Di Kejar Theropod si Pemakan Daging
Naik kolek janganlah senget,
Isi barang sampai ke depan,
Cantik molek bintang 🌟 di langit,
Bintang 🌟 di bawah juga jadi pilihan ⬇️
DARI kejauhan ditebing tasik yang berlatar belakangkan sejumlah tapak-tapak kaki makhluk gergasi spesies Theropod sp., dapat terlihat sebuah jasad yang perlahan-lahan timbul daripada permukaan tasik berkenaan. Dengan barisan gigi yang berwarna kekuning-kuningan sedang mencengkam seekor ikan gergasi, memiliki sebuah mata yang bundar berwarna kehijau-hijauan tua, juga terlihat kesan-kesan cakaran pada sisi mata kiri dan juga bawah rahang nya.
Sambil pokok-pokok teratai yang terlekat diatas kepala makhluk terbabit, jelas terlihat wajah amarah terpancar pada anak mata makhluk berwarna hijau tua sebam terbabit. Bunyi dengusan nafas amarah yang datangnya daripada lubang hidung yang dianggar seluas diameter sebuah paip jamban itu memecah kesunyian dataran mendatar berkenaan.
Ketiga-tiga manusia yang sedang berdiri tegak tanpa ada apa-apa pergerakan hanya memerhatikan dari kejauhan. Hanya pergerakan kening dan anak mata asia sahaja yang menjadi alat kepada bahasa isyarat bagi ketiga-tiga individu berkenaan. Degupan jantung ketiga-tiga manusia berkenaan nyata berdegup kencang, bak kuda perang pulang daripada perang.
"Uishh....." Dr. Asyfan Haziq memberi isyarat awal supaya mereka memulakan langkah seribu dengan perlahan-lahan.
Kyra Umaira membuat muka seperti tidak memahami.
Aidlee Anas pula menghalakan kepalanya ke tempat yang sesuai untuk cabut lari.
Kyra Umaira mula mengangguk faham.
Jarak antara mereka bertiga dengan Therapod sp. itu lebih kurang 150 meter. Namun, perlu diingat, langkahan Theropod sp. itu cukup besar dan gagah. Selain kesan cakaran terlihat dibahagian muka, kesan cakaran dan luka-luka juga dapat terlihat disisi bahagian rusuk kiri dan juga dibahagian ekor. Jelas terlihat, mereka bertiga sedang berhadapan dengan seekor Theropod sp. jantan yang amat bengis. Boleh jadi, mereka telah memecah masuk kawasan kekuasaannya.
Mimik muka Kyra Umaira jelas terpancar perasaan keresahan dan ketakutan. Alis matanya seakan hendak mengalirkan air mata namun seboleh-bolehnya diempang. Fikirannya hanya satu, memikirkan bagaimanakah agaknya badan mereka ketika dijamah, dikoyak-koyak sehingga terkeluar jantung, usus, paru-paru dan juga organ hati. Pastinya aliran darah yang pekat merah dan likat itu akan meleleh keluar daripada celahan gigi tajam Theropod sp. yang berwarna kekuning-kuningan itu.
Sungguhlah ngeri apabila Kyra Umaira memikirkannya.
Isyarat cabut lari telah dikeluarkan oleh kedua-dua jejaka, Dr. Asyfan Haziq dan juga Aidlee Anas. Telah sampai masanya mereka cabut lari sebelum ketiga-tiga mereka dikokak oleh spesies Theropod sp.
Dengan perlahan-lahan, mereka bergerak ke sebuah bongkahan batu besar dan bersembunyi tanpa menghasilkan apa-apa kebisingan. Sambil tertunduk-tunduk, mereka cuba untuk keluar dari kawasan dataran lapang itu secara perlahan-lahan tanpa diketahui oleh spesies Therapod sp. itu.
Malangnya, Aidlee Anas telah terpijak beberapa reranting kayu ketika mereka sedang bersiap sedia untuk pecut menyelamatkan diri. Bunyi patahan reranting berkenaan telah menarik perhatian spesies Theropod sp. berkenaan lalu cuba mencari arah punca bunyi berkenaan.
"Lariii!!!" jerit Aidlee Anas.
Ketiga-tiga mereka menggunakan sisa-sisa tenaga yang ada untuk menyelamatkan diri. Dibelakang mereka, seekor dinosaur yang sedang marah kerana kawasan jagaannya diceroboh makhluk lain telah mengekori rapat 3 makhluk masa depan terbabit.
"Cari seeemaakkk!!" Dr. Asyfan Haziq menjerit supaya mencari ruang-ruang perlindungan berupa paku pakis gergasi yang ada dikawasan sekitar dataran mendatar terbabit.
Mereka bertiga masih berlari ketika arahan mencari kawasan bersemak itu dilontarkan.
Dihadapan mereka, dapat terlihat sebuah kawasan bersemak dengan rimbunan paku-pakis gergasi menutupi ruang-ruang terbuka. Rezeki mereka bertiga.
"Sanaaa!" Aidlee Anas berlari sambil menunjukkan kawasan bersemak terbabit.
Dengan memerah segala kudrat yang ada, mereka dengan pantas memasuki kawasan bersemak terbabit lalu meneruskan larian melalui kawasan bersemak. Mereka berlari tanpa mempedulikan spesies Theropod sp. itu dapat mengejar mereka ataupun tidak. Apa yang penting, mereka dapat berlari jauh daripada kedudukan dinosaur terbabit.
***
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro