🎭×6: Don't Leave Me
Chapter 5:
Please, don't leave me
¤¤¤×¤¤¤
I don't want to be alone, take me with you..
¤¤¤×¤¤¤
Sejak kejadian dia bertemu dengan VMan, hatinya semakin hari semakin meronta-ronta meminta agar mereka bersemuka lagi.
Mungkinkah itu pertemuan akhir aku dengan dia? Dia nak ke jumpa aku? Dia macam tak suka aku..
Kesan tolakkan VMan haritu diusapnya. Masih terasa sengal. Dia tidak ke klinik kerana baginya kecederaannya ringan saja. Tapi sudah 4 hari tangannya masih belum kebah.
Banyak kali juga gurunya menasihatinya untuk rawatan. Dia tetap berdegil. Katanya tidak mengapa kerana dia tidak perlu menulis seperti orang normal. Dia hanya perlu melarikan jarinya di atas kertas bercorak sahaja untuk belajar. English people call it as Braille.
Walaupun tangan kirinya sakit, dia masih boleh menggunakan tangan kanannya dengan baik walaupun agak lambat. Dia kidal.
"Dawoo, kamu baik2 saja kan?"
Lamunan gadis buta itu hilang apabila guru wanita itu menyentuh bahunya.
"Ah, dae. Saya okay"
Senyuman diberikan kepada gurunya walaupun dia tidak pernah melihat muka tua wanita itu. Dia menghadap kehadapan sahaja.
Mukanya sendiri juga dia tidak pernah lihat, apatah lagi muka orang lain?
Selesai saja sesi persekolahan, Dawoo memutuskan untuk tidak balik dulu malah dia ke belakang sekolah. Tempat di mana dia berjumpa secara tidak sengaja dengan lelaki bertopeng itu.
Langkahnya sangat perlahan. Tongkatnya patah tempoh hari dek tolakan kuat Si topeng.
Malang sungguh nasibnya.
Lama dia tunggu di tempat itu.
Rasanya hari sudah petang.
Namun tiada langsung bunyi tapak kaki yg lalu di situ.
Nafas berat dihela beberapa kali.
Kucingnya yg bernama bubu setia berada di atas ribanya. Seperti sedang menanti bersama-sama tuannya.
Bubu kerap ke situ. X tau apa motifnya.. Kalau Bubu x de kat rumah, memang situlah tujuan pencariannya. Tak de tempat lain.
"Haih... dia x datang sini rasanya.."
Dawoo mengalah. Sudah lama benar dia berada di situ. Naik kematu punggungnya nanti kalau duduk di tepi longkang je dari tadi.
Baru dia hendak bergerak pulang, kucingnya mengiau kuat. Seperti memberitahu penantiannya seakan-akan tamat.
Kepalanya didongakkan apabila bunyi tapak kaki menuju ke arahnya. Berdebar-debar pula rasanya.
"Se-siapa tu?"
Suasana sunyi seketika. Tiada bunyi tapak kaki mahupun jawapan.
"Tak perlu tahu"
Akhirnya ada juga jawapan setelah lama terbiar soalannya tadi.
Ayat tu... suara tu..
"VMan!"
Ceria saja dia menjerit. Terasa bahagia pula.
"Tch buruknya geleran korang bagi kat aku kan? Heh"
Sinis saja suaranya. Semakin bertambahlah rindunya terhadap Si topeng hitam tu.
Dia berdiri. Kakinya perlahan-lahan di atur ke arah suara lelaki itu.
Tanpa dia sedari, air matanya mengalir.
VMan yang melihat hanya tegak ditempatnya. Tiada tindakan pon yg dia ambil. Malah gerakan kaki gadis itu juga tepat ke arahnya.
Jarak mereka dekat saja. 5 langkah, melekat. Huehuehue
Apa pompuan ni nak?
"To-tolonglah. Jangan bergerak. Jangan tinggalkan saya.. "
Tangan kanan diangkat. Manakala tangan kiri x berdaya untuk digerakkan. Terketar-ketar tangannya.
Sewaktu tangan gadis itu melekat di jaket hitam si topeng, laju saja dia ingin menempis. Tapi entah kenapa tangannya terhenti apabila esakan gadis itu kedengaran.
Kepalanya perlahan-lahan menunduk melihat kepala gadis yg separas bahunya saja. Terhincut-hincut bahunya menangis. Sedih sangat gamaknya.
Jaketnya kini digenggam pula namun dia seperti tidak mengendahkannya.
Pelik.
Kenapa aku rasa lain macam? Bila dengar dia menangis,
aku rasa... gusar? tak tenang?
Dari mana benda tu datang? Aku.. tak pernah rasa begini.
Sepanjang 130 tahun aku hidup aku tak pernah rasa apa2 walaupun sakit,sejuk mahupun panas. Tapi kenapa kali ni... begini?
Kepala Dawoo didonggakkan apabila dia terasa seperti nafas kasar di atas kepalanya.
Habis matanya bertakung dengan air mata. Wajahnya juga lencun. Dia pon x tahu kenapa dia beriya-iya menangis.
Saat itu, mata mereka bertaut.
mata redup yg dilindungi topeng serta mata basah yg tiada penglihatan bertemu,
Satu keajaiban telah berlaku..
Mata yang selama ini melihat kegelapan lama kelamaan menjadi kabur dan menerima cahaya sedikit demi sedikit.
Lee Dawoo kaku. Terus berhenti esakannya. Sikit-sikit cahaya menembusi matanya. Terkebil-kebil dia mengesan perkara itu.
Kepalanya dipegang kuat. Kepalanya sakit kerana tidak biasa dengan cahaya.
"Erhh ak-apa ni?ss-sakitnya.."
Terkelip-kelip matanya. Nafasnya juga semakin laju. Naik turun dadanya. Dia jadi sesak. Terus longgar genggamannya pada jaket hitam lelaki itu.
Terduduk dia dek rasa denyutan yg kuat di kepalanya.
Dalam pada masa yg sama, VMan juga memejamkan matanya. Dia juga pening dek menerima perasaan yg pertama dalam hidupnya.
Sama. Seperti gadis itu.
Dia cuba menahan rasa denyutan itu. Namun dia juga tewas dan rebah disebelah Dawoo.
Masing2 melawan rasa sakit yg amat. Mereka tidak perasan bahwa kedua-dua mereka sama2 menghadapi kesakitan pada masa dan detik yg sama.
Yg mereka tahu. Sakit dan sakit.
Akhirnya kedua-dua mereka rebah dan tidak sedarkan diri di situ. Muka mereka berdua lencun di basahi air mata.
Mereka pengsan dalam keadaan bertentangan antara satu sama lain.
Tepat jam 7 petang, Makhluk yg diberi nama Lee Dawoo dan VMan, pengsan tidak sedarkan diri.
Bersama-sama, serentak.
🎭Tbc🎭
.....................................
Bagi membantu korang membayangkan Dawoo dan idolanya VMan,
di sini ciri2nya:-
📍Miskin. Kerja sebagai guru
braille anak2 buta di tadika
khas kanak2 under 7 tahun.
📍Muka: Cantik tapi always
pucat.
📍Tinggi: Paras bahu VMan.
📍Bentuk Badan: Kurus dekat
nak keding. Belum keding
lagi...
📍Warna Kulit: Tak terlalu putih,
tak terlalu gelap
📍Mata: Hitam, Bundar kuyu.
Ada eyebag nipis. Dia kerap
menangis.
📍Rambut: Ikal / berombak
(Wavy). Coklat gelap.
📍Mulut: Ordinary, colourless,
pucat, kering.
📍Hidung: Tak Mancung ngat
ngat tak penyek. Sedang
seang. Sesuailah ngan muka
dia...
VMan:
📍Rupa: Kau kenal sama yitu
Kim Taehyung?
📍Hair: Dark brown
📍Eyes:
Dark Brown(Penyamaran)
mata sebenar dia warna hijau
keemasan
📍Outfit: All black. Always.
📍Mask: Black colour.
Tu je kut... K lah bye bye~❤☁⛅
Have a nice day😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro