EP 3
Youngeum:Youngeum pergi dulu!
Puan Kim:Ha yela,hati hati kat jalan nanti okay!
Pintu rumah ditutup lalu Youngeum pun memulakan perjalanannya untuk ke sekolah.
Ini ialah hari pertama Youngeum akan bersekolah di sekolah barunya.Gadis itu berjalan sambil melompat lompat kegembiraan.
Dia sangat tidak sabar untuk bertemu dengan guru dan juga kawan baru.
Youngeum akhirnya tiba di Sekolah Menengah Samsok.
Youngeum:Jadi,inilah sekolahnya.
Youngeum pun terus masuk ke dalam sekolah tersebut.Dia mendapati bahawa ramai murid murid.
Ada yang sedang berkejar kejaran,ada yang duduk di dalam kelas sambil berbual bual dan ada juga yang sedang makan di kantin sekolah.
Tugas Youngeum sekarang ini ialah untuk berjumpa dengan Cikgu Dora.Disebabkan Youngeum murid baru,dia tidak tahu di mana bilik guru.
Sampailah dia terserempak dengan dua orang murid perempuan yang tidak jauh darinya sedang berbual bual.
Youngeum pun menyapa mereka.
Youngeum:Erm,hai.
Gadis yang bernama Ara langsung menoleh ke arah Youngeum.
Ara:Ya kenapa?
Youngeum:Saya murid baru kat sini,jadi saya nak pergi kat bilik guru.Tapi saya tak tau kat mana bilik guru.Boleh korang tolong saya?
Ara:Oh,mula mula kat hujung sana tu ada tangga,awak naik je terus lepastu jalan lurus then belok kanan.Kat situlah bilik guru.
Youngeum mengangguk angguk tanda faham.
Youngeum:Okay terima kasih,kalau macam tu saya pergi dulu.
Sempat Youngeum menunduk hormat ke arah mereka sambil menghadiahkan senyuman manis.
Seperti yang Ara cakapkan tadi,Youngeum terus menaiki tangga.
Akhirnya Youngeum jumpa juga bilik guru.Pintu diketuk lalu Youngeum memasuki bilik guru tersebut.
Youngeum:Mana dia ya..?
Youngeum melihat sekeliling sehinggalah dia terjumpa Cikgu Dora yang sedang fokus menaip sesuatu di komputernya.
Youngeum segera mendekati Cikgu Dora.
Youngeum:Cikgu Dora.
Cikgu Dora:Ya?
Cikgu Dora menoleh ke arah Youngeum yang berdiri tegak itu.
Cikgu Dora:Oh jadi kamu lah budak baru tu ye.
Gadis itu mengangguk.
Cikgu Dora:Nama?
Youngeum:Kim Youngeum.
Cikgu Dora hanya membalas dengan anggukan sahaja sementara tangannya sibuk mencari sesuatu.
Cikgu Dora menghulurkan sesuatu ke Youngeum.
Cikgu Dora:Ini name tag kamu.Okay jom masuk kelas.Kelas dah nak mula ni.
Name tag yang diberikan diambil.Segera Cikgu Dora melangkah keluar dari bilik guru diikuti dengan Youngeum.
Mereka tiba di kelas.
Cikgu Dora:Okay semua,cukup saya tak nak dengar lagi kamu bercerita ya.
Buku diletakkan di atas meja.Semua murid tertumpu di Youngeum yang hanya melihat tingka laku Cikgu Dora.
Cikgu Dora:Baiklah semua tak payah nak tengok dia sangat saya tau dia cantik.
Youngeum merona merah apabila Cikgu Dora memujinya secara tiba tiba.Semua murid ketawa kecil.
Cikgu Dora:Dia ialah murid baru kat kelas kita.So awak,boleh perkenalkan diri.
Youngeum:Err,hai semuanya.Nama saya Kim Youngeum.Selamat berkenalan.Harap kita boleh jadi kawan rapat ya semuanya.
Youngeum menghadiahkan senyuman manis sehingga memperlihatkan lesung pipitnya.
Semua murid juga begitu gembira kerana mereka mendapat kawan baharu.
Murid murid:Selamat berkenalan juga Kim Youngeum!
Sekali lagi Youngeum tersenyum.
Cikgu Dora:Okay Youngeum,kamu boleh duduk di sebelah Yunjin.Yunjin sila angkat tangan.
Gadis yang bernama Yunjin itu pun mengangkat tangannya.Youngeum mengangguk lalu pergi ke tempat Yunjin.
Dia melabuhkan punggunya di sebelah Yunjin.
Yunjin:Hai Youngeum,nama saya Nam Yunjin.
Youngeum senyum manis ke arah Yunjin lalu mengangguk.
Youngeum:Selamat berkenalan.
Yunjin:Selamat berkenalan juga haha.
Cikgu Dora menepuk nepuk tangannya supaya semua murid memberi perhatian.
Cikgu Dora:Dah?Puas dah bercakap?
Murid:Puas cikgu!
Cikgu Dora:Okay kalau macam tu kita mulakan pembelajaran kita ya.Buka muka surat 75 semua.
Semua murid membuka muka surat seperti yang cikgu katakan tadi begitu juga dengan Youngeum.
TRINGGG!!!
Loceng berbunyi tanda waktu rehat telah tiba.Jam tangan dilihat.Cikgu Dora segera mengemas buku bukunya lalu mengambil beg tangan.
Cikgu Dora:Okay sampai sini je pembelajaran kita hari ni.Ingat ya,kerja rumah korang salin nota muka surat 79.Okay semua boleh kemas barang dan boleh rehat.
Murid:Terima kasih cikgu!
Semua murid melangkah pergi ke kantin.Sementara Youngeum sedang sibuk memasukkan buku di dalam beg.
Yunjin:Hey Youngeum jom rehat sama sama.
Youngeum mengangguk lalu mereka berdua pun pergi ke kantin.Sambil sambil tu,Yunjin juga memperkenalkan Youngeum tempat tempat di bangunan sekolah mereka.
Memandangkan Youngeum murid baru,dia belum tahu arah tempat bangunan sekolah sini.Mujur ada Yunjin yang sudi menolongnya.
Yunjin:Okay tempat yang terakhir ialah loker.Kat loker,awak boleh letak apa apa yang awak tak guna.Contoh kalau beg awak penuh,buku selebihnya letak je kat sini.And juga loker awak ada di sebelah loker saya yey haha.Kunci nanti balik pergi minta dekat Cikgu Dora.
Youngeum mengangguk tanda faham.
Youngeum:Terima kasih Yunjin,sebab kasi kenal kenalkan saya tempat tempat kat sekolah ni.
Yunjin:Haha sama sama.
Tengah seronok mereka berdua berbual,tiba tiba mereka terdengar beberapa murid perempuan yang menjerit jerit di belakang.
Youngeum pun menoleh ke arah mereka manakala Yunjin hanya jeling malas sambil berpeluk tubuh.
Youngeum tertanya tanya,apa yang dorang teriakkan.
Youngeum:Kenapa tu?
Yunjin:Budak popular tu la.
Youngeum:Budak popular?
Ya,kat Sekolah Menengah Samsok ni terdapat murid yang sangat popular.Semua perempuan menyukainya.
Yunjin:Ya.
Youngeum:Kalau boleh saya nak tau nama dia apa?
Yunjin:Park Sunghoon.
Mata Youngeum membesar.
Youngeum:Park Sunghoon..?
Kening sebelah diangkat.
Yunjin:Kenapa,awak kenal dia?
Youngeum:Dia jiran saya.Kemarin saya ada bagi dia makanan,tapi dia tak terima pun.Nasib baik ada mama dia masa tu suruh dia ambil.Kami kan orang baru kat sana jadi mama saya suruh bagi makanan kat jiran sebelah kami.
Yunjin:Dia layan kau kasar kan.
Youngeum mengangguk.
Yunjin:Dia memang macam tu,popular tu memang popular.Tapi dia tu orang dia dingin,tak layan orang sangat.Tapi ada satu orang je yang dia tak layan macam ni.Itupun sebab kawan dia dari kecil.Perempuan by the way.
Youngeum:Ohhhh macam tu.Siapa nama perempuan tu?
Yunjin:Cha Jina.
Sekali lagi Youngeum mengangguk.Dia mengalihkan perhatin ke depan semula.Dapat dia melihat sedikit wajah Sunghoon.
Kelihatan lelaki itu tidak kisah dengan gadis gadis yang dari tadi mengepit dengan dia.
Yunjin:Ish,dah lah.Jom kita balik kat kelas bising betul kat sini.
Youngeum:Ha yela.
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro