01|🍀a light
"Selamat pagi Jihyo" sapa kawan baik kepada Song Jihyo yang sedang leka melihat sekuntum bunga ros merah
"Selamat pagi Eunji" jawab Jihyo lembut. Dia menghadiahkan senyuman manis kepada Eunji lalu mengalihkan pandangannya semula ke arah bunga mawar merah yang sudah terbaring elok di atas meja sekolahnya
"Dapat lagi hari ini? Apa yang dah jadi dengan kau semalam?" tanya Eunji prihatin.
Dia bertanya seperti itu kerana dia tahu apa maksud disebalik pemberian bunga mawar merah itu.
"Aku ditinggalkan oleh Mummy and Daddy. Again." jawab Jihyo sedikit pilu
Mengingatkan kembali kejadian semalam membuatkan dia begitu sedih. Mummy and Daddy selalu tinggalkan dia seorang diri di rumah yang besar itu demi kerja mereka.
Eunji mengeluh berat apabila melihat wajah muram Jihyo "Kalini berapa lama?"
"Dua bulan" jawab Jihyo singkat. Dia dah tahu sangat dengan jadual kerja orang tuanya sehingga membuatkan dia muak
"Assa. Aku teman kau" jawab Eunji gembira. Memang dia akan selalu temankan Jihyo apabila orang tua dia tiada di rumah
"Gomawo Eunji-ya. Aku tak tahu apa yang jadi dekat diri aku kalau kau tak ada"
Tangan Jihyo yang berada di atas meja, digenggam dengan lembut, cuba untuk menyalurkan tenaga buat sahabatnya ini. Dia faham dengan keadaan Jihyo sekarang ini. Dibiarkan gantung tanpa bertali.
Siapa sahaja tidak sedih apabila orang tua mereka lebih mementingkan kerja tanpa memperdulikan anak-anak yang kehausan kasih sayang. Ibu bapa merupakan tenaga yang paling penting dalam diri anak-anak, tanpa mereka siapalah diri kita.
"Don't worry. Aku yakin yang suatu hari nanti kau pasti akan mendapat kebahagian yang selayaknya untuk diri kau. Dan salah satunya adalah bunga mawar yang selalu menjadi teman kau" Eunji bertutur lembut
Jihyo tersenyum kecil sebelum memandang bunga mawar yang masih lagi segar itu. Dia tersenyum manis apabila mengingatkan yang bunga ini selalu menjadi peneman dirinya dan dia sangat bersyukur.
"Bagitahu aku Jihyo, adakah bunga mawar ini bermakna untuk kau?" usik Eunji dengan wajah nakal ditayangkan
Dia tahu Jihyo sudah terjatuh hati dengan pemberi bunga mawar merah ini. Lihat sahaja wajah berseri Jihyo ketika bunga ini berada di atas meja mahupun loker, pasti Jihyo tersenyum manis.
Jihyo yang mendengar usikan Eunji itu telah menyebabkan pipinya bertukar merah. Wajah nakal Eunji dipandang sebelum lengan kiri milik Eunji ditampar lembut.
"Sangat bermakna untuk aku Eunji. Kau sendiri tahu. Walaupun aku tak kenal siapa pemberinya, tapi sikap dia yang selalu membuatkan aku lupa dengan masalah menyebabkan aku jatuh hati padanya. Aku berharap sangat yang aku dapat tahu siapa pemberi bunga mawar ini" jawab Jihyo lembut.
Bibirnya tidak boleh berhenti dari terus tersenyum apabila membayangkan pemberi bunga mawar ini.
"Andai kata kau dah jumpa dia and muka dia hodoh gila macam juon. Kau masih lagi cintakan dia ke?" tanya Eunji dengan sengihan nakal
Jihyo pandang wajah Eunji "Bukan rupa yang menjadi ukuran, tetapi keindahan hati dan perasaan "
"Kecantikan dan kekacakkan bukanlah punca kepada keutuhan hubungan tetapi kejujuran hati dan perasaan yang indah yang menjadi tiang kukuh kepada sesebuah hubungan. Aku tak pandang seseorang dari segi rupa, pangkat mahupun darjat, apa yang aku pandang hanyalah nilai dalam diri orang itu" Jihyo berkata dengan penuh lembut dan mendalam
"Untungnya siapa yang dapat kau nanti, sudahlah baik, cantik, sopan santun, lembut, bijak dan semualah. Jealousnya aku dengan kau. Huhu ಥ_ಥ" Eunji menyakat Jihyo sambil mengelap air mata palsunya
Jihyo yang melihat kerenah Eunji itu sudah ketawa kecil. Eunji selalu begini. Perwatakannya yang humble, friendly dan gila-gila selalu membuatkan Jihyo selasa untuk terus berkawan dengannya.
Buku-buku yang menempatkan Science Fiction menjadi hala tuju Song Jihyo. Sebentar tadi, Madam Lee mengarahkan dirinya untuk mengambil beberapa bahan rujukan mengenai Science Fiction untuk digunakan di dalam kelas selepas waktu rehat nanti.
Apabila sudah sampai di rak buku yang menempatkan bahan-bahan Science Fiction, dia lansung saja meloloskan diri ke dalam dunia Science. Satu persatu buku-buku di rak itu diteliti dengan penuh tekun.
"Mana pula buku yang aku nampak tempoh hari? Rasanya haritu ada dekat kawasan sini" gumam Jihyo perlahan sambil tangannya dan matanya ligat membuat kerja
Jihyo mengelilingi rak buku tersebut sambil matanya melilau mencari buku yang dikehendakinya.
"Yeay. Jumpa pun" Jihyo berkata dengan penuh suka apabila melihat buku yang dikehendakinya itu terletak elok di bahagian atas sekali rak buku.
Song Jihyo dengan sedaya upaya cuba untuk mencapai buku tersebut. Disebabkan ketinggiannya yang agak rendah memang menyukarkan dirinya untuk mencapai buku tersebut. Tangan Jihyo tergapai-gapai di udara ketika cuba untuk mengambil buku itu
"Yaish. Kenapa kau tinggi sangat ni?" marah Jihyo geram kepada rak buku tersebut. Dia masih lagi cuba untuk mengambil buku itu dengan segala kudratnya yang ada.
Secara tiba-tiba, ada satu lagi tangan mencapai buku yang diinginkan Jihyo dari arah belakangnya. Tersentak Jihyo apabila tangan besar dan sedikit kasar itu menyentuh permukaan kulit tangannya.
Jihyo berdiri kaku di tempatnya. Matanya membulat dengan besar apabila dia dapat merasakan nafas hangat dan kepalanya sudah elok bersentuhan dengan dada sasa milik seseorang. Orang tersebut betul-betul berdiri di belakangnya.
Tidak lama kemudian, buku yang diinginkan Jihyo tadi sudah terbentang elok di depan matanya. Jihyo yang perasan orang tersebut menghulurkan buku tersebut kepadanya, dengan cepat-cepat menyambut huluran lalu memusingkan badannya ke belakang.
Dup!!
Hampir sahaja bibir mungil milik Jihyo ingin bertempung dengan bibir orang tersebut kerana kedudukan mereka yang sememangnya rapat. Dengan serta merta, wajah Jihyo memerah. Dia dengan kelam-kabutnya berundur ke belakang sehingga kakinya berlanggar antara satu sama lain menyebabkan dirinya tidak seimbang.
Disaat Jihyo merasakan dirinya bakal jatuh tidak lama lagi, tiba-tiba tangan kekar milik orang tersebut dengan cepat memeluk pinggang milik Jihyo dengan erat lalu menarik Jihyo ke arahnya. Tangan Jihyo dengan spontannya sudah mendarat tepat di dada bidang milik si penyelamat.
Kini, tiada lagi jurang yang memisahkan mereka berdua. Jihyo menatap mata si penyelamat dengan pandangan yang terkejut manakala si penyelamat hanya memandang dirinya dengan tidak berperasaan.
Jihyo dengan cepatnya melepaskan tautan tangan kekar milik si penyelamat. Senyuman kecil cuba untuk ditunjukkan walaupun dia sekarang ini terlampau malu serta gugup dengan kejadian yang baru menimpa sebentar tadi
"Kamsahamida. Untuk buku ini dan tolong elakkan saya dari jatuh" kata Jihyo lembut.
Si penyelamat hanya bergumam kecil lalu dengan segera berlalu pergi meninggalkan Song Jihyo dalam keadaan terpinga-pinga. Jihyo hanya melihat belakang badan orang itu sehingga hilang dari pandangannya
Kemudian buku yang berada di tangan itu dipandang lama. "Alamak. Aku lupa nak tanya nama dia" kata Jihyo kesal
"Keundae, siapa dia tu? Wae aku tak pernah nampak sebelum ini?" gumam Jihyo perlahan sambil cuba mengingati semula wajah si penyelamatnya.
"Jadi kau nak cakap yang namja tadi terus pergi lepas kau cakap terima kasih? Macam tu?" tanya Eunji dengan tangan yang disilangkan ke dada
Jihyo hanya menganggukkan kepalanya sambil membuat sedikit nota Sejarah. Memandangkan semua cikgu sedang bermesyuarat, jadi kesempatan ini diambil oleh Jihyo untuk melakukan kerja sendiri.
"Kau cakap kau tak pernah nampak wajah dia? Pelajar baru ke?" tanya Eunji lagi. Kalini dia memandang wajah Jihyo yang sedang menunduk itu
"Eo. Aku memang tak pernah nampak wajah dia" jawab Jihyo lalu pen yang berada di tangannnya itu dilepaskan. Wajah Eunji yang berada di hadapannya itu ditenung dengan lembut
"Kau tak tanya nama dia? Kelas mana? Tahun berapa?"
"Ish kau ni. Takkan aku nak tanya semua benda tu. Nanti dia fikir bukan-bukan pula. Lagipun, dia tak nampak friendly. Takut juga aku tengok muka dia tadi"
Mana mungkin Jihyo ingin bertanyakan itu semua. Kalau sekadar ingin tahu nama tidak menjadi masalah. Tapi kalau sampai semua biodata namja itu ditanya, nanti apa pula namja itu fikirkan.
"Macam mana dengan rupa dia? Kacak ke?" tanya Eunji teruja. Dia sudah tersenyum lebar di hadapan Jihyo
Jihyo yang melihat wajah gembira Eunji itu hanya tergelak kecil. "Kalau kacak pun kenapa? Kau nak cuba ke?" usik Jihyo
Terus masam muka Eunji apabila Jihyo berkata begitu. Kesitu pula.
"Bukan untuk aku la tapi untuk kau" jawab Eunji lalu tersenyum nakal. Wajah memerah Jihyo itu membuatkan dirinya tersenyum penuh makna.
"Apa yang kau merepek ini Eunji. Kau tahu kan ya.."
"Yang kau cuma cintakan flower boy kau" Eunji mencelah dengan laju percakapan Jihyo. Faham sangat dengan perangai Jihyo seorang ini.
Jihyo tersenyum kecil
"Walaupun aku tak pernah jumpa dia tapi aku tetap cintakan dia"
"Keundae Jihyo-ya..macam mana kalau namja tu dah ada yeochin?" tanya Eunji penuh berhati-hati. Tidak berniat untuk melukakan hati Jihyo, satu-satunya sahabatnya.
"Eunji-ya..tak semua benda kita boleh memiliki dan dimiliki. Kalau betul dia dah ada yeochin, aku hanya akan melepaskan dia. Kadang-kadang kita kena merasai kepahitan untuk mencapai kemanisan" tutur Jihyo lembut
Bukan dia tidak pernah fikirkan, tapi selalu. Setiap kali si pengirim menghantar bunga kepadanya, pasti Jihyo akan berfikir yang kemungkinan besar si pengirim sudah mempunyai cinta hatinya.
Disebabkan itulah, dia tidak menaruh harapan yang besar apabila dia sudah berjumpa dengan si pengirim bunga ini. Cukuplah si pengirim tahu yang Jihyo memang betul-betul ikhlas cintakan dirinya.
"Kau ni baik sangatlah Jihyo. Kadang-kadang aku risau dengan kau. Selalu sangat prihatin dengan perasaan orang lain tanpa memikirkan perasaan kau sendiri. Terutama sekali dengan Mummy and Daddy kau" Eunji berkata dengan sayu.
Kawannya seorang ini terlalu lembut hati dengan orang lain sehinggakan tidak kisah dengan hatinya sendiri yang sudah luka berdarah itu. Mulia sungguh Song Jihyo
Jihyo tersenyum manis ke arah Eunji lalu tangan kawannya itu digenggam penuh lembut. Wajah gusar milik Eunji itu benar-benar menunjukkan yang dia betul-betul risau dengan Jihyo.
"Kau tahu Eunji? Kehadiran kau adalah perkara paling manis dalam hidup aku. Kau menjadi gula yang menghapus segala kepahitan aku. Aku bersyukur sangat dapat engkau Eunji. Kalaupun aku tak dapat cinta aku, tapi sekurang-kurangnya aku dapat cinta sahabat aku-" Jihyo mengeluh kecil
"Kau akan selalu ada dengan aku kan Jung Eunji?"
Eunji tersenyum manis sebelum tangan Jihyo yang mengenggam tangannya itu digosok dengan lembut. "Always"
-Be loyal to those who had your back when you had nothing-
Vomment anda amat saya hargai🐼
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro