Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 35🍁

. . .

“YAH! Awak ni dah gila ke?!jerit Hannah bila dia lihat kereta yang dipandu lelaki itu tidak berhenti sama sekali.

Yoongi memandu terus kedalam kawasan hutan hingga jalannya sudah tidak bertar lagi. Bawah bibir digigit, riak wajah Yoongi serius.

Tidak ada tanda- tanda yang lelaki itu bergurau dalam ucapannya tadi.

“Yoongi... jebal. Boleh tak awak dengar saya?” soal Hannah, lengan lelaki itu dicuit namun Yoongi tidak memberi sebarang respon.

Hannah mula rasa takut bila kawasan yang dimasuki kereta Yoongi berubah suram, kini mereka berdua betul- betul berada didalam kawasan hutan.

Kereta Yoongi berhenti tepat dihadapan sebuah pokok besar yang rantingnya berjuntai hampir mengenai cermin kereta lelaki itu.

“Yoongi-”

“Keluar.”

“Eo?”

Tanpa respon, lelaki itu terus melangkah keluar dari perut kereta. Hannah masih lagi bingung, pintu kereta dibahagiannya dibuka oleh lelaki itu.

“Keluar!”

“Tak nak!”

Kening Hannah bertaut, kalau Yoongi marah, dia lagi marah. Tanpa amaran, lengan Hannah ditarik kasar hingga gadis itu terkeluar dari perut kereta.

“Nak bawa saya pergi mana?!”

“Tengok jelah.”

Setelah beberapa minit berjalan memasuki hutan, Yoongi melepaskan lengan Hannah. Namun gadis itu kembali menarik tapak tangan Yoongi, bimbang jika lelaki itu meninggalkannya disana.

“Jangan tinggalkan saya, please.

“Tengok atas pokok.” arah Yoongi dengan muka beku. Hannah cuma akur, kepala didongakkan memandang ke atas.

Buat seketika dia sedikit terpegun, disitu ada sebuah rumah pokok yang tak kelihatan usang, nampak baru dan transparent kerana warnanya sudah hampir sebati dengan persekitaran.

“Awak bawa saya ke sini semata- mata nak ke rumah pokok ni?” soal Hannah bila Yoongi melepaskan pegangan tangannya lalu memanjat anak tangga naik ke rumah pokok.

“Naik cepat, bawah tu ada harimau.”

“Hah?!” dengan langkah drastik Hannah memanjat tangga naik ke rumah pokok bila diugut sebegitu.

“Wah... jinja yeppuda.” puji Hannah bila dirinya disapa dengan permandangan hutan ditambah lagi sinaran matahari yang memancar.

“Macam mana awak tahu tempat ni?” soal Hannah.

Molla. Aku selalu pergi sini kalau ada masalah.”

“Awak bawa saya kesini-”

“Kau masalah aku.” jawabnya, dahi Hannah berkeut pelik. Dia duduk berteleku sambil menghadap permandangan hutan.

“Hannah...”

“Hem?”

“Kau tahu tak kenapa aku bencikan kau sangat?” soalnya.

“Tak tahu...” jawab Hannah.

“Semuanya berpunca dari ayah kau. Disebabkan ayah kau mabuk masa masa memandu, dia buatkan ayah aku terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Aniya... bukan setakat ayah aku, ibu aku sekali.”

“Jadi untuk tebus kesalahan ayah kau, dia kahwinkan kau dengan aku.”

“Sekarang aku nak tanya, wajar ke?”

Hannah cuma terkebil- kebil. Sungguh dua tak tahu punca utama perkahwinan Hannah dengan Yoongi adalah untuk tebus kesalahan papa dekat keluarga Min.

“Aku tanya wajar ke?!” tengkingnya. Bahu Hannah terhinjut kerana terkejut.

“Saya tak tahu...”

“Tch.”

Yoongi berdecit kasar.

“Hutang nyawa patut dibayar dengan nyawa.” ucap Yoongi seraya melangkah menghampiri Hannah. Gadis itu mula tak senang duduk.

“Sa- saya rela mati hari ni untuk tebus kesalahan ayah saya, yang penting orang yang saya sayang tak terluka.” ucap Hannah buatkan Yoongi berhenti melangkah.

Lelaki itu duduk melutut, tapak tangan lelaki itu melekap di leher Hannah buatkan gadis itu spontan menutup mata.

Geure?

Cup!

Yoongi berikan ciuman sekilas pada bibir Hannah sebelum kepalanya diletakkan diatas paha gadis itu. Berehat.

“Eo?”

“Aku nak tidur kejap. Jangan bising.” arah Yoongi. Hannah masih lagi terpana.

“Saya minta maaf bagi pihak ayah saya...” bisik Hannah, dia menahan senyum. Rambut milik lelaki itu dielusnya perlahan.

Awak cintakan saya ke Yoongi?” soal Hannah dalam hati.

Kalau tak cinta, kenapa layan saya macam ni?

Kenapa?

“Kesilapan tu, tak boleh dilupakan semudah mengucap kata maaf, Hannah.” ucap Yoongi.

“Saya bukan Hannah. Saya Park Jieun, roh wanita yang dah masuk kedalam tubuh isteri awak, Hannah.” ucap Jieun seraya mengetap bibirnya bila Yoongi mencelikkan mata.

“Ini bukan waktu yang tepat untuk melawak-”

Aniya! Kalau awak tanya saya perkara yang awak pernah lalui bersama Hannah, saya takkan dapat jawab.” balas Jieun bersungguh- sungguh.

Dia berharap benar yang yang Yoongi mempercayainya. Itu saja.

“Kalau macam tu...”

“Apa perkara pertama yang aku cakap dekat kau bila kita mula- mula jumpa dulu?” soalnya.

“Tak tahu.”

Yoongi menjongketkan keningnya lalu bangun dari pembaringan.

“Tak tahu?”

“Saya cakap saya bukan Hannah! Mestilah saya tak tahu!” ucap Jieun dengan dahi yang berkerut.

Yoongi terdiam, dia mengesot perlahan hingga jarak antara mereka menjadi rapat. Bibir Hannah disentuh oleh jari lelaki itu.

“Perempuan yang aku kahwini sekarang, akan mendapat tempat didalam hati aku.” ucapnya, kali ini dia selitkan senyuman kecil setelah memberikan ciuman sekilas di bibir Hannah.

That's what i said before and i really mean it.



Dush-





.

Halu para owl!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro