Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 45🍁




“EH nak pergi mana?

Jieun menghentikan langkah kakinya, dia berdecit geram. Tak sangka yang gerak- gerinya dapat dikesan walaupun ketika dia sedang berjalan secara terhincut- hincut.

“Errr nak ke tandas kejap.” balas Jieun, Doktor Hwang menjongketkan keningnya satu. Dia melirik ke kawasan koridor yang kosong itu. Waktu- waktu macam ni, tak ada pelawat yang dibenarkan masuk, jadi kaki lima agak lenggang disaat itu.

“Kenapa tak panggil nurse? Minta tolong kejap?” soal Doktor lelaki itu lembut. Jieun cuma tersengih kecil.

Dia bukannya nak ke tandas pun. Dia nak skodeng Yoongi. Tapi, niatnya dia terpaksa batalkan bila nampak Doktor Hwang mengatur langkah kearahnya.

Tak sempat nak lari dah kena tangkap. Padan muka, perli Jieun

“Nak saya tolong?”

“T- Tak perlu. Saya nak masuk wad balik. Hehe, annyeong.” Jieun melambaikan tangannya, bersiap- sedia masuk kedalam wad semula.

Namun, tanda 'caution' petanda lantai masih basah buatkan dia tergelincir dan hampir jatuh tersembam ke atas lantai.

Jieun merintih kesakitan bila luka di bahagian perutnya terasa perih. Ya tuhan, tengok, inilah padahnya bila dah gatal sangat!

Oh my god! You literally just wake up a few hours ago. Nak koma lagi ke? Nasib saya sempat sambut, kalau tak? Ajal awak dah sampai!” bebel Doktor lelaki itu. Geram dengan kelakuan pesakit wanita tersebut.

Tubuh Jieun dicempungnya. Pandangan garang diberikan kepada Jieun.

“Kalau ada apa- apa yang terjadi tadi, saya tak nak bertanggungjawab.” ujar lelaki tersebut. Langkah kaki dibawa masuk kedalam wad pesakit itu semula.

Jieun cuma tersengih kekok.

“Gomawo dan maaf.” Jieun tundukkan wajah, takut hendak bertentang mata dengan lelaki itu.

Wajahnya memang dah kacak, tapi siapa je yang tak takut kalau dia pandang macam nak tembus?

“Oi!”

Perhatian mereka kini teralih kepada doktor lelaki yang sedang berdiri di tepi pintu. Riang saja riak wajahnya, mungkin baru menerima pesanan 'cinta' dari si Hannah, kot?

Berseri semacam aje.

“Kenapa nak jumpa aku tadi?”

“Eum... ada ke? Ahh tak pelah aku dah lupa. Nanti kalau aku ingat, aku call kau je.” jawab Doktor Hwang seraya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Heum...”

Mata Jieun tak semena-mena bertentang mata dengan Yoongi. Dengan cepat dia mengalihkan pandangan.

“Pesakit kau ke?” soal Yoongi.

“Eo. Yang koma hari tu. Yang forensik salah cam mayat tu. Ha, yang ni juga yang terlibat dalam kemalangan dengan isteri kau tempoh hari. Nama dia Park Jieun. Perkenalkan, ini Doktor Yoongi.” ucap Doktor Hwang.

Jieun hanya mengangguk, dia tundukkan kepalanya tanpa salam sapa. Namun yang dia hanya menerima tatapan pelik dari lelaki itu.

“Park Jieun? I... I think i've heard that name before. But where?” soal Yoongi dengan dahi yang berkerut.

“Erk-”

Lidah Jieun kelu. Dia tak tahu hendak mengucapkan apa.

.   .   .


KLEK!

Sebaik langkah kaki Yoongi berada didalam rumah, dia terbau akan bau masakan yang datangnya dari dapur yang serta merta membuatkan perutnya berkeroncong mahu diisi.

“Eo? Hubby dah balik?” soal Hannah yang baru melangkah keluar dari dapur. Dengan senyuman yang lebar, gadis itu menghampiri Yoongi sebelum memberikan lelaki itu sebuah pelukan.

Pelik.

Sangat pelik.

“Awak mandilah dulu, lepas tu kita makan sama- sama. Awak laparkan? Saya baru selesai masak.” ujar Hannah. Yoongi mengangguk kecil.

Mata Yoongi melirik pakaian Hannah, disebalik apron itu, Hannah hanya mengenakan baju kemeja putih tanpa seluar. Menimbulkan curiga yang besar dalam diri Yoongi.

Dia kenal benar dengan Hannah dan pakaian yang gadis itu kenakan terlalu luar dari kebiasaan pemakaian Hannah.

“Are you okay?” soal Hannah lembut.

“Eum... ” jawabnya. Disebabkan Yoongi tak mahu bersangka buruk, dia tepis sangkaannya itu jauh- jauh. Dia mula beranggapan bahawa Hannah mula selesa dengan dirinya.

That's good, right?

“Saya mandi dulu. Nanti saya turun balik.” pesan Yoongi, laju saja dia melangkah naik ke tingkat atas. Hannah cuma tersenyum sinis.

Lelaki, mudah dikaburi dengan kata sayang dan cinta.

Deringan telefon pintar miliknya diatas meja itu terus dicapai lalu diangkatnya. Panggilan dari Kim Seokjin. Sempat Hannah melirik ke tingkat, kelibat Yoongi tidak ada disitu.

“Kau buat apa call aku time suami aku ada kat rumah ni?” soal Hannah sedikit bengang.

Bad news. Tubuh Jieun dah ditemui dan dia dah dari koma.” ucap Seokjin buatkan Hannah sedikit terkejut.

“What?! Macam mana boleh jumpa pulak?! I told you to get rid of her body!”

Hey chill, i have good news. Dia ada dekat hospital tempat aku bertugas sekarang.” jawab Seokjin buatkan Hannah melepaskan keluhan lega.

“Kau tunggu apa lagi? Bunuhlah dia sekarang! Aku akan bayar berapa yang kau mahu, ingat, rahsia kau ada pada aku. Kill her!” ucap Hannah geram.

Kalau Jieun tak dihapuskan, posisi dia sebagai isteri kepada Yoongi akan terancam. Begitu juga dengan kedudukan dia sebagai cucu tersayang keluarga Jeon.

.

Rindu aye ke?



[🙆]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💓]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro