Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

스물 (twenty)

Aku sudah menyedarkan diri dan aku sedar yang aku berada di dalam bilik aku dan Jungkook di rumah. Kepala aku masih pening begitu juga dengan dada aku yang masih sesak.

Aku melihat sekeliling, cuba untuk mencari Jungkook. Mana dia? Aku cuba bangun dari perbaringan dengan bersusah payah.

"Argh", aku mengaduh sedikit apabila dada aku semakin sakit apabila aku berjaya duduk di atas katil. Aku memegang dada aku kuat. Cuba untuk menahan sakit di dada. Ditekan sedikit bahagian tersebut supaya sakitnya dapat dikurangkan.

"Eh, sayang. Baringlah", Jungkook yang baru keluar dari bilik air itu berlari anak ke arah aku yang sedang menahan sakit di dada itu.

"Baring", dia mengarahkan aku lalu badan aku ditolak jatuh baring kembali di atas katil. Dia mengusap dada aku di bahagian bawah buah dada kiri di mana bahagian jantung aku ditempatkan. Dia cuba urut bahagian tersebut supaya sakit yang aku alami dapat dikurangkan.

Aku rasa sedikit lega dengan urutan yang diberi. Kemudian, dia bwrhenti apabila aku sudah sepenuhnya pulih daripada sakit itu.

"Sayang", aku yang sedang memejam mata cuba untuk membukanya apabila nama aku diseru oleh Jungkook. Mukanya aku pandang. Lagi sekali aku dapat rasa aura serius di sekeliling kami seperti masa dia minta aku gugurkan kandungan dulu.

"Kenapa ni? Jangan kata awak nak paksa saya gugurkan kandungan lagi?", aku memberi amaran kepadanya sebelum dia sempat mengeluarkan kata-katanya. Dia menggeleng perlahan.

"Bukan. Ni pasal tadi", aku terus memandangnya. Menanti soalan apakah yang akan ditanya dan aku yakin 100% dia akan bertanya tentang siapakah lelaki gila tadi dan cerita sebenar di sebalik semua kisah perit yang berlaku kepada kami berdua sepanjang kami menjalinkan hubungan bersama.

"Boleh tak ceritakan saya apa yang berlaku sekarang? Siapa lelaki itu dan kenapa dia perlu jadi orang ketiga dalam hubungan kita? Dan, apa sebab dia berkelakuan sedemikian?", soalan yang diberikan kepada aku oleh seorang Jeon Jungkook aku periksa satu-satu.

Bibir bawah aku gigit perlahan. Agak takut sebenarnya nak ceritakan kerana dia sudah kata yang tiada rahsia lagi antara kami berdua selepas kes dia bongkarkan rahsia penyakit aku.

"Yeon Gi", dia memanggil aku apabila aku duduk berdiam diri dengan lama. Aku tersedar daripada lamunan aku.

"Huh?", hanya itu yang keluar dari mulut aku. Ya Tuhan. Kenapa dengan aku ni?

"Tak palah kalau awak tak nak cakap lagi. Nanti, tolonglah ceritakan pada saya. I need to know for our own goods", dia ingin bangun tetapi aku mwnghalangnya. Bibir bawah aku gigit lagi.

"Kook", aku memanggilnya perlahan. Dia duduk kembali di sebelah aku. Aku menghelakan nafas berat.

"Mulanya, kami couple"

"Taehyung!", aku mengejar Taehyung yang sedang memegang kasut aku yang sebelah kiri. Aku baru sahaja habis exam dalam dewan peperiksaan. Last day and last exam. Lepas ni, aku bebas.

Taehyung pula dah janji dengan aku nak bawa aku jumpa family dia untuk memperkenalkan aku kepada familynya. Dia dah bertekad nak kahwin dengan aku lepas aku habis exam sekolah menengah ni.

"Dah lah tu, Taehyung. Saya penat!", aku menjerit lalu duduk terus di atas pasir. Taehyung berlari semula ke arah aku.

"Ish. Apa ni? Kotorlah. Bangun", dia berkata pada aku lalu kasut aku diberikan semula dan tangannya mengambil tangan aku. Dia membantu aku bangun.

"Tadi dia yang bagi kita lari kat tanah. Lepas tu marah sebab kotor", aku memuncungkan bibir aku.

"Ee, kenapa comel sangat ni?", dia mencubit pipi aku kuat. Ish. Sakitlah, gila. Aku hanya berdiam diri dan mengusap pipi yang dicubit tadi.

"Jomlah. Omma dengan appa dah tunggu", Taehyung berkata lalu menarik aku ke keretanya. Kami pun bertolak ke rumahnya.

Weyh, aku ketar.

"Taehyung", aku memanggilnya perlahan. Dia hanya menghmmkan sahaja panggilan aju. Aku kemudiannya mengeluh berat.

"Omma dengan appa awak terima ke anak yatim?", aku bertanya.

"Kalau dia tak terima, kita kahwin lari", dia berkata, selamba. Aku membulatkan mata. Bahunya aku tampar kuat.

"Ark, sayang", dia mengaduh kesakitan dan panggilan sayang itu terkeluar. Ish, suka buat aku blushing. Aku terus memalingkan wajah aku keluar tingkap. Cuba untuk menyembunyikan pipj merah aku.

---

"Ni appa kamu kerja apa?", omma Taehyung bertanya. Aku hanya tersenyum hambar.

"Appa saya dah tak ada", aku berkata perlahan lalu boleh aku lihat jelingan yang diberikan oleh omma Taehyung pada aku.

"Omma kamu?", dia bertanya lagi. Lagi sekali, aku hanya tersenyum hambar.

"Taehyung, apa ni? Omma suruh kamu cari bakal isteri yang baik dan setaraf dengan kita tapi kamu bawa balik anak pungut. Kamu fikir omma akan terima ke? Entah kerja pun tak ada", ommanya memarahi Taehyung. Hati aku sakit. Sampai hati dia kata aku anak pungut.

"Omma..."

"Tak da. Omma tak terima dia dan tak nak tengok muka dia langsung. Kamu kahwin dengan Yoona. Muktamad!", ommanya bangun bersama appanya keluar dari restoran itu.

Air mata aku sudah jatuh mengalir di pipi. Terasa dengan setiap bait kata omma Taehyung tadi.

"Sayang..", taehyung cuba untuk menggapai tangan aku tetapi aku tepis lembut.

"Pergilah, Taehyung. Kita tak diyakdirkan untuk bersama", aku berkata lalu bangun dan terus berladi keluar dari restoran itu. Hati aku oedih. Sakit sangat.

Aku berhenti berlari apabila dada aku tetiba sesak. Argh. Dia dah mula balik skait dia.

Aku hanya berjalan perlahan balik ke rumah aku yang berada agak jauh dari situ.

"Jadi, sejak tu...saya bertekad nak jadi pelakon memandang saya minat dan ingin tunjuk pada orang-orang yang suka menindas anak yatim macam saya yang anak yatim juga boleh berjaya lebih daripada diorang.

Tapi lain yang jadi. Taehyung bunuh Yoona dan cari saya balik. Dia lari rumah semata-mata nak cari saya semula. Dia gila, Jungkook. Dia gila", aku cuba menahan sendu.

Air mata sudah bergenang pada tubir mata. Kemudiannya,  aku dapat rasa yang badan aku sudah dipeluk. Aku terus menangis apabila Jungkook mengusap belakang aku.

•••.

Cerita sebenar dah terbongkar. Lepas ni apa pulak?

K, enjoy💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro