Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 51🍁




MIN Yoongi merenung pusara sang isteri dengan wajah yang muram. Hatinya retak seribu.

Semarah- marahnya dia kepada Hannah, dia tak sanggup menerima kenyataan yang gadis itu akan pergi secepat itu.

Hannah isterinya yang pertama. Walaupun buruk perangai gadis itu, dia tetap bergelar isteri kepada dirinya.

Yoongi menyesal, hanya disebabkan egonya yang tinggi melambung, Hannah pertaruhkan segala- galanya untuk mendapatkan hati bekunya.

Termasuklah menggunakan roh polos wanita lain serta sanggup mengorbankan nyawa orang lain.

Hannah gadis yang baik, tapi disebabkan hal kecil, gadis itu menjadi jahat. Disebabkan cinta dan dirinya, gadis itu menjadi orang lain.

“Aku minta maaf sebab tak dapat bimbing kau jadi isteri yang baik.” ucap Yoongi.

Matanya masih lagi sembab, seharian dia menangisi pemergian gadis itu hingga tak menghiraukan makan dan minum. Keluhan berat dilepaskan.

“Jaga diri.” bisik Yoongi sebelum membuka langkah keluar dari kawasan pemakaman tersebut.

Disaat dia mahu memasuki keretanya, susuk tubuh Kim Seokjin kelihatan memasuki ruang permakaman sambil diiringi oleh beberapa orang lelaki.

Yoongi membatalkan niatnya untuk pulang ke rumah, dia kembali melangkah ke kawasan perkuburan dimana Seokjin sedang meletakkan sejambak bunga diatas makam Hannah.

Pergelangan tangan lelaki itu masih digari dan dua orang yang mengirinya merupakan anggota polis. Yoongi melangkah mendekati Seokjin.

Bila lelaki itu mendongak, pandangan tajam diberikan Kim Seokjin kepada lelaki beku itu.

“Kau puas? Kau puas tengok adik aku mati macam ni? Kau puas tengok adik aku mati saat masih lagi berharap yang kau akan cintakan dia?” soal Seokjin buatkan Yoongi terdiam seribu bahasa.

Lelaki itu memilih untuk tidak merespon semua apa yang dikatakan lelaki itu. Dia memilih untuk diam.

Kim Seokjin ketawa kecil.

“Kau tahu tak, Hannah dah lama menderita disebabkan kau. Kau bukan dera badan dia je, kau dera hati dia sekali. Aku tak fahamlah kenapa hati kau berat sangat nak terima Hannah.

Dia lebih cantik dari Minju dan bahkan lebih berguna dari Park Jieun!” tengking Seokjin. Tubuhnya ditahan oleh seorang polis bila dia cuba untuk mendekati Yoongi.

“Kalau bukan disebabkan Hannah, kau dah lama lunyai aku kerjakan!” jerkah Seokjin.

“Aku minta maaf-”

“Tak ada gunalah  kau minta maaf sekarang, Yoongi. Maaf kau takkan dapat bangkitkan Hannah semula dari kematian. Pergi mati dengan maaf kau lelaki tak guna! Lepaskan aku!”

“Maaf, Encik. Saya akan bawa dia pergi sekarang. Jalan!” ucap anggota polis tersebut sebelum menarik Seokjin beredar dari kawasan tersebut.

“Kau fikir kau akan hidup tenang ke lepas Hannah mati? Jangan haraplah! Hannah takkan maafkan kau! Dia akan kembali balas dendam! Kau tunggulah nanti!” tengking Seokjin saat dirinya dibawa pergi dari kawasan tersebut.

Yoongi melepaskan keluhan kecil. Rambutnya diraup kasar, dia patut berehat dari memikirkan perkara yang menyerabutkan fikirannya.

Yoongi beredar keluar dari kawasan pemakaman tersebut sebelum memandu keluar dari situ.

Tepat disaat itu, tanah perkuburan Hannah yang masih baru itu retak seakan ada sesuatu hendak keluar dari situ.

Jambangan bunga ros merah yang Seokjin letakkan diatas makam Hannah mula bertukar layu dan kering.

“Hehee..”




.      .      .






JIEUN melangkah keluar dari tandas, baru saja selesai membersihkan diri dan menyalin pakaian. Rambut yang terurai diikat bun sambil dia melangkah memasuki wad tempatnya berada.

Tepat saat dia keluar, lampu dihujung koridor mati dengan sendirinya. Jieun terkebil- kebil. Bila dia melangkah setapak, lampu yang seterusnya pula terpadam.

“Eum... ada sesiapa tak?” soal Hannah. Bulu romanya mula berdiri tegak bila secara tiba- tiba wheelchair kosong bergerak ditengah koridor seolah- olah ada yang menolaknya.

Nurse?

Nurse?!

Jieun mengundur beberapa langkah apabila gerakan wheelchair tersebut semakin laju mendekatinya.

“Huwaa!”

“Jieun?” serta merta tubuh Jieun ditarik masuk kedalam pelukan seseorang.

Jantung Jieun berdegup laju menunjukkan betapa takutnya dia saat itu. Wangian ditubuh lelaki itu menguatkan lagi instinct Jieun bahawa itu adalah Yoongi.

“A- ada hantu. Di- di hujung koridor tu. Wheelchair kena tolak sendiri. Saya takut.” ucap Jieun, jari ditundingkan kearah tempat kejadian itu berlaku.

Lama dia memeluk lelaki itu namun tak ada suara langsung yang keluar dari mulut lelaki itu.

“Yo- Yoongi?”

“Tak ada apa- apa pun. Awak pasti ke?” soal lelaki itu buatkan Jieun meneguk liurnya bila mendengar nada suara yang agak asing ditelinganya. Jieun mendongakkan wajah.

Wajah Yoongi menghiasi ruang penglihatannya membuatkan dia melepaskan keluhan lega.

“Sumpah, tadi saya nampak wheelchair tu bergerak sendiri. Betul! Saya tak tipu! Eh?” Dahi Jieun berkerut pelik bila kelibat wheelchair ditengah koridor tadi sudah tidak ada disitu.

“Jieun, I think you need a rest.” ucap lelaki itu, lengan Jieun ditarik agak kasar hingga gadis itu meringis sakit. Namun, sama sekali dia tidak membantah.

“Awak nak bawa saya kemana? Wad saya sebelah sana-”

“Kita ambil angin dekat rooftop kejap.” ucap Yoongi. Lengan Jieun terus ditarik tanpa ada tanda- tanda lelaki itu mahu melepaskan pegangan tangannya.

Sampai saja di rooftop, pegangan tangan Jieun dilepaskan. Yoongi terus melangkah di pembatas bangunan sebelum menyandarkan tubuhnya disana.

“Hannah dah dikuburkan tadi.” ucapnya.

“Saya ikut simpati dengan pemergian Puan Hannah.” balas Jieun, dia berdiri disampaing Yoongi. Lelaki itu tersengih kecil, kedua belah tapak tangannya dimasukkan kedalam poket kot doktornya.

Really? You're sad?

“Yalah, Puan Hannah perempuan yang baik. Saya turut berduka cita tas pemergian dia.”

Yoongi terdiam.

“Kalau aku cakap, Hannah bukan perempuan yang baik macam mana?” soal Yoongi, dia bertentang mata dengan Jieun. Serentak mata lelaki itu berubah hitam hingga menutup bahagian putih dimatanya.

N- nae?”

“Jieun!”

Fokus Jieun kini teralih kepada Doktor Hwang yang memanggilnya di pintu menuju ke rooftop tersebut. Dahi lelaki itu berkerut pelik sebelum dia berlari- lari anak mendapat Jieun.

“Buat apa kat sini?”

“Oh, Yoongi ajak saya kesini-”

“Dr. Yoongi? Tapi dia ambil cuti hari ini. Dahlah, jom turun. Dekat sini sejuk.” lengan Jieun ditarik. Mereka sama- sama melangkah pergi dari situ.

Jieun menjadi pucat lesi.

Ja- jadi, dia bercakap dengan siapa tadi?

“Betul ke Dr. Yoongi cuti hari ni?”

“Ya, dia ada maklumkan kepada saya. Dia minta saya jaga awak juga. Kenapa? Saya nampak awak bercakap seorang diri tadi. Awak okay tak?” soalnya sebelum tapak tangan Dr. Hwang melekap didahi Jieun.

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala petanda Jieun tak mengalami demam.

“Awak nampak saya bercakap seorang diri?”

“Yup, awak bercakap seorang diri semasa dekat koridor dan awak pergi rooftop macam ditarik sesuatu. Nasiblah saya ada, kalau tak, tak tahulah apa yang berlaku.” ucap doktor lelaki itu.

Jieun menelan liurnya, bulu romanya mencanang naik bila wheelchair yang dilihatnya tadi bergerak sedikit seakan menatapnya.

“Sa- saya masuk tidur dululah. Anyeong!

“Eh?”

.

TEHEEE

200 comment to unlock next chapter.

👆👆

Sha buat macam tu bukan nak buat readers komen banyak- banyak dalam fanfic sha. Sha tak kesah sebenarnya kalau target tak sampai, sha akan tetap update. Sha cuma nak meriahkan komen aje. Huehue

Kalau sha tak update walaupun target tak sampai, bukan sha tak tepati janji, ketahuilah bahawa sha kadang ada masalah internet and phone lag, chapter selalu hilang dan sha misqueen, enggak bisa beli tenet mahal- mahal.

Sha kadang beli tenet cukup untuk online class je, maaf😣

HAAAA MAAF MELUAH STRESSS AKO JADINYA

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro