Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bermalam di denai-denai

Kembang cendawan di tengah padang,
Tempat Cik Siti mencari cendana,
Tinggalkanlah komen meskipun bintang 🌟,
Sungguhpun kecil terlalu lah bermakna⬇️

KEPENATAN dikejar spesies Theropod masih mencengkam jiwa. Ketakutannya masih lagi terasa bagi ketiga-tiga spesies manusia masa depan terbabit, terutamanya Kyra Umaira yang masih mengigil dicelahan rimbunan paku pakis gergasi terbabit. Degupan jantung bak kuda perang masih lagi memainkan rentaknya.

Mujurlah Kyra Umaira pada suatu ketika dahulu ketika zaman belajar nya di sekolah menengah, pernah berjaya memenangi pertandingan merentas desa peringkat sekolah. Itu pun hanya mendapat tempat ke-10 sahaja.

Hari semakin menginjak ke waktu petang. Bunyi-bunyian tapak kaki mahupun dengusan ganas Theropod sp. sudah tidak kedengaran lagi. Ketiga-tiga manusia itu masih menyorok dicelahan rimbunan paku-pakis gergasi sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Manalah tahu jikalau ada spesies dinasour lain yang bakal melalui kawasan terbabit.

"Kita patut bermalam disini untuk mengelakkan dikesan pihak musuh. " Aidlee Anas mula membuka bicara. Ada nada-nada kegusaran jelas terpancar dari riak wajahnya. Sepertinya di medan perang lagak gayanya.

" Right here? Dekat paku pakis ni? You know what, aku dah gatal-gatal seluruh badan ni tau. " Kyra Umaira mula menggaru-garu badannya yang sudah terkena spora paku-pakis terbabit.

" No. Kita akan bermalam kat area denai-denai tu. " Ujar Dr. Asyfan Haziq sambil menunjukkan kawasan denai-denai yang berada tidak jauh dari kawasan rimbunan paku-pakis yang mereka sedang menyorok.

Kyra Umaira dan Aidlee Anas hanya berpandangan antara satu sama lain. Berkerut wajah mereka tika mendengarkan cadangan tak masuk akal Dr. Asyfan Haziq. Tidak dapat dibayangkan jika mereka bermalam dikawasan terbabit dan tiba-tiba sekumpulan Theropod sp. menyerbu mereka ketika sedang tidur.

"Seriously? " Kyra Umaira mempersoalkan cadangan Dr. Asyfan Haziq.

" No. No. I mean.... Yeah, bukan kat bawah tu... " Dr. Asyfan Haziq kekal mempertahankan cadangan nya itu.

" Habis tu? " serentak kedua-dua Kyra Umaira dan Aidlee Anas mempersoalkan kembali cadangan liar Dr. Asyfan Haziq.

" Kita bina pondok atas pokok sekitar kawasan denai tu. Tinggi dia mestilah melebihi 30 meter daripada permukaan tanah. " terang Dr. Asyfan Haziq dengan ringkas.

"Bina?" Kyra Umaira berkerut sambil melihat persekitaran sekeliling.

"Kalau bina tu aku ok je. Lagipun ni laa masa nya nk tunjukkan skill-skill yang aku belajar masa perkhemahan pengakap dulu. " Aidlee Anas kelihatan teruja sambil mula mencapai parang untuk mencari rumpun-rumpun pokok buluh di sekitar kawasan denai tersebut.

" Perlu ke kita panjat pokok yang tinggi-tinggi tu. Aku dah lerr gayat ketinggian. " Kyra Umaira merengek seperti bayi yang mahukan perhatian.

" Sudahlah Kyra. Kalau kau tak nak panjat, kau stay je laa kat bawah ni. Pasang khemah tu dan stay je kat sini. Biar kitaorang yang stay kat atas nanti. " Aidlee Anas berseloroh.

" Ishh. Tak nak aku. " Kyra Umaira membuat mimik muka ketakutan sambil berpeluk tubuh.

" So, you don't have a choice. Just follow us. Nanti kami buat laa tangga yang proper. " ujar Dr. Asyfan Haziq sambil mengikuti jejak langkah Aidlee Anas mencari buluh.

Mereka berdua akhirnya dibuntuti Kyra Umaira, yang ditugaskan mencari dedaun pelepah kelapa yang tidak merengsakan kulit.

Malam mereka pastinya panjang apabila terpaksa bermalam di kawasan denai - denai yang bukan sahaja dipenuhi tumbuhan flora gergasi kuno, malah turut diduduki oleh spesis hidupan dinosaur kuno yang besar-besar dan pasti kelaparan.

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro