EP 15
Jina:Hai!
Tersentak Youngeum di saat Jina muncul dari tepinya.Jina ketawa kecil.
Senyuman manis diukir.
Youngeum:Hai..
Jina:Boleh saya duduk sini?
Youngeum mengangguk perlahan lalu Jina pun melabuhkan punggungnya di sebelah Youngeum.Keadaan menjadi sunyi dan janggal.
Tidak ada pun yang berani untuk memulakan perbicaraan.Sehinggalah Jina berdehem kecil lalu mengeluarkan sesuatu di dalam poketnya manakala Youngeum hanya melihat.
Jina:Youngeum.
Youngeum menoleh.Jina tersenyum kecil.
Jina:Tengok ni.
Youngeum melihat sebuah foto yang ditayangkan oleh Jina.Foto Park Sunghoon bersamanya sewaktu kecil dahulu.
Youngeum tersenyum kecil apabila melihat diri Sunghoon yang sedang tertawa bermain bersama Jina.Jina melepaskan tawa kecil.
Jina:Ni lah Sunghoon yang dulu.
Youngeum memandang Jina.Dahinya berkerut.
Youngeum:Maksud awak?
Jina mematikan senyumannya lalu mengusap usap foto tersebut.
Jina:Sunghoon.Inilah diri dia yang dulu,tapi...selepas je papa dia meninggal...semuanya berubah.Sunghoon dah jarang bermain dengan saya,Sunghoon...selalu tengking mak dia secara tak sengaja..pernah satu hari,dia hampir nak bunuh papa saya sebab terlalu stres.Saya sendiri pun tak boleh nak halang dia.
Youngeum memuncungkan bibirnya.Agak kesian juga mendengar cerita lelaki bernama Park Sunghoon itu.
Jina menyambung ceritanya lagi.
Jina:Dalam umur 15 macam tu,saya ajar dia untuk tenangkan diri.Saya ajar ajar ajar,akhirnya berjaya juga dia buat.Dia dah tak terjerit jerit dah,dia dah tak baling sana baling sini dah.Boleh dikatakan dia dah jadi normal balik.
Youngeum mengangguk tanda faham.
Youngeum:Err saya nak tanya,ayah dia mati sebab apa?
Jina yang tersenyum itu terus berubah air mukanya.Dia menunduk ke bawah.Youngeum agak simpati apabila menanyakan soalan seperti itu.
Youngeum:Kalau...awak tak nak cerita pun...takpe.Saya faham,ayah dia pun dah awak anggap dia macam ayah awak sendiri juga kan?
Jina tersenyum sambil mengangguk.Youngeum mengusap usap belakang tubuh Jina.
-
DING DONG!
Youngeum:Ya sebentar sebentar!
Pintu rumah dibuka.Alangkah terkejutnya Youngeum apabila melihat Sunghoon yang berada di hadapannya.Bukan itu juga,Puan Park juga ada.
Puan Park senyum manis ke arah Youngeum.
Puan Park:Kamu...Kim Youngeum kan.
Youngeum mengangguk perlahan lahan.Puan Kim secara tiba tiba muncul.
Puan Kim:Youngeum siapa da-eh?
Puan Park memberikan senyuman kepada Puan Kim.
Puan Kim:Ni mama Sunghoon ke?
Puan Park mengangguk.
Puan Kim:Ada apa ye,datang rumah kami ni?
Puan Park melepaskan tawa lalu lengan anaknya dipeluk.Segera Puan Park menceritakan segalanya kepada Puan Kim.
Youngeum hanya bersembunyi di belakang tubuh emaknya,sambil sambil itu,dia mencuri curi memandang Sunghoon.
Dalam hati Youngeum:Kacaknya Sunghoon...
Youngeum tersenyum.Senyumnya mati di saat Sunghoon memandangnya,segera gadis itu melihat ke arah lain.
Puan Kim:Ohhhh kalau macam tu,silalah masuk ye.
Puan Park mengangguk lalu mereka berdua pun melangkah masuk ke dalam rumah.
Puan Kim:Youngeum kamu pergi sediakan air kopi dengan biskut biskut.Pergi.
Youngeum mengangguk lalu berlari anak ke arah dapur.Puan Kim melabuhkan punggung di hadapan mereka.
Puan Kim:Wahhh anak kamu,bukan main lagi ye kacaknya.
Sunghoon senyum kekok sambil mengelus elus pipinya.Puan Park menggoncang goncangkan badan lelaki itu.
Puan Park:Ala,anak saya memang hensem haha.Anak kamu pun,cantik juga.Sesuai lah jadi bakal isteri Sunghoon kan Hoon kan?
Puan Park menyiku lengan Sunghoon.Lelaki itu berkerut dahi.
Sunghoon:Ish mama ni,apa cakap macam tu..
Puan Park:Eleh,mama main main je la~
Puan Kim melepaskan tawa.Youngeum pun telah tiba bersama dulang yang berisikan air kopi dan biskut.Dulang tersebut diletakkan di meja secara hati hati.Senyuman manis diberikan.
Youngeum:Jemput minum ye makcik,Sunghoon.
Puan Park mengangguk lalu mengambil secawan kopi tersebut.
Youngeum:Youngeum minta diri dulu ke...dapur ye.
Youngeum menunduk hormat ke arah mereka dan melangkah pergi ke dapur.
Puan Park:Sopan sungguh anak kamu tu ye.
Puan Kim:Ala,tengoklah siapa mama dia~
Puan Kim dan Puan Park melepaskan tawa.Sunghoon hanya mendiamkan diri.
Sunghoon:Erm,mama.Sunghoon nak pergi tandas boleh?
Puan Kim:Sunghoon nak pergi tandas?
Sunghoon mengangguk.
Puan Kim:Tandas ada kat arah dapur,nanti tanya je Youngeum mana tandas ye.
Sunghoon sekali lagi mengangguk dan berlalu pergi.
-
Youngeum sekarang tengah menunggu air mendidih.Dia ingin memasak ramyeon kegemarannya.
Sambil sambil menunggu air mendidih,dia sempat menari nari.Air yang sudah mendidih itu,dia masukkan ramyeon ke dalam.
Dia menyediakan mangkuk dan penyepit.Kerusi diambil lalu dia menaiki kerusi tersebut untuk mengambil mangkuk.
Entah mana silapnya,kaki Youngeum dengan secara tidak sengaja tidak terpijak di kerusi tersebut dan membuatkan dia ingin terjatuh.
Youngeum:Ahh!
Youngeum menutup rapat matanya.Dia merasa pelik kerana badannya tidak rasa sakit.Mata dibuka secara perlahan lahan.
Begitu terkejut Youngeum di saat Sunghoon sudah pun menyambutnya.Jantung kian berdegup kencang,pipi merona merah.
Sunghoon menghembus nafas lega.Dia menolong Youngeum untuk berdiri dengan betul.Youngeum mengundur ke belakang sedikit.
Sunghoon:Kau ni kan,lain kali hati hati lah sikit.Kat sekolah jatuh,kat sini pun jatuh.
Youngeum menggaruk kepalanya sambil tersenyum kekok.
Youngeum:Sorry Sunghoon...saya tau,saya selalu menyusahkan awak..
Sunghoon melihat Youngeum sekilas.
Sunghoon:Tandas mana?
Youngeum:Kat sana.
Sunghoon melihat ke arah tandas yang ditunjukkan lalu lelaki itu pun berlalu pergi.
Bersambung...
Hope u like it ^^ dont forget to vote!!!
Ish Youngeum ni asyik asyik jatuh ja kan hshs
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro