Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 54🍁

Sha dah re do chapter ni, so harap anda semua baca sampai habis baru faham. Okie?







LENA Jieun terganggu apabila cahaya matahari yang masuk dari celahan langsir bilik menyilaukan pandangan matanya.

Jieun mencelikkan matanya, dahinya berkerut pelik.

Bagaimana dirinya berada didalam bilik sedangkan semalam, dia pengsan tak sedarkan diri di dapur?

Bingkas Jieun bangun dari pembaringan sebelum melangkah turun ke tingkat bawah. Takut pula kalau rumahnya dipecah masuk.

Sampai saja di ruang tamu, mata Jieun terpandangkan Yoongi yang sedang tertidur diatas sofa sambil berpeluk tubuh, kesejukan. Awe.

Jieun melangkah naik ke tingkat atas semula untuk mengambil selimut. Kesian pula dia tengok lelaki itu berpeluk tubuh kesejukan. Tubuh Yoongi diselimutkan, lelaki itu menggeliat kecil.

“Eung? Jieun- ah.”

“Eh? Tidurlah. Saya selimutkan awak je. Kenapa tak ambil selimut dekat atas? Kesian awak tidur tanpa selimut, kan sejuk ni?” soal Jieun seraya menarik sedikit selimut Yoongi yang terlorot sedikit.

“Eum, tak apa. Tak adalah sejuk mana pun.” balas Yoongi seraya menggeliat kecil. Matanya digosok perlahan sebelum tapak tangan Jieun disentuhnya membuatkan gadis itu sedikit tersentak.

“Kenapa?”

“Rindu...” ucapnya.

Eish.

Bila awak sampai? Maaflah saya terlelap pula semalam. Mesti awak pecah masuk rumah saya, kan?

Sebab itulah awak tak berani nak ambil selimut dalam bilik, kan?” soal Jieun serta merta buatkan dahi Yoongi berkerut pelik.
Lelaki itu tersengih kecil, posisi berbaring diubah ke posisi duduk.

Pandangan mata langsung tak dilarikan dari memandang wajah gadis itu.

“Buat lawak ke sayang? Kau bukakan aku pintu semalam. Kau fikie muka aku ni ada macam muka pecah rumah ke?” soal Yoongi. Kini, giliran dahi Jieun pula berkerut.

“Huh? Tapi... semalam saya pengsan sebab-”

Syh. Duduk sini.”

Lengan Jieun ditarik sebelum tubuh gadis itu terduduk disamping Yoongi. Sengihan kecil Yoongi membuatkan Jieun terasa diawang- awangan.

“Jieun- ah.” panggil Yoongi dengan suara serak- serak basahnya. Dalam diam, Jieun sudah seperti ingin terbang. Yalah, rambut messy Yoongi plus suara husky lelaki itu, HSHSHSH!

Ya tuhan, kenapa kacak sangat dia ni?!

Spontan, Jieun menyentuh rambut Yoongi, tanpa sedar mata lelaki itu melekat diwajah Park Jieun, seakan Yoongi akan menerkam Jieun pada bila- bila masa saja.

“Ha, kan baru kemas. Okay, saya nak tanya awak sesuatu ni. Macam mana awak boleh masuk rumah saya?”

“Hey, kau yang bukakan pintu rumah untuk aku. Kau demam ke? Ada sakit dekat mana- mana bahagian tak? Semalam muka kau bukan main pucat lagi.” jari telunjuk Yoongi menyentuh bibir Jieun.

“Aku risaukan kau, Jieun. Panggilan kau terputus tiba- tiba. Kau buat aku tak tenang tahu?

Dahlah tinggal seorang. Macam mana kalau ada apa- apa yang berlaku dekat kau? Siapa yang susah?”  panjang lebar Yoongi berkata sebelum kedua belah tapak tangannya menekup geram pipi Jieun.

“Mestilah aku.” jawab Yoongi. Bibir Jieun menaik mengukir senyum kecil.

“Saya tak apa- apalah Yoongi. Semalam phone habis bateri je sebab tulah panggilan terputus. Hehe, maaf.” terang Jieun, kepala yang tak gatal digaru. Sengaja mahu mengalihkan pandangannya dari terus memandang mata Yoongi.

Boleh gugur jantung dia kalau tenung mata Yoongi lama- lama.

“Tapi... kenapa saya tak ingat apa- apa semalam eah? Saya tak ingat pun yang saya bukakan pintu untuk awak. Terakhir yang saya ingat saya pengsan dekat dapur sebab saya nampak satu lembaga.”

“Kau penat sangat kot semalam sebab tulah boleh lupa apa yang berlaku.” ujar Yoongi, sengaja mahu menenangkan gadis itu dari berfikir yang bukan- bukan. Tapak tangannya mengusap lembut rambut Jieun.

“Mungkin?”

“Jieun...”

“Em?”

“Semalam rasa tak tenang, risau je seharian. Kau terlalu rindukan akulah tu, sebab tu hati aku jadi tak tenteram.”

“Eleh, dia pun lebih kurang sama je.”

Yoongi ketawa kecil. Tapak tangan Jieun digenggamnya erat.

“Hati aku, bila dah jadi milik seseorang. Fikiran akan jadi sepenuhnya milik seseorang tu. Benda macam ni, kadang boleh buat aku gila.”

“Sebab itulah awak dulu bukan main liat lagi nak lupakan Minju kan?” ungkit Jieun buatkan Yoongi tersengih- sengih.

“Itu dulu, sekarang lain.”

“Eleh.”

Yoongi tersenyum kecil, tapak tangan Jieun dicapai lalu diciumnya sekilas. Mata bertentang mata.

“Jom kahwin.” ucap Yoongi.

“Hah?”

Jieun terkebil- kebil, agak tak percaya dengan apa yang didengarinya. Mata Yoongi direnungnya agak lama, mahu mencari- cari kejujuran disitu namun yang dilihatnya hanyalah mata redup Yoongi yang sedang memandangnya dengan pandangan lembut.

“Aku ikhlas nak jadikan kau isteri aku. So, marry me, Park Jieun.” bisik Yoongi.

Jieun mengetap bibir, agak gelabah bila ditenung lelaki itu. Dia alihkan pandangan, jantungnya yang berdegup kencang seakan mahu pecah saat itu juga.

Ergh! Panahan mata Min Yoongi ni boleh buat aku mati gamaknya!

“Jieun...” dagu gadis itu disentuh hingga pandangan mata Park Jieun kembali bertentang mata dengan lelaki itu.

“Kau sudi jadi isteri aku?” ulangnya lagi. Kali ini Jieun mengangguk kecil.

“Saya sudi. Saya sudi jadi isteri awak, Min Yoongi!” balas Jieun dengan pipi yang merah padam. Terdengar gelakan kecil dari lelaki itu sebelum tubuh kecil Jieun ditariknya kedalam pelukan.

“Thank you, sayang. Thank you so much!” bisiknya.

.          .          .

“KIM Seokjin, hari ini awak kedatangan pelawat.ucap seorang pegawai penjara sebelum membuka cell penjara untuk lelaki itu.

Kim Soekjin mengangkat wajah, pipinya sudah cengkung serta tubuhnya yang kurus kerana enggan menjamah sebarang makanan.

Dia menjadi sedikit pelik, ada juga orang yang sudah untuk menjenguknya walaupun mereka sudah tahu akan dirinya yang sebenar.

Seokjin melangkah keluar dari cell miliknya sebelum dibawa masuk kedalam ruangan yang terasing. Hatinya menjadi berbelah bahagi melihat gerangan yang berada di ruangan sebelah.

Punggung dilabuhkan diatas kerusi, telefon yang dihulurkan pegawai penjara itu dicapainya. Keluhan berat dia perdengarkan kepada gadis itu.

“Kenapa datang sini?”

“Saja. Saya masih isteri awak Seokjin, jadi saya ada hak untuk datang melawat awak disini. Walaupun hakikatnya... saya tak perlu pun buat macam tu.” ucap Minju.

Seokjin mengetap bibir, pandangan matanya tajam saja memandang anak mata redup Minju itu. Gadis itu menundukkan wajahnya.

“Saya mengandung.”

Dua patah perkataan yang diucap Minju membuatkan hati Kim Seokjin berbaur pelbagai perasaan. Terkejut, gembira, tak percaya semuanya bercampur aduk.

2 weeks. Saya tahu awak tak kisah, saya cuma nak sampaikan berita tu kepada awak.” ucap Minju, perasaan sebak yang mula menguasai dirinya cuba ditahan.

Seokjin cuma membisu. Dia tak tahu hendak menyuarakan isi hatinya bagaimana.

Dia gembira, namun apa yang dia akan dapat jika dia jujur dengan gadis itu? Minju tak cintakan dia. Anak itu hadir didalam perut Minju kerana gadis itu tak mampu melawannya.

Apa yang boleh dia banggakan?

“Minju-”

“Saya nak awak ceraikan saya, Seokjin. Saya nak pergi jauh dari sini. Awak jangan risau, saya boleh jaga diri saya sendiri dan anak saya. Saya tak perlukan awak.

Saya harap awak faham saya, Seokjin.” ucap Minju. Surat penceraian yang memerlukan tanda tangan dari lelaki itu dihulurkan dari lubang kecil yang dijadikan sebagai perantara antara mereka.

“Kenapa? Did you hate me that much?

I hate you so much, Seokjin.” balas Minju buatkan Seokjin ketawa kecil. Pen yang diberikan pegawai penjara tadi dicapai sebelum kertas penceraian direnung.

Tangan yang memegang pen tersebut kelihatan menggeletar perlahan. Seokjin tak pernah berfikir bahkan sanggup untuk melafazkan kata 'cerai' kepada Minju. Namun dia tak punya pilihan selain bersetuju dengan permintaan gadis itu.

“Sebelum saya tandatangan surat ni, saya nak awak janji dengan saya.”

“Tolong janji dengan saya, bila awak lahirkan anak saya. Tolong namakan dia Kim Heejin.”

“Kalau lelaki?”

Instinct saya selaku ayah dapat rasakan yang bayi tu adalah bayi perempuan.” jawapan Seokjin buatkan Minju tak dapat menahan tangisannya.

“Saya sayangkan awak Minju. Kembali pada saya, kalau hati awak masih ada ruang untuk lelaki seperti saya.” ucap Seokjin sebelum menandatangani surat penceraian tersebut.

Minju teresak- esak menangis.

“Dahlah, jangan menangis. Tak baik untuk baby. Selamat tinggal, sayang.” bisik Seokjin sebelum mengangkat punggung melangkah pergi dari ruangan tersebut.

Sampai saja di cell miliknya, tubuh Seokjin melotot jatuh keatas lantai sebelum air matanya mencurah- curah jatuh membasahi pipi.

Hatinya sakit.

Namun air matanya saja yang menjadi saksi ketika mulutnya tak mampu untuk mengungkapnya apa yang berada didalam hati.


.

Hai, okay sha nak re do chapter yang sebelum ni memandangkan ramai tak berapa nak suka dengan konflik yang sha buat.

Sha berniat nak buat dua season lepas chapter tu dan akan end di chapter 70, tapi tak apalah, korang macam dah naik bosan je. Sebab banyak konflik katanya.

Hehehe, sha minta maaf.

Sha akan plan buat e- book untuk season two tapi kena bayarlah, tapi again, sha tak janji hiokhiok, manalah ada orang nak kan HSHSHSHSHHSH

Okay, kembalilah ke jalan cerita klise sha ini, jumpa awak semua di epilogue!

Papai!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro