Kemuncak Aktiviti Penyongsangan
Singgah berlabuh di Tanjung Jati,
Nakhodanya memakai si baju merah,
Jika berasa berkenan di hati,
Tekan lah bintang🌟 butang di bawah ⬇️
AKTIVITI penyongsangan medan magnetik bumi nampaknya sudah menghampiri tempoh waktu kemuncaknya. Dengan pelbagai bencana yang berlaku secara berturutan diseluruh dunia, nampaknya aktiviti alami ini sudah tidak dapat dikekang lagi. Dimulai dengan menghilangnya lapisan ais terakhir di benua Antartika dan Artik, kemudian disusuli pula dengan kejadian mega-tsunami yang datangnya dari rantaian Kepulauan De Palma iaitu Pulau Canary yang melanda benua Amerika. Kemudian di benua Asia pula, episod gempa bumi major berkedalaman cetek dan kekuatannya berukuran magnitud M8.8 pada skala richter yang melanda New Delhi, India dan menyebabkan hampir sepuluh juta orang terkorban.
Benua Amerika Utara pula digemparkan dengan letusan kaldera Supervolcano Yellowstone yang memusnahkan seluruh kawasan pergunungan Rocky di Wyoming selain menyebabkan seluruh benua Amerika dipenuhi debu-debu halus gunung berapi dan juga pelepasan gas beracun berasid secara besar-besaran yang tercetus daripada aktiviti volkano itu. Bukan itu sahaja, Zon Sesar San Andreas telah mula aktif sejak gempa terakhir pada 1906 dan menyebabkan gegaran M7.5 berdekatan Kota Metropolitan San Fransisco. Kota Metropolitan San Fransisco dan California musnah sepenuhnya.
Manakala di Malaysia, Zon Sesar Kuala Lumpur dilaporkan telah aktif semula buat kali pertama kali sejak ribuan tahun lalu dan telah mencetuskan gegaran pertama sekuat M7.0 pada skala richter. Gegaran ini menyebabkan Kota Metropolitan Kuala Lumpur hampir lumpuh sepenuhnya. Runtuhan daripada gua-gua bawah tanah dari litologi Formasi Batu Kapur Kuala Lumpur memburukkan lagi keadaan apabila tanah jerlus berlaku di merata-rata kawasan termasuklah berdekatan menara KLCC. Ini menyebabkan menara bahagian utara menjadi senget dan tidak stabil.
Semakin memburukkan lagi keadaan, daik kuartza Klang Gates di Bukit Tabur musnah sepenuhnya lalu menyebabkan empangan Klang Gates meretak. Akhirnya, empangan itu pecah dan air melimpah ke sebahagian kawasan di Melawati dan Lembah Klang.
Di Indonesia, dilaporkan juga, Gunung Berapi Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda akan meletus dan memuntahkan lavanya, dan setakat ini bunyi letusan gunung berapi itu boleh didengari sejauh ribuan kilometer merentasi jarak di Singapura, Kelantan di Malaysia, Narathiwat di Thailand dan di Queensland, Australia.
Bimbang dengan situasi yang berlaku sekarang, Dr. Asyfan Haziq cuba mencari jalan untuk menyelamatkan seluruh rakyat Malaysia daripada bencana besar yang bakal mendatang kelak.
Bersama-sama Kyra Umaira dan Aidlee Anas, mereka mencari jalan supaya perkara ini dapat diatasi dengan sewajarnya, dan nyawa lebih 50 juta rakyat Malaysia sekurang-kurangnya dapat diselamatkan.
Dr. Asyfan Haziq teringat mengenai alat ciptaan Kyra Umaira yang mana boleh digunakan untuk memindahkan jasad manusia pada ruang masa dan jarak melalui hukum meta-physo-physics.
Dr. Asyfan perlu berkomunikasi dengan Kyra Umaira untuk mencuba alat pelik itu. Sudah tidak ada cara lain pada masa ini. Masa pula semakin suntuk. Semakin mereka melengahkan masa waima sesaat sekalipun, nyawa jutaan orang rakyat Malaysia dalam genggaman mereka.
***
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro