EP 10
Jina:Cantiknya rambut awak Youngeum!
Youngeum merona merah di saat dipuji.Dia hanya tersenyum kekok.
Jina memukul berkali kali lengan Sunghoon.
Jina:Sunghoon,tengok Youngeum.Cantik kan dia?
Sunghoon melihat Youngeum sekilas.Dia tidak memberi sebarang reaksi malah menyambung bermain dengan telefonnya.
Jina menyelitkan beberapa helai rambut Youngeum ke belakang telinganya.
Jina:Nanti datang sekolah,takpayah lah ikat rambut,biar macam ni je.Boleh?
Youngeum mengangguk perlahan.
Jina:Ha,bas dah sampai.Jom!
Jina memimpin tangan Youngeum lalu mereka menaiki tangga bas tersebut.
-
Setibanya mereka di sebuah pusat beli belah,kedai yang menyapa mata Jina adalah kedai barang barang kemas.
Segera tangan Youngeum ditarik masuk ke dalam kedai tersebut.Sunghoon hanya tersengih kecil melihat kawannya yang sangat gembira itu.
Sunghoon juga memasuki kedai tersebut.
Sekarang ini,Jina sedang melihat rantai rantai.Sungguh cantik hiasan di tengah tengah rantai itu.
Youngeum juga mengikuti melihat rantai rantai tersebut.Jina memanggil Youngeum.
Jina:Youngeum.
Youngeum:Hm?
Jina memperlihatkan seutas rantai yang diambilnya.
Jina:Cantik tak?
Youngeum menayangkan senyuman manis.Dia mengangguk laju.
Jina:Jadi awak rasa...saya patut ke beli ni?
Youngeum:Kalau awak nak beli,beli lah.
Jina:Okay,saya beli.Kalau awak pula yang mana awak nak?
Youngeum menoleh ke arah rantai rantai itu kembali.Ada satu rantai yang menarik perhatiannya,tetapi malangnya harga rantai tersebut mahal.Dia tidak mampu membeli.
Rantai yang dari tadi diperhatikan itu diambil.Dia menayangkan ke arah Jina.Jina bersinar mata kerana rantai yang dipilih oleh Youngeum itu sungguh cantik.
Jina:Wah,cantiknya.Awak nak yang ni?
Youngeum mengelus elus rantai tersebut sambil tersenyum.
Youngeum:Ya,tapi...harga dia mahal.Saya tak mampu nak beli...
Jina:Berapa harga dia?
Youngeum memperlihatkan harga rantai itu dengan Jina.Jina sedikit terkejut.
Jina:Mahal juga...
Youngeum:Tula...
Jina berasa kasihan dengan Youngeum.Gadis itu meletakkan kembali rantai tersebut di tempat asalnya lalu melihat rantai rantai yang lain.
Jina menoleh ke arah Sunghoon yang sedang melihat anting anting lelaki.Dia mendekati lelaki tersebut.
Lengan baju lelaki itu ditarik tarik.Sunghoon menoleh ke arah Jina sambil mengangkat kening.
Sunghoon:Kenapa?
Jina menceritakan semuanya kepada Sunghoon.Sunghoon hanya mengerutkan dahi.
Sunghoon:Habis?Dah tahu tak dapat beli,tak payah lah beli.Cari yang lain.
Lengan lelaki itu dipukul.
Jina:Ish awak ni,kesian tau dia.Dari tadi lagi dia tengok tengok rantai tu.
Sunghoon:Kau nak aku suruh buat apa?
Jina:Belanja dia Sunghoon.
Mata Sunghoon membulat besar.Ketawa sinis dilepaskan.
Sunghoon:Ih,tak nak lah.Nanti lepas aku belanja dia rantai silap silap kat kedai lain nanti minta lagi aku belanja.
Jina:Ala awak ni,rantai tu je.Boleh lah Sunghoon,awak tak kesian ke tengok Youngeum?
Sunghoon melihat ke arah Youngeum yang masih lagi melihat lihat rantai rantai yang ada.
Bebola mata digerakkan ke atas.Dia menggaruk garuk kepalanya.
Sunghoon:Ye la.Berapa harga dia?
Jina menayangkan senyuman gembira,segera tangan lelaki itu ditarik untuk pergi mendekat ke arah Youngeum.
Jina:Youngeum.
Youngeum menoleh ke arah Jina lalu tersentak di saat Sunghoon berada di tepinya.
Youngeum:Kenapa?
Jina:Mana rantai yang awak nak tadi?Bagi dulu.
Youngeum terpinga pinga tetapi dia tetap juga mengambil rantai yang ingin dibelinya tadi.
Dia menghulurkan ke arah Jina.Rantai itu diambil dan Jina tunjukkan ke arah Sunghoon.
Sunghoon melihat harganya.
Dalam hati Sunghoon:Taklah mahal sangat...
Sunghoon mengangguk lalu membawa rantai tersebut di kaunter bayaran.
Youngeum masih lagi terpinga pinga.Dia bertanya.
Youngeum:Jina...kenapa Sunghoon bawa rantai tu dekat kaunter?
Jina menayangkan senyuman manis.
Jina:Dia nak belanja awak rantai tu.
Mendengar jawapan Jina membuatkan Youngeum membulatkan matanya.
Dalam hati Youngeum:Dia...nak belanja aku...
Dalam diam Youngeum senyum bahagia.Tak sangka Sunghoon sudi belanjanya.
Sunghoon pun muncul lalu bakul kecil yang sudah terisi rantai Youngeum diberikan ke gadis itu.
Sunghoon:Nah.
Youngeum mengambil bakul tersebut.
Youngeum:Terima kasih.
Jina:Dah?
Youngeum mengangguk lalu mereka bertiga mengucapkan terima kasih ke pekerja kedai tersebut dan berlalu pergi.
-
Sekejap sahaja masa berlalu,petang telah tiba.
Mereka bertiga sudah pun ingin balik dan sekarang ini mereka berada di dalam bas.
Butang berhenti ditekan lalu bas pun menghentikan mereka bertiga.
Jina:Seronok sangat hari ni!Ada Youngeum,terima kasih sebab sudi jalan jalan dengan kami Youngeum.
Youngeum menayangkan senyuman manis.
Youngeum:Sama sama,lain kali kita jalan jalan lagi.
Jina melompat kegembiraan.
Tiba tiba Youngeum teringatkan sesuatu.
Youngeum:Hari ni berapa hari bulan?
Jina:Hari ni...20.Kenapa?
Youngeum:Saya nak...pergi lawat kubur nenek saya,sebab hari ni hari jadi dia..
Jina tiba tiba sahaja berasa simpati.
Jina:Oh macam tu ke...erm sorry.
Youngeum:Eh takpe,kenapa nak minta maaf pula.Saya okay je...
Jina:Kalau macam tu...Sunghoon lah yang kawankan awak,saya kena balik cepat ni sebab malam ni ada kelas tambahan.Sunghoon temankan Youngeum tau,saya pergi dulu.Bye!
Jina akhirnya berlalu pergi.Kini tinggal Sunghoon dan Youngeum sahaja.
Sunghoon:Haish,kau ni...cepatlah.Kita pergi lawat kubur nenek kau tu..
Youngeum mengangguk.
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro