EP 22
Jake:Tak sabarnya besok dah hari valentine!
Jake meregangkan badannya.Jay menggerakkan bebola matanya ke atas lalu menggigit rotinya.
Jake:Weyh nanti hari valentine korang nak bagi siapa chocolate korang?
Jay:Sebelum kami jawab,kau dulu yang jawab.Siapa kau nak bagi.
Jake mematikan senyumannya.Dia berpeluk tubuh.Mata dikecilkan.Bibir digigit.
Jake:Bongoknya kau.
Jay membulatkan matanya sedikit dan membuat gaya ingin menumbuk Jake.Sunghoon menghentikannya.
Jake ketawa kecil.Tiba masanya Sunghoon di tanya.
Jake:Kau nak bagi siapa chocolate nanti?
Jay berhenti mengunyah.Dia menoleh ke arah Sunghoon.Sunghoon menghembus nafas berat.
Sunghoon:Tak boleh bagitau.Nanti korang celupar.
Jake memukul tangan Sunghoon.
Jake:Ala kau ni.Kau ingat muka macam kami ni,layak ke dipanggil celupar?
Sunghoon:Memang layak sangat sangat.
Sunghoon memberikan senyuman manis.Jake mengambil bekas penselnya lalu membaling ke arah Sunghoon.Tetapi lelaki itu pantas menyambut daripada terkena di kepalanya.
Jake menongkat dagu.Dia melihat Jay yang masih lagi sedap mengunyah ngunyah makanannya.
Jake:Jay.
Jay mengangkat kening kanannya.
Jake:Kau nak bagi siapa nanti?
Jay:Rahsia.
Jake berdiri tegak.Dia mendengus kasar.
Jake:Dah lah kalau semua tak nak bagitau.
Sunghoon:Habis kau nak bagi siapa?
Jake berdehem kecil lalu duduk semula dia kerusinya.Dia mendekatkan wajahnya ke mereka berdua.
Jake:Rahsia-
Kepalanya ditolak oleh Jay.Jake mengusap kepalanya.
Jay:Cakap orang,kau pun sama.
Jake:Ish kau ni,ye lah aku bagitau.Sebenarnya takde siapa siapa pun yang aku nak bagi.Tapi aku nak ada orang yang akan bagi aku.
Jake menguak rambutnya ke belakang sambil menaik turunkan keningnya.Sunghoon mencebik.
Jake:Dan lagi satu,aku tau Sunghoon nak bagi siapa nanti.
Sunghoon mengangkat kening kanannya.Jake senyum bangga manakala Jay juga melihat ke arah Jake.
Jay:Siapa?
Jake membisik ke arah Jay.
Jake:Kim Youngeum~
Buku milik Sunghoon dibaling ke arah Jake.Jake mengadu sakit.
Jake:Ihhh sakit lah!Korang ingat aku ni apa,patung nak main pukul
Sunghoon menjeling tajam.Jake berdecit kecil sambil mengusap usap bahunya.Lelaki itu menoleh ke arah Jay yang dari tadi diam.
Jake:Oi pakcik,yang kau diam diam ni kenapa pula?
Tanpa mereka sedar,Jay sudah pun mengepal tangannya seperti penumbuk.Dia menatap tajam ke arah Jake.Bibir diketap rapat.
Jay:Bukan Sunghoon yang akan bagi Youngeum.
Jake:Habis tu?
Jay berdiri lalu mengoroyokkan plastik rotinya.
Jay:Aku yang akan bagi.
Jay berlalu pergi.Alangkah terkejutnya Jake bila mengetahui bahawa dia yang akan memberi Youngeum hadiah untuk hari valentine.
Dia menoleh ke arah Sunghoon.Lelaki itu hanya mengelamun.
Jake:Kau dengar ke apa yang aku dengar?
Jake membisik ke Sunghoon.
Jake:Jay suka Youngeum~
Jake senyum mengejek ke arah Sunghoon.Dahi dikerut.
Sunghoon:Jadi?
Jake:Kau tak cemburu ke?Bukan kau pun suka Youn-
Sunghoon memukul mejanya dengan kuat.
Sunghoon:Aku tak suka dia lah..!
Jake berpeluk tubuh.Kaki kanan disilangkan.
Jake:Yelah tu.Kalau Jay bagi dia nanti lepastu dia cakap yang dia suka Youngeum,kau jangan menyesal.
Sunghoon mencebik.
Sunghoon:Takde masanya aku nak menyesal,aku bukannya suka dia pun.
Jake mengangkat bahu.
-
Youngeum:Lalalalalala
Youngeum berjalan sambil melompat ke menuju ke arah lokernya.Pintu loker dibuka.Youngeum mengangkat keningnya.
Sebuah kotak yang berisikan gula gula dilihat.
Youngeum:Siapa yang...bagi ni?
Youngeum melihat ke kiri dan ke kanan.Senyuman kecil diukir.Dia mengambil sebiji gula gula tersebut lalu dimakan.
Youngeum:Sedapnya~
Youngeum meletakkan kembali kotak itu di dalam lokernya lalu pintu loker ditutup.Dia berlalu pergi untuk berjumpa dengan Yujin dan Jina.
-
Yujin:Sedapnya kau masak Jina~
Jake:Aku kan dah cakap,memang sedap punya!Lama tak makan masakan Jina kan kan.
Jina tertawa kecil.Dia melihat Sunghoon di sebelahnya.Lelaki itu sepertinya kesedapan sungguh menikmati masakan Jina.Jina senyum kecil.
Yujin melihat Jina yang dari tadi perhatikan Sunghoon.Senyuman ejek diukir.
Yujin:Eh eh,tengok apa tu Jina~Tengok Sunghoon ke~?
Yujin tertawa kecil.Jina berhenti melihat Sunghoon di saat lelaki itu menoleh.Sunghoon melihat Yujin yang masih tertawa.
Sunghoon:Kenapa?
Yujin:Jina tengok tengok kau tadi~
Jina:Ish mana ada..
Yujin:I ship i ship.
Jina memukul tangan Yujin menggunakan sudunya dan menyuruhnya untuk diam.Jake dan Jay hanya mendiamkan diri.
???:Hai semua!
Mereka berlima menoleh ke empu punya suara.Ternyata Youngeum.Sunghoon menghembus nafas berat lalu sambung makan makanannya.
Jay senyum gembira.
Jay:Hai Youngeum.
Senyuman Jay mati di saat Youngeum melabuhkan punggungnya di sebelah Sunghoon.Lelaki itu juga tekejut lalu mengesot ke tepi sedikit.
Jina:Nah Youngeum untuk awak.
Youngeum mengambilnya.
Youngeum:Terima kasih Jina.
Baru sahaja Youngeum ingin meletakkan makanan itu dipinggannya,Sunghoon menghalang.
Sunghoon:Jina,awak dah makan ke makanan ni?Sikit dah ni.
Jina:Oh yang tu,belum lagi.Kenapa?
Sunghoon merampasnya dari Youngeum membuatkan mereka semua melihat Sunghoon.
Sunghoon:Ni untuk Jina.Kau makan yang lain.
Sunghoon memberikannya kepada Jina kembali.Youngeum menghembus nafas berat.Jay menggerak gerakkan rahangnya.Marah.
Jake:Ala kau ni Sunghoon,bagi je lah Youngeum rasa sikit.
Sunghoon:Kau tak dengar ke apa yang Jina cakap tadi?Dia belum makan lagi.
Jay:Satu sudu pun cukuplah.
Sunghoon menoleh ke arah Jay.Dia mendengus kasar.Youngeum melihat ayam goreng yang hanya tinggal satu sahaja.Dia ingin mengambilnya.
Sunghoon:Nak buat apa tu?
Youngeum menoleh ke arah Sunghoon.
Youngeum:Hah?Saya..nak ambil ayam tu.
Jake menghulurkan ke arah Youngeum tetapi Sunghoon pula yang mengambil.
Sekali lagi mereka semua melihat Sunghoon.
Sunghoon:Kau makan sayur,kasih tinggi sikit badan tu.Ayam je hari hari.
Youngeum sambung duduk semula.Jay sudah tidak tahan dengan sikap Sunghoon terhadap Youngeum.Sudu diletakkan di piring.
Jay:Youngeum duduk sini.
Kini mereka semua melihat Jay pula.Youngeum terpinga pinga.
Youngeum:Kenapa..
Jay:Kau kat sana kena layan macam anjing je.Sini duduk sini.
Youngeum berdiri perlahan lahan lalu duduk di sebelah Jay.
Jay mengukir senyuman manis.Ayam yang ditangan Sunghoon di ambil.
Jay:Orang lain pun nak makan,bukan Jina je.
Bisik Jay ke Sunghoon.Dia memerhatikan sahaja Jay memberi Youngeum makan.
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro