열여섯 (sixteen)
Aku terjaga dari tidur apabila aku masih bermimpi tentang Kim Taehyung. Bukan Taehyung crush lama aku dalam Bangtan Eepondan. Tapi, Taehyung lelaki gila plus ex boyfriend aku yang cuba nak hancurkan hubungan aku dengan Jungkook.
Peluh menitik dari dahi aku. Sumpah aku gigil teruk. Aku takut. Takut yang mimpi itu menjadi kenyataan.
"Kau blah lah, Kim Taehyung! Aku dah tak cintakan kau", aku menjerit ketika dia berada di luar rumah aku dengan senyuman sinisnya.
"Memang aku nak blah pun. Tapi, aku nak jalankan misi aku dulu", dia berkata lalu pagar dipanjat olehnya. Aku dah berlari masuk ke dalam rumah. Pintu bilik aku dikunci.
"Kau takkan boleh lari, Yeon. Aku tau kau masih sayangkan aku. Kalau aku tak dapat kau, tak da sesiapa yang boleh dapatkan kau", dia berkata lagi lalu dia muncul di tingkap bilik aku.
"Arghh!", aku menjerit di masa dia menikam perut aku dan mengeluarkan sesuatu dari perut aku.
"Aku akan ambil ni dan aku yakin kau takkan bahagia dengan Jungkook tanpa benda ni", dia berkata lalu sesutu yang dikeluarkan dari perut aku yang kelihatan seperti janin itu dimakan olehnya.
Aku menangis teruk. Tak da sesiapa yang kisah.
"Sekarang biar aku tamatkan riwayat Jungkook pula", dia memandang Jungkook yang sedang lena dibuai mimpi di atas katil kami. Aku dah semakin lemah kerana darah dah banyak keluar dari perut aku.
"Jungkook...Jungkook!", aku menjerit tatkala Taehyung sudah menikam Jungkook dan akhirnya dia berlalu pergi dari rumah kami melalui tingkap.
"Jungkook...jungkook...", aku menangis kemudiannya. Ya Tuhan. Mimpi ngeri apakah lagi yang kau ingin aku lihat. Aku tak sanggup.
"Hei, hei. Kenapa ni sayang?", Jungkook yang baru terjaga dari tidurnya tadi terus duduk di sebelah aku yang sedang memeluk lutut ketakutan itu.
"Shuh, jangan nangis. Dah dah. I'm here", dia memeluk aku yang sedang menangis dengan teruk itu.
"Don't leave me"
---
Aku memegang kepala aku yang masih pening. Oh God. Kenapa pening aku makin teruk ni? Ditambah pula dengan dada aku yang semakin sedak untuk bernafas dan sakit perut yang amat sangat.
Aku teruskan memasak untuk makan malam ni. Segala jenis sakit yang aku alami ketika itu cuba aku tahan buat seketika sehinggalah aku hilang keseimbangan.
Aku jatuh terduduk di lantai. Kepala aku picit kuat dengan tangan kanan aku manakala dada aku tepuk perlahan denagn tangan kiri aku. Sumpah sakit gila. Apa jadi ni?
Bau hangit sudah memenuhi ruang dapur.
"Sayang!", suara Jungkook kedengaran sebelum aku pengsan, terbaring di atas lantai yang sejuk.
---
Jungkook's
Aku berjalan kehulu kehilir menanti keputusan doktor yang sedqng membuat pemeriksaan terhadap Yeon Gi. Mata aku dah cukuo sembab dan aku tak mampu hendak menangis lagi.
Kenapa setiap kebahagiaan mesti ada penderitaan?
Aku baru sahaja ingin merasakan hidup bersama orang yang aku cintai tetapi kenapa banyak sangat benda yang menghalang. Dan, sekarang, isteri aku pengsan?
Adakah takdir mengatakan bahawa kami tidak ditakdirkan bersama?
Tak! Aku yakin dan akan mempertahankan hubungan aku dengan Yeon Gi. Tak kiralah sampai aku perlu mati sekalipun demi mempertahankan hubungan ini, aku sanggup.
Tetiba, doktor tadi keluar bersama katil yang membawa isteri aku keluar. Katil tersebut diusung ke arah bilik wad yang berdekatan.
Aku berjalan ke arah doktor itu lalu tangannya aku pegang bagi memberhentikan segala perbuatannya. Dia memandang aku.
"Suami pesakit?", doktor itu bertanya lalu aku dengan pantas mengangguk.
"Ikut saya", dia berkata lagi lalu aku hanya akur dengan arahannya dan aku dibawa ke biliknya. Aku sumpah berharap yang iainya bukan berita buruk.
"Jadi? Macam mana keadaan isteri saya sekarang? Serius ke?", aku bertanya dengan hati yang penuh dengan kerisauan.
"Tahniah, encik. Isteri encik sudah mengandung tiga minggu", dia berkata dengan penuh gembira. Aku membulatkan mata, terkejut.
Ya Tuhan. Aku tak percaya yang akhirnya aku akan menjadi seorang ayah. Aku terharu.
"Tapi", satu perkataan yang aku yakin akan menyatakan maksud di sebalik kebahagiaan dan nikmat yang diberikan oleh Tuhan ini.
"Isteri encik dipercayai menghidap penyakit jantung. Kami sudah memeriksa keadaan isteri encik. Dia masih normal tetapi akan sedikit sesak nafas apabila dia memikirkan tentang pelbagai benda sehingga menyebabkan dia tertekan.
Dan, pihak kami percaya yang isteri encik sudah menghidapi penyakit ini sejak lahir tetapi tidak ketara dan isteri encik juga tidak mendapat simpton yang menunjukkan tahap penyakitnya.
Simpton ini dapat dikesan apabila isteri encik berbadan dua dan emosinya tidak terkawal. Dia mudah tertekan dan itu memang perkara biasa bagi seorang wanita yang berbadan dua. Tetapi, tidak bagi isteri encik kerana itu akan membuatkan tahap penyakit jatungnya semakin meningkat", panjang lebar doktor di hadapan aku itu menerangkan tentang pemyakit yang dihadapi oleh Yeon Gi.
Aku...terkedu. Aku sumpah tak percaya.
Persoalannya, kenapa Yeon Gi juga yang ditakdirkan menghadapi segala keperitan hidup ni? Aku penat tengok dia menderita.
---
Aku mengusap tangan Yeon Gi perlahan. Air mata mula gugur apabila kata-kata doktor tadi terngiang-ngiang di kepala otak aku.
"Sayang", aku berkata perlahan. Berharap yang dia akan bangun dan berharap yang aku hanya sedang bermimpi. Bermimpi akan sesuatu yang sangat ngeri.
Kepala aku letakkan pada tangan Yeon Gi lalu aku terus mengalirkan air mata, deras. Tidak mampu berbuat apa lagi.
Aku janji yang aku akan jaga kau sampai akhir hayat aku. Sampailah ajal yang memisahkan kita. Sampailah anak kita boleh menyara hidupnya sendiri.
Aku janji pada diri aku.
Ini ialah janji seorang Jeon Jungkook kepada Jeon Yeon Gi.
•••
K, bye 😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro