× 3 × The Deal
⚫ Chapter 3 ⚪
No matter where you are-
-you're mine and only.
______
" Aku Jeon Jungkook, Lee Daeun "
Dia tersenyum...
sinis dan penuh dengan kejahatan.
Sejurus itu dia menolak badanku ke belakang dan terus berjalan. Aku terkedu. Mata aku membulat dengan kelakuannya.
Betulah dia ini Jungkook. Aku bagai tidak percaya. Dia seorang lelaki, yang cukup baik paras rupanya. Namun, kejahatannya menjadi tembok yg menghalang kesempurnaan dirinya.
" Na- nanti! Jungkook! "
Aku terpaksa mengejarnya. Dia sungguh laju dengan kaki panjangnya. Aku terpaksa jalan sedikit perlahan oleh kerana pakaianku yg tidak membenarkan. Aku hanya berbaju dress putih paras lutut dan berkaki ayam.
Dia berjalan ke arah rumah yg menempatkan aku ketika bangun tadi. Dia membuka pintu dan membiarkannya terbuka. Sengaja dibiarkan terbuka untuk memberi laluan untuk aku masuk barangkali.
" Tutup pintu "
Katanya selepas aku masuk. Dia tidak memandang aku. Bakul yg aku letak di lantai entah dari zaman bila itu dikutip dan diletak di atas meja. Barang yg bersepah disusun ke tempatnya semula.
Aku hanya memerhati tindak-tanduknya. Pintu segera ditutup dan aku melangkah ke arahnya.
" Jungkook.. err boleh awak terangkan semuanya? "
Jungkook endahkan aku dan sambung menyusun segala barang-barang di dalam bilik itu. Selepas itu dia duduk di atas kerusi dan mengambil perkakas khas untuk mengukir. Sebuah topeng yg separuh siap dibelek sebelum diletakkan berhadapannya.
Dia mula mengukir topeng yg masih separuh siap dengan teliti dan kemas. Selepas siap dia menggantung topeng itu pada dinding bilik ini sama seperti topeng-topeng yg lain.
Aku enggan mengalah. Aku merapatkan ruang antara kami dan berdiri berhadapan dia. Dia hanya buat tidak tahu dan terus mengukir. Kerana terlalu geram, aku merampas topeng itu daripada tangannya.
" Siapa sebenarnya awak? Apa yg dah jadi? Kenapa saya berada di sini? Apa yg sebenarnya berlaku? Ma-mana Han? "
Tangan Jungkook berhenti dari mengukir. Alat ukiran yg masih dalam genggamannya diletakkan semula. Matanya memandang aku, lebih tepat, pada rambut aku. Kemudian dia memandang aku semula.
" Siapa aku kau tak perlu tahu. Cukup untuk kau tahu yg aku dah berjasa pada kau. "
Kata Jungkook memdatar. Dia merampas semula topeng daripada tangan aku dan meneruskan kerjanya. Sikit pun dia tak mahu pandang aku. Dahi aku berkerut.
Kata-kata makcik katak tadi mula berlegar semula. Dendam kau dah terbalas...
" Aku tak minta bantuan kau. Kenapa kau nak bantu aku balas dendam? "
Soalku dengan penuh tanda tanya. Hati aku rasa berat seperti menanggung seguni rantai besi. Siapa sahaja tak rasa tertekan bila tahu yg diri kau sekarang seperti manusia kotor?
Jungkook mula bangun. Pisau yg digunakan untuk mengukir dicapai. Dia mula mendekati aku. Matanya lurus menatap mata aku.
" Kau tak minta bantuan aku? Kau betul-betul yakin dengan kata-kata kau? "
Tanyanya sambil membelai rambutku. Entah mengapa aku terbuai dengan belaiannya. Mata aku memandang tepat pandangan tajamnya.
Matanya hitam kemerahan. Cantik dan unik. Matanya seperti ada magnet yg menyatukan mata kami.
Aku hanya kaku dan tidak membalas. Mata aku mula melilau ke lantai. Jujur, aku tiada langsung ingatan.
Yang aku ingat hanyalah hari-hari aku bersama Han. Serta peristiwa menakutkan iaitu aku ditikam di dalam bilik ini. Mengapa.. aku lupa?
Belaian dari Jungkook tapi berhenti. Dia tersenyum sinis seketika. Drastik, rambut aku yg dibelai tadi tiba-tiba direntap kuat oleh Jungkook.
Srashh!
Helaian-helaian rambut aku yg baru sahaja dikerat berada di dalam gemgaman lelaki itu. Apa- yg dia buat? Pandangan aku terkunci pada rambut-rambut malang itu.
Dia mengerat rambut aku menggunakan pisau ukiran yg dibawanya sekali. Mata aku terbeliak kerana terkejut.
Tangan aku ralit mencapai bahagian rambut yg tersisa. Rambut ikal yg dulunya panjang mencecah paras dada kini pergi meninggalkan kawan mereka yg tertinggal pada paras leher.
" Apa yg awak buat ni?! "
Tanya aku tersekat-sekat. Rasa perit pada kulit kepala masih terasa oleh kerana rentapannya yg kuat tadi. Jungkook hanya diam dan memandang aku kosong. Dia berjalan ke arah tempayan sederhana besar yg terletak di penjuru bilik sambil membawa rambut aku di dalam genggamannya.
" Sini "
Katanya ringkas menyuruh aku menghampirinya. Aku akur. Sampai sahaja di sana, dia mula membuka penutup tempayan itu. Setelah itu, dia membaling rambut aku ke dalam tempayan tersebut.
Dahi aku berkerut. Tidak faham dengan apa yg dilakukannya. Kaki dijenkitkan untuk melihat ke dalam tempayan tersebut. Rambut aku tadi bagai lepas di dalam air hitam dan gelap di dalam tempayan itu.
Aku hanya memerhati kelakuan Jungkook yg menutup semula tempayan itu dengan penutupnya. Kemudian, dia mula berpaling menghadapku.
Dia jalan mendekati aku sebelum tangan kekarnya diselitkan ke belakang leher aku. Matanya redup memandang mataku. Aku turut melakukan perkara sama.
" Rambut kau adalah tali perjanjian kau dan aku. Selagi rambut kau ada dengan aku, selagi itu kau milik aku. "
Kata Jungkook dengan suara yg dalam. Aku menelan air liur. Tangannya yg berada di belakang leher aku ditarik untuk merapatkan jurang aku dan dia. Bibirnya melekap pada permukaan dahiku. Mata aku terus terpejam rapat.
" Jangan lari kerana lari dari aku hanya sia-sia. Cuba kalau berani. "
Katanya berbaur amaran selepas menamatkan ciumnya. Lidahnya menjilat bibir merah delimanya. Senyuman sinis meleret di bibirnya. Dia sesuai digelar devil..

Cerita ni berkait dengan The Mask Man: The Hidden Face
❤💐❄
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro