Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

× 1 × Don't Love Him

Chapter 1
I love him-

-but it is illegal love

__________

  Hari kian hari, bulan demi bulan. Sudah lama dia berada di situ. Hatinya gembira. Sungguh gembira. Dia merasa senang dan damai. Seolah-olah dirinya kini sembuh daripada luka sedikit demi sedikit.

Hal-hal peribadi semuanya dilupakan. Apa yang dia ada sekarang sudah cukup membahagiakannya. Dia juga sangat gembira hidup bersama lelaki itu.

Ya. Lelaki tua yang menginap di rumah ini. Lelaki tua yang menjemputnya ketika dia menjejakkan kaki di situ. Personalitinya yang baik dan bertimbang rasa itu mampu menarik hati si dia.

Benar. Dia dilamun cinta pada lelaki tua itu. Geli? Kau fikir kau seorang saja geli? Penulis pun geli.

Sudah berkali-kali dia cuba mengembangkan hubungan mereka. Dia tidak mahu lelaki itu sebagai rakan dan tempat mengadu sahaja. Dia mahu menjalinkan hubungan yang serius.

Namun, lelaki itu tidak mahu akan cintanya. Cukuplah sebagai rakan semata-mata. Dia sudah berpunya. Walupun dia sudah lapuk dimakan usia, lelaki itu masih belum beristeri tetapi sudah bertunang.

Pelik bukan? Sudah tua namun masih membujang. Bujang terlajak barangkali.

__ 🌾__

" Han, saya nak keluar sekejap. Nak kutip bunga. "

Kata gadis itu kepada lelaki tua pujaannya. Nama lelaki itu adalah Han. Dia tersenyum sambil menunjuk bakul yang berada ditangannya.

Dia mahu keluar untuk mengutip bunga-bungaan kesukaannya. Sudah seminggu dia tidak menjejakkan kaki di kebun bunga bersebelahan rumah batu tersebut.

Dia gemar menghiasi biliknya dengan bunga-bungaan biru milik lelaki itu. Bunga kegemarannya iaitu bunga pénz éthnos. Bunga itu adalah penting buatnya.

Jika bunga itu sudah layu ataupun buruk, dia terasa kurang senang dan payah untuk bernafas. Oleh kerana bunga itu sudah layu, dia mahu memetiknya lagi hari ini.

Tipulah jika dia tidak berasa hairan. Hanya dia seorang sahaja yang mengalami kesukaran bernafas jika ketiadaan kuntuman-kuntuman biru tersebut. Han juga tidak tahu-menahu mengapa dan apa sebabnya.

" Ambillah berapa pun yang kamu nak. Harini saya akan ke bandar. Ada urusan penting yang saya harus selesaikan. "

Kata lelaki itu sambil membetulkan tali lehernya. Pakaian suit hitam yang dipakainya dibelek oleh mata gadis itu. Gadis itu mengerutkan dahinya. Dia tidak pernah tahu lelaki itu masih bekerjaya. Lihat sahajalah fizikalnya yang sudah tua dimakan umur.

" Awak nak pergi sekarang ke Han? Ada kerja apa? Saya nak ikut. "

Lelaki itu menggangguk sekali sebelum tersenyum. Gadis itu mula memasamkan wajahnya. Dia tidak mahu berpisah dengan lelaki pujaannya itu. Lelaki itu tergelak kecil lagi.

" Janganlah buat muka macam tu. Saya pergi sekejap saja. Kamu tunggu saya dirumah ya? "

Gadis itu lambat-lambat mengganguk dengan berat hati. Dia menghantar lelaki itu keluar menggunakan ekor matanya sahaja. Seketika kemudian barulah dia turut keluar untuk memetik bunga yang istimewa buat dirinya itu.

__ 🌾__

"Baby!" Nampak sahaja bungaan biru itu, terus hilang rasa sedihnya. Dia tersenyum gembira ketika menghampiri hamparan permaidani biru tersebut.

Giginya ditayangkan saat menghidu dan mencium bunga yang dipetiknya itu. Harum dan menyamankan bau yang dikeluarkannya.

Selesai menghidu, dia membelek pula bungaan tersebut. Dia memerhati dengan lama fizikal bunga itu. Baru dia sedar bahawa sisi dalam bunga tersebut terdapat warna samar-samar kemerahan. Dia mengerutkan dahinya.

" Eh? bukan bunga ni biru semuanya ke? Peliknya... "

Katanya sambil membelek kuntuman yang lain. Sama seperti yang sudah berada ditangannya. Warna merah pudar kelihatan disebalik warna biru terang.

Dia hanya mengangkat bahu dan sambung mengutip bunga-bunga yang lain. Alang-alang ke kebun, apa salahnya petik bungaan yang lain juga. Boleh dia hiaskan lagi biliknya.

Selesai memetik bunga, dia naik semula ke atas rumah. Memandangkan hari juga sudah petang. Tambahan rasa lapar mula meguasai. Dia mahu masak hidangan buat dirinya dan juga Han.

Sewaktu hendak masuk ke kawasan rumah, dia perasan ada sebuah kereta mewah berwarna hitam terparkir elok di sebelah kereta biru miliknya. Dahinya berkerut.

'Kereta siapa pula ni?'

Soalnya di dalam hati. Kereta itu diperhati lagi sekali. Hatinya tertanya-tanya jika ada orang lain yang datang ke situ.

Seketika kemudian, kelibat seorang gadis dalam lingkungan umurnya atau mungkin lebih tua beberapa tahun daripadanya keluar dari rumah yang dia dan lelaki tua itu menetap.

Matanya membulat serta-merta. Dia bagai boleh mengagak siapakah gerangan perempuan tersebut. Cepat-cepat dia melarikan diri ke dalam bangunan kecil berbentuk petak yang berada tidak jauh dari rumah mereka.

Rumah itu adalah rumah yang dibina bersebelahan rumah berbentuk heksagon kepunyaan Han tersebut. Kedudukannya sedikit tinggi dari rumah mereka. Hal itu oleh kerana ia ditempatkan di atas tanah yang lebih tinggi.

Rumah ini juga berunsurkan batu. Cuma saiznya sahaja yang lebih kecil membezakan di antara rumah utama dan sampingan. Gadis itu pantas meloloskan diri memasuki kediaman petak tersebut.

Dia terkejut apabila menjejaki ruangan itu. Patung-patung yang persis manusia memenuhi ruang rumah itu. Dia mengerutkan dahinya. Tipulah jika dia tidak berasa ngeri ketika berada di situ.

Dia musykil, adakah ini sebabnya lelaki tua itu tidak membenarkan dia untuk memasuki ke ruangan ini? Benar, lelaki itu sudahpun  melarangnya agar tidak sama sekali ke ruangan tersebut.

Buat beberapa detik, bunyi tapak kaki mula kedengaran. Bunyi itu jelas kedangaran sedang menghampiri bangunan kecil tersebut. Dengan pantas bakul ditangannya dilepaskan.

Dia pantas menghampiri katil besi yang berada ditengah ruangan itu. Dia berbaring di atas katil besi tersebut. Katil besi itu khas untuk pembuatan patung.

Pada masa yang sama juga pintu itu dibuka dengan kasar. Matanya dipejamkan rapat dan bersedia untuk menjadi patung. Bunga pénz éthnos yang dipegangnya sepanjang perjalanan tadi digenggam erat di sisi. Jujur sekali dia ketakutan.

" Well, well, banyak juga patung koleksi yang dia buat sepanjang di duduk dekat sini "

Kata perempuan asing itu sambil mengelililngi ruangan tersebut. Matanya mengimbas satu-persatu patung di situ. Tangannya disemat elok kedalam pelukan.

" No wonderlah dia abaikan aku. Sekurang-kurangnya dia tak curang dengan aku, right? "

Kata perempuan itu dengan lagaknya. Gadis yang sedang baring itu dilanda rasa ketakutan dan serba-salah. Seperti apa yang dijangka, gadis ini merupakan seorang yang istimewa buat Han.

' Mungkin dia inilah tunang Han. Aku ini... seorang perampas ke? '

Dia mula menyoal dirinya sendiri. Kemudian perempuan itu ketawa kecil seorang diri. Sesudah ketawa, dia menangis sambil ketawa pula.

Gadis yang  sedang baring itu mula berasa seram sejuk. Dahan bunga yang digengam dipereratkan lagi. Dia risau gadis asing itu bukan seorang yang siuman.

" Liar! Aku tahu dia ada perempuan simpanan. Nasib kau baik perempuan sebab aku tak jumpa kau dekat sini... "

Gadis itu sudah ketakutan. Tangannya mula berpeluh dan menggigil. Jebal.. Dia harap gadis itu tidak menyedari akan dirinya yang sedang berpura-pura menjadi patung.

" Kau fikir aku bodoh? Tak boleh bezakan manusia dengan patung? "

Gadis itu tersentak namun dia terus-menerus memejamkan mata. Dia betul-betul takut. Kedudukanya statik dan kekal sama. Tidak mustahil lah jika gadis akan perasan akan dirinya di situ. Dia juga akui bahawa dirinya bakal diketahui identiti sebenarya.

Pelukan tangan perempuan asing itu dileraikan dan terpampanglah pisau lipat kecil yang digenggamnya sejak tadi. Perlahan-lahan dia mendekati gadis yang terbaring itu. Matanya memerah menunjukkan rasa gundah-gulana di hati. Dia geram dan sedih dalam masa yang sama.

Pipi gadis itu diusap perlahan. Air mata gadis itu menitis menunjukkan rasa ketakutan yang amat sangat. Wajahnya pucat lesi. Jujur sekali dia ketakutan seperti hendak menghadapi kematian.

Perempuan itu tersenyum sinis. Wajah gadis itu dibelek menggunakan sepasang matanya. Pipi gadis itu terus-menerus dielusnya.

" Cantik.. memang macam patung. Tapi sayang. Kau perampas! "

Neritnya kuat. Pisau lipat ditangannya dihunus masuk ke arah dada gadis ketakutan itu. Namun tersasar oleh kerana pintu di buka dengan mengejut dari luar.

" Berhenti Hojung! "

Terus mata yang dipejam daripada tadi terbuka luas. Dia mengerang kesakitan selepas bahu kirinya ditikam dalam oleh perempuan kurang siuman itu. Suara Han yang memenuhi ruangan itu menghentikan suasana menakutkan tadi.

" Awak gila ke?! Buang pisau tu! "

Arah lelaki tua itu kepada tunangnya. Beberapa orang polis berada di belakangnya. Dia cuba menghentikan perempuan itu daripada melakukan tindakan yang mungkin lebih parah.

" Awak tipu! Awak curang belakang saya! Apa lebihnya perempuan ni?! Sampai hati awak.. "

Perempuan itu menangis teresak-esak. Dia sedih dengan nasibnya. kabur dengan air mata itu dialiPandanganhkan kepada gadis yang terbaring  lemah di atas katil di hadapannya. Senyuman yang dipaksa dalam tangisan dia ukirkan kembali.

Darah yang mengalir laju daripada celahan luka tikaman di bahu cuba ditutup dengan tangan sebelah lagi. Genggaman bunga itu kian longgar dek kerana tenaganya yang hilang mengikuti darah yang mengalir keluar.

" Kalau aku tak dapat dia, kau juga sama!! "

Jeritannya semakin kuat kali ini. Dengan sekuat hati, dia mengangkat pisau itu tinggi dan laju menuju ke perut gadis itu. Serentak itu pisau lipat itu terbenam dalam memasuki perut gadis itu.

" Kim Hojung!! "

Setelah itu, hanya suara jeritan dan bayangan samar perempuan itu bergelut dengan pihak polis sahaja didengari dan dilihat.

Sebelum semuanya gelap..

Teaser for next chapter,

Jungkook is coming..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro