Penemuan Lautan Tethys Kuno
Halia ini halia tanaman,
Dibuat dalca belinya berhutang,
Pada pembaca yang maha budiman,
Selepas membaca picit lah bintang 🌟 ⬇️
SANG mentari Zaman Jura - Kapur mula bersinar ceria. Suasana pagi zaman kuno berkenaan tidaklah terlalu berbeza dengan suasana hutan hujan dizaman melenium ini. Hanya terbitan matahari tidaklah tepat merangkak naik daripada arah barat, dan kandungan oksigen pada pagi itu dirasakan terlalu padat. Bunyi unggas gergasi dan cengkerik kuno masih melatari bunyi hutan zaman kuno terbabit.
Dr. Asyfan Haziq, Kyra Umaira dan Aidlee Anas sudah bangun daripada tidur sedari awal subuh tadi. Tidur mereka tidaklah terlalu nyenyak, namun cukup untuk menghadapi hari-hari mendatang. Setelah memastikan kawasan sekeliling selamat, mereka bertiga pun menuruni pokok ketapang berkenaan bagi memulakan penjelajahan dikawasan bahagian barat.
Dr. Asyfan Haziq bercadang untuk bergerak ke bahagian barat kerana dia merasakan penjelajahan mereka akan menemui sesuatu yang menarik untuk dikaji. Perjalanan mereka ke arah barat hanya disaksikan oleh lambaian-lambaian Gleichenoides gagauensis dan spesies paku-pakis gergasi yang lain. Tiada jejak-jejak Theropod sp. ditemui sepanjang perjalanan jauh mereka pada ketika itu. Hanya tapak kaki Igunanodontid sp. yang dapat dilihat disekitar kawasan terbabit.
"Mungkin laluan spesies ni kot. Lagipun makanan dieorang ada di kiri dan kanan laluan denai ni." ujar Dr. Asyfan Haziq metenteramkan keadaan apabila Kyra Umaira yang kelihatan resah gelisah itu bertanyakan mengenai tapak kaki yang wujud disekitar laluan mereka.
***
Suasana perjalanan mereka berubah daripada kawasan hutan-hutan dan denai-denai ke kawasan yang berpaya. Tiba-tiba, mereka bertiga telah tiba ke satu pemandangan sebuah lautan yang agak luas.
"Ini Selat Melaka ke, Asyfan?" Aidlee Anas tiba-tiba melontarkan pertanyaan kepada Dr. Asyfan Haziq.
"Bukan." ujar Dr. Asyfan Haziq sambil membelek-belek peta yang menampakkan benua-benua kuno, Pangea dan Gondwana.
"Habis tu?" serentak Kyra Umaira dan Aidlee Anas bertanya kepada Dr. Asyfan Haziq. Mereka bertiga kelihatan cukup kepenatan setelah jauh berjalan kaki.
"Inilah Lautan Tethys. Lautan kuno yang memisahkan antara blok Sibumasu iaitu Blok Malaya Barat dengan blok timur Indochina iaitu Blok Malaya Timur suatu masa dahulu." terang Dr. Asyfan Haziq.
"Hah?!" Kyra Umaira mengemekkan muka. Aidlee Anas pula seakan-akan telah hilang ditengah lautan Tethys apabila mendengar penerangan daripada Dr. Asyfan Haziq ini.
Kedua-dua mereka seakan-akan tidak memahami dengan penerangan yang diberikan oleh Dr. Asyfan Haziq.
"Macam ni. Semenanjung Malaysia, tanah air yang kita duduki ini merupakan sebahagian daripada plat tektonik Sundaland yang terbentuk daripada blok-blok benua daripada bahagian benua kuno India-Australia di timur paleobenua Gondwana dan penutupan serta pengangkatan lautan Tethys kuno."
Dr. Asyfan Haziq meneruskan penerangannya.
"Oleh itu, Semenanjung yang kita jejak sekarang ini terbentuk daripada dua blok utama, iaitu blok Sibumasu atau blok barat dan blok timur Indochina-Malaya Timur. Pada zaman Jura yang kita masuk ini, dua blok ini akan bertembung dengan blok daratan besar Asia dan berlaku pengangkatan, yang mengakibatkan pembentukan batuan sekitaran lautan dan daratan."
Sungguh panjang lebar penerangan saintifik daripada Dr. Asyfan Haziq.
Kyra Umaira hanya ternganga ketika mendengarkan penerangan lengkap daripada Dr. Asyfan Haziq. Terlalu asyik mendengar barangkali.
"Kyra, tutup mulut tu! Nanti lalat hutan kuno masuk dalam mulut baru tahu." Aidlee Anas berseloroh apabila tersedar mimik muka Kyra Umaira.
"Ishhh kau ni, Aidlee." tangannya pantas merayap untuk mencubit Aidlee Anas yang ketika itu berada disebelahnya.
"Adehhh...adehhh...cuba kau tengok kau punya tunang ni, Asyfan.... dia cubit aku." Aidlee Anas yang berperangai seperti kebudak-budakan.
Lantas, mereka bertiga ketawa sambil menghirup bayu laut Tethys yang bakal lenyap menjadi kawasan pengunungan itu.
***
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro