🎭×20: End :')
Last Chapter:
Revenge or Loves
××פ×××
Because of me, everyone gets hurt
××פ×××
WARNING! LONG CHAPTER!
3212 words. Semperna penutupan, aku buat panjang gila nak hidup balik. Boleh baca sambung esok pulak ye.. :)
"Darah kau"
Aku terkejut. Walau apapun aku lega kerana dia tak minta benda yg pelik-pelik. Tapi, darah yang dia nak?
"Apa saya dapat kalau bagi darah pada awak?"
Dia merenung aku malas dan merapatkan langkahnya ke arah ku. Kami saling melawan pandangan mata cuma cara pandangan yg berbeza. Satu penuh dengan kebencian, satu penuh agenda.
"Apa yg kau nak?"
" Kembalikan Taehyung dan tolong berhenti mengganggu hidup kami"
"Senangnya cakap. Kau kira beruntung aku nak darah je. Kalau aku nak badan kau sanggup?"
Aku hanya berdiam diri. Gila. Dengan isteri orang pun teringin?
"Apa salahnya? Isteri orang tu perempuan tulen juga kan? Ke kau ni perempuan jadian? "
Aku hanya diam. Aku bukan 'Sujat' gong gong gong tu. Aku terus menerus memandangnya. Entah kenapa hati aku berdebar sakan.
"Sujat? Siapa? Ah lantak lah! Cepat diisikan darah kau."
"Taehyung?"
"Hish! Tak habis lagi! Nanti aku fikir"
Kemudian dia capai tangan aku. Terkejut aku apabila dia mengigit tangan aku menggunakan giginya. Bukan gigi tajam yg senang tembus macam vampire tu. Tapi gigi petak macam kita semua manusia ni tersedia ada. Haa bayang tetapa sakitnya jari aku. Menjerit aku apabila dia berusaha mengigit jari aku kuat agar terhasilnya luka.
Bukan itu saja. Dia malah mengoyakkan lagi sedikit luka tersebut agar darah mengalir pantas. Botol dicapai dan dihulurkan kepada aku. Aku hanya pandang saja. Letih menahan sakit.
"Nah isi sendiri. Kau perlu isi darah tu dengan rela sendiri bukan dari bantuan aku."
Katanya perlahan sambil menghulur botol itu. Cairan darah jelas terdapat di celahan bibirnya. Aku hanya menurut.
Botol yg penuh dengan darah itu aku hulur pada nya. Dia menyambut dengan senyuman nipis. Kepala aku diusapnya.
"Bagus. Macam nilah budak baik"
Katanya sambil menutup botol itu semula dengan penutup crystal nya. Tangan aku yg luka itu dicapainya lalu dihisap. Aku hanya melihat tindakannya. Lama-kelamaan rasa letih aku berkurangan dan sakit di luka tadi hilang. Dia memulangkan semula jari aku dan pantas aku membelek. Ya. Luka tadi hilang tanpa kesan.
"Macam mana awak buat?"
"Macam tulah"
Eiii. Sama je macam cucu dia.
"Dah cucu aku, samalah"
Balasnya selamba. Aku memberi wajah menyampah. Malas nak layan. Aku mengalihkan pandangan pada frame gambar Taehyung. Aku rindu suami aku..
Kemudiannya, aku rasa ada tangan mengulus pipi aku lembut. Terus aku pusing menghadap Hansung. Matanya redup memandang segenap ruang wajahku. Dia tersenyum tipis.
"Kau dan dia sama."
Katanya perlahan. Aku mengerutkan dahi. Apa maksud dia?
"Isteri aku. Kau sama malah seiras dengan isteri aku."
Hansung's
Mungkin inilah balasan tuhan untuk aku...
⭕Flashback⤴
"Tuanku, kami sudah berjaya membunuh dia"
Aku tersenyum sinis. Bagus. Biar kau hidup aman dengan lelaki kesayangan kau kat neraka.
"Tapi tuanku.. anak dia kami tidak dapat jejak. Dia lebih bijak dengan menghapuskan tiga per empat sumpahan tuanku. Kami hanya dapat ketahui namanya sahaja."
"Apa nama budak tu?"
"Kim Taehyung"
×××
"Tuanku? Izinkan patik masuk?"
"Silakan"
"Surat ini dari permaisuri"
Aku mengerutkan dahi. Apahal pula isteri aku utus-utus surat ni? Kenapa tak jumpa terus?
Aku angguk dan menyuruhnya keluar. Surat tu aku belek. Apa halnya perempuan ni hantar surat dekat aku?
Tch. Surat amaran? Isteri aku bagi surat amaran? Dah nak mati agaknya perempuan ni.
"Menteri Yang, bawa Permaisuri datang menghadap"
"Baik Tuanku."
Seketika kemudian wajah isteriku kelihatan. Dia menunduk hormat sebelum duduk menghadapku. Aku menuruh orang-orang ku keluar memberi ruang buat aku dan isteri aku.
"Apa maksud adinda?"
Dia memandang aku mendatar. Tiada senyuman dan gelak ketawa lagi aku dapat lihat darinya selepas kejadian yg menimpang anak kami sendiri. Ya. Aku yg bunuh mereka berdua. Anak aku dan isterinya.
"Berhenti buat kerja gila lagi. Cukuplah kanda membunuh mereka berdua. Bukankah dendam mu sudah terlangsai? Lepaskan anak kecil tidak berdosa itu."
Katanya. Aku tergelak kecil. Kemudiannya tangan aku sendiri digumpal menjadi penumbuk. Tiada ketakutan di dalam diri wanita ini.
"Kau diam. Ini urusan aku jangan masuk campur"
"Awak dah melampau. Saya takkan biarkan perkara ni berterusan. Hentikan niat bodoh awak tu!"
"Aku kata diam!!"
PRANGG!
Habis bertaburan teko dan cawan teh aku baling. Serpihan kaca tersebut menhiris lutut isteri aku. Namun dia hanya kekal tiada reaksi. Darah mengalir laju dari lututnya.
"Pengawal!!"
Dengan pantas beberapa orang pengawal datang memasuki ruangan kamar aku.
"Heret perempuan bodoh ni masuk ke penjara. Seksa dia setengah mati"
Kata aku tidak bersalah. Mereka mengheret dia keluar. Dia hanya menurut. Namun, aku dapat lihat dengan jelas air matanya mengalir turun perlahan walaupun mukanya langsung tiada riak kesedihan. Baru kau tahu kuasa aku.
.
"Dengan kuasa Raja, di hari mendung ini, hukuman pancung akan dijalankan kepada Permaisuri Hawoo kerana mengingkari perintah raja dengan bersaksikan seluruh penghuni istana."
Wajah isteri aku, Hawoo aku pandang hina. Nak mati sangat kan. Kau yg minta bukan aku yg beriya. Pergilah ikut anak kesayangan kau tu.
Wajah dia pucat. Darah penuh menghiasi pakaian putihnya. Dia lesu dan tidak bermaya. Pengawal mula memapahnya ke atas pentas batu pancung. Dia didudukan dalam keadaan melutut. Dia memandang aku lemah. Lama dia pandang. Mungkin mahu melihat aku buat kali terakhir.
"Dalam kiraan 1..
Dia masih memandang aku. Matanya redup memandang aku.
Pedang diangkat ke udara.
2..
Dia terus menerus melihat aku. Mata dia seolah-olah memberi tahu sesuatu.
Pan.."
"Nanti"
Aku mengangkat sebelah kening. Takut ke? Dia mengangkat sebelah tangannya menyuruh mereka agar berhenti.
"Hansung-ah. Saya nak ingatkan awak, tuhan sentiasa ada dengan kita tak kira awak jahat ataupun baik, tuhan sentiasa memantau kita kerana kita adalah hambanya. Tuhan pun mengampuni hambanya apatah lagi awak hanyalah Raja. Tidakkah patut awak memaafkan kesalahan rakyat awak? Anak awak? Isteri awak? Ingatlah, setiap kebaikan ada ganjarannya. Setiap kejahatan ada balasannya..
Dia menarik nafas lemah. Aku hanya diam mendengar kata-katanya.
.. terima kasih kerana jaga saya selama ni. Terima kasih sangat kalau awak berjaya melawan sikap kejam awak tu. Sudahlah awak lepaskan dendam dengan bunuh Baekhyun, anak awak sendiri.. lepaskan cucu kita. Biarkan dia hidup tenteram...
Selamat tinggal..
Saya sayang awak Hansung "
Dia senyum buat pertama kali selepas kematian anak kami. Tangannya diturunkan semula.
"Pancung!"
Srappp!
Dan pada masa itu juga jantung aku sakit. Entah kenapa hati aku terkesan dengan kata-katanya. Pengawal mula membawa aku pergi untuk mendapatkan rawatan. Sempat aku pandang sekilas tubuh tidak bernyawa Hawoo.
Air mata aku mengalir perlahan tanpa dipinta sebelum aku pengsan di dalam dakapan pengawal.
Itulah senyuman terakhirnya buat aku.
Sejak dari haritu, aku mula tidak bertujuan. Aku tidak terurus dan menjadi seperti orang gila.
Namun kerana dendam, aku enggan menghapuskan sumpahan aku.
×××
Wajah mulus Dawoo yg sudah tertidur aku pandang. Jujur aku rindukan Isteri aku. Mungkin ini balasan tuhan buatku.
Tuhan itu adil. Tuhan kurniakan Dawoo serupa malah seiras dengan isteri aku dahulu. Sungguh sama wajahnya sewaktu usianya seperti Dawoo. Semuanya seiras. Dawoo, orang yg bakal aku bunuh dan rampas dari Taehyung seperti perjanjian. Tidak aku tahu sama sekali wajahnya sungguh mirip isteri aku.
Benarkah apa yg aku mahu lakukan?
Benarkah aku nak melaksanakan dendam ini?
Sanggupkah aku bunuh 'isteri' aku sendiri buat kali kedua?
Oh tuhan benar kau memang adil.
Perlahan-lahan air mata aku mengalir. Hansung.. kau dah melampau.
Demi mementingkan darjat, kau sanggup bunuh anak kau sendiri yg ingin menggahwini manusia.
Demi kepentingan diri, kau sanggup bunuh isteri kau yg cuba menghalang kau dari dihumban ke api neraka.
Demi dendam, kau sanggup ditangguhkan kematian dan bangun semula selepas 200 tahun untuk memisahkan hubungan cucu kau?
Oh, makhluk jenis apa kau ni Hansung?
Maafkan ayahanda, Baekhyun..
Maafkan kanda, Hawoo...
Maafkan datuk, Taehyung, Dawoo..
Aku juga banyak menyusahkan ibunda Taehyung.. kalaulah aku tidak kejam dengannya dulu.. pasti aku dah tahu namanya.. pasti dia dengan Baekhyun dah hidup bahagia bersama Taehyung.
Aku..
Aku akan hentikan sumpahan ni..
Tidak! Tidak! Ini dendam yg lama aku simpan. Beratus-ratus tahun lamanya. Sia-sia saja penantian aku!
Tapi.. aku.. aku..
Ragu-ragu..
Botol kaca yg penuh dengan darah Dawoo yg sudah diisi tadi aku pandang. Pantas aku berjalan ke arah botol tersebut lalu menyambarnya. Aku pegang kemas botol tu. Bagai hendak tembus aku tenung botol kaca di tangan. Aku buka penutupnya dan teguk isinya.
Seteguk..
Dua teguk...
Hingga ke titisan akhir darah itu Hansung telan. Matanya dipejam rapat. Tangannya di buka bersama-sama dengan sayapnya.
Aku dah fikir dan yakin, inilah keputusan aku..
.
.
.
×××
2014
Kring~~~~
Loceng berbunyi menandakan waktu pembelajaran pertama akan bermula. Semua pelajar mula berpusu-pusu berlari masuk ke dalam kelas. Yang berada di dalam kelas mula menyusun diri ke kedudukan masing-masing.
Namun kelihatan seorang tubuh berketinggian kira-kira 179 sentimeter, berkulit perang cerah, berambut pendek warna coklat gelap, mempunyai wajah yg menawan dan yang paling penting,
dia seorang lelaki.
Matanya terkebil-kebil memandang beberapa pelajar berlari dari bermacam-macam arah. Sibuk benar laluan itu. Dia juga ditolak beberapa kali kerana menghalang laluan mereka.
Beberapa ketika kemudian, mereka hilang di sebalik pintu-pintu yg terdapat disepanjang lorong tersebut. Kelas.
Sekali lagi dia terkebil-kebil. Kertas di tangan diperiksa lagi.
'말년 - A / 2'
Dia mengalihkan pandangan pada pintu di sebelah kanannya. Dia membaca nama kelas tersebut berkali-kali. Pasti dan yakin nama kelas di kertas dan di atas pintu itu sama, dia mengangguk dan menggenggam tali beg silangnya di bahu kiri.
Segera pintu kelas itu dia ketuk.
Ketukannya berjaya menghilangkan tumpuan pelajar dan guru di kelas tersebut. Pandangannya meliar ke seluruhan kelas tersebut diakhiri dengan tubuh seorang guru lelaki muda yg berdiri di meja guru.
"Ah! Masuk budak baru."
Dia hanya menurut dan berdiri bersebelahan gurunya. Dia tersenyum dan menunduk hormat ringkas. Pelajar wanita kelas ini hanya tersenyum memandang dirinya. Bilangan mereka sedikit. Hanya dalam 1 per 4 dari pelajar kelas itu adalah kaum wanita. Pelajar lelaki juga tak kurang, mereka semua memberi senyuman pada si dia. Dia turut membalas balik senyuman mereka semua.
Syukurlah mereka semua orang mahu belajar. Katanya dalam hati. Dia berdehem sebentar sebelum mengenalkan diri seperti apa yg disuruh oleh gurunya.
"Selamat pagi, Perkenalkan, saya pelajar baru. Nama diberi Kim Taehyung. Selamat berkenalan."
Katanya sambil tersenyum. Dia menunduk hormat setelah mengetahui tempat duduknya dan berjalan menuju ke sana.
"Eh, Taehyung! Nanti!"
Taehyung pusing semula menghadap guru tadi.
"Ya tuan?"
Guru itu tersenyum..
"Untuk memudahkan kamu, Nama Cikgu, Kim Namjoon, Guru English dan guru kelas kamu."
..dan ada lesung pipit.
Namjoon.. ada sesuatu dengan lelaki ini... seperti pernah bersua suatu ketika dahulu..
Dia mengangguk dan membalas senyumannya. Hatinya berdegup pantas secara tiba-tiba.
Tanpa dia sedar, Guru tadi tersenyum dalam diam sambil menghantar lelaki tadi menggunakan ekor mata.
Selamat datang, Tuanku, Taehyung
"Cha! All of you except our new boy, please present your group essay work that I gave you last weekend. Now!"
"ALOOOOO"
Bersyukurlah korang diberi satu minggu tempoh kerja. AKU DAPAT EMPAT HARI JE DAH KENA PRESENT!!! -,- TAPI, BUKAN ENGLISH LA.. OHOHHOHO
.
.
.
"Hei Taehyung! Kau sekolah mana dulu? Tahun akhir baru kau pindah sini? Kau dah daftar sijil peperiksaan untuk masuk Universiti belum?"
Aku hanya menggeleng. Banyak betul mulut kawan baru aku ni. Nama dia Dokyeom. Baik orangnya. Dia juga duduk sebelah aku dalam kelas.
"Haah. Kau sekolah mana sebelum ni?"
Tanya Yuram pula. Dia juga rakan sebaris aku. Dia duduk sebelah Dokyeom. Dia juga baik orangnya. Dia juga cantik.
"Erm.. aku tak pernah sekolah luar"
Terbeliak dua orang manusia ini. Dokyeom yg baru nak sedut air kotaknya dia letak semula. Yuram yg baru nak suap roti dikeluarkan semula. Kenapa mereka ni sama?
"Wahh daebak! Jadi selama ni kau belajar personal lah eh? Eyy anak orang kaya! Patutlah hensem semacam"
Kata Dokyeom yg turut disokong
Yuram. Aku hanya tersenyum. Makanan aku sambung makan sama dengan mereka berdua. Entahlah. Aku sendiri tak ada jawapan dengan soalan tu.
Yang aku tahu aku ni pelajar sekolah di sini. Aku tinggal di rumah yg sangat besar. Sudah ada pembantu rumah dan segala keperluan hidup. Aku hanya ingat nama, umur, dan semua benda tapi aku tak tahu kehidupan aku yg dulu. Pelik. Mungkin aku ni hilang ingatan. Mungkin?
"Alamak Yeom! Aku nak gi tandas lah.. weyh pat pat teman aku."
Kata Yuram tetiba sambil mengemas makanannya. Lengan Dokyeom ditepuk beberapa kali. Dia berdiri dan memaksa lelaki yg sedang melahap mee itu untuk turut bangun. Pantas Dokyeom menyumbat semua makanan dia.
"Yahh! Antilah jang an arik-arik! Kau ni nak yak aghi ke?! Fagi shadi dah syekarang un nak kewar gi ke aik tu?!"
Kata Dokyeom dengan makanan masih dalam mulut. Pinggan plastik nya dan plastik roti Yuram dicapainya untuk dibuang. Dia mengalihkan pandanngan kepada aku yg turut mengemas plastik makanan dan kotak minuman aku. Nak ikut.
"Eh! Eurkkkkkk! Alhamdulillah... Taehyung jomlah! Kitorang nak terus masuk kelas ni lepas si Ram ni nak melepas. Eish! Sabarlah! Banyak betul kazanah kau ni!"
Kata Dokyeom selepas sedawa kekenyangan. Yuram di belakangnya sudah menepuk tampar belakangnya. Tak tahan sangat barangkali.
Kami sanggup berlari ke tandas demi Yuram. Aku pelik Yuram ni perempuan, Dokyeom pula lelaki tapi pergi tandas sama-sama?
"Dokyeom ssi, korang memang berurusan sekali ke?"
Tanya aku naif. Sambil berlari sakan.
"Eh! Kau nak aku kena lesing ngan bapak dia? Op kios aku teman je beb. Dia ni memang manja. Al maklumlah aku je kawan dia ada hohoho"
Kata Dokyeom sambil berlari sama macam aku. Kemudian, Yuram yg dah macam peserta lumba lari di hadapan kami tu mula menarik Dokyeom supaya pantas seiring dengannya. Maka ke depan lah mereka berdua.
Aku turut melajukan langkah aku untuk menyaingi mereka. Namun malang tu memang tak ada bau dan tak boleh nak bau, aku terlanggar dengan seseorang yg pada masa yg sama turut berlari melintasi aku. Dokyeom dan Yuram langsung tidak menyedari kejadian yg berlaku kerana mereka sudah jauh di hadapan.
BUKK!
"EiSSH! Aduiiiii"
Bukan aku yg mengerang tapi budak perempuan yg aku terlanggar tadi. Aku tak jatuh pun cuma berhenti je lah. Dada aku je yg pedih lepas kena tanduk dengan sisi kepala dia.
"M-maafkan saya. Awak tak apa2 ke?"
Tanya aku kalut. Risau apabila melihat dia cuba bangun beberapa kali namun gagal. Kuat sangat ke aku langgar dia tadi? Yelah terbertuh sewaktu dua-dua berlari kan.
Kaca matanya yang senget dia betulkan kembali. Buku yg bertabur dia susun semula. Tangan aku hulurkan padanya untuk membantu.
"Eh! Takpa salah saya juga seba-"
Dia angkat mukanya. Dia pandang aku dan aku juga memandangnya. Kata-katanya terhenti lepas lihat aku. Kenapa?
"Taehyung-ah.."
Aku mengerutkan dahi pelik namun aku mengangguk mengiyakan.
"Ya. Saya Taehyung, Maafkan saya ya. Awak ni.. muda dari saya kan? Saya berada di tingkatan 6, jadi panggillah saya Sunbae ye"
Aku tersenyum sambil berkata. Aku berkata sebegitu apabila menyedari warna tali lehernya. Warna kuning bermaksud dia di tingkatan pertama. Jadi aku jauh tua darinya. Walaupun aku di tingkatan 6, sebenarnya aku lagi tua dari Dokyeom dan Yuram yg sekarang sama tingkatan dengan aku. Aku awal setahun dari mereka tapi aku mahu ke sekolah semula untuk memulihkan ingatan aku. Tak mustahil kan?
Aku setia menguhulur tangan padanya. Namun dia hanya pandang aku sayu. Air matanya mengalir turun. Aku mula tak keruan.
"Yah, kiddo, sakit sangat ke?! Mianhaeyo! Saya tak sengaja! Mari saya bawa ke bilik rawatan"
Kata aku kalut apabila tangisan dia makin menjadi-jadi. Parah ke? Pantas tangan aku mencapai tangannya. Tetiba tangan aku seperti ada aliran arus elektrik. Aku terkejut dan mahu menarik semula tangan aku namun tidak berjaya.
Tangan aku seperti berkunci. Aku oandang budak ini namun dia hanya menangis. Aku cuba lagi. Tidak berjaya juga. Tarik, tarik dan tarik, tidak berjaya juga.
Baru sahaja aku hendak buka mulut, tetiba ada satu cahaya melintas di kotak ingatan aku. Ada beberapa gambaran tersemat ke dalam ingatan aku. Aku mengemgeleng beberapa kali.
Dia isteri kau Tae..
Dia, permaisuri dan isteri kau yg hilang..
Apa kau merepek ni Namjoon!
Dia isteri kau yg hilang..
Dia..
"Dawoo yahh"
Tanpa sedar, air mata aku turun membasahi pipi. Akhirnya.. aku ingat semula. Aku sudah ingat. Semuanya. Wajah Dawoo aku pandang. Dia tersenyum sambil menangis memandang aku.
Hansung, datuk aku telah memusnahkan sumpahannya. Syukurlah...
Kami berdua tersenyum dalam tangisan. Akhirnya kita ditemukan semula walaupun masa diputar semula.
Kami saling membalas tatapan mata.
Syukurlah..
Namjoon yg turut menyaksikan kejadian itu dari tingkat dua tersenyum bahagia.
Akhirnya..
Seorang perempuan muda datang menyapanya. Wanita itu juga seorang guru.
Namjoon tersenyum memandang wanita itu. Dia mengangguk kepada wanita itu. Wanita tersebut melakukan hal yg sama. Tangan mereka bertaut bersama. Kedua-dua mereka tersenyum melihat pasangan bertuah di bawah sana.
Wanita itulah cinta hati Namjoon. Namjoon juga telah jatuh cinta dengan wanita manusia yg sungguh cantik dan baik budi pekertinya.
The End...
÷××÷
Budi dibalas budi,
Jasa dibalas jasa,
Baik pekerti baiklah hati,
Jaga masa terjagalah dewasa.
Tiada dengki,
Tiadalah dendam,
Sakit hati,
Boleh dipadam.
Jadilah orang yg berguna dan bercita-cita.
Walaupun kita tidak setanding atau tidak sebakat orang lain,
Bersyukurlah kita masih diberi nyawa, tenaga, rezeki dan masa untuk memperbaiki diri.
Carilah bakat yg tersembunyi dan ubah lah ia menjadi nyata.
Walau lemah macam mana pun kita dalam sesuatu, ingatlah Allah itu maha adil. Tuhan itu benar.
Dia kurniakan semua orang dengan nikmat kelebihan. Kalau kita tidak berapa pandai dalam pelajaran, usahalah semampu boleh. Jangan tertekan jika masih tidak sepandai rakan-rakan yg lain.
Ingatlah setiap perkara yg berlaku ada hikmahnya. Tak semestinya pandai di sekolah tak pandai juga di luar. Mungkin kita tak berminat belajar di sekolah, tapi kita minat mempelajari ilmu luar. Mana tahu kita mengetahui tentang perkara luar lebih dari orang yg berjaya di sekolah betul?
Siapa yg berusaha dan bertawakal pasti berjaya. Kalau tak berjaya, pasti ada hikmahnya.
Sebagai contoh, kau nak kerja sebagai ahli saintis makmal dan doktor tapi kau tak layak mengejar cita-cita tu. Malah kau dapat kerjaya sebagai ahli perniagaan.
Baru kau perasan waktu tu yg kau sebenarnya tak sanggup untuk melihat organ manusia, jenis2 kudis, jenis2 penyakit. Sebab tu kau tak dapat jadi doktor.
Baru kau perasan waktu tu kau sebenarnya ada hajat untuk membina rumah tangga suatu hari nanti. Tahukah kalian, kebanyakan ahli saintis makmal tidak berkahwin? Kalau berkahwin pun, mereka berpotensi untuk mempunyai anak sangat rendah. Kalau ada anak pun, mungkin tidak sempurna kerana mereka kerja terdedah dengan bahan kimia dan radio aktif. (Ahli saintis makmal je, saintis lain tidak)
Jadilah orang yg berguna untuk semua orang.
Sesungguhnya, engkaulah yg menentukan masa hadapan kau sendiri.
Ikutlah cita-cita kau selagi ianya tidak meleset dari jalan benar.
Genggam dan usahakan cita2 kau sampai berjaya. Ikutlah minat yg baik dan engkau pasti jumpa kejayaannya.
.....
Okay mungkin ramai yg pelik dengan cerita ni.
Mesti ramai tertanya-tanya utusan terakhir bonda Taehyung tu apa right? Sebenarnya, Hansung lah utusan yg dimaksudkan tu. Utusan terakhir tu tak wujud. Bonda Taehyung menyerahkan segala-segalanya kepada Hansung untuk buat keputusan sendiri. Bonda Taehyung bertapa di gua tu untuk mendapatkan azimat. Dan ianya berjaya. Hansung sendiri yg putuskan sumpahan. Namun, sumpahan Hansung sangat kuat. That's why masa terpaksa diputar semula macam masa pertama Taehyung dan Dawoo bertemu.
So kalau nak tanya pape go on. Komen je nanti author jawabkan.
Q:
Terima kasih kerana sudi baca cerita mengarut ni.
Kepada silent readers, aku harap korang votelah cita aku. Jangan risau, cerita aku tak ade scene kotor pun. See, tak de scene 19 ke atas pun kan? Kiss scene pun tak de...
Sokay, thank you sebab baca btw. Satu lagi, aku harap korang bacalah ff aku mendatang ye, jangan risau tak de scene 19 pun guys... aku budak baik hohhooh.
Takdelah aku pemalu orangnya.. ehehehehemmm
Btw ff bakal menyusul;
1)Jeon Jungkook
-Doktor Psychology.
2)Kim Seokjin
-Tajuk masih dirahsiakan...
Sekian.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro