Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EP 25

Pintu wad Youngeum dibuka.Sunghoon menoleh ke kanan.Kelihatan ibu bapa Youngeum juga berada di sana.

Puan Kim:Sunghoon..

Sunghoon memajukan dirinya ke Youngeum yang belum sedarkan diri.Wajah gadis itu pucat habis.Jay hanya menunggu di luar,tidak sanggup untuk melihat Youngeum lagi.

Puan Kim mendekati Sunghoon.Rambut anaknya diusap.

Puan Kim:Doktor cakap,dia baik baik je.Sunghoon jangan risau ye.

Sunghoon senyum kecil lalu mengangguk perlahan.

???:Ergh...

Lantas mereka menoleh ke arah Youngeum.Gadis itu telah pun menyedarkan diri.Puan Kim senyum gembira.Jay juga masuk ke dalam.Sunghoon menjauhi Youngeum,malu ingin melihat wajahnya.

Puan Kim menyentuh kedua dua pipi Youngeum.

Puan Kim:Youngeum?Kamu dah sedar.Bagus lah.

Lantas gadis itu dipeluk.Youngeum kelihatan hairan.Pelukan dileraikan.Dia menatap lama wajah Puan Kim sambil dahinya dikerut.

Youngeum melihat setiap wajah yang berada di hadapannya.

Youngeum:Maafkan saya...korang semua ni..siapa?

Semua badan terkaku.Sunghoon yang menunduk tadi terus mendongak kembali.Dia tidak percaya benda ini terjadi dengan Youngeum.

Puan Kim:Y-Youngeum?Kamu tak kenal?Ni mama.Mama kamu.

Kening kanan Youngeum diangkat.

Youngeum:Mama?

Puan Kim mengangguk.Youngeum kini menoleh ke arah Tuan Kim.

Youngeum:Yang ni pula siapa?

Puan Kim:Itu ayah kamu sayang.Kami keluarga kamu.

Youngeum mengangguk tanda faham.Jujur,Puan Kim sungguh sedih kerana anaknya mengalami penyakit hilang ingatan.

Youngeum menoleh ke arah Jay yang mendekatinya.Jay senyum manis.

Jay:Saya Jay.Kawan awak.

Youngeum mengangguk sekali lagi.Dan tiba masanya Youngeum beralih ke arah Sunghoon yang masih lagi melihatnya.Youngeum yang tadi tersenyum terus sahaja mematikan senyumannya.

Dia menudingkan jarinya ke arah Sunghoon.Mereka semua menoleh ke arah lelaki itu.Youngeum membulatkan matanya.Sunghoon terpinga pinga.

Youngeum:Dia...

Jay melihat Youngeum.

Jay:Kenapa Youngeum?

Youngeum tidak dapat mengawal dirinya.Dia terus teriak sekuat hati membuatkan semua yang berada di dalam wad itu terkejut.

Tuan Kim cuba menahannya.

Tuan Kim:Kenapa Youngeum?Kenapa dengan Sunghoon.

Youngeum:Kau keluar!Keluar!Aku tak nak tengok muka kau!

Youngeum menarik narik rambutnya.Sunghoon ingin mendekat tetapi ditahan oleh Jay.

Sunghoon:Kenapa,kenapa dengan aku!

Jay:Sunghoon,bukan masa yang tepat untuk kau tanya macam ni.Kau keluar dulu,biar kami tenangkan Youngeum.

Sunghoon menggeleng perlahan.Dia melihat Youngeum yang sudah pun mengalirkan air mata.

Sunghoon:Youngeum ni aku...Sunghoon!

Youngeum:Keluar!Keluar!Kau keluar sekarang!!!!

Makin kuat teriakan Youngeum.Tuan dan Puan Kim cuba sedaya upaya untuk tenangkan gadis itu.

Jay:Sunghoon keluar!Kalau kau tak keluar,benda ni akan jadi lebih teruk lagi!Keluar!

Sunghoon akur sahaja.Mungkin sahaja Youngeum tidak kenal Sunghoon,tetapi dia masih ingat kelakuan lelaki itu terhadapnya.Seperti sampah.

Sunghoon melihat Youngeum buat kali yang terakhir.Dia menghembus nafas lalu keluar dari bilik itu.

Tuan Kim:Jay,panggi doktor.

Jay mengangguk lalu bergegas keluar untuk mendapatkan doktor.

-

Sunghoon sekarang berada di luar hospital.Yujin,Jake dan Jina hanya menunggunya di luar.Jina mendekati Sunghoon.

Jina:Macam mana dengan Youngeum?

Sunghoon duduk di bangku.

Sunghoon:Dia..hilang ingatan.

Yujin membesarkan matanya.

Jake:Maksudnya...dia dah tak kenal kita?

Sunghoon mengangguk.Jina menghembus nafas berat.

Jina:Ni semua salah saya..

Sunghoon menoleh ke arah Jina.Bahu gadis itu dipeluk.

Sunghoon:Kenapa salah awak pula?

Jina:Saya..musnahkan semuanya.Kalau saya tau yang Youngeum tu sukakan awak,benda ni semua takkan berlaku.Saya salah.

Sunghoon memegang rahang gadis itu.Senyuman kecil diukir.

Sunghoon:Ni bukan salah awak.Semua ni salah saya.Saya yang lambat tau.Dan lagi satu...masa Youngeum tengok aku tadi,dia halau aku.Sebab tu aku keluar.

Jake mengerutkan dahi.

Jake:Kenapa pula?Kau cakap dia hilang ingatan,tapi kenapa bila dia tengok kau dia marah?

Sunghoon mengangkat bahu.

Yujin:Apa apa pun,kita doakan supaya Youngeum cepat sembuh.

Mereka bertiga mengangguk setuju.

-

Doktor:Youngeum mengalami penyakit amnesia.Dia hilang ingatan.

Tuan Kim:Jadi doktor...bila anak kami boleh ingat balik ingatannya?

Doktor memperbetulkan kaca matanya.

Doktor:Yang itu saya tak pasti,tapi kalau korang semua cuba sedaya upaya untuk ingatkan dia kembali mungkin akan berhasil.Dan pada Encik Park Sunghoon.

Sunghoon menegakkan semula kepalanya.

Sunghoon:Ya saya?

Doktor itu memasukkan tangannya di dalam poket kot baju doktornya.

Doktor:Saya ada tanya tadi dengan Youngeum,kenapa dia marah marah awak.Jawapan dia ialah...sebelum ni,ada seorang yang dia kenal.Tapi orang tu,jahat sangat dengan dia.Dia ada cakap juga yang...muka awak,hampir sama dengan muka lelaki itu.Sebab tu dia halau awak.Jadi saya sarankan awak untuk jangan dekat dekat dengan dia buat sementara ni.Takut nanti,benda yang sama berulang.

Mereka semua melihat Sunghoon.Sunghoon terkaku.Doktor tadi telah pun berlalu pergi.

Jay:Dia ingat yang kau lah orang yang berkasar dengan dia.Tapi dia tak ingat yang kau lah orangnya.

Sunghoon terduduk.Wajah diraup kasar.

Jake menepuk nepuk bahu kawannya.Cuba tenangkan dia.Jake juga berasa sedih,kerana Youngeum sahabatnya...telah pun hilang ingatan.

Jina:Sabar ye Sunghoon.Saya tau..awak kuat.

Jina memeluk Sunghoon.Sunghoon membalas pelukannya.Sunghoon menangis teresak esak.

Manakala yang lain hanya menunduk ke bawah.

'Youngeum...maafkan aku..'

Bersambung...

HEHE DOUBLE UPDATE LAGI MUAHAHHA best pula double ii ni hoho!

Bah hope u like it~ARAMAITI!!!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro