Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EP 17

Sunghoon dan Jake tengah berbual bual sambil berjalan menuju ke kelas mereka.

Sunghoon menutup telefonnya lalu memasukkannya ke dalam poket seluarnya sendiri.

Selepas sahaja Sunghoon melihat ke hadapan,langkahnya terhenti di saat dia melihat Jay sedang bermain bersama Youngeum.

Jake yang perasan akan Sunghoon terus sahaja berhenti lalu memandangnya.

Jake:Kau..tengok apa?

Jake juga memaling ke hadapan.Dapat dia melihat yang Youngeum mencuba sedaya upaya untuk mengambil semula telefon miliknya dari Jay.

Jay ketawa terbahak bahak melihat Youngeum yang terlompat lompat itu.Jake mendekatkan wajahnya ke telinga Sunghoon.

Jake:Cemburu ke?

Sunghoon berdecit kecil.Dia melihat rakannya yang memasang wajah yang  mengejek.

Tawa sinis dilepaskan.

Sunghoon:Tsk,takde masanya aku nak cemburu.

Jake berpeluk tubuh.

Jake:Habis tu,kenapa kau berhenti?

Sunghoon menggenggam kolar baju milik Jake.Dia menudingkan jarinya ke dahi Jake.

Sunghoon:Kau diam.Suka hati aku lah.

Kolar baju lelaki itu dilepaskan secara kasar lalu Sunghoon melangkah pergi.Jake mencebik.Bajunya diperbetulkan.

Jake:Woi Sunghoon,tunggu aku!

-

Yujin:So...tak lama lagi hari jadi kau.

Yujin menoleh ke arah Youngeum begitu juga dia.

Yujin:Kau nak hadiah apa,cakap je.Aku bagi.

Youngeum memasang wajah pura pura terkejut.Dia menjeling malas lalu melihat ke depan.

Youngeum:Banyak duit nampak.

Yujin:Alah hari jadi kau kan nak dekat dah,jadi aku nak jugalah bawakan hadiah untuk kau.Lagi satu,ni first time aku sambut hari jadi kau kan kan.

Youngeum tertawa kecil.

Youngeum:Yelah~

???:Youngeum Youngeum Youngeum!

Serentak mereka berdua menoleh ke arah Jina yang berlari menuju ke mereka.Jina melabuhkan punggungnya sebelah Youngeum.

Youngeum:Oh Jina,kenapa?

Jina membuka telefonnya.Aplikasi gallery ditekan lalu Jina menekan satu foto yang ingin ditunjukkan kepada Youngeum.

Jina:Tengok ni.

Youngeum dan Yujin melihat sepasang baju yang ditunjukkan itu.Mata merek bersinar sinar.

Yujin:Ush cantiknya.Kau beli ni untuk kau ke?

Jina menggeleng.Yujin mengangkat keningnya.

Yujin:Habis tu?

Jina menggerakkan bebola matanya ke atas.Dia memandang malas ke arah Yujin.

Jina:Untuk Youngeum lah,apa lagi.Kan rabu ni hari jadi dia.Jadi aku belikanlah baju ni untuk dia.

Yujin mengangguk tanda faham manakala Youngeum membesarkan matanya.

Youngeum:Awak...belikan ni untuk saya?

Jina mengangguk laju.

Youngeum:Berapa harga dia?

Jina:Ala..tak mahal pun.Dalam...50 ribu macam tu~

Jina menaik turunkan keningnya ke Youngeum.Makin besar mata Youngeum dibuatnya.

Yujin mengerutkan dahinya.

Yujin:Kau asal?Macam tak suka je.

Youngeum:Bukan tak suka tapi...takpe ke kalau awak belikan saya mahal mahal macam ni.

Jina memeluk lengan Youngeum.

Jina:Ala awak ni,ni kan untuk hari jadi awak.Takkan lah saya nak bertangan kosong je.Saya kenalah juga bagi hadiah untuk awak kan kan.

Yujin:Betul tu.Kau terima je lah apa yang susahnya.Kau juga yang cakap yang kau nak kami bagi hadiah kan,jadi kami ikut je lah.

Jina mengangguk tanda setuju dengan Yujin.Youngeum berdecit kecil.

Youngeum:Bukan tapi...aku tak nak lah juga kamu bagi hadiah yang mahal mahal dalam 20,30 macam tu okaylah.

Yujin memukul bahu Youngeum.

Yujin:Ish kau ni.Ini keputusan kami nak bagi apa untuk kau.Biarlah,duit kami sendiri juga kan.

Jina:Eh tak payahlah sampai pukul pukul.

Jina mengusap usap lengan Youngeum.Yujin masih lagi geram.

Youngeum:Ish ye lah ye lah.Aku terima aku terima,puas?

Yujin:Macam tu lah~

Jina senyum kecil.

Jina:Oh ya,Sunghoon tau ke yang rabu ni hari jadi awak?

Youngeum mengangguk.

Yujin:So...apa dia cakap?

Youngeum menghembus nafas berat.Telefonnya dikeluarkan lalu mesejnya bersama Sunghoon ditekan lalu ditayangkan ke mereka berdua.

Jina dan Yujin membulatkan mata.Yujin mendengus geram.

Yujin:Apa masalah dia,bukannya susah pun.Setakat wishkan lepastu hadiah siap.Ish,geram pula aku dengan si Sunghoon tu.

Jina berdiri lalu melangkah pergi.Yujin dan Youngeum berpandangan antara satu sama lain.

Youngeum:Kenapa dengan Jina tu?

Yujin hanya mengangkat bahu.

-

Jina masuk ke kelas Sunghoon lalu menuju ke arahnya yang sedang berbual bersama Jake dan Jay.

Jina memukul meja Sunghoon dan membuatkan Jake tersentak.Sunghoon menoleh.

Jake:Bodoh,kejut aku.

Jina senyum kekok sambil mengelus elus sikunya.

Jina:Sorry hehe.

Jina yang tadi senyum terus memasang muka dingin ke arah Sunghoon.Sunghoon mengangkat kening kanannya.

Sunghoon:Kau kenapa?

Jina berpeluk tubuh.

Jina:Kenapa awak kasar sangat dengan Youngeum?

Sunghoon mengerutkan dahinya.

Sunghoon:Apa yang kau cakap ni?

Jina:Tengok lah ni!

Jina menunjukkan mesej Youngeum bersama Sunghoon.Jake dan Jay juga melihat.

Jake:Ush,Sunghoon.Kau agak agak lah,perempuan tu.Cubalah berlembut sikit.Lagi satu,birthday dia nanti aku akan bagi dia hadiah yang paling mantul!

Jay mengangguk.

Jay:Dia pun ada bagitau aku tentang hari jadi dia.Aku okay je.Yang kau ni Sunghoon kenapa juga kau nak kasar macam tu dengan dia.Dia cuma nak sambut hari jadi dia dengan kawan kawan dia yang baru je.

Jina mengangguk setuju.Sunghoon hanya berdiam diri.

Jina:Awak ni kan Sunghoon.Dulu hampir nak membunuh,sekarang nak berkasar pula dengan orang lain.

Sunghoon menatap tajam ke arah Jina.

Sunghoon:Tak payah nak ungkit pasal benda yang dah lama lah Jina.

???:Cha Jina!Telefon sa-

Mereka berempat menoleh ke belakang.Kelihatan Youngeum terkejut.Dia menekup mulutnya.

Jina:Oh Youngeum,kenapa?

Youngeum menghulurkan tangannya.

Youngeum:Telefon saya..

Jina melihat telefon milik Youngeum.Matanya segera membesar.

Jina:Eh,saya..terbawa.Nah nah.

Youngeum mengambil telefonnya semula.Jake mendekati Youngeum.

Jake:Ha Youngeum,kami dah tahu apa yang terjadi.Kau kalau budak Sunghoon ni buat hal,bagitau kami tau.Dia tu memang,suka berkasar dengan orang-

Sunghoon:Diam lah!

Sunghoon berdiri lalu menarik tangan Youngeum mengikutinya.Youngeum terkejut begitu juga dengan mereka yang lain.

Jay:Dia nak bawa Youngeum pergi mana tu?

Jina:Entahlah.

Bersambung...

Heh,ep kali ni agak bodo bodo ya HAHAHA but hope u like it ~~~

Byeee

And lagi satu sorry sbb ep kali ni agak panjang hoho

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro