열아홉 (nineteen)
Nafas aku sudah tidak teratur. Aku tak berani nak pandang belakang. Jantung aku berdegup dengan sangat laju dan aku hanya takut aku pengsan sekarang. Au cuba untuk keluarkan inhaler aku daripada beg aku.
"Ikut saya, jom", dia berbisik pada telinga aku dan itu cukup membuat aku lemah lutut.
"N-nak pergi mana?", aku bertanya agak tergagap.
"Ikut jelah", dia agak berkeras dengan arahannya menyuruh aku mengikutinya. Aku hanya mengangguk kepalanya laju apabila dia sudah mengeluarkan sesuatu daripada poketnya.
Ya, pisau. Dan, pisau tersebut dihalakan pada perut aku yang boyot itu. Aku takut. Sumpah aku takut. Takut mimpi aku berulang kembali menjadi realiti, di mana lelaki gila di hadapan aku ini mengambil anak aku daripada aku.
Aku dengan hati yang penuh dengan doa itu hanya mengikuti langkahnya ke tempat yang agak sunyi iaitu di tangga sebelah lif.
---
Jungkook's
Aku berjalan masuk kembali ke dalam kedai di mana aku meninggalkan Yeon Gi sebentar tadi. Aku cuba mencarinya di setiap sudut kedai tersebut teapi tidak dijumpai.
"Mana Yeon Gi ni?", aku dah mula risau. Pelbagai perkara menerjah kepala otak aku apabila teringat yang aku pernah hampir ditikam di sini dulu. Ya Tuhan!
Aku berjalan menuju ke cashier untuk bertanya tentang Yeon Gi. Sumpah aku takut. Dahlaha isteri aku tu tengah mengandung dan dia pula dengan jantungnya yang tidak stabil lagi.
"Ada nampak seorang permouan menagndung berpakaian dress merah sampai kaki membawa sling beg berwarna hitam tengah berdiri di situ tadi?", aku bertanya pada orang di cashier itu. Dia hanya menggeleng perlahan.
Aku mengeluh berat. Ya Tuhan. Mana isteri aku ni?
Aku cuba mencarinya di setiap kedai bayi yang terdapat di tingkat tersebut. Aku hampir menangis kerana takut terjadi perkara yang tidak diingini padanya. Ya Tuhan. Selamatkanlah isteri aku daripada apa-apa ancaman.
Tetiba, aku terdengar jeritan seseorang yang aku agak familiar. Aku kenal suara ni.
"Yeon Gi!"
---
Yeon Gi's
Aku dah jatuh terduduk kerana kaki aku yang menggigil laju. Jantung aku sumpah rasa nak pecah sekarang ni. Ya Tuhan. Selamatkanlah aku daripada lelaki gila di hadapan aku ini.
"Ikut aku baliklah!", dia menjerit. Aku menangis dengan kuat, takut. Perut aku pegang kuat. Takut apa-apa terjadi padanya.
"Sebelum aku bunuh anak kau dan Jungkook, baik kau ikut aku balik rumah aku! Aku tak kisah, selagi aku tak dapat miliki kau, selagi tu aku akan ganggu kebahagiaan kau dan Jungkook", dia berkata lalu ketawa terhamburkan keluar daripada mulutnya yang duejana itu.
Aku masih menangis.
Dia sudah memerah muka sedang menahan amarahnya daripada terlepas. Pisau aku sedar di tangannya sudah dugenggam kemas dan dia sudah berjalan ke arah perlahan-lahan.
"Kau memang mencabar aku kan?!", dia menengking aku lalu aku cuba untuk bangun lalu aku turun ke bawah dengan jeritan yang kuat. Aku menjerit sambil air mata masih mengalir di pipi dengan deras.
"Tolonglah jangan apa-apakan anak saya dan Jungkook! Aku merayu!", aku menjerit diselitkan dengan tangisan yang tidak tahu nak berhenti itu.
"Kau fikir aku kisah? Janji aku dapat apa yang aku impikan iaitu kau!", dia masih mengejar aku yang sedang berlari ke bawah.
"Yeon Gi!", aku terdengar jeritan Jungkook dari tingkat atas di mana aku dan Taehyung berada pada mulanya.
"Jungkook!", aku menangis teruk sambil kaki aku sibuk melarikan diri dan akhirnya aku jatuh terduduk. Perut aku pegang erat. Agak sakit. Nafas aku sudah tidak teratur dan kepala aku sudaj mula pening.
Pandangan aku pula semakin kabur. Yang terakhir aku nampak Taehyung sudah berlari keluar dari situ, melarikan diri daripada Jungkook manakala Jungkook sudah berlari turun ke arah aku lalu mendukung aku keluar dari kawasan itu.
Akhirnya, aku selamat pengsan di pangkuan Jungkook.
•••
Macam hambar sebab tak dapat sangat nak bayang😂
Ha, ni! Nak tanya.
👐👐👐
Sad ending
Or
Happy ending
Or
Both
😂😂😂
👐👐👐
Btw, ni promote jap
Bacalah buku MiShaheera ni. Sumpah tak menyesal. For me, bestlah. So, apa kata korang pulak pergi baca?
Enjoy, guys. K, bye💚
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro