여넓 (eight)
Aku menangis sepuas-puasnya di hadapan bilik kecemasan. Jungkook masih ada di dalam sudah 4 jam pembedahan dilakukan. Parentsnya masih belum datang.
Tetiba, telefon aku berdering. Aku menjawab tanpa melihat nama contact itu.
"Seronok tengok perampas tu kemalangan?", suara itu.
"Awak nak apa lagi!!!", aku menjerit kemudian air mata diseka. Aku tidak mahu nampak aku lemah di pemikiran jantan x guna ni.
"Nak kau", ketawa kejahatan dapat didengari perlahan di telinga aku. Aku mengetap gigi geram.
"Kalau kau x da apa-apa lagi nak cakap, bye", aku terus meletakkan panggilan. Air mata mula turun dengan laju. Aku...
"Jungkook-ah!!", aku mengangkat kepala dan kelihatan seorang wanita separuh abad bersama lelaki yang juga kelihatan agak tua menjerit di tengah-tengah hospital.
Aku bangun lalu menunduk hormat ke arah mereka.
"Uri Jungkook-ah", wanita tersebut menangis tanpa henti. Aku menyeka air mata yang dari tadi keluar tanpa henti.
"Puan ni, ibu kepada Jungkook ka?", aku bertanya. Dia mengangguk.
"Jungkook sedang menjalankan pembedahan di dalam bilik ni. Sudah 4 jam tapi doktor masih belum keluar", wanita itu tiba-tiba jatuh sambil tangannya memegang tanganku kuat.
"Uri Jungkook-ah!! Pa, Jungkook kita pa!!", dia menggoyang-goyangkan tangan aku sambil tangannya yang lagi satu menepuk-nepuk lantai.
Disebabkan tidak tahan, aku juga turut sambung menangis.
Tetiba, pintu bilik kecemasan dibuka. Pandangan kami dialihkan pada doktor dan beberapa nurse yang keluar dari bilik itu. Kami bergegas ke sana. Kedua-dua tangan doktor dikebas oleh kami berdua.
"Dok, macam mana anak saya?"
"Jungkook macam mana?"
Persoalan kami ditujukan kepada doktor serentak.
"Boleh saya nak bercakap dengan waris Jeon Jungkook?"
"Saya mak dia", Puan Jeon mengangkat tangannya lalu terus membuntuti doktor itu. Aku mengeluh. Tuhan, selamatkanlah dia. Hanya dia yang aku ada. Aku sedar selama ni aku terlalu jual mahal sampai perkara sebegini berlaku. Aku harap Kau memberi peluang kedua buat aku untuk membalas segala jasanya selama ini.
Aku menggengam kedua-dua tangan aku sambil berdoa dengan sepenuh hati. Hanya itu sahaja yang aku mampu lakukan buat masa sekarang. Aku harap sangat yang Puan Jeon x salah faham akan kehadiran dan kemalangan yang telah berlaku.
---
No one's
"Doktor, macam mana dengan anak kami berdua, Jeon Jungkook. Dia...bebaik saja kan?", Puan Jeon dengan lantas bertanyakan soalan apabila kerusi di bilik doktor itu didudukinya.
"Badannya dilanggar agak kuat tetapi saya dapat kesan yang mungkin pemandu itu sempat memperlahankan kelajuan keretanya apabila ternampak anak puan kerana luka di luaran mahupun dalaman tidaklah terlalu serius. Tetapi, saya rasa terdapat satu hentakan kuat pada kepalanya yang menyebabkan pendarahan. Mungkin ketika badan jatuh menyembah bumi selepas dilanggar.
Tetapi, pendarahan sempat diberhentikan kerana ada orang telah melakukan aktiviti persediaan kecemasan kepada anak puan dan tuan. Jadi, saya yakin yang Jeon Jungkook tidak mempunyai luka yang serius melainkan kepalanya itu", kata doktor Lee Gun Ho itu panjang lebar.
Puan Jeon dan Tuan Jeon tidak berhenti memgucapkan terima kasih kepada doktor itu. Doktor itu hanya mengangguk.
"Terima kasih sangat, dok", akhirnya mereka pon meloloskan diri dari bilik doktor itu dan bergerak ke wad anak mereka.
---
Bahu aku ditolak perlahan. Aku terjaga daripad tido.
"Nak, kamu baliklah dulu. Mak cik dengan pak cik akan jaga anak kami. Kalau kamu nak tahu pasal Jungkook, esok datanglah. Sekarang dah lewat malam. X elok untuk badan kamu", aku memandang Puan Jeon. Lalu, aku hanya mengangguk lalu bangun. Aku menundukkan badanku tanda hormat dan terus berjalan keluar dari hospital.
---
Harini aku free. Free seminggu dan aku harap sangat Jungkook dapat sembuh dalam masa seminggu. Eh, bukan sembuh tapi sedarkan diri.
Aku keluar dari rumah dengan makanan yang telah aku masak itu untuk dibawa ke hospital. Nak lawat Jungkook. Makanan ni aku buat untuk parents Jungkook. Kesian diorang. Jaga anak diorang dari malam semalam.
Sampai sahaja di hospital, aku tetus ke wad Jungkook. Pintu biliknya diketuk sebelum aku memasukinya.
Kelihatan Puan Jeon sedang mengelap muka dan tangan Jungkook dan Tuan Jeon tidak ada di dalam bilik.
"Eoh? Kamu dah sampai? Ha, marilah duduk dulu. Jungkook x sedarkan diri lagi", Puan Jeon berkata sambil senyuman manis dilemparkan kepada aku. Aku membalas senyuman lalu mengangguk akur.
"Puan Jeon, harini saya ada bawakan sedikit makanan saya masak pagi ni. Puan makanlah dulu. Mesti puan x makan sejak semalam. Saya bawa untuk Tuan Jeon sekali", aku berkata perlahan. Dia memandang aku.
"Ya Tuhan. X perlulah susah-susah. Btw, janganlah panggil puan. Kekok pula rasa. Panggil mak cik je", dia tersenyum sambil tangannya meletakkan kain lembab itu di dalam besen.
"X susah pon. Err. Tapi.."
"X ada tapi-tapi. Saya nak kamu panggil saya mak cik juga", aku tersenyum lalu mengangguk perlahan.
"Ha, nak tanya kamu. Kamu ke yang buat persediaan kecemasan pada Jungkook sebelum dia dihantar ke sini?", Puan Jeon bertanya aku. Aku hanya mengangguk perlahan.
"Aiguuu, terima kasihlah nak. Kalau bukan sebab kamu, Jungkook mesti dah kehilangan banyak darah dari badannya. Ha, lupa nak tanya apa nama kau eh?"
"X da apa-apalah m-mak cik. Benda biasa je saya buat. Err. Nama saya Yoo Yeon Gi", aku bangun lalu bow padanya.
"Wah!! Kamu ka pelakon baru tu?!!", aku agak terkejut apabila dia terus menjerit. Wow.
"Err..ye", aku menjawab dengan kepala ditundukkan sedikit.
"Ya Tuhan!! Mak cik bebetul minat dengan kamu. Lagipun Jungkook selalu cerita pasal kamu. Betul ke kamu ada hubungan dengan Jungkook?"
Anda memang menempah maut, Jeon Jungkook. Ok2. Dia tengah sakit tu.
"X dalah. X da apa-apa pon", aku menggeleng kepala. Aku harap dia percaya.
"Alah, baru nak ship-ship gitu. X palah. Lagipun anak mak cik ni memang suka sangat dengan kamu. Kalau boleh pelekat dinding dia nak letak gambar kamu", wow. Aku ada peminat fanatik nampaknya sekarang ni.
Aku pandang Jungkook. Aku harap kau dapat sedarkan diri cepat. Aku..rindu kau.
•••
Lame but worth itlah. Aye tulis 3 pagi harini tau x. Hahah. Btw, sorry lambat sangat update. Memanglah x da sapa nak baca, but i still feel really aorru for yg really support my ff. Thanks
😃😃😃
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro