Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🎭×5: It's him

Chapter 4:
I hope we'll meet again

¤¤¤×¤¤¤

I hope I will meet you again,in a good way

¤¤¤×¤¤¤

Long Chapter than usually...

Yoongi hanya mengawal riak wajahnya dari berkedut walaupun hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan dia sekarang.

Daniel pula dah terketar-ketar. Rasa macam longgar pula tulang lututnya. Ha sudah, mamat tu memang luar biasa. Macam mana dia boleh tau diorang tengah skodeng dia?!

Selepas beberapa saat lelaki tadi menghadap kemera atau lebih tepat menakutkan mereka, dia berpusing semula ke hadapan.

Langkahnya tenang sahaja seperti tiada apa2 pon yg berlaku.

Huh! Akhirnya yoongi dan daniel pon melepaskan nafas yg dari tadi ditahan. Kus semangat.
Ayak liuk ditelan payah.

"Tu-tuan, tuan nampak x tadi? Dia..dia pandang kita!"

"Ye, aku nampak.. Haih hantar kod 02 jejak lokasi dia sekarang"

"D-dae"

Kalini biarlah dia rakamkan sahaja rakaman CCTV yg lain. Yoongi dah x sanggup nak tengok secara langsung. Tadi dia tenung sahaja pon dah nak pengsan. Kalau tengok lagi lama tah dia muncul pula kat skrin. Haa Matilah nak.

🎭🎭🎭🎭🎭🎭

Huh, ingat aku tak tau korang tengah perhati aku?

Cis. Saja je aku tenung kamera tu lama2 biar dorang takut haha. Nak sangat tengok aku kan..

Korang bernasib baik aku tak padam lagi memori korang. Nanti2 aku padamlah.

Topeng dibetulkan agar selesa.
Aku meneruskan langkah ku semula.

Harini aku malas nak tidur. Lagipon aku dah tidur puas petang tadi. Purata aku tidur sehari 3 jam je. So aku x ngantuk.

Hidung aku digerak-gerakkan. Aku menghidu bau angin. Sekarang pukul...

11:46 tengah malam.

Tak ramai manusia sekarang ni. Yelah musim salji. Malam pula. Sapa je keluarkan..

Manusia kan lemah.

Walaupun cuaca sejuk, tak menyukarkan langsung perjalanan aku. Aku boleh kawal suhu badan aku ke panas.

"Yah bubu ah... bubu.. neo eodisseo?"

Langkah aku terhenti. Suara manusia? Gegirl?

Ada juga manusia kat lorong belakang sekolah ni ye. Dah lah malam. Tak takut ke? Heh.

"Grr yah bubu sinilah! Se-sejuk ni.. Kita bawak makanan ni.. jomlah balik"

Aku perhati je budak perempuan tu. Dia pakai seluar panjang warna kuning. Jaket tebal warna putih. Tch. Telur ke apa?

Aku tersenyum senget. Rasanya kalau aku kacau ni pengsan tak?

Kaki diatur perlahan menuju ke arahnya.
Baru aku nak buka mulut dia dah pon berpusing menghadap aku.

Terkejut seketika but not shook.

"bubu ke tu? Oh syukurlah..meh sini kat kita. Kita ada bawakan sardin ni. Mahal tau kita beli. Sardin sekarang bukan makanan orang tak de duit dah sekarang ni tau? GST tinggi!"

Eh eh pompuan ni. Banyaknya mulut! Dah lah cakap x pandang aku. Mata dia melilau kat bahagian dada aku. Pervert.

"Yah! Kau buta ke? Aku bukan bubu suka makan sardin"

"Eh?! Er mianhae.. saya x tau pula awak orang.. saya ingat kucing saya tadi.. saya.. ye.. saya buta"

Oh okay patutlah hahahaha. Jap. Asal muka dia macam pernah dilihat? Ahh dia ni lah pompuan buta yg aku nampak kat sekolah minggu lepas. Rambut dia berikat harini buat aku lupa sekejap.

"Er encik ni siapa?"

"Tak perlu tau"

"Erk oh okay tak pelah em saya minta diri dulu ye..."

Baru dia nak tinggalkan aku, aku nak tinggalkan dia dan teruskan jalan, tiba2 ada suara sengau memberhentikan langkah kami.

"Wargh!!!! Weyh chu chu ate BIMAEN!!!! Leaki bethopeung!!! Towong!!!!"

" Weyh jembol! Asal kau memekak ni?! Ada apa?cakap leklok ada apa?!! Aku x paham lah slow talk lah weyh! Ada ap-

-tt tu tu tu tu leleleelaki bertopeng?Lelaki Bertopeng!!!!!!!!!!!!! Wargh!!!! Gila lari Jembol!!!"

Maka bercicitlah berdua sekawan itu berlari menyelamatkan diri. Hotteok dan sahabat pelatnya, jembol.

Cis,penakut.

Baru aku nak jalan, tetiba budak perempuan tu tadi menyambar tangan kanan aku.

Aku jadi kaku seketika.

Pelik. Kenapa tangan kanan aku rasa sejuk?

"Nanti! En-encik ni.. VMan ke?!"

Aku tengok sekilas tangan aku yg dipegangnya. Wow dia lah manusia pertama yg berani sentuh aku.

Terus tangannya aku tempis.
Tangan kanan aku beransur panas balik seperti tadi.

Kebelakang badannya dek tolongkan aku yg agak kuat. Sapa suruh dia yg cari hal?

Tapi tetiba dia senyum. Heol!

"Awak, saya dah lama saya cari awak. Saya..saya nak kenal awak VMan. Saya suka awak!"

Gila ke pompuan ni?

Aku berura-ura untuk pergi namun dia pegang semula tanganku. Kalini belah kiri pula.
Wah wah wah melampau!

"Kau nak apa?!"

Suara aku dinaikkan lalu aku menolaknya kuat.

Dia mengadu kesakitan dek tangannya terkena besi tong sampah besar.

"Sss"

Aku ikut mengadu sakit. Serentak pompuan tu jatuh,tangan aku juga terasa sakit.

Tangan kiri. Sama dengan tangannya yg terkena besi. Kenapa makin pelik ni?

Terus aku melangkah laju. Aku tak nak lelama kat situ. Pelik. Gadis tadi aku hiraukan.

Mungkin dia dengar kaki ku melangkah pergi, cepat-cepat dia menjerit.

"Lee Dawoo! Nama saya Lee Dawoo! Kita akan berjumpa lagi!-

Saya harap.."

Ayat terakhir tu aku dengar walaupun perlahan dan jarak aku dengannya jauh. Macam mana.. aku boleh dengar?

Pelik.

Aku hiraukan dia. Tangan kanan aku naikkan keudara sebelum memetik jari.

Aku menghilangkan ingatan gadis itu termasuk dua orang yg berlari tadi berserta dua orang yg memerhati aku melalui CCTV.

Weird things sometimes real you know?

🎭Tbc🎭

Rasanya ramai x tau rupa topeng VMan ni...

Ni dia...

Ni baju yg 24 jam VMan Pakai..
Jangan tanya aku dia busuk ke tak..
Dia non-human being😹

Q: If you are smart,then who person that VMan meet?

A: VMan meet Who?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro