🎭×17: Riddle
Chapter 17:
The Riddle
¤¤¤×¤¤¤
I know the answer.
I will save everything.
¤¤¤×¤¤¤
Dawoo's
"Terima kasih ye semua"
Kata aku kepada pembantu-pembantu istana sambil menunduk hormat berkali-kali. Memang mereka selalu menolong aku pada minggu sebegini untuk menghantar bekalan makanan kepada semua rakyat jelata di sini. Aku melambai beberapa kali kepada mereka semua. Senyuman kian pudar apabila mereka sudah beredar pulang ke rumah kediaman masing-masing yg sudah tersedia untuk mereka.
Baru sahaja aku mahu menutup pintu utama, seorang wanita muda datang ke arah aku sambil tersenyum. Rasanya dia ini salah seorang pembantu istana ini. Pintu aku tolak agar terbuka semula dan membalas senyumannya.
"Ya, ada apa?"
Soal aku padanya apabila melihat dia seperti payah hendak berkata-kata. Dia perlahan-lahan menunduk.
"Umm. Maaf tuan permaisuri, tapi err saya nak minta bantuan untuk permintaan anak saya.. umm dia ada sangat berminat dengan bumi. Dia. dia mahu melawat ke sana.."
Aku mulanya terkejut. Namun, ianya agak mengharukan. Ada juga makhluk di sini yg sukakan bumi. Aku kemudiannya tersenyum.
"Jadi kamu mahu minta keizinan kami ke?"
Tanyaku kepadanya. Dia menunduk perlahan. Aku mengangguk.
"Baiklah nanti saya akan memaklumkan hal ini kepada tuanku. Lusa kamu datang semula, saya beri kata putus."
Wanita itu mula tersenyum.
"Baiklah tuan permaisuri. Terima kasih."
Dia menunduk. Wajahnya aku pandang. Dia sungguh ayu. Pasti anaknya comel. Dia segera beredar.
Pintu aku tutup rapat dan mula mengatur langkah untuk memaklumkan hal itu kepada Taehyung. Gaun labuh aku, aku singkatkan sedikit ke atas untuk memanjat tangga ke tingkat dua dia mana kamar tidur aku dan suami aku.
👑👑👑
Taehyung's
Surat berwarna hitam merah itu aku tenung. Tergetar-getar tangan aku memegang surat itu. Isinya aku mula keluarkan dan baca.
Tulisan berwarna merah darah itu aku baca satu-persatu. Memerah mata aku membaca satu-satu kalimat dalam utusan tersebut.
Terus aku tu aku renyuk kasar dan membuangnya ke atas lantai. Punggung aku hempas kasar ke atas katil. Rambut aku kusutkan dengan kasar.
'Tak guna.. kau memang melampau!'
Gigi aku ketap rapat. Urat-urat dahi dan tengkuk mula muncul. Mata semakin memerah. Marah? Ya aku marah. Aku dapat kau setan, akan aku bunuh kau!!
"ARGHHHH!"
Aku menjerit sepenuh hati aku. Surat bonda yg berada di lantai aku pandang sekilas. Ani. Demi bonda, demi taíca, demi Dawoo.. demi keluarga aku, demi kerajaan aku. Aku janji aku akan betulkan semua ni.
Kot aku yg tersangkut aku sambar. Aku mesti cari juga utusan terakhir tu. Aku mesti.
Pintu aku buka dan keluar. Tangga untuk ke atas aku panjat. Tingkat untuk ke perabung aku panjat.
Muka aku tenang sambil mengingati sesuatu. Kaki aku meruskan pendakiannya. Aku dah dapat jawapan teka-teki bonda haritu.
《Flashback》
"Nah ni semua surat yg bonda utuskan untuk saya. Dia mahu saya berikan semua ini kat awak di waktu yg sesuai."
Kata Dawoo kepada aku. Surat-surat itu dihulurkan kepada aku. Aku menyambutnya. Dia tersenyum manis.
"Macam tulah. Awak kena baca semuanya tahu? Saya dah baca cuma surat yg ada tanda biru tua dekat bukaan sampul tu je saya tak baca lagi."
Aku mencari surat yg dikatanya. Ya betul memang ada tanda biru tua berbentuk 12 segi di situ.
"Kenapa tak baca?"
Soalku kepadanya. Wajahnya aku pandang. Dia juga mengalihkan pandangannya ke wajah aku. Dia tersenyum kecil.
"Entahlah. Saya nak buka surat tu tapi tak boleh. Bila saya nak buka je, pasti saya akan tertidur. Jadi saya rasa surat ni hanya untuk awak."
Aku sekadar mengangguk. Surat-surat tu aku simpan ke dalam laci di sebelah katil yg kami sedang duduk kini.
"Jadi kau rasa sekarang ni masa sesuai untuk kau bagi surat ni untuk aku?"
Tanya aku semasa membuka pintu laci. Surat-surat tu aku masukkan ke laci terakhir. Dia mengangguk.
"Ya. Lagipun hari ni kan hari pertama kita sah menjadi suami isteri"
Katanya sambil menayangkan giginya. Haih ada ada saja. Namun aku hanya memandangnya kosong. Mukanya berubah monyok.
"Ish! Asyik masam je! Bukannya nak senyum."
Katanya. Merajuk barangkali. Aku hanya memandangnya kosong lagi sambil berdiri.
"Tidur"
Kata aku mendatar.
"Terus? Awak ni betul ke? Tidur terus?!"
Aku hanya mengulangi apa yg aku kata tadi. Cuma sedikit perkataan lagi aku tambah.
"Tidur. Dah pekak ke lepas kahwin dengan aku?"
"Eii.. tau lah dia tu makhluk lain!"
Dia membuat muka seakan-akan hendak menangis. Bibirnya bergetar-gerat sebelum mencebik. Dia mula menghempas badannya kuat ke atas katil dan menarik selimut dengan ganas. Badan dipaling ke arah lain.
Akhirnya aku tersenyum juga. Haih penat tahan. Buruk betul perangai nasib comel.
Ingat aku tak tahu apa yg dia fikir sebenarnya? Apa? Kau fikir aku makhluk lain, aku tak tahu apa itu malam pertama? Hey. Kaemon lah. Macam mana aku wujud kalau macam tu? Dari pokok pisang?
Dawoo. Dawoo. Kau tu muda lagi isteriku..
Aku mula masuk ke dalam selimut di sebelah Dawoo. Lampu katil aku tutup dan tidur.
×Esoknya...
Langsir yg diselak membuatkan kelopak mata aku menyerap cahaya matahari. Aku perlahan-lahan membuka mata. Berkerut-kerut dahi aku. Pandangan sikit demi sikit memantulkan imej Dawoo yg kemas dalam gaun biru cair. Dia sedang memeluk tubuhnya sambil menghadap aku. Muka dia jangan cakaplah. Dah macam itik cacat.
"Mandi. Busuk!"
Katanya sambil menutup hidung. Dia kemudiannya mengatur langkah keluar bilik. Aku tergelak kecil. Ada-ada je dia tu.
Aku mula bangun. Tuala dicapai. Laci meja aku pandang sekilas. Ayat Dawoo tentang surat bertanda tu aku teringat. Laci di buka. Surat iu aku ambil.
"Hmm. Aku tidur tak ye kalau buka surat ni?"
Bahu aku angkat. Mula juga aku cebik kecil dan dengan selamba aku membuka bukaan sampul tu.
3 saat.
6 saat...
12 saat...
24 saat....
48 saat.....
...................
"Tak tidur pun!"
Kata aku. Terus isinya aku bawa keluar dan baca.
Taehyung, ibu ada teka-teki untuk kamu.
Ketulusan menguatkan hubungan cinta.
Cinta tak semestinya ikhlas dari hati tapi dari usaha.
Usaha adalah kunci kejayaan.
Kejayaan akan diraih jika adanya keinginan.
Keinginan bukannya tak semua dapat, cuma tiada doa untuknya.
Doa bukannya tidak dimakbulkan, cuma ianya tidak baik untuk kita malah apa yg kita dapat itu adalah yg lebih baik dari doa kita atau masanya masih belum tiba.
Masa adalah sesuatu yg tidak boleh di patah balikkan semula.
Jadi, tuluslah dalam percintaan agar hubungan kuat. Ikhlaslah dalam setiap usahamu agar cinta yg diingini tercapai. Usahalah agar kejayaan dapat diperoleh. Berdoalah agar keiginan dikabulkan. Sabarlah jika doa tidak dikabulakan kerana ada kebaikan disebaliknya.
Taehyung, bonda ada sesuatu mahu kamu tahu, utusan terakhir ada dimana;
Tumpahhnya air mata seorang budak lelaki kecil,
Di mana adanya 1001 kenangan,
Di mana adanya teriakan serta tangisan seorang budak lelaki,
Di mana adanya seorang budak lelaki sedang bersendirian, mengenangkan hidup dirinya yg baginya malang, tidak berguna dan dia tak patut wujud,
Tempat di
mana dia berkeinginan dan bercita-cita untuk turun ke bumi demi melepaskan tekanan,
Tempat dia menyimpan perasaan dan impian berseorangan.
Di tempat itulah juga dia mengadu kasih,
Suatu ketika dahulu..
"Yah tak mandi lagi?!"
Terpaling kepala aku melihat isteriku yg sedang bercekak pinggang di bukaan pintu bilik. Pandangan aku terus beralih dari surat itu kepada Dawoo. Bila masa dia buka pintu ni?
"Eo- haa ye ye nak mandi lah ni"
Kata aku sambil mengecilkan semula mata aku yg sedikit terbeliak tadi. Dawoo mengangguk sebelum mengatakan bahawa sarapan sudah sedia dan menyuruh aku turun makan bersama.
Mata aku kalihkan semula ke arah surat ini. Ayat terakhir yg di sebutkan bonda aku baca sekilas sebelum menyimpannya semula ke dalam laci. Tuala di bahu dibetulkan dan aku terus beredar ke bilik mandi.
Teka-teki ini mungkin senang diteka namun, ingatlah anakku, jawapannya hanya kamu yg tahu..
..Tbc..
Hehehe tergantung? Author memang suka menggantungkan chapter huehuehue.
Sapa pandai, teka tempat tu kat mana~
And sorry lah ye.. lambat update..
Homework bertimbun.. maklumlah tahun ni SPM..
BTW, esok akan aku update another part.. suka tak? suka tak?
Haaa satu lagi! Author dah pilih samada happy ending atau sad ending haha. Korang suka punya😂
Btw 1 chapter more to the end😃
Q and A time!
Korang boleh tanya apa-apa sahaja yg korang tak paham kat sini. InsyaAllah author jawap sejujurnya. Ingat! Pasal ff ni sahaja! Soalan lain aku tak nak jawab.
Haa satu lagi, jangan tanya aku nak wat ending sedih ke gembira -,-
Q;
Tanya Tau!
Bye~😚🌸
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro