스물 둘(twenty-two)
No one's
Hidup Jungkook sejak kehilangan Yeon Gi mula tidak terurus. Gi Jung dibiarkan omma dan appanya yang jagakan. Jungkook pula tinggal kembali di rumah omma dan appanya.
Dia sentiasa kurungkan diri di dalam biliknya sahaja. Jarang sekali untuk keluar sejak peristiwa kehilangan Yeon Gi.
Dia memandang keluar tingkap biliknya. Cuba mengamati suasana di luar rumah itu. Langit dipandang.
"Sayang. Bila nak balik? Tak sayangkan saya dah?", dia berkata perlahan. Membayangkan seperti kata-katanya dapat didengari oleh Yeon Gi di sana.
"Cepatlah balik. I need you. I can't live without you, sayang", dia berkata lagi dan lagi sekali juga, air matanya mengalir. Patung beruang yang sudah lama dipegang olehnya itu dia pandang.
"Tengok, awak tak jawab pun", Jungkook berkata pada patung beruang itu.
"Jawablah!", dia menjerit pada patung itu lalu dia membalingnya pada dinding. Air matanya mengalir dengan banyak.
Tetiba, dia berlari kembali ke arah patung beruang itu. Dia mengangkatnya lalu diciumnya berkali-kali.
"I'm sorry, sayang. I don't do it on purpose. I love you", dia berkata lalu hempaskan diri ke atas katilnya. Dia bergolek-golek di atas katil itu sambil memeluk patung beruang itu.
Puan Jeon yang sedang melihatnya dari luar itu menahan rasa sebak di hati. Betapa dia tahu anaknya begitu kecewa dengan pemergian Yeon Gi. Dia tahu Jungkook amat menyayanginya.
Dia tahu pemergian Yeon Gi meninggalkan impak yang besar kepada diri seorang Jeon Jungkook.
Dia kemudian memandang Gi Jung yang berada di dalam dukungannya. Air mata yang ditahan tadi jatuh apabila melihat budak itu sedang tidur nyenyak.
"Apa nak jadi dengan papa kamu, sayang? Nenek harap nanti papa sedar akan diri yang tidak terurus itu dengan kewujudan kamu", puan Jeon berkata perlahan lalu pipi cucunya dicium sekilas.
---
"Kook", puan Jeon masuk ke dalam bilik anaknya yang agak nersepah. Dia juga tidak tahu apa yang anaknya buat dalam masa empat hari di dalam bilik ni.
"Sayang?", Jungkook memalingkan wajahnya tetapi berpaling semula apabila muka ommanya yang dia lihat. Dia mengharapkan itu adalah Yeon Gi.
Puan Jeon duduk di sebelahnya di atas katil. Gi Jung diletakkan di atas katil di antara Jungkook dan dirinya.
"Kook", dia memanggil buat kali kedua. Tetapi, Jungkook masih berkeras tidak mahu memandangnya.
"Kook, pandang omma", dia mengarahkan Jungkook. Masih sama.
"Takpalah. Omma nak cakap ni. Tolonglah, jangan buat macam ni. Kamu tak kesian ke dekat anak kamu, Jeon Gi Jung. Kamu tahu inilah satu-satunya peninggalan isteri kesayangan kamu itu. Dia di sana mesti berharap yang kamu akan menjaga peninggalannya iaitu Gi Jung dengan baik.
Omma juga sedih dengan pemergian isteri kamu. Tapi, kamu kena terimanya dengan hati yang terbuka. Tuhan lebih menyayanginya, sayang. Tolonglah. Omma tak sanggup tengok kamu macam ni, sayang. Tolonglah", air mata seorang omma akhirnya tumpah jatuh ke bumi.
Jungkook memalingkan wajahnya memandang Gi Jung yang sedang tidur di sebelahnya. Hatinya sebak. Tetapi, dia tak boleh.
"Omma keluar dulu", puan Jeon sudah tidak tahan melihat anaknya yang tidak memberi respon itu. Hatinya diserang rasa sebak yang amat. Mak mana je yang sanggup tengok anaknya tidak terurus dan ada tapi macam tak ada di matanya?
"Kook, tak boleh. Kook sedih. Semua salah, Kook. Kook hilang Yeon Gi sebab salah Kook sendiri. Gi Jung hilang ommanya sebab salah Kook. Semuanya salah Kook. Kook yang salah. Kook...yang..", air matanya akhirnya tumpah.
Puan Jeon yang baru sahaja bangun itu duduk semula dan terus badan anaknya dipeluk erat. Air matanya semakin deras mengalir di pipi.
"Jangan kata macam tu, Kook. Semua ni berlaku ada hikmahnya. Walaupun Yeon Gi dah tiada, ingat hati kamu masih ada nama dia. Anggaplah yang dia masih ada tetapi hadir sebagai angin. Di mana angin sentiasa ada, di situlah menunjukkan Yeon Gi kamu masih ada di sini menemani kamu dan Gi Jung", Puan Jeon berkata.
"Omma...", Jungkook memeluknya erat. Dia sedar yang dia sudah agak melampau dengan ommanya. Dia juga telah abaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.
Dia bertekad. Dia akan cari Kim Taehyung. Dia akan buat Kim Taehyung dapat balasan daripada kesalahannya membunuh Yeon Gi.
---
Jungkook sudah berubah. Dia juga sudah membuat laporan polis tentang Taehyung dan dia cuba mencari tempat tinggal Taehyung.
"Tolong saya carikan rumah lelaki ini", Jungkook memberikan gambar Kim Taehyung kepada orang upahan aku. Dia akan buat Taehyung merana atas kesalahannya yang amat berat itu.
"Baik, tuan", kemudian, orang upahannya pun keluar dari keretanya. Lalu, dia pun membawa kereta pergi pulang ke rumah.
Biliknya dimasuki olehnya. Kelihatan Gi Jung sedang menangis. Ya Tuhan.
"Hei, baby. Don't cry", Jungkook berjalan ke arahnya lalu duduk di sebelah Gi Jung. Badan kecil Gi Jung dia angkat dan dia dukungnya.
"Dah dah. Jangan nangis", Jungkook mendodoinya sedikit. Tak lama selepas itu, Gi Jung tertidur semula.
Mukanya dipandang lama oleh Jungkook. Hatinya tetiba rasa sebak. Teringat akan kenangannya bersama Yeon Gi dulu. Bermula dari hari pertama dia mula sukakan perempuan itu sehinggalah mereka berkahwin. Dan, segala kenangan hitam mula menerjah otaknya pula sejak mereka berkahwin.
Kejadian di majlis kahwin, kejadian di mall yang dia hampir ditikam dan kejadian Yeon Gi hampir dibunuh di mall yang sama.
"Baby. Kalau baby nak tahu, mama baby seorang yang kuat. Seorang yang tabah. Seorang yang lawa sangat. Ingatlah yang mama baby dah mengorbankan nyawanya waktu baby dilahirkan. Jangan pernah mengadu kenapa mama tinggalkan baby. Jangan pernah pertikaikan ketentuan Tuhan. Mama tak tinggalkan kita.
Dia ada dengan kita. Setiap hembusan angin itulah mama. Angin yang sentiasa menemani kita, itulah mama. Jadi, janganlah baby sedih kerana mama sentiasa ada dengan kita", Jungkook berkata dan buat kali yang terakhir, dia mennagis lagi.
I will miss you, Yoo Yeon Gi. And, our baby also will miss you. Don't ever leave us and come here by the wind. We love you.
•••
Rasa nak nangis? Tak payahlah. Tak sedih pun😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro