02|🍀a rose
Song Jihyo ralit merenung sebingkai gambar keluarganya yang terletak elok di atas meja belajarnya. Gambar itu ditenung dengan lembut dan secara tiba-tiba perasaan sedih datang menyapa dirinya.
Jelas terlihat Song Jihyo yang ketika itu baru berusia 5 tahun tersenyum lebar apabila dikucup oleh kedua-dua ibu bapanya dan dirinya yang berada di dalam dakapan mereka.
Baginya, itu adalah satu-satunya gambar yang paling bermakna dalam hidupnya kerana gambar itu adalah yang pertama dan yang terakhir. Hanya itu sahaja gambar dia bersama-sama dengan ibu bapanya.
Kini umurnya sudah mencecah 18 tahun namun Jihyo masih lagi tidak memiliki walau sekeping gambar bersama dengan keluarganya. Mummy and Daddy selalu sibuk dengan urusan kerja sehingga mengabaikan dirinya yang tidak mempunyai adik-beradik yang lain.
Jihyo tersenyum lemah sebelum gambar itu diusap dengan lembut. "Bila agaknya hyo akan dapat gambar keluarga kita yang baru?"
"Soon" terkejut Jihyo apabila Eunji secara tiba-tiba menjawap persoalannya dengan suara yang lembut. Jihyo terus memusingkan kepalanya ke arah belakang di mana Eunji sedang menyandarkan sisi badannya di dinding pintu.
"Kau ni Eunji. Buat terkejut aku saja" rungut Jihyo lalu menyelitkan rambut panjangnya ke belakang telinga.
Eunji tersenyum kecil apabila mendengar Jihyo yang sedang merungut itu. Dia perlahan-lahan mengambil langkah menghampiri Jihyo yang sedang duduk di meja belajarnya. Kemudian dilabuhkan punggungnya di sebelah Jihyo.
"Neo kwenchana?" tanya Eunji prihatin.
Jihyo tersenyum kecil. "Aku okey. Kau tak perlu risau pasal aku". Jawab Jihyo dengan lembut
"Mestilah aku risau. Kau satu-satunya sahabat yang aku ada. Jadi aku kena jaga kau elok-elok" Eunji membalas laju sambil tangannya mengenggam tangan milik Jihyo
Terukir senyuman Jihyo apabila mendengar kata-kata Eunji tadi. Dia mencuit perlahan pipi Eunji sebelum batang badan rakannya itu dipeluk kemas dan erat
"Ni yang makin membuatkan aku sayangkan kau. Saranghae Eunji-ya" Jihyo berkata dengan penuh lembut
Eunji tersenyum manis sebelum membalas pelukan Jihyo. Rambut Jihyo yang panjang itu dielus dengan perlahan. Mindanya mengenangkan nasib malang si gadis cantik yang berada di dakapannya sekarang.
Siapa sangka, gadis yang sentiasa tersenyum kepada orang lain sebenarnya menanggung keperitan yang amat sakit sekali. Mengaburi mata orang lain dengan senyumannya yang manis bak madu namun jauh di sudut hatinya, terdapat beribu-ribu ular berbisa yang menjalar hati lembutnya.
Kasihan dengan nasib Song Jihyo yang telah diabaikan dari kecil membuatkan Eunji tekad untuk sentiasa melindungi dan memberi kasih sayang kepada sahabatnya ini. Dia tidak akan sekali-kali membiarkan Jihyo terasa diabaikan oleh kedua ibu bapanya.
Tidak akan sekali-kali
'Aku akan pastikan kau mendapat kebahagian kau Song Jihyo. Itu janji aku sebagai sahabat kau' getus Eunji
[Keesokan harinya]
Eunji dan juga Jihyo berjalan bersama-sama menuju ke kelas mereka berdua. Sekali-sekala Eunji bergurau senda dengan Jihyo membuatkan gadis cantik itu tersenyum keriangan.
"Betul hyo. Kau patut tengok macam mana Hagemaru tu kenakan Condo. Kelakar gila" cerita Eunji bersungguh-sungguh kepada Jihyo. Dikenang kembali aksi di mana Hagemaru kenakan Condo dengan sifatnya yang kedekut itu.
"Aku bukan penggemar kartun. Cukup kau sahaja yang ceritakan untuk aku. Aku happy " balas Jihyo sambil tangannya menolak pintu kelas mereka apabila sudah berada di depan kelas
"Eo? Harini kau dapat lagi bunga" Eunji terus menuju ke tempat duduk mereka lalu dilabuhkan punggungnya di kerusi diikuti dengan Jihyo.
Jihyo mengambil bunya mawar merah yang sudah terletak di atas mejanya beserta dengan sekeping kad. Dia tersenyum kecil sebelum bunga itu dihidu. Wangi.
Kemudian isi kad itu dibaca.
-Whatever makes you feel bad, leave it.
Whatever makes you smile, keep it-
J.S
"Woah. Hebat sungguh flower boy kau berkata-kata. Daripada mana agaknya dia belajar?" sakat Eunji sambil bahu kanan milik Jihyo dilanggar dengan lembut.
Jihyo tersenyum kecil sebelum bunga itu diletak dengan elok. Kad itu pula dia simpan ke dalam diary miliknya.
"Aku tertanya-tanyala hyo. Macam mana dia tahu yang kau selalu sedih. I means, dia macam tahu yang kau ada family problems."
Memang daripada dulu perkara ini menganggu pemikiran Eunji. Nasihat yang selalu diterima Jihyo pasti berkaitan dengan hati dan perasaan. Dan namja ini seolah-olah tahu dengan semua masalah yang melanda diri Jihyo.
Jihyo memandang wajah Eunji yang sudah berkerut seribu itu. Dan ada betulnya juga persoalan Eunji. Dia juga kadangkala tertanya, adakah namja ini tahu tentang masalah dirinya? Atau sebaliknya.
Mungkin namja itu pandai melihat keperitan yang cuba disorokkan melalui sifat lemah lembutnya atau namja ini sudah lama memerhatikannya.
"Persoalan kau hanya dia seorang sahaja yang dapat jawab " Jihyo berkata perlahan sambil melihat bunga ros itu.
Buku nota yang berada di laci meja diambil lalu diletakkan di atas mejanya. Buku teks Matematik diambil lalu dibuka pada tajuk halaman yang bakal dipelajarinya harini.
Suasana yang bising dengan suara-suara classmatesnya itu diabaikan. Sedikitpun tidak menjejaskan fokusnya terhadap mindanya. Matanya hanya ralit melihat dan menghadam setiap perkataan dan nmbor-nombor yang tertera di halaman buku.
"Yah Jungkook "
Jungkook mengangkat sedikit kepalanya apabila mendengar namanya dipanggil oleh rakannya. Dapat dilihat dengan jelas rakannya yang bernama Park Jimin sedang berjalan menghampirinya lalu dilabuhkan punggung di sebelahnya.
"Kau ni rajin sangat la. Cuba rileks sikit. Saem pun bukannya masuk lagi" kata Jimin dengan suara yang jengkel. Sahabatnya ini terlajak rajin sungguh.
Jungkook tersenyum sinis sebelum menulis sedikit nota. "Aku taknak otak aku jadi tepu macam otak tepu kau tu" jawab Jungkook sinis
Terus mencebik bibir Jimin apabila mendengar kata-kata pedas daripada Jungkook. Sesuka hatinya sahaja mengutuk sahabat sendiri. Fikir dia tiada perasaan kah?
Namun perkara itu tidak berlansung dengan lama apabila Jimin tiba-tiba sahaja sahaja tersenyum keriangan lalu lengan Jungkook digoncang dengan laju
"Kook..kook. Harini aku dapat usya awek aku lagi" Jimin berkata dengan ceria. Teringat kembali senyuman manis gadis pujaan hatinya membuatkan dirinya seoalah-olah berada di awangan
"Tchh. Dia pun tak kenal kau, kau dah cop dia jadi awek kau pula. Tolong cermin diri anda Park Pendek" Jungkook menyandarkan belakang badannya di kerusi sambil memeluk tubuh sasanya. Wajah Jimin yang beransur muram itu dipandang dengan selamba.
"Yang tu aku agak setuju but nak buat macam mana, aku cintakan dia" Jimin tersenyum kecil. Bila difikirkan semula, layakkah dirinya untuk gadis yang baik seperti itu.
"Aku dah bagitahu kau. Jujur dengan perasaan kau. Luahkan perasaan kau dekat dia. Belum cuba belum tahu" nasihat Jungkook
Jimin tersenyum kecil. "Aku tak berani. Lagipun aku tahu ramai namja dekat sekolah ini juga sukakan dia".
"Ikut suka hati kau la Jimin. Jangan satu hari nanti kau menyesal pula bila yeoja yang kau cinta tu dah ada pasangan sendiri"
"Ah batta. Harini aku nampak sahabat kepada crush aku dapat bunga. Bukan main happy lagi Jihyo dapat bunga tu" kata Jimin sambil menompangkan dagu dengan tangannya.
Semasa dia pergi melihat crushnya iaitu Eunji secara senyap-senyap, dia juga dapat lihat bunga mawar merah yang baru Jihyo terima pagi ini. Mula-mula dia sangkakan yang bunga tersebut untuk Eunji. Cemburu la juga apabila melihat bunga mawar yang berada di atas meja belajar tadi.
"Then? Kau ni dah macam makcik bawang aku tengok. Gosip mengalahkan si diva Boo tu" Jungkook berkata jengkel sebelum sebiji gula-gula dimasukkan ke dalam mulut.
"Ishh kau ni. Aku cakap saja. Sebab mula-mula aku ingat bunga itu untuk Eunji. Jadi aku dah fikir yang bukan-bukan tadi" Jimin berkata dengan suara yang dibuat geram.
Jungkook memandang Jimin dengan penuh sinis tanpa secalit senyuman. "Wae? Kau rasa tercabar kalau ada namja lain sukakan Eunji kau tu?"
"Tercabar tu memang ada. But aku tahu diorang bukan cintakan Eunji, tapi sukakan Eunji aku. Ada banyak perbezaan antara cinta dan suka" Jimin menerangkan kepada Jungkook sambil tangannya yang bergerak dengan penuh drama.
Jungkook menjeling Jimin jengkel. Apa masalah dengan budak ni? Kalau ya pun, tak perlulah sampai begitu beria. Dia ada saja di depan mata Jimin, bukannya berada jauh di Afrika.
-You can regret a lot of things but you'll never regret being kind-
Vomment🐼
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro