Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Penceritaan Sejarah III - Kambria sehingga Karbon

Tengah lah malam mimpikan bulan,
Mimpi dipagar bulan delapan,
Tengah lah malam mimpikan tuan,
Terpicit bintang 🌟 tertekan pesanan ⬇️

POTONGAN keping-keping sandwich yang dijamah oleh ketiga-tiga mereka dirasakan begitu enak sekali. Sambil makan-makan, mereka dapat menikmati suasana pantai yang jarang-jarang ditemui. Bolehlah diibaratkan  seperti sedang berkelah-kelah ditepi sebuah pantai yang belum pernah dijejaki oleh makhluk manusia.

Namun, mereka tidak berani untuk turun mandi-manda di pantai kuno berkenaan. Waima, berada digigi-gigi air untuk mencelup-celup kaki di air pun mereka takut. Mungkin mereka tidak tahu hidupan apakah yang berada didasar pantai dan lautan berkenaan. Perkara itu hanya bakal membahayakan nyawa mereka sahaja.

***

"Asyfan, sambung laa cerita kau tadi." Kyra Umaira kelihatan teruja dengan penceritaan yang dilontarkan oleh Dr. Asyfan Haziq sebentar tadi.

Sandwich keju Kyra Umaira yang terlebih dahulu habis dek kerana keterujaannya dengan sambungan cerita tunangnya itu.

"Ok lah. Semua ready?" sambil menunjukkan tanda bagus, Dr. Asyfan Haziq menyambung ceritanya sebentar tadi.

"Pada usia Kambria iaitu sekitar 540 sehingga 490 juta tahun lampau, pengendapan batuan Formasi Machinchang di Langkawi, Kedah dan Formasi Jerai di Gunung Jerai, Kedah dengan sekitaran batuan pengendapan ialah sekitaran lautan di timur laut benua Gondwana."

"Sebab itulah di Langkawi, kita menemui apa yang dipanggil sebagai singkapan batu pasir yang tertua di Malaysia." jelas Dr. Asyfan Haziq.

"Ooo... Langkawi Geopark." Aidlee Anas menambah.

"Ya, betul." kata Dr. Asyfan Haziq sambil menepuk-nepuk bahu Aidlee Anas.

"Selepas itu, pada usia Devon Awal sehingga Devon tengah iaitu sekitar 410 sehingga 359 juta tahun lampau, berlaku pemisahan antara blok China Selatan, China Utara dan Indochina daripada super benua Gondwana lalu membuka laluan baharu iaitu Lautan Paleo-Tehthys." ujar Dr. Asyfan Haziq sambil tangannya menunjukkan isyarat benua yang tergerak.

"Maknanya, lebih kurang macam moyang atuk nenek kepada Lautan Tethys ni laa?" soal Kyra Umaira kepada Dr. Asyfan Haziq.

"Ya, betul Kyra. Cuma proses pembukaan dan penutupan sebuah lautan amat memakan masa yang lama, kadang-kadang sehingga jutaan tahun melalui aktiviti pecutan benua." katanya lagi.

"Pada penghujung usia Karbon Awal pula iaitu sekitar 359.2 juta tahun lampau, Blok China Selatan dan Blok Indochina telah bergabung lalu membentuk Blok Cathaysia. Blok Sibumasu berada di timur laut Blok Australia." kata Dr. Asyfan Haziq lagi sambil melukis blok-blok berkenaan diatas paisr pantai.

Dr. Asyfan Haziq menyambung. Kyra Umaira dan Aidlee Anas kelihatan khusyuk sekali mendengar penerangan beliau.

"Pada usia Karbon Akhir sehingga Perm Awal pula, dalam circa 320 sehingga 299 juta tahun lampau, berlaku pembentukan glasier maksima di benua Gondwana yang berakhir dengan penghanyutan bongkah-bongkah ais ke kawasan pentas benua dalam Blok Australia."

"Oleh itu, pembentukkan batuan dan batu jatuh dalam Formasi Singa di Pulau Langkawi berlaku dalam tempoh ini." terang Dr. Asyfan Haziq dengan panjang lebar.

"WOW! Aku tak pernah tahu pun tu semua!" kata Aidlee Anas.

"Tu laa. Ada batu bawaan ais yang terapung dalam formasi batuan di negara kita. I mean, Wow! That impressive! Mind-blowing! Dengan cuaca dan iklim yang berbeza, batu tu boleh sampai ke Langkawi!" Kyra Umaira nyata seronok dengan setiap fakta yang dikemukakan oleh Dr. Asyfan Haziq itu.

"In facts, kalau korang teringin nak tengok batu jatuhan bawaan ais ini dengan mata kepala korang sendiri, pergi laa ke Tanjung Mali, Langkawi. Pasti kalian menemui jejak-jejak batu jatuh berkenaan didalam Formasi Singa." Dr. Asyfan Haziq mengesyorkan tempat-tempat menarik untuk melancong di Pulau Langkawi, Permata Kedah itu.

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro