Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🎭 ×10: The Massenger

Chapter 10:
The massanger from
the past

¤¤¤×¤¤¤

Massages from a letter

¤¤¤×¤¤¤

Dia penawar tu. She's your antidote. She's your healer. Dia Penawar hidup kau.

"TIPU!!"

-----------

Dawoo's pov

Sekarang aku berada di kerusi meja makan. Ya. Aku tengah duduk di meja makan. Tapi masih belum makan walaupun rasanya dah 1 jam aku duduk kat sini. Naik rimas pula.

Buat apa kat sini? Haih tunggu siapa lagi kalau bukan menunggu jejaka yg bernama Taehyung?

Lama betul! Nak saja aku makan hidangan di depan mata ni tapi itu lah lelaki tinggi yg turut bersama di meja makan ni suruh tunggu sekejap.

Sekejap lah sangat!

Namjoon hanya diam dari tadi. Tangannya yg ditongkatkan di meja digenggam bersama. Kepala dia ditahan oleh genggaman tangannya.

Sesekali dia mendongak serta mengurut sedikit belakang tengkuknya. Mungkin tengkuknya terasa sengal.

Sreett

Bunyi seretan kerusi mencuri perhatian aku dari terus merenung Namjoon.

"Selamat malam tuan"

Josu Inho menunduk hormat.
Manis sahaja muka dia. Bukan aku x nampak, banyak kali juga dia mengeluh diam-diam semasa menunggu tadi. Mana tidaknya, dia kena berdiri. Nasib kau lah menjadi pembantu ye.

Sewaktu aku pandang VMan, aku dan dia tertangkap renungan mata. Tapi sekejap saja. Haih, segannya rasa.
Topeng muka setia bersamanya.

Tapi VMan lebih kepada jeling?

"Makan"

Katanya memberi arahan agar aku dan Namjoon makan. Wah.. senangnya cakap. Dah lah maaf pun tiada.

Tak tau ke orang orang kat sini betjanggut tunggu dia? Tiba-tiba rasa panas pulak hati.

Namjoon membuat isyarat mata kepada aku untuk menjamu makanan aku. Tapi yg peliknya, kenapa VMan yg duduk di tengah-tengah tempat meja makan ni?

Maksud aku, dia duduk kat tempat seperti ketua duduk tu. Tengah-tengah. Lagi pula, VMan yg memberi arahan untuk mula makan.

Senang cerita begini, aku pelik bukan pangkat Namjoon lagi besar ke? Malah Namjoon duduk menghadap aku. Tapi aku biarkan saja persoalan tu.

Makanan di hadapan aku pandang. Nampak sedap.

Josu Inho kata makanan ni stik daging lembu. Aku tak tau lah pula rasa dia macam mana. Yelah aku buta dulu. Miskin pula. Telur yelah aku pernah makan.

Terkial-kial aku potong daging ni. Nasib baik Namjoon kat depan ni ada, boleh aku ikut dia.

"Taehy-"

"Diam. Makan."

Baru Namjoon nak panggil Taehyung, dia dah menjawab. Suruh diam pula tu.

Entah rasa macam tak patut betul dia buat macam tu. Namjoon ni nampak macam lagi tua dari dia.

Namjoon hanya mengeluh. Dia tersenyum hambar sewaktu terpandang aku yg sedang memandangnya dan membuat isyarat menyuruh aku sambung makan. Namjoon dan Taehyung aku pandang bergilir-gilir.

Rasa kekok pula makan kat sini sekali dengan diorang. Kejap aku pandang Namjoon. Kejap aku pandang Taehyung.

Taehyung balas pandangan aku. Alamak seramnya. Pandangan dia tu macam bagi amaran. Tajam sungguh.

"Makan"

Kata Taehyung keras. Mata dia tak lepas lawan mata aku. Terus aku tunduk dan makan balik.

Ish dah lah suara tu garau!

Tiada lagi suara yg menganggu ketika kami makan. Josu Inho juga sudah ke tempat lain. Makan malam di istana kat tempat apa ni pun aku tak tahu diakhiri dengan kesunyian macam hari-hari biasa aku berseorangan kat rumah.

Haih. Tak jauh beza pun dengan suasana aku kat rumah. Sepi tanpa bualan. Cuma makanan ye yg mewah dan sedap.

×××

Selepas makan malam tadi, aku terus masuk bilik. Aku nak merayau dalam istana ni pun tak boleh. Josu Inho dah nasihat aku istana ni cukup pantang tuannya kalau ada orang berkeliaran. Lagi-lagi orang 'asing' macam aku.

Ya. Josu Inho dah beri tahu aku tadi yg istana ni tuannya si Taehyung tu. Patutlah.

Namjoon tu hanya melawat je alang-alang dia yg jumpa Taehyung pengsan haritu. Namjoon juga ada istana dia sendiri tak jauh dari sini. Rasa teringin pula nak ke sana.

Cermin di sudut berhampiran pintu aku pandang. Aku tak pernah tengok muka aku. Lantas kaki aku diatur ke arah cermin.

Wah.. ni ke aku? Jujur aku kata aku sangat bersyukur melihat fizikal diri aku. Semuanya lengkap dan elok kedudukannya. Bak kata om putih, perfect. Cuma penglihatan je aku tiada.

Dulu tapi tidak sekarang. Aku betul-betul sempurna sekarang. Syukurlah..

Walaupun muka aku dalam keadaan baik dulu, tapi kenapa orang tak nak kawan aku? Kenapa orang benci aku?

"Dawoo?"

Terhincut bahu aku. Eh tak perasan pula ada orang kat belakang aku. Dia tersenyum nampak gigi dan lesung pipinya pada pantulan cermin. Dah lah masuk bilik aku takde adap ke? Eh! perasan je bilik aku.

Terkejut juga aku pandang dia. Aku x tau sama ada dia kat depan atau kat belakang. Yelah tu kali pertama dalam hidup aku pandang cermin.

"Eh! Tuan Namjoon. Ada apa ya?"

Soal aku selepas pusing menghadapnya. Dada aku digosok sedikit. Terkejut sangat barang kali.

"Oh urm. Saya ada benda nak bincang dengan kamu dan jangan panggil saya tuan Namjoon panggil je Namjoon."

"Oh baiklah. Err Namjoon, marilah kita duduk kat sana."

Kata aku teragak-agak nak panggil dia guna nama je. Yelah aku ni orang miskin dan hina je. Aku ajak dia duduk dekat meja kerusi yg tersedia ada di bilik ni.

"Namjoon nak bincangkan apa?"

Soalku usai kami berdua melabuhkan punggung. Tapi Namjoon macam teragak-agak nak jawap. Sekejap mulutnya terbuka seolah nak berkata sesuatu tapi apa yg dia nak cakap tu tak lepas. Sekejap dia garu kepala. Sekejap toleh ke kanan ke kiri. Dah kenapa ni?

"Ma-macam ni. Saya harap awak terima apa yg saya nak cakap ni dan jawab semua soalan saya dengan jujur"

Macam serius je bunyi. Aku hanya mengangguk. Muka dia mula berubah manjadi serius.

"Nama?"

"Lee Dawoo"

"Umur?"

"Urm 16 tahun?"

"Keturunan?"

"Err Korea kan?"

"Ani. Bukan yg itu. Awak manusia bukan?"

"Eh? Memanglah saya manusia. Sama macam awaklah"

Namjoon pandang aku sekejap sebelum menggeleng kepalanya sedikit. Kenapa?

"Baiklah. Saya nak tahu sesuatu dan awak tolong jawab dengan jujur ye Dawoo ssi"

"Dae. Baiklah"

"Awak tiada keluarga dan hidup seorang diri menanggung kehidupan dengan bekerja. Awak tiada orang untuk meluah perasaan mahupun berngantung hidup dan.. awak buta sebelum awak pandang mata Taehyung "

"Dae? Ma-macam mana awak tahu kisah saya? Awak ni perisi-"

"Jawab ya atau tidak. Awak pernah cerita pada saya sebelum ini. Lupa?"

Namjoon memotong percakapan aku. Mukanya betul-betul serius. Matanya tak lepas dari memandang mata aku. Dia menanti jawapan.

Betul lah siang tadi aku ada cerita dekat dia. Tapi kisah hidup aku tak cerita lagi rasanya.

"Be-betul. Semua yg awak katakan betul cuma.. saya memang buta sebelum ni tapi saya tak pasti sama ada saya pandang mata dia atau tidak sebelum tu.."

Aku menunduk. Aku tak ingat masa tu. Aku betul-betul sakit kepala waktu tu.

Namjoon pandang mata aku lama. Mungkin mencari kejujuran dalam mata aku. Rasa segan pula. Hehe

"Taehyung? Maksud saya ada apa-apa yg jadi kat Taehyung masa tu?"

"Urm.. macam yg saya cakap tadi, kepala saya sakit sangat waktu tu jadi saya tak tahu perkara sekeliling. Tapi waktu saya sedar, saya ada betul2 di sebelah dia. Dia pun tak sedarkan diri waktu tu dan pada masa itulah pertama kali saya melihat dia.."

Aku tersenyum. Ingatkan hal itu, hati aku rasa berbunga-bunga. Ya benar. Aku dah jatuh hati pada si topeng tu.

"Dawoo ssi, saya ada sesuatu nak bagitau awak"

Muka Namjoon aku pandang. Dia sebut nama aku. Rasanya kalau dah sebut nama ni serius benda ni. Aku hanya memandangnya dan menanti percakapan seterusnya.

"Awak adalah panawar Taehyung"

Dahi aku berkerut. Penawar apa? Taehyung sakit apa?

"Awak pelengkap hidup Taehyung yg hilang.

Dawoo, awak isteri Taehyung yg selama ini hilang"

"HAH?!!"

×××××

Sudah 5 hari aku berada di istana ni. Macam tu jugalah hari-hari aku. Namjoon juga sudah lama pulang ke istananya semula.

Kata-kata Namjoon tempoh hari masih aku segar diingatan aku.

"Jebal tolong Taehyung. Dia bukan macam tu sebenarnya. Diri dia tak lengkap. Awak sahaja yg boleh sembuhkan dia, Dawoo. Lead him"

"Tapi macam mana? Saya tak tahu. Siapa saya sebenarnya? Macam mana saya boleh jadi isteri Taehyung?"

"Ye saya yakin awak boleh lakukannya. Nah, ambil surat ni. Baca dan faham. Surat ni utusan dari ibu Taehyung. Saya pergi dulu. Awak fikirlah ye. Ini untuk kebaikan Taehyung juga"

Surat yg Namjoon bagi tu aku tenung. Aku buntu. Apa sebenarnya yg terjadi ni? Satu-satu masalah menimpa aku. Oh tuhan, apakah dosa aku? Berikanlah jalan yg terbaik buatku.

Isi surat emas keperangan yg bersinar itu aku dengar lagi.
Surat itu bercakap sendiri apabila aku membuka ikatannya.
Aku yakin suara wanita itu adalah suara ibunda Taehyung.

Wahai anak gadis ku yg mendengar suara surat ini, bonda mengucapkan terima kasih kepada kamu. Maafkan bonda kerana bonda, kamu menjadi mangsa keadaan.

Tapi kamu percayalah suatu hari nanti kamu akan dirahmati dengan kebahagian dan kesenangan di atas kebaikan yg kamu lakukan.

Bonda pasti kamu tidak memahami lagi situasi sekarang bukan? Dengarlah
wahai anak muda, kamu adalah isteri kepada Taehyung nak. Taehyung adalah anak kandung bonda.

Taehyung dikenakan hukuman kerana bonda dan suami bonda iaitu ayahanda Taehyung telah melanggar peraturan.

Kami mencintai satu sama lain dan berkahwin. Hal itu telah melanggar peraturan di alam ini.

Bonda adalah manusia manakala ayah Taehyung adalah golongan Anthrópino. Hubungan kami sangat ditegah oleh Rajanya iaitu bapa kepada ayahanda Taehyung. Datuk Taehyung.

Oleh sebab itu, Datuk Taehyung telah mangangkat sumpah. Jika kami ada anak hasil hubungan kami, anak kami akan berdarah Anthrópînnos.

Anthrópînnos adalah darah golongan jahat. Golongan ini merupakan golongan terjahat. Mereka yg berdarah ini akan dibuang ke bumi agar tidak menggangu alam ini.

Kami tersilap langkah dan bonda disahkan mengadungkan Taehyung. Bonda sangat sedih. Bonda dan Taîca Taehyung tak tahu yg mereka akan bunuh Taîca Taehyung jika berita itu diketahui Raja.

Disebabkan itu, kami menyorok di hutan yg hujung pelusuk tempat ini agar tidak ditangkap. Tapi perkara itu sia-sia kami dapat dijejak dan Taîca Taehyung dibunuh. Depan mata bonda sendiri.

Bonda ditinggalkan sendirian di sana. Bonda cuba menjaga Taehyung dengan baik. Walaupun dia bakal menjadi jiwa yg jahat.

Bonda bernasib baik kerana di sana, bonda dijaga oleh puak Maurì. Mereka telah merawat bonda. Maurì memberitahu bonda suatu rahsia.

Ianya adalah sumpahan kepada Taehyung nanti boleh dikurangkan dan dihapuskan.
Bonda sangat gembira mengetahui hal tersebut.

Untuk mengurangkan sumpahan, bonda perlu meninggalkan Taehyung di dunia selama-lamanya selepas sahaja dilahirkan.

Manakala untuk menghapuskan sumpahan sepenuhnya, ibu perlu menyerahkan nyawa ibu kepada Taehyung. Dengan cara itu, kejahatan Taehyung akan berkurang dari tahun ke tahun.

Untuk memusnahkan keseluruhan sumpahan itu pula, Taehyung harus berjumpa dengan isterinya.

Taehyung harus bersatu dengan isterinya sebelum umurnya mencecah 130 tahun setengah.

Dan dia adalah kamu. Kamu, Lee Dawoo.

Dawoo, bonda minta maaf jika susahkan kamu. Tapi kamu harus mencari 2 lagi utusan yg bonda tinggalkan untuk kamu.
Bacalah kesemuanya dan serahkan kepada Taehyung pada waktu yg sesuai.
Bonda tahu kamu boleh nak.

Tulus dari hati,

Yoo Jaehyung

.....Tbc.....

20 votes, baru aku update...
Huehuehhuehue

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro