Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Detik Mula

Berapa banyak lembing si dayang,
Aku hitung lima ratusan,
Apa pemujuk hatimu sayang,
Tekan lah bintang 🌟 tinggalkan pesanan ⬇️

Cerita ini bermula dengan beberapa laporan berita daripada agensi Astro Awani dan beberapa agensi berita rasmi yang lain pada tahun 2014 apabila sekumpulan penyelidik dari universiti tempatan bersama Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) telah berjaya menemui apa yang disebut-sebut sebagai 'jejak-jejak Dinosaur' sewaktu 'Ekspedisi di Gunung Gagau, Terengganu'. Perkara ini amat menarik kerana ini kali pertama kita dikejutkan dengan kehadiran makhluk dinasour di tanah air ini.

Susulan laporan itu, kerajaan Negeri Terengganu telah mengumumkan akan bekerjasama dengan pihak yang terlibat bagi memulihara kawasan kajian seterusnya berusaha mendapatkan status Geopark dikawasan Tasik Kenyir sehingga ke Gunung Gagau. Perkara ini penting bagi memastikan tapak-tapak pra-sejarah ini terpelihara daripada arus globalisasi, pembangunan dan juga dibimbangi akan diganggu oleh golongan pembalak-pembalak haram.

Seterusnya, kajian lanjutan telah dilakukan oleh beberapa pensyarah dan juga pelajar siswazah dan menemui pula fosil gigi dan tapak kaki dinasour di sekitar Taman Negara di Pahang. Kajian lanjutan ini secara tidak langsung telah membuka jalan kepada lebih banyak kajian dan manuskrip untuk mendokumentasikan penemuan-penemuan bersejarah ini.

Selanjutnya, pensyarah dan pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pula mendedahkan telah berjaya menemui fosil tulang dinosaur disekitar kawasan pedalaman di Kelantan. Perkara ini menarik perhatian kerana dipercayai laluan perjalanan dinosaur ini meliputi sekitar kawasan daratan yang kini merupakan kawasan hutan di sekitar negeri Pahang, Terengganu serta Kelantan.

Selepas menyedari negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang ini suatu ketika dahulu merupakan lokaliti permainan bagi pelbagai spesies-spesies dinosaur yang ada, maka, terlahirnya naskah fiksyen sains 'Dino-Malaysiana'. Naskah ini meliputi imaginasi penulis bersandarkan kepada dapatan-dapatan terhadap kajian-kajian oleh saintis terdahulu yang merangkumi sudut biologi, persekitaran serta imaginasi liar penulis yang melangkaui zaman dan masa. Semoga naskah ini menjadi pencetus kepada minat yang mendalam dalam bidang sains khasnya kepada para pembaca.

Selamat Membaca!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro