Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 34🍁

. . .

“AWAK tahu tak awak dah berikan harapan palsu pada saya.

Saya tahu saya bodoh sebab jatuh cinta dekat lelaki macam awak, tapi tak boleh ke kalau awak tunjukkan yang awak sayangkan saya walaupun sekecil ni?

Hannah menunjukkan jarinya yang menunjukkan lambang secubit kepada gambar Yoongi yang terpampang di skrin telefonnya.

Air matanya kembali mengalir, bibirnya muncung persis seperti kanak- kanak yang kehilangan ibu di shopping mall.

Hiks...”

“Apalah yang ada dekat Minju tu sampai awak tak nak cuba cintakan saya langsung?” soal Hannah lagi.

“Saya pun cantiklah Yoongi!”

“Saya pun pandi masak!”

“Tapi itulah... saya tak pandai dalam bab goda menggoda ni. Hurm...”

Hannah mengesat air matanya, sudu dicapai lalu dia menyudu aiskrim yang mula cair didalam kontena kerana telah lama dibiarkan diluar freezer.

Inilah rutin Jieun kalau dia dah sedih, tak kiralah sebesar manapun kesedihan dia. Dia lebih memilih untuk menjamah makanan manis berbanding alkohol.

Alkohol tak baik untuk kesihatan.” itu pesan Taehyung ketika dia masih lagi bersama dengan lelaki itu dulu. Bibir Hannah menjadi muncung bila teringat si bekas kekasih yang kini menjadi suami orang itu.

“Saya dah mula sayangkan awak...”

“Tapi bila awak buat macam ni kan, saya dah mula bencikan awak! Sekarang pergilah dating jauh- jauh dengan Minju kesayangan awak tu!”

Wajah si lelaki beku yang terpapar dalam skrin telefonnya itu ditekan- tekannya geram.

“Argh aiskrim tumpah!”

Min Yoongi cuma memandang kelibat isterinya yang sedang bersedih itu dari tangga. Dalam hatinya sudah penuh dengan rasa bersalah, namun ego lelakinya masih begitu tinggi untuk tunduk kepada Hannah.

Dia akui dia lelaki yang bodoh.

Bodoh sebab tak cintakan isteri sendiri?

Langkah kaki dibawa menuruni anak tangga, bila dirinya betul- betul berada dihadapan Hannah untuk menegur gadis itu, lidahnya menjadi kelu sebaik dia bertentang mata dengan mata bening gadis itu.

“Ha- Hannah...”

“Siapa awak? Saya tak kenal.”

Sekali lagi Yoongi tersentak. Ucapan Hannah itu buatkan dia tercabar sedikit.

“Aku tak pernah minta kau untuk jatuh cinta pada aku. Now, bila kau dah mula kemaruk cinta dekat aku, kau salah aku pula?”

“Oh ya? Kenapa buat apa lagi awak simpan saya? Kenapa awak tak nak ucapkan je perkataan 'aku ceraikan kau' bila saya minta awak ceraikan saya?”

Yoongi membisu lagi. Wajah serius Hannah buat dia jadi tak senang duduk.

Entah.

Dia mahu lihat senyuman Hannah.

Dia nak Hannah manjakan dia.

Kenapa, Yoongi?

“Saya akan ambil borang cerai tu hari ni-”

“Aku takkan ceraikan kau!” tengking Yoongi tiba- tiba buatkan bahu Hannah terhinjut kerana terkejut. Wajah lelaki merah menahan amarah yang membuak- buak.

Hannah menjadi tak berani untuk membuka mulut. Dia tundukkan wajah.

“Huh...” keluh Yoongi. Wajahnya diraup kasar.

“Ada benda yang belum selesai antara kita. Aku mohon jangan lari dari aku.” dengan cepat Yoongi membuka langkah mahu beredar dari situ.

Why can't you just say that you love me, instead of giving me a reason like that?

It's not about love. Its more than that.” balas Yoongi sebelum beredar pergi.

“Hah?”

. . .


Uits Doktor Yoongi!sapa Woozi bila dia lihat kelibat doktor berkulit putih melepak itu melangkah keluar dari wad pesakit.

Wajahnya agak keruh, seharian doktor lelaki itu tidak senyum sama sekali. Jika ditegur, yang dijawabnya pun cuma sepatah.

“Kenapa Doktor Min masam mencuka je hari ni? Ada masalah dengan wife ke?” soal Woozi, Yoongi tetap teruskan langkah. Dia sama- sekali tidak menoleh ataupun memandang kearah Woozi.

“Eleh, gaduh dengan wife lah ni kan, sebab tulah wife dia datang hari ni.” ucap Woozi lagi. Tak semena- mena langkah kaki Yoongi terhenti.

“Apa kau cakap?”

“Eh? Kau tak tahu ke wife kau datang ke hospital hari ni? Aku baru je nampak dia dengan Seokjin tadi. Ha tu dia!” jari ditundingkan ke arah dua susuk tubuh yang baru keluar dari suatu ruangan.

Mata Hannah yang kelihatan sebab seperti baru habis menangis. Sempat dia lihat gadis itu menyeka air matanya.

Entah apa yang mendorong Yoongi untuk melangkah kearah mereka dengan langkah yang cepat. Tapi yang pastinya, perasaan marahnya membuak- buak.

“Eo Yoongi-”

Buk!

Sebiji penumbuk melayang ke pipi Doktor Kim Seokjin membuatkan orang yang berada disekitar tersebut terkejut. Tubuh Seokjin tersembam diatas lantai.

“Kau okay tak, sayang?” soal Yoongi, kedua bahu Hannah dipegangnya erat.

Dia risau?

“Saya okay. Ta- tapi kenapa awak tumbuk dia? Dia cuma tolong saya sesuatu.” ujar Hannah seraya membantu Seokjin berdiri.

Yoongi makin dibakar api kemarahan bila Hannah menunjukkan sikap caring kepada Seokjin.

“Sakit tak? Saya boleh sapukan ubat.” tawar Hannah. Seokjin cuma senyum pasrah sambil memegang pipinya yang ditumbuk tadi.

“Saya boleh-”

“Jom balik.” lengan Hannah ditariknya. Tak peduli tentang waktu kerja, Yoongi tak mahu lihat Hannah berduaan dengan Seokjin sekarang.

“Yoongi, saya tak nak balik!”

“Masuk!”

Kereta Yoongi meluncur diatas jalan raya, matanya fokus terhadap pemanduan buatkan Hannah sedikit gerun untuk berbicara dengan lelaki itu.

“Buat apa datang hospital?” soalnya dingin.

“Buat apa nak tahu?”

“Sebab aku suami kau.” jawab Yoongi, perkataan 'suami' sengaja ditekan agar Hannah tahu yang dirinya masih bergelar suami kepada Jeon Hannah.

“Sejak bila?”

“Hannah-”

“Saya tanya, sejak bila? Takkanlah disebabkan hal tadi, awak barulah nak mengaku yang saya ni isteri awak?” jawab Hannah, dia beranikan diri untuk bertentang mata dengan Yoongi.

Dapat dia lihat lelaki itu menahan marah bila rahangnya bergerak seakan mahu mengatakan sesuatu.

Terus kereta Yoongi membelok memasuki satu selekoh hutan.

“Yah! Nak bawa saya pergi mana?!” soal Hannah, sedikit terkejut dengan tindakan lelaki itu.

“Tadi kau berduaan dengan Seokjin kan? Sekarang kau berduaan dengan aku pulak.”

“Dalam hutan.”

With no one around.” ucap Yoongi.

“Eh?!”

.

Hai❤ tidur awal, esok sekolah.

K bye.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro