Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 50🍁




HANNAH melangkah cepat memasuki rumah usang tersebut. Fikirannya bercelaru memikirkan bahawa semua rancangannya mula hancur perlahan- lahan.

Kehadiran gadis bernama Jieun memporak- perandakan hidupnya yang sepatutnya berada dibawah kemewahan harta warisan Jeon itu.

Dia menyesal tidak menyelesaikan Jieun dari awal lagi. Sepatutnya gadis itu sudah lama mati terkubur bersama jasad adiknya didalam tanah. Sepatutnya Jieun sudah mati!

Disebabkan satu kesilapan, semua rancangannya hancur.

“Oh, Hannah Kim. Buat apa datang sini lagi?” soal seorang wanita cantik yang baru melangkah keluar dari satu ruangan dalam bilik tersebut. Hannah mengetap bibirnya.

“Aku nak kau hantar setan kau tu, hantui Jieun sampai dia mati!” ucap Hannah. Wanita itu terdiam buat seketika sebelum dia lepaskan tawa.

Tak ada yang lucu diucapan Hannah, namun hatinya bagaikan digeletek oleh sesuatu.

“Tenang. Aku tak boleh buat satu perkara dalam keadaan terburu-buru. Semuanya ambil masa yang lama dan memerlukan persediaan yang rapi.” ujar wanita itu. Kerusi dtarik sebelum punggungnya dilabuhkan diatas kerusi.

Hannah mengetap bibirnya. Sedikit geram dengan wanita itu yang seperti mahu melambat- lambatkan dirinya.

“Aku boleh bayar kau. Berapa yang kau nak? 2 juta? 3 juta?”

Wanita cantik itu melepaskan tawanya sekali lagi. Kipas cinanya dibuka sebelum wajahnya kembali berubah serius.

Hannah mendiamkan diri, menunggu respon dari wanita penyihir itu.

“Ini bukan soal bayaran, Hannah. Kau sudah minta aku hantar sihir kepada Jieun. Aku bagi, tapi macam mana kalau aku kata yang sihirnya gagal?”

“What?! Macam mana boleh gagal? Kau wanita penyihir yang paling handal pernah aku kenal. Kau masukkan roh Jieun kedalam tubuh aku dan sebagai gantinya roh adik lelakinya, Park Jihoon kau ambil.”

“Kau tak pernah lakukan kesilapan lagi. Kau kembalikan roh aku ke tubuh aku semula. Semuanya berjalan dengan teratur. Tapi sekarang, kau cuba cakap yang sihir mudah kau tu gagal?” soal Hannah agak emosi. Meja diruangan tersebut ditepuknya geram.

Wanita itu cuma tersenyum sinis. Dia sudah tahu lama, Hannah bukan gadis yang mudah menyerah. Hannah agak tamak dalam soal harta hingga sanggup menggunakan nyawa orang untuk mendapatkan segalanya.

“Hannah, kau dah lupa syarat sihir aku?”

“M-mwo? Syarat apa? Aku dah berikan kau semua yang kau nak. A- aku ada langgar apa- apa syarat ke?” soal Hannah. Jantungnya berdegup kencang mendengarkan ucapan wanita itu.

Entah kenapa perasaan takut mulai menguasai dirinya bila matanya menangkap sengihan kecil yang terbit di bibir wanita itu.

“Bukankah sudah aku katakan kepada kau yang sihir yang gagal akan kembali kepada tuannya?” ucap wanita cantik itu. Hannah tersentak hingga dia terundur beberapa tapak kebelakang.

“Mak- maksudnya?”

“Apa yang perempuan tu rasa saat mendapat sihir yang kau beri, kau akan rasakannya juga.” ucap wanita itu dan serentak Hannah menyentuh dadanya. Sakit dibahagian dadanya mula menusuk- nusuk seakan ada sesuatu yang menekannya.

Je- Jebal! Hentikan semua ni! Aku sakit!”

“Sihir yang gagal dan kembali ke tuannya, tak boleh ditarik balik, Cik Hannah. Dah lupa ke?” wanita itu mengipas- ngipas mukanya menggunakan kipas cina yang dimiliknya.

Sedikitpun dia tak merasa simpati kepada Hannah yang sedang mengerang kesakitan sambil memegang dadanya itu. Wajahnya berkerut menahan sakit.

“Argh!!”

Suara erangan Hannah kedengaran di rumah usang tersebut.

.   .   .

KAU betul- betul Park Jieun yang aku kenal, kan?

“Ya betulah, ini saya. Park Jieun. Kenapa? Masih tak percaya lagi? Kalau awak tak percaya, baik awak biar saya mati je ditangan lelaki tadi.” ucap Jieun beremosi, sudah 3 kali dia mengulang jawapan yang sama. Namun Yoongi masih lagi ragu kepadanya.

Pandangan mata dialihkan bila dia lihat Yoongi mengukir senyum kecil.

“Aku fikir pesakit Doktor Hwang ni dah putus wayarnya. Hampir saja aku pindahkan kau ke hospital sakit jiwa tempoh hari.” balas Yoongi buatkan Jieun melopongkan mulutnya. Agak terasa dengan ucapan lelaki itu.

“Huft!”

Jieun berpeluk tubuh lalu wajah dipalingkan ke arah lain. Yoongi yang melihatnya cuma mampu menayangkan senyum. Dia mengangkat punggung sebelum merapatkan wajahnya kepada Jieun.

“Aku rindukan kau...”

Ayat itu dibisik Yoongi tepat ditelinga gadis itu. Serta- merta Jieun menoleh, jarak yang agak rapat itu buatkan dia boleh merasa deruan nafas Yoongi yang menderu- deru di pipinya. Bawah bibirnya digigit.

Oh gosh. How to ignore this freaking flirty cold guy?

Jangan pandang lama- lama nanti jatuh cinta.” ucap seseorang serentak buatkan Yoongi dengan drastik menjarakkan dirinya dari Jieun.

Wajah gentleman dia tadi kini bertukar kepada wajah dingin yang biasa dilihat kebanyakan orang.

Mula dah.

“Eo. Nak apa?”

“Nak tengok pesakit akulah. Eh, betul ke Dr. Seokjin datang sini nak cederakan awak? Aigoo saya tak patut tinggalkan awak seorang diri semalam-”

Langkah kaki Dr. Hwang terhenti bila tapak tangan Yoongi menghadang jalannya. Dahi Dr. Hwang berkerut pelik.

“Kau dah kenapa?”

“Jarak.” balas Yoongi dengan wajah dinginnya. Dr. Hwang ketawa kecil, walaupun agak pelik dengan tindakan lelaki bermata sepet itu, namun dia turuti saja.

Dia tak nak cari masalah dengan Dr. Min yang terkenal dengan mulut tak makan saman dia ni.

“Ya, dia... cuba cederakan saya.” jawab Jieun.

“Really? Tapi kenapa? Awak kenal Doktor Seokjin tu?” soal Dr. Hwang. Jieun menggaru kepalanya yang tak gatal. Takkanlah dia nak cakap yang dia kenal Dr. Seokjin ketika dia berada didalam tubuh Jeon Hannah?

Tak pasal- pasal dia kena cop gila lagi oleh lelaki itu.

“Err bolehlah... ehe.”

“Heum... Jadi mana Dr. Seokjin sekarang ni?”

“Polis dah gari dia dan masukkan dia kedalam lokap buat sementara sebelum siasatan lebih lanjut dijalankan.” jawab Yoongi bagi pihak Jieun. Dr. Hwang mengangguk kecil.

Agak lama kedua lelaki itu tercegat di tepi katil pesakit Jieun tanpa mengucapkan sepatah kata membuatkan Jieun sedikit pelik.

“Jadi... kau nak berdiri sini sampai esok?” soal Yoongi.

“Eh, aku yang patut tanya kau soalan tu. Jieun pesakit aku dan aku ada hak untuk berada disini seberapa lama yang aku mahu-”

“Kepala hotak kau. Keluar sekarang.” sesi tolak menolak pun berlaku namun Jieun tak berniat untuk menghentikannya.

It's fun to watch.

Klek!

Pintu wad dibuka luas membuatkan kedua lelaki itu berhenti seketika. Dr. Boo terkebil- kebil memandang kedua mereka sebelum kepalanya digelengkan perlahan.

“Dr. Min, isteri kau masuk wad. Dia pengsan akibat serangan jantung.” ucapan Dr. Boo buatkan Yoongi dan Jieun sama- sama tersentak.

“Mworago?!”

Tanpa menoleh lagi, Yoongi terus meluru keluar dari wad Jieun, meninggalkan gadis itu terkebil- kebil diatas katil.


.   .   .

“SAYA minta maaf...

Kalimat itu diungkapkan oleh Hannah sebaik saja dia mencelikkan matanya. Kali ini dia perlu menurunkan egonya sedikit. Yoongi sudah mengetahui segalanya, jadi tak mungkin dia mampu menyimpan rahsia itu lagi.

Yoongi melepaskan keluhan kecil, amarahnya cuba dikawal. Dia tak mahu melampiaskan segala hal rumah tangga mereka disitu saat itu juga.

Hannah sedang sakit dan dia selaku seorang doktor harus mengetepikan hal privasi itu.

“Kau rehatlah. Nanti aku datang sini semula-”

“T- tak. Jangan pergi. Saya nak luah semuanya disini. Segala rahsia yang sepatutnya awak tahu dari dulu lagi.” ujar Hannah seraya menahan lengan Yoongi dari melangkah keluar dari wad tersebut.

Fine. I'm listening.

Hannah melepaskan pegangan tangannya di lengan Yoongi. Dia membetulkan duduknya agar lebih selesa untuk berbual.

“Kenapa kau buat semua ni?” soal Yoongi tak sabar. Bibir pucat Hannah mengukir senyum kecil.

“Saya bukan cucu kandung Keluarga Jeon. Saya cuma anak angkat. Keluarga Jeon cuma ada satu cucu kandung. Lelaki, tapi dia tak berada di Korea buat masa ni. Dia sedang belajar di luar negara.”

“Jadi? Apa motif kau buat semua  ni?”

“Saya perlukan harta warisan Jeon sebelum cucu kandung Jeon pulang sebab kalau cucu kandung dia dah balik. Dia akan dapat semua harta Jeon. Satu sen pun takkan diberikan kepada saya.”

Dahi Yoongi berkerut pelik. Dia masih lagi tak faham dengan penerangan gadis itu. Takkanlah disebabkan harta saja, Hannah pertaruhkan dua nyawa ditangannya?

“Jadi, apa motif kau gunakan Jieun? Kau tau disebabkan ulah kau, hidup dia jadi porak peranda?”

“Saya cintakan awak, Yoongi. Tapi awak tak pernah cintakan saya. Awka cakap saya perempuan jijik. Saya dah buat macam- macam untuk tarik perhatian awak. But all you do is ignore everything i've done for you.”

“Saya sanggup gunakan sihir untuk dapatkan personaliti perempuan yang ideal hingga mampu untuk buat awak jatuh cinta kepada saya. Awak tak sedar ke?”

“Saya gembira bila awak layan saya baik. Walaupun hakikatnya layanan awak tu ditujukan untuk Park Jieun.” bisik Hannah seraya menundukkan wajahnya. Yoongi hanya mendiamkan diri. Pengakuan Hannah, buatkan dirinya terpana.

“Kalau kau tak berulah macam ni, aku dah lama cintakan kau.”

Hannah ketawa kecil, dadanya yang mula berdenyut sakit itu disentuhnya.

“Tapi kenapa kau pilih Jieun? Dan kenapa Seokjin boleh terlibat?”

“Jieun merupakan wanita yang sesuai. Awak sukakan perempuan yang cantik, sopan dan lemah lembut. Pandai masak, pandai layan awak. Jadi saya pilih dia...”

“Seokjin tu abang kandung saya- Argh!”

Hannah mengerang kesakitan buatkan Yoongi menjadi gelabah. Mesin pembaca nadi berbunyi nyaring sebelum latar membentuk satu garis lurus.

“Jeon Hannah! Wake up!” pipi Hannah ditepuknya berulang- ulang kali. Namun gadis itu tampaknya sudah tidak sedarkan diri.

Tepat saat itu, air mata Yoongi mengalir perlahan sambil dirinya cuma memberikan bantuan pernafasan kepada Hannah.

“Hannah! Jeon Hannah!”

“Dr. Min, Hannah dah tak ada!” ucap Dr. Hwang seraya menarik tubuh Yoongi jauh dari jasad Hannah yang sudah tak bernyawa itu.

Yoongi memandang tubuh Hannah yang sedang diselimuti itu. Walaupun setebal apapun rasa marahnya kepada Hannah, namun rasa sayangnya kepada gadis itu masih Hannah.

“Waktu kematian, 11:45 pagi. 22 Oktober.”

Yoongi meluru keluar dari wad tersebut. Dia tak boleh berada disitu untuk waktu yang lama. Dia lemah.

“Yoongi?” panggilan itu buatkan Yoongi menoleh, disitu ada Jieun yang sedang berdiri beberapa langkah dari tempatnya berada. Nafasanya menjadi tersekat.

“Puan Hannah okay tak?” soalnya polos.

“Kenapa ni?” soal Jieun lembut. Gadis itu berdiri betul- betul dihadapan Yoongi. Mata bundarnya merenung tepat ke mata Yoongi. Air mata Yoongi kembali turun ke pipi.

“Yoongi...”

“Hannah dah tak ada.” ucapnya. Serentak Jieun menarik Yoongi kedalam pelukan. Belakang tubuh lelaki itu diusapnya perlahan.

Sementara Yoongi menyembamkan wajahnya dileher Jieun. Menangis semahunya disitu dan tanpa sedar dia memperlihatkan sisi lemahnya dihadapan gadis itu.

.

5 chapter more...

Maaflah kalau chapter kali ni agak bosan disitu. Hiuhiu.

200 komen to unlock next chapter. AHAHAHHA DAH NAIK.

New cover by lyastory_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro