Pengembaraan Bermula
Banyak-banyak kera di bukit,
Ada seekor lutung di Bewah,
Kalaupun banyak wang dan ringgit,
Hamba mengharap bintang 🌟 di bawah⬇️
Gedebuk! Ting!
Bunyi kuat kedengaran seperti sesuatu yang berat jatuh telah memecahkan kesunyian kawasan hutan hujan itu. Bunyi jatuh itu sama seperti bunyi buah nangka yang sudah matang, gugur daripada induknya. Terlihat kelibat tiga orang manusia yang muncul daripada sebuah peranti gegelung yang berteknologi tinggi dan diperbuat daripada besi. Gegelung keluli itu seakan-akan mengeluarkan nada bunyi mendatar yang tidaklah begitu kuat gelombangnya tetapi nadanya bersifat berterusan.
"bit...bit...bit..."
"Aduh! Sakitnya... Kau tekan butang apa tadi, Aidlee?"soal Kyra Umaira sambil memicit-micit kepalanya.
Kyra Umaira memicit bahagian kepalanya yang melekat cebisan tanah gambut, beberapa patahan ranting dan juga daun-daun kering. Kepalanya terasa pening-pening lalat akibat hentakan kuat tadi. Sudahlah kepalanya terasa pening, bahagian pinggul belakangnya juga terasa sengal-senggal akibat impak jatuhan tadi.
"Tempat apa ni?" Dr. Asyfan Haziq bertanya sambil melihat kawasan sekeliling mereka.
Hutan belantara yang tebal sambil pokok paku-pakis hutan bersaiz gergasi merimbun-rimbun di bahagian kiri dan kanan belantara. Saiznya tidaklah sama dengan pokok resam yang berada di hutan belantara Khatulistiwa. Burung-burung yang berterbangan di angkasa juga bersaiz gergasi. Burung-burung bersaiz gergasi itu turut mengeluarkan bunyi pekikan yang cukup nyaring dan terasa seperti bunyi jeritan seorang wanita yang sedang mengamuk di pusat membeli belah. Sesekali, bau belerang yang cukup kuat juga dapat dihidu. Bau-bauan belerang itu cukup kuat sehingga menusuk ke rongga hidung.
Sayup-sayup, terdengar pula bunyi ngauman haiwan seakan-akan bunyi harimau yang bersaiz besar. Bunyi yang tidak dikenalpasti itu kedengaran bersahut-sahutan antara satu sama lain. Bunyi itu bukanlah seperti bunyi-bunyian cengkerik, monyet, kera dan juga siamang yang selalunya diperdengarkan di hutan belantara di Malaysia. Ini merupakan satu tempat yang asing dan penuh kepelikan. Persekitarannya disekiling ini amatlah berbeza dengan keadaan hutan pada zaman kini. Segala-galanya bersaiz gergasi. Malah, tidak keterlaluan untuk dinyatakan disini bahawa hutan sebegini sudah tidak lagi wujud di dunia ini.
Kecualilah...
"Tadi aku cuma tekan angka 65 kat butang trans-teleportasi kau tu Kyra, macam yang si Asyfan nie bagitau. Entah kemana la alat ni bawak kita. Aku pun tak tahu." ujar Aidlee Anas yang masih menenyeh bahagian kepalanya. Kepalanya juga masih terasa pening-pening lalat.
"Pulakk..." Kyra Umaira seperti tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Aidlee Anas.
Suasana pada ketika tiba-tiba senyap sunyi. Hanya bunyi cengkerik gergasi yang bergema-gema sehingga memecahkan kesunyian hutan belantara terasing itu. Bunyi menderam-deram, mengaum-ngaum dan melolong-lolong di sekeliling hutan itu bergema-gema merentasi kawasan hutan belantara asing itu. Sesekali, bunyi itu diselang-selikan dengan bunyi hempasan air yang dipercayai merupakan bunyi air terjun ataupun anak sungai yang terdekat. Mereka bertiga masih menunggu jawapan sekiranya sesiapa sahaja daripada mereka tahu di manakah mereka bertiga sedang berada. Tiba-tiba, pembantu maya alat trans-teleportasi ciptaan Kyra yang bernama 'SiTi' bersuara,
• Kepada Kyra Umaira, Dr. Ashfan Haziq dan Aidlee Anas, diucapkan,
"SELAMAT DATANG KE ZAMAN JURA-KAPUR" •
"Asyfan, kita kat mana sekarang?" Kyra Umiara bersuara, berbisik memecah kesunyian.
Tumbuh-tumbuhan paku pakis gergasi termasuklah daripada spesies Gleichenoides gagaunensis merimbun-rimbun menutupi seakan-akan satu laluan kecil kawasan berhutan itu. Pucuk-pucuk daunnya amatlah berbeza berbanding pokok paku pakis yang ada pada zaman moden.
"Gleichenoides gagaunensis, salah satu spesies paku pakis yang pengkaji temui fosil dia kat Gunung Gagau, Terengganu berpuluh-puluh tahun lalu." kata Dr. Asyfan Haziq sambil memetik tumbuhan berkenaan dan menyimpannya didalam sebuah buku catatan.
"Maknanya, kita kat kawasan Gunung Gagau, Terengganu ke?" sahut Aidlee Anas dari belakang sambil menebas tumbuhan-tumbuhan bagi membuat laluan selain menanda pokok-pokok yang ada dengan penyembur cat berwarna merah untuk menandakan jalan pulang nanti.
Berbekalkan parang untuk menebas, kamera digital yang dikuasakan tenaga solar, tukul geologi yang digunakan untuk mengetuk kepala dinasaur yang mengganggu penjelajahan mereka. Mercun bola pula digunakan untuk menakut-nakutkan makhluk kuno itu, buku catatan dan sepasang kasut ultra-ringan untuk setiap orang yang digunakan untuk melarikan diri sekirannya mereka dikejar oleh makhluk gergasi kuno. Mereka perlu meneruskan perjalanan menjejaki zaman Jura-Kapur itu sebelum episod Kepupusan Massa ke-5 berlaku. Beberapa senjata moden turut dibawa bersama andaikata mereka terserempak dengan hidupan kuno terbabit.
Riak muka Kyra Umaira kelihatan resah gelisah mendengarkan bunyi-bunyian disekiling hutan belantara itu. Takut gamaknya apabila membayangkan kehadiran dinasour-dinasour di zaman itu. Membayangkan sahajapun sudah mengerikan, apatah lagi berhadapan dengan makhluk gergasi kuno itu.
"Tak bermakna macam tu. Tapi kita masih dikawasan semenanjung Malaysia. GPS dan kompas memang tak boleh guna laa sebab zaman ni mana ada satelit, kutub utara dan selatan pun masih dalam kedudukan kuno yang kita sendiri tak tahu normal ke atau songsang. " Dr. Asyfan Haziq menerangkan dengan panjang lebar.
Selain dapat mengetahui usia sesuatu lapisan batuan yang mempunyai fosil-fosil tumbuhan tertentu, kepentingan tumbuh-tumbuhan purba ini juga adalah kita mampu mengagak spesies-spesies dinasour yang memakan tumbuhan terbabit.
Dengan perlahan, ketiga-tiga manusia moden ini berjalan menelusuri celahan tumbuhan Gleichenoides gagaunensis sehinggalah menemui seakan-akan sebuah kawasan berpaya dan lopak kecil. Kawasan berlopak itu kelihatannya seperti sebuah tempat babi hutan berkubang dan bermandi-manda ketika waktu petang.
"Tempat babi hutan berkubang ke ni?" Aidlee Anas cuba meneka. Mana tahu boleh jadi betul.
"Besar gila tempat babi berkubang. Kau biar betul Aidlee." Kyra Umaira berseloroh sambil menujukkan kawasan sekeliling.
"Ada serpihan gigi. Dari spesimen gigi nie, ini bukan tempat babi berkubang laa. Nie tempat spesies Iguanodontid sp. berkubang. Kadang-kadang tempat dieorang berebut dan bergaduh tempat berkubang. Spesies nie laa yang makan paku pakis Gleichenoides gagaunensis ni tadi." kata Dr. Asyfan Haziq sambil membelek-belek spesimen gigi yang berterabur disisi tempat berkubang terbabit.
Tempat yang mereka sedang lalui adalah kawasan lembab dan agak basah. Di samping kehadiran spesies paku pakis Gleichenoides gagaunensis yang merimbun itu, ada satu mata yang sedang memerhatikan tindak tanduk dan gerak geri mereka.
"Asyfan, tengokk! ada tapak kaki. Besar gila. Lagi besar dari tapak kaki gajah." dari kejauhan dihadapan sambil menebas paku pakis Gleichenoides gagaunensis, Aidlee Anas menjerit kuat, teruja mungkin.
"Wahhh. Besarnya." Kyra Umaira cuba membandingkan dengan tapak kaki dan tangannya. Dari pusat lesi kepada perasaan teruja. Sukar digambarkan bila dapat melihat tapak kaki dinasaur didepan mata sendiri.
"Asyfan, ada lagi kat sini. Tapi lagi kecik. Bersilang-silang pulak antara yang kecik sikit dengan yang besar." Aidlee Anas memanggil Dr. Asyfan Haziq, lebih kurang 20 meter dihadapan.
Dr. Asyfan Haziq mendekati Aidlee Anas sambil mengeluarkan kamera digital yang dikuasakan oleh tenaga solar itu. Buku catatan juga dikeluarkan bagi memcatatkan maklumat-maklumat penting penemuan-penemuan tersebut. Ukuran dan saiz tapak kaki terbabit diukur dan disukat.
"Yang kecik sikit nie kemungkinan spesies Sauropod si pemakan tumbuhan, manakala yang besar nie macam......" Dr. Asyfan Haziq menghentikan tafsirannya. Semacam ada sesuatu yang mengganggu kerongkong nya untuk terus meluahkan apakah tafsirannya. Kotak suaranya seakan hilang sehingga tiada suara yang terkeluar daripada mulutnya.
"Macam apa???!" serentak Aidlee Anas dan Kyra Umaira bersuara mahukan jawapan yang pasti dan terkini.
"Macam...." Dr. Asyfan Haziq masih tidak boleh melantunkan jawapannya. Terasa seram sejuk dibuatnya.
"???"
***
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro