EP 36
Semua murid telah pun tiba di majlis tari menari bersama pasangan masing masing.Hiasan majlis pada malam itu sungguhlah cantik.
Sunghoon dan Jina yang baru sahaja sampai,disapa oleh Jake dan Yujin.
Yujin:Wahhh akhirnya datang juga korang,penat aku tunggu.
Jina melepaskan tawa.Dia melihat sekeliling,sepertinya tengah mencari sesuatu.
Jina:Youngeum belum datang?
Jake:Belum,dorang on the way lah tu kot.
Jina mengangguk.Sunghoon hanya bermain dengan telefonnya.
Yujin:Jom lah cari tempat duduk.
Mereka bertiga mengangguk setuju dan mula mencari tempat yang kosong untuk diduduki.
-
30 minit kemudian,Jay dan Youngeum pun telah tiba.Jay membukakan pintu untuk Youngeum.
Gadis itu pun keluar dari perut kereta milik Jay.Jay mengukirkan senyuman manis.
Jay:Jom masuk.
Youngeum mengangguk.Mereka akhirnya melangkah masuk ke dalam.Mata Youngeum bersinar sinar melihat dalam majlis ini.
Dihiasi dengan lampu lampu yang berwarna biru.Senyuman kecil diukir.Secara tiba tiba,seseorang yang melambai lambaikan tangannya ke mereka,menarik perhatian Youngeum.
Selepas mengenal pasti siapakan orang tersebut,Youngeum terus menarik narik lengan baju Jay.Lelaki itu mengangkat keningnya.
Youngeum menundingkan jarinya ke arah Jina yang dari tadi melambai lambaikan tangannya.
Youngeum:Tu dorang kat sana.Jom.
Jay mengangguk lalu mereka berdua pun mendekati mereka semua.Jay berlaga tangan bersama Jake dan Sunghoon,manakala Youngeum berpelukan bersama Yujin dan Jina.
Sunghoon melihat penampilan Youngeum.Matanya tidak leka melihat gadis yang dia cintai itu.
Youngeum dengan tidak sengajanya melihat Sunghoon juga.Sunghoon melambai kecil ke arahnya.
Youngeum membalas kembali lambaiannya.
Youngeum:Korang...dah lama sampai ke?
Jake:Tadi lagi.
Tiba tiba,pengumuman dari guru besar bermula.Semua murid memberikan tumpuan ke hadapan.
Mikrofon ditepuk tepuk sedikit untuk memastikan murid semua mendengar suaranya apabila berucap nanti.
Guru besar:Okay hm..semua dengar ye?Okay,baiklah.Murid murid yang telah hadir di majlis ini,saya nak bagitau yang...nanti pada pukul 8,akan bermula menari bersama pasangan okay?Baiklah,sekarang ni baru pukul 7:40 korang boleh pergi ke sebelah kiri,di sana tersedia makanan makanan dan juga buah buahan tidak lupa juga dengan minuman.Okay,kamu semua boleh makan ataupun buat benda yang lain okay?Nanti pukul 8 baru kita..berkumpul balik kat sini.Itu sahaja daripada saya,sekian terima kasih.
Semua orang mula beratur untuk mengambil makanan.Youngeum juga turut ikut beratur.
Kini,giliran Youngeum untuk mengambil makanannya.Matanya bersinar sinar di saar melihat lauk pauk yang berada di sana.
Semua makanan kegemarannya.Youngeum mula menyenduk kaki ayam bersama kuah kuahnya sekali.
Tengah tengah Youngeum sibuk ingin memilih makanan,bahunya disiku oleh seseorang.Gadis itu menoleh.
Youngeum:Oh,Hai Sunghoon.
Sunghoon:Hai.Cantik kau malam ni.
Pipi Youngeum kian merona merah.Dia melepaskan tawa kecil.
Youngeum:Terima kasih.Awak pun..nampak segak malam ni.
Tengkuk gadis itu dielus elus.Sunghoon menguak rambutnya ke belakang.Dia mendekatkan sedikit tubuhnya ke Youngeum.
Sunghoon:Mestilah,bakal suami kau kan?
Sunghoon mengenyitkan matanya lalu dia berlalu pergi.Youngeum hanya terkebil kebil.Kelibat Jay muncul di hadapan Youngeum.
Jay:Dah ambil maka.....
Mata lelaki itu membulat besar.Air liur ditelan.Youngeum mengerutkan dahinya.
Youngeum:Kenapa?
Jay melihat Youngeum.Senyuman kekok diukir.
Jay:Err...Youngeum,awak pasti ke..dapat habiskan semua ni?
Youngeum melihat makanannya.Sungguh banyak lauk pauk yang diambil.Seperti gunung sudah.
Youngeum mengangguk yakin.
Youngeum:Boleh je.
-
Youngeum meletakkan sudu dan garfunya dipinggan.Pinggannya ditolak jauh.Jay melihat kelakuan Youngeum.
Jay:Youngeum?Kenapa tak habiskan,tadi bukan main yakin awak boleh kasih habis.
Youngeum mengusap usap perutnya.Dia menggeleng geleng tidak mahu.
Yujin:Haaa tulah,siapa suruh ambil banyak banyak lagi,kan dah membazir.
Jake mengangguk setuju.Jay menghembus nafas berat.Air putih dituang di gelas milik Youngeum.
Gelas tadi diberikan kepada gadis itu.
Jay:Nah minum,lepasnu jangan makan lagi dah.Takut nanti awak muak.
Youngeum mengangguk.Air itu diteguk laju.Jake melirik jam ditangannya.
Jake:Weyh sekarang pukul 7:58,kejap lagi mula menari bersama pasangan.
Yujin menepuk tangan gembira.
Yujin:Tak sabarnya!Jake nanti kita menari betul betul tau!
Jake tersengih lalu mengangguk.Jina melihat Sunghoon yang dari tadi mendiamkan diri sahaja.
Jina:Sunghoon.
Sunghoon melihat Jina.Keningnya diangkat.
Jina:Kejap lagi menari bersama pasangan bermula.
Sunghoon mengangguk lalu sambung makan makanannya.Jina senyum kecil.
-
Guru besar:Baiklah semua!Pukul 8 telahpun tiba.Semua murid berdiri dan ambil tempat untuk menari bersama pasangan kamu ya!
Semua murid mula mencari ruang untuk mereka menari.Jay menarik tangan Youngeum.
Jay:Kita kat sini je lah.
Youngeum mengangguk.Gadis itu mengadu sakit.Kakinya dari tadi tidak berhenti sakit.
Jay mengerutkan dahi.
Jay:Kenapa?
Youngeum:Hah?Oh erm...kasut tinggi ni..sakitlah saya pakai..
Jay melihat kasut tersebut.Bahu gadis itu dipegang.
Jay:Tunggu sini ye.
Youngeum hanya mengangguk kecil.Jay berlari secepat mungkin untuk mengambil selipar untuk Youngeum.
Lelaki itu tiba bersama selipar bersamanya.Jay memberikan selipar itu kepada Youngeum.
Jay:Buka kasut tinggi awak tu,pakai selipar ni.
Youngeum mula memakai selipar milik Jay.Dia merasa selesa.
Guru besar:Baiklah,semua murid bersedia ya,cikgu akan bukakan muzik untuk kamu menari bersama pasangan.
Jay melihat Youngeum.Tangan kirinya perlahan lahan melingkari disekeliling pinggang Youngeum.
Tangan kiri Youngeum diletakkan dibahu Jay.Tangan kanan mereka berdua disatukan.
Jay menatap wajah Youngeum.Dia mengukir senyuman.
Jay:Are you ready?
Youngeum menarik nafas dalam.Dia mengangguk.Muzik bermula dimainkan.Semua murid bermula menari mengikut rentak.
Bersambung...
Weyh HAHAHAH sorry ep kali ni mcm...tergantung hshsh jp ii i is nk kasih sambung dulu hshs and im gonna finished this story today!!!
Hope u like it ~~~ Byeee !!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro