Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🎭×14: The Truth

Chapter 14: Everything you need to know

××פ×××

Reveal the truth

××פ×××

Tae's pov

Permandangan di hadapan aku sekarang ini seperti aku berada di satu bandar yg meriah dengan penduduk. Tempat ini tampak sungguh maju dan berjaya.

Kemudiannya aku nampak susuk tubuh seorang lelaki muda dan seorang wanita muda sedang bercakap dengan seorang wanita tua dan cucunya. Entah bagaimana mereka berjaya menarik perhatian aku.

Aku berjalan dengan lebih dekat. Aku terasa berminat dengan dua orang itu. Aku cuba memasang telinga terhadap apa yg mereka sedang bualkan.

"Betulkah khabar dia pernah datang ke sini dahulu dan tinggalkan utusan itu di sini?"

Suara si lelaki itu bertanya.

"Ya tuanku, dia pernah ke sini dulu. Saya sendiri yg menyambut kedatangannya. Memang betul dia ada tinggalkan utusan terakhir itu di sini. Tapi patik memang tak tahu keberadaan utusan itu di mana. Maafkan patik tuanku."

Kata wanita tua itu sambil menunduk kesal.

"Tak mengapa puan. Terima kasih ye sebab beritahu kami."

Kata wanita muda itu pula. Tak mahu wanita tua itu bersusah hati. Lelaki tadi hanya mengeluh lemah. Wanita muda itu menggosok lembut belakang badan lelaki itu beberapa. Mungkin ingin menenangkannya.

Aku hanya berdiri dibelakang mereka dari tadi. Kenapa aku rasa macam aku sangat kenal mereka berdua ni?

Aku terkejut sewaktu mereka berpusing ke belakang. Lelaki tu.. aku?! Wanita muda di sebelah diri aku tu aku pandang. Itu Dawoo?! Dia nampak sedikit lain. Mukanya lebih matang dan lebih berseri berbanding mukanya yg pucat sekarang.

Adakah ini masa depan kami? Jadi betullah kami ini suami isteri? Aku hanya berdiri statik di tempat aku. Aku fikir mereka akan berjalan ke tepi aku namun mereka hanya jalan menerusi aku. Aku.. halimunan ke?!

Aku memandang mereka. Aku perhatikan diri aku. Taehyung yg ni sangat lain dengan aku yg sekarang. Dia berpegangan tangan dengan Dawoo yg mungkin sudah menjadi isterinya sekarang. Dia malah murah dengan senyuman. Dia juga boleh berkomunikasi dengan orang lain dengan sopan. Sungguh berbeza dengan aku yg sekarang.

Aku mengikut langkah mereka dari belakang. Sewaktu mereka tengah berjalan, tiba-tiba sahaja bunyi orang ramai berjerit dengan kuat dari sebelah kanan kami. Aku pandang ke sebelah kanan begitu juga dengan pasangan di hadapan aku sekarang ini. Terkejut aku apabila ada seorang lelaki separuh abad terbang menerusi aku dengan laju.

Lelaki itu berhenti betul-betul di hadapan pasangan itu. Mereka kelihatan terkejut dan takut. Taehyung mula memeluk kuat isterinya yg sedang menggigil ketakutan.

Aku memandang lelaki itu. Dia kelihatan berumur. Lelaki itu bermata merah hijau. Dia tergelak melihat pasangan yg sedang kecut di hadapannya sekarang ini.

"Taehyung.. cucu atuk~ mari sayang atuk meh"

Kata lelaki itu. Tangan dipamit agar Taehyung ke arahnya. Mata aku membulat. Tak. Tak mungkin dia ni datuk aku?! Kenapa dia nampak jahat?

"Pergi! Aku bukan cucu kau!"

Kata Taehyung tidak mengaku lelaki itu datuknya. Datuk mula ketawa. Dia merenung wajah Taehyung tajam.

"Sebab mak engkaulah kau jadi kurang ajar dengan aku! Huh. Dasar manusia lemah!"

Kata datuk. Kenapa.. aku rasa macam aku pernah sebut ayat tu? Mak? Bonda?

Datuk aku mengalihkan matanya kepada Dawoo pula. Wanita itu kelihatan takut. Kenapa aku rasa tak sedap hati pula ni?

"Oh.. ni lah dia 'penawar' kau tu? Ermm boleh tahan. Tapi sama je macam mak kau yg tak guna tu."

Kata datuk kedengaran seperti mengejek. Dia mula melangkah menghampiri mereka berdua. Lantas lengan Dawoo dicapai datuk. Terkejut Dawoo denan tindakan berani datuk. Namun cepat-cepat Taehyung menumbuk kuat wajah datuk.

Entah kenapa aku juga terasa marah apabila datuk memegang lengan Dawoo.

Tersungkur lelaki tua tu ke belakang. Namun dia hanya ketawa. Dia memandang Taehyung sinis.

"Oh! Kuat dah kau sekarang ye.. tapi tak sehebat aku. Heh. Sebab kau yg minta cara kasar, jadi aku bagi lah ye cara kasar."

Terus tangannya diangkat dan dihayunkan ke depan. Dengan sekelip mata, badan Taehyung terpelanting ke belakang. Kemudiannya, jari telunjuk pula dia gerak-gerakkan ke arahnya. Terdorong Dawoo melutut ke kakinya.

Ditariknya kasar rambut Dawoo sehingga membuat wanita muda itu menjerit. Taehyung pula tak boleh berbuat apa-apa selain menjerit. Badannya seperti diikat. Dia hanya dapat bergelut sahaja.

Aku mula panas punggung. Lantas aku mengatur langkah ke arah datuk aku. Aku sekarang betul-betul berada di hadapan datuk aku. Dawoo yg sedang merintih sakit apabila rambutnya ditarik itu aku pandang sekilas. Makin membuak-buak rasa marah aku.

"Datuk Setan!"

Marah aku sambil menumbuk kuat mukanya. Namun aku hanya menumbuk angin. Berkali-kali aku menghayunkan penumbuk kemukanya namun mukanya bergerak seperti ombak sahaja.

"Gatal pula muka aku ni ish!"

Adu lelaki tua itu apabila rasa seperti mukanya digeletek semasa Taehyung halimunan menumbuk-numbuk mukanya tadi. Digaru-garu mukanya beberapa kali.

"Lepaskan isteri aku!!"

Aku berhenti dari menumbuk muka datuk aku dan berpaling melihat diri aku sendiri di masa hadapan. Aku termengah-mengah selepas melakukan aktiviti yg tidak mempunyai kejayaan itu sama seperti diri aku di masa hadapan. Taehyung akan datang kelihatan letih juga.

Dia mengah selepas bertarung dengan diri sendiri. Dia yg tadi tidak bergerak seperti dikunci kini rebah ke atas tanah. Sekarang dia kelihatan seperti lumpuh. Jadi betullah Dawoo ni isteri aku.

"Isteri kau? Heh! Keturunan dia ni pembawa sial je kau tahu? Sebab makhluk macam dia ni lah ayah kau mati! Anak aku mati!!"

Kata datuk sambil merentap lagi kepala Dawoo akan datang dengan kuat. Aku mengetap bibir. Datuk kejam! Wajah wanita itu aku pandang sayu. Dia mampu menangis meminta simpati. Tiba-tiba aku teringat yg Dawoo dikurung ditingkat bawah tanah sekarang.

"Untuk menepati janji aku, aku akan rampas yg engkau panggil isteri ni dari kau"

Kata datuk sambil menggoyang-goyangkan tangannya yg sedang menggenggam rambut Dawoo. Wanita itu tidak melawan malah hanya menangis. Kenapa ni? Kenapa dia macam rela?

"Tolonglah.. bagi aku masa lagi setahun untuk bersama dia"

"Tak akan budak. Janji tetap janji. Janji harus ditepati. Umur kau dah cecah 200 tahun."

200 tahun? Janji? Janji apa ni?!
Aku.. tak faham!

"Jebal!! Tolonglah aku merayu! Jangan ambil dia!"

Taehyung akan datang melutut. Dia menangis. Dia merayu agar datuk tak ambil Dawoo darinya. Kenapa aku juga turut rasa sedih?

"Tch. Hanya sebab manusia kau jadi macam ni? Kau, bapak kau, sama je. Merayu hanya sebab nak bersama dengan manusia. Janji tetap janji. Ucap selamat tinggal kau kat BUAH HATI kau ni"

Kata datuk berbaur ejekan. Tangannya diangkat dan diletakkan di atas kepala Dawoo. Lama-kelamaan mereka berdua hilang menjadi asap merah. Mana dia bawa Dawoo?! Tapi Dawoo sempat menjerit kepada aku sesuatu. Aku ulang. Aku?!

"Taehyung jebal cari benda tu!!! Selamatkan diri kau!"

Aku terkejut. Dia.. boleh nampak aku ke?! Aku halimunan. Dia betul-betul pandang anak mata aku tadi dan meminta tolong dari aku. Benda?! Benda apa?!

"ANDWAE!! DAWOO!! Pulangkan dia setan!!!"

Taehyung akan datang berjerit-jerit ke arah asap merah itu. Dia cuba bergerak namun dia hanya dapat mengesot itupun lemah. Aku kasihan lihat mereka.

"Kalaulah aku dapat cari lebih awal.. semua ni tak akan terjadi! Aku lembab! Lembab! Kau lembab Taehyung!!"

Jerit Taehyung lemah. Dia menangis. Orang-orang yg menyaksikan kejadian tadi turut menangis.

Beberapa orang pembantu istana menolong Taehyung bangun. Termasuklah Josu Inho. Dia masih sama.. cuma rambutnya di waktu akan datang ini warna merah tak seperti di waktu sekarang warna hitam.

"Inho.. Dawoo dah kena ambil! Aku benci diri aku! Kalau lah aku jumpa benda tu, ____ tu! Mesti setan tu dah mati!! Bukan isteri aku!!"

Benda apa?! Kenapa waktu dia kata apa 'benda' tu aku tak dapat dengar? Aku nak tahu!!

Laju kaki aku bergerak ke arah mereka. Aku nak tahu benda apa. Biar aku cari sekarang. Namun tak sempat aku nk sampai, aku hilang seperti kepulan asap.

"DAWOO!!"

Itulah benda pertama yg aku sebut lepas sedar kembali. Tapi kenapa nama budak perempuan tu? Tersekat-sekat pernafasan nafas aku. Tekak aku masih terasa pedih dan kepala aku masih terasa berpinar namun kurang dari tadi.

Tangan aku menyentuh perlahan kepala dan tekak aku. Diurut sedikit agar sakit dapat dikurangkan. Perlahan-lahan aku bangun ke posisi duduk.

"Dah tahu?"

Kepala aku angkatkan memandang ke arah gerangan suara itu. Namjoon. Mata aku pejamkan mengingati semula perkara tadi. Sungguh aku kata aku kecewa sebab tak dapat dengar benda yg hilang tu. Malah aku turut sedih kerana isteri aku nanti akan diambil.

"Joon, kenapa isteri aku kena ambil nanti? Apa benda yg hilang? Kenapa masa depan aku menyedihkan? Bagitau aku sekarang! Aku nak tahu!"

Namjoon tersenyum nipis. Dia menyuruh aku duduk kembali ke kerusi. Dia mula menceritakan semunya tanpa apa-apa yg terselindung.

"Macam ni cerita dia, datuk kau bukanlah seseorang yg jahat dan bukan juga seseorang yg baik. Dia cuma tak merestui hubungan ibu bapa kau. Ayah kau berketurunan angel manakala ibu kau berketurunan manusia.

Kau tahu kan perkara tu tidak boleh terjadi dan sangat ditegah oleh golongan kita? Ayah kau jatuh cinta dengan ibu kau sewaktu dia melawat dunia senyap-senyap dan ayah kau tak bertepuk sebelah tangan lepas ibu kau juga berminat dengan ayah kau. Oleh sebab itu, ayah dan ibu kau telah mengabarkan hubungan itu kepada datuk kau yg bergelar Raja pada waktu tu.

Namun nasib mereka malang lepas mengetahui bahawa datuk kau sangat menegah hubungan mereka. Datuk kau bersumpah, jikalau mereka berkahwin ayah kau akan hilang tahtanya dan ayah kau setuju. Namun begitu, datuk kau sungguh bijak. Dia bersumpah satu lagi perkara yang ibu bapa kau tak tahu.

Ada teori mengatakan yg angel dan makhluk lain yg berkahwin tidak akan mampu memperoleh waris. Tapi waktu aku ke perpustakaan terlarang waktu usia aku 86 tahun dulu, aku ada jumpa buku yg berkaitan kisah ibu bapa kau.

Kat buku ada kata, jika hubungan antara angel dan manusia berjaya menghasilkan waris atau senang aku kata anak, maka hubungan itu adalah hubungan suci dan direstui illahi. Aku rasa datuk kau tahu tentang perkara tu.

Oleh sebab datuk kau pernah disumpah sewaktu dia kecil, separuh dirinya adalah kejahatan. Tapi tiada siapa tahu. Jadi dia bersumpah jika ibu dan ayah kau berjaya mendapat anak, separuh kejahatan yg ada pada diri dia akan dia pindahkan pada anak itu.

Dia adalah kau Tae. Datuk kau ambil kesempatan atas kelahiran kau untuk membuang kejahatan dia. Atuk kau lah yg bunuh ayah kau sewaktu kau di dalam perut ibu kau. Kejahatan datuk kau tak boleh dikawal selepas dia tahu tentang hubungan ibu bapa kau. Dia bunuh ahli keluarga ibu kau.

Tak cukup itu, ibu kau dibuang jauh ke hutan sewaktu dia sarat mengandungkan. Yang paling menyedihkan tu, ayah kau dibunuh depan mata ibu kau sendiri. Ibu kau sedih sangat waktu tu. Tapi mujur ada orang hutan yg jumpa ibu kau. Ibu kau mungkin mati kalau mereka tak jumpa dia waktu tu.

Merekalah yg menjaga ibu kau sehingga kau lahir. Orang hutan yg menjaga ibu kau termasuklah ibu bapa aku. Aku lahir setahun saja awal dari kau. Ibu kau dapat tahu yg kau dah disumpah. Ibu dapat tahu yg walaupun hanya separuh kejahatan yg dipindahkan kepada kau, tapi apabila kau terus membesar, kajahatan tu akan turut membesar mengikut tumbesaran kau. Ibu kau takut masa depan kau gelap. Jadi dia mengorbankan diri dia agar dapat menggurangkan sumpahan kau.

Ibu kau berjanji untuk menukarkan nyawa dia kepada kau supaya kejahatan kau dapat dihilangkan. Dewa hutan menyetujui perkara itu tapi kejahatan kau hanya disekat dari terus merebak sahaja. Oleh sebab ibu kau sayangkan kau, dia meminta tolong daripada ibu bapa aku tentang rahsia azimat hutan.

Azimat tu boleh menghilangkan seluruh kejahatan dalam diri kau. Tapi Azimat itu ada syaratnya. Ibu kau perlu melahirkan kau selepas dia bertapa dalam gua selama dua bulan sebelum nyawa dia diambil. Lepas je tempoh itu berakhir, ibu kau berjaya melahirkan kau walaupun berseorangan. Ibu bapa aku datang ambil kau lepas saja tamat perjanjian tu.

Selama dua bulan bertapa, ibu kau harus melaksanakan beberapa syarat. Syarat tu adalah kau akan membesar dengan separuh kejahatan dalam diri kau sehingga usia kau cecah 131 tahun. Dengan sayarat, kau berjumpa dengan bakal isteri kau sewaktu umur kau 130 tahun dan ibu kau telah memilih perempuan manusia untuk kau.

Dialah Lee Dawoo"

...Tbc...

40 votes for another chapter...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro