut

Hani yang mendengar kata-kata Jihyo hanya tersenyum kecil sebelum menganggukkan kepalanya. Kemudian, novel tersebut diserahkan kepada Jihyo semula

"Macam biasa. Pemulangan mesti dilakukan dalam tempoh seminggu" kata Hani lalu tergelak kecil. Jihyo juga tergelak kecil apabila mendengar dialog yang sering diungkapkan untuknya. Sudah lali dengan ayat tersebut

"Hani. Boleh saya tanya sesuatu?" tanya Jihyo. Tiba-tiba namja tadi menerjah masuk ke mindanya

"Boleh. Apa dia?" jawab Hani sambil merenung mata cantik milik Jihyo

"Pelajar namja yang datang pinjam buku sebelum saya. Dia tu pelajar baru ke?"

Berkerut dahi Hani apabila mendengar kata-kata daripada Jihyo. "Apa maksud awak? Dia tu Jeon Jungkook. Dia tu dari tahun pertama lagi dah ada dengan kita. Dia kan sebaya dengan kita. Tak akan awak tak tahu Jihyo? Dah enam tahun kita jadi schoolmates"

Terkejut bukan kepalang Jihyo apabila dia mendengar jawapan Hani sebentar tadi. Tidak menyangka yang namja itu sudah lama disini. Sudah enam tahun? Tapi kenapa dia tidak pernah nampak wajah itu lansung?

"Tapi kenapa saya tak pernah nampak muka dia dekat sini?" tanya Jihyo hairan

"Oh. Itu sebab dia selalu duduk dalam kelas. Kalau waktu rehat pula dia selalu dekat rooftop. Masa perhimpunan pula dia akan skip. Ponteng" kata Hani

"Macam mana awak tahu semua benda ni? Awak stalk dia eh?" gurau Jihyo namun dalam masa yang sama dia juga tertanya-tanya

"Mengarutlah. Dia kan classmates saya, jadi saya tahu la pasal dia" jawab Hani sambil tangannya mengemas kaunter tersebut.

Sekali lagi Jihyo terkejut. "Classmates awak?!! Maksudnga kelas 6-2?!" tanya Jihyo dengan mata yang membulat kerana terkejut.

"Hahaha. Kelakarlah awak ni Jihyo. Ya, kelas 6-2, jiran kepada kelas awak 6-1" Hani tergelak apabila melihat wajah terkejut Jihyo. Apa yang perlu dikejutkan sebenarnya?

"Keundae..name tag dia..Mana name tag dia?" tanya Jihyo kehairanan. Kalau betullah sudah enam tahun namja itu berada di sini, maknanya mestilah namja itu mempunyai tanda nama. Kan?

"Owh pasal tu. Dia memang tak akan pakai kalau keluar dari kelas. Dia cuma akan pakai bila berada dalam kelas sahaja. Sebab apa? Katanya dia tak suka orang lain menyebuk tentang halnya" balas Hani

Jihyo memandang muka Hani seketika sebelum tersenyum kecil. Wow, nampaknya namja tadi memang tidak suka orang lain masuk campur dalam urusan halnya. Pelik

"Gomawo Hani-yah. Saya masuk kelas dulu. Annyeong " Jihyo melambaikan tangannya lalu keluar dari perpustakaan sekolah. Buku novel yang dipinjamnya itu dipegang dengan kemas

"Jeon Jungkook " gumamnya perlahan


















[Villa's Song]

"Bworagu?!!!" jerit Eunji kepada Jihyo yang sedang terduduk bersila di atas katil bilik Jihyo. Di keheningan malam, bergema villa Song Jihyo dengan suara Eunji yang lunak itu. Dia terlampau terkejut dengan cerita yang baru sahaja Jihyo beritahu

"Namja yang aku jumpa dekat library tu rupanya pelajar dari kelas sebelah. 6-2 dan dia dari tahun pertama lagi dah ada dekat sekolah tu" jawab Jihyo sambil menguis-nguis patung RJ. Mata Eunji yang membulat besar kerana terkejut membuatkan dirinya sedikit terhibur

"Tapi kau kata kau tak pernah nampak dia sebelum ini" Eunji terus mengorak langkah dengan laju ke arah Jihyo lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Jihyo

"Eung. Memang aku tak pernah nampak dia sebelum ini. Sebab dia jenis yang suka bersendirian. I think?" Jihyo membalas dengan suara yang ragu-ragu

"Apa maksud kau dengan 'I think?' tu?" kening Eunji terangkat sebelah sambil melihat wajah Jihyo dengan penuh curiga

"Manalah aku tahu. Tapi kalau ikutkan kata Hani, aku rasa dia memang jenis yang suka bersendirian"

"Hmm" Eunji menggumam sambil menggosok dagunya perlahan sambil memandang ke hadapan.

"Pelik betul namja yang kau jumpa ni. By the way, siapa nama dia?" tanya Eunji

"Jeon Jungkook " jawab Jihyo lalu memandang wajah Eunji yang seakan-akan terkejut itu. Kenapa?

"Jeo--Jeon Jungkook?" Eunji melihat wajah Jihyo dengan matanya yang sedikit membulat.

"Ya, kenapa? Kau kenal dengan namja ini?" tanya Jihyo hairan apabila melihat reaksi Eunji yang agak pelik itu. Sepertinya Eunji mengetahui sesuatu.

Eunji terus mengawal riak wajahnya lalu tersenyum lebar. "Anniya, cuma nama dia macam familiar bagi aku. Hehe" Wajah Jihyo yang memandangnya dengan tajam sedikit sebanyak membuatkan dia gugup.

"Ah batta.. Parents kau ada hubungi kau harini?" Eunji cuba untuk menukar topik kerana tidak sanggup lagi ditenung sebegitu oleh Jihyo. Seram.

Terus muka Jihyo berubah monyok apabila mendengar pernyataan Eunji. Dia mengeluh kecil sebelum patung RJ dibawa ke dalam dakapannya. Timbul perasaan bersalah dalam diri Eunji apabila melihat keadaan sahabatnya ini.

"Mianhe Jihyo-ya" tutur Eunji serba salah. Jihyo memalingkan wajahnya ke arah Eunji lalu tersenyum kecil. Dia terus melentokkan kepalanya ke bahu Eunji.

"Mummy message aku. Dia kata dia dah masukkan duit dalam akaun bank aku. Hahaha, kelakar kan Eunji. Kenapa aku rasa duit itu macam musuh aku? Yang mencuri masa parents aku untuk kami meluangkan waktu. Duit ini kejam kan?" luah Jihyo sedih. Tanpa dirinya sedar, sebutir air jernih jatuh menggelongsor di pipi lembutnya.

"Duit tak kejam Jihyo. Cuma manusia yang kejam. Manusia tamak dan tak berhati perut yang membuatkan definisi duit itu berubah kejam. Jangan pernah salahkan duit atau masa Jihyo. Kesemua kesalahan adalah datang dari kita sendiri. Manusia. Kita yang tak pandai dan tak menghargai masa dan duit" Eunji menggosok sisi kepala Jihyo lembut. Dia juga sandarkan kepalanya di kepala Jihyo

"Kurae? Jadi semua manusia yang harus dipersalahkan?" tanya Jihyo sambil mengelap air matanya.

"Bukan semua Jihyo. Bukan semua" kata Eunji perlahan

-The trouble is you think you have time-

Vomment anda amat saya hargai🐼

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro