Bab 40🍁
...
Kereta Honda Civic milik Yoongi berhenti tepat dihadapan sebuah rumah banglo dua tingkat. Dahinya berkerut pelik, rumah tersebut amat familiar untuknya.
Ini rumah Seokjin.
Kenapa Minju hantar alamat rumah Seokjin? Soalnya didalam hati.
Dengan perasaan yang curiga dan bercampur baur, dia melangkah keluar dari perut kereta. Dahinya masih lagi berkerut pelik.
Yoongi melangkah menghampiri pintu rumah sebelum menekan loceng rumah sebanyak satu kali.
Kreak!
Pintu rumah terbuka dari dalam dan muncul wajah sembab Minju. Tanpa sempat Yoongi menyoal, gadis itu sudah meluru memeluk tubuh Yoongi lalu menangis di dada lelaki itu.
“Hik- Yoongi... awak datang...”
“Apa dah jadi ni? Macam mana awak boleh berada didalam rumah Seokjin?” soal Yoongi seraya meleraikan pelukan gadis itu.
Minju cuma membisu, wajah ditundukkan. Tak mahu berbalas pandang dengan lelaki itu.
“Minju, answer me. Apa yang berlaku?”
“Seokjin... Seokjin paksa saya... d- dia paksa saya-”
“Aku paksa dia kahwin. Ada masalah?” soal Seokjin yang sedang berdiri di tangga. Kedua belah tapak tangan dimasukkan kedalam poket seluar slack hitam.
“Mwo?”
“Aku ada hak untuk paksa tunang aku kahwin. Ada masalah, Doktor Min Yoongi?” soal Seokjin dengan nada serius.
“Tu- tunang?”
“Aku dah tunang dengan Minju 2 bulan yang lalu. Selalu lelaki aku tak boleh tengok dia ganggu hubungan kau dengan Hannah. Jadi aku ambil keputusan untuk kahwin paksa dengan dia. Demi korang berdua.” terang Seokjin tanpa diminta.
“Tapi saya tak cintakan dia Yoongi! I only love you! Tolong... ambil saya jadi isteri awak. Jebal... awak sayang saya kan?” rayu Minju seraya menekup kedua belah pipi Yoongi bila Yoongi tak kunjung merespon keterangan Seokjin.
Dia mahu Yoongi mempertahankan dirinya.
Dia mahu Yoongi melutut dihadapan Seokjin untuk ceraikan dia.
Dia mahukan Yoongi!
“Jadi... apa makna dare yang buat dulu?”
“Dare bodoh tu? Kau betul- betul yakin ke yang kau tak cintakan Hannah? Tengoklah siapa yang kecundang depan Hannah. Bukan kau ke?” ucap Seokjin dengan sengihan kecil.
“K- kau perangkap aku-”
“Perangkap apanya? Hannah dah jadi milik kau kan? Isteri kau yang sah! Ego kau tu terlalu tinggi sampai tak dapat bezakan cinta dan nafsu!” tengking Seokjin.
Bahu Minju sedikit terhinjut. Terkejut dengan nada suara lelaki itu. Seokjin yang dikenalnya selama ini soft spoken guy, bertukar jadi hulk.
“Aku korbankan perasaan aku untuk korang berdua. Demi Hannah terutamanya. Aku penat tengok dia menangis. Kalau ikutkan hati, aku dah lama bawa Hannah lari dari sini. Jauh dari kau.”
“Tapi aku masih waras, Hannah cintakan kau. Dan aku tahu kau pun sama.” ucap Seokjin.
Yoongi terdiam seribu bahasa. Dia sudah membuat kesalahn besar dengan memilih Minju tadi.
Dia silap.
“Hah..”
Yoongi ketawa kecil. Rambutnya diraup dikasar. Tapak tangan Minju yang menyentuh lengannya dilepaskan kasar.
“Kalau aku tahu macam ni ceritanya, tak adanya aku buang- buang waktu datang sini semata-mata nak tengok drama murahan ni!” tengking Yoongi. Sedikit beremosi bila Minju seakan cuba mengumpannya.
“Yoongi-”
“Ya aku cintakan Hannah! Aku mengaku ego aku tinggi! Aku bodoh! Aku lelaki bodoh!”
“Kau tunggu apa lagi? Pergilah balik tengok isteri kau!”
Minju menutup telinga bila kedua lelaki itu saling menjerit dihadapan satu sama lain. Yoongi melangkah pergi dari situ tanpa banyak bicara.
Seokjin ketawa kecil.
Dia kenal Yoongi dah lama.
Lelaki itu agak bodoh kalau melibatkan soal hati.
“Tunggu apa lagi? Masuklah. Awak tu dah jadi milik saya. Terhegeh- hegeh dekat lelaki lain kenapa?” tegur Seokjin bila Minju masih tercegat dihadapan pintu gerbang rumah.
“Saya tak nak tinggal dengan awak!”
“Nampak muka saya kesah ke? Tak kan?” balas Seokjin sebelum memusingkan tubuhnya naik ke tingkat atas semula.
Minju menghentakkan kakinya, geram.
. . .
Yoongi menarik nafas sebelum menghembusnya perlahan. Dihadapan pintu rumah tersebut, dia sudha berfikir akan reaksi Hannah.
Mesti dia marah.
Eh memang dia marah pun!
Aduh Yoongi, apa patut kau buat ni? Bawah bibirnya digit, kuku jari telunjuknya turut digigit. Gugup.
Macam mana kalau Hannah lari? Fikirnya dalam hati.
“Andwae!”
Pintu rumah ditolak. Tak semena- mena dia berpandangan dengan Hannah yang sedang berada di ruang tamu. Yoongi menelan liur.
“Sayang-”
“Pergi mampus dengan sayang awak tu!”
Halamak! Si jantung hati dah merajuk!
“Let me explain. Sayang.” Hannah memintas Yoongi, bagasi ditariknya, berura- ura mahu melangkah keluar dari rumah tersebut.
Panik Yoongi jadinya.
“Kejap, sayang nak pergi mana? Lari rumah?”
“Tak nampak ke?”
“Betul sayang nak lari rumah ni? Jap saya nak ikut.” ucap Yoongi.
“Awak tinggalah sini! Biar saya keluar dari rumah. Saya penat!”
“Sayang andwaeee jangan tinggalkan sayaaaaa!”
Yoongi memeluk kaki Hannah, menghalang gadis itu dari keluar dari rumah.
“Lepaskan!”
“Tak nak!”
“Eum... majikan kita okay ke?” soal sekuriti rumah tersebut bila melihat gelagat kedua majikannya dihadapan rumah tersebut.
“Should i call 911?”
.
Me wearing a mask.
My confident level 📈
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro