Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 24🍁

Our Faith

____________________

“TAE- Taehyung-ssi...

Cik Hannah buat apa dekat sini?” soalnya sambil melabuhkan punggung diatas ruang kosong di perhentian bas itu.

“Cik Hannah sakit?” soalnya tanpa sempat aku menjawab soalannya yang pertama tadi.

Hannah cuma mengangguk, mengiyakan tekaan lelaki itu walaupun ianya bertentangan dengan hal yang sebenarnya.

Hey, takkanlah nak cakap juga yang dia ke hospital sebab nak buat IVF?

“Boleh saya tahu, Cik Hannah sakit apa?”

“Sakit hati.” jawab Hannah sarkastik, langsung saja dia teringat akan sikap Yoongi yang buatkan dia terasa hati pagi tadi. Eiii, pedih dia tu. Tak boleh nak diterangkan!

“Em, awak buat apa kat sini?” soal Hannah pula.

“Oh, saya temankan isteri saya check up tadi. Dia tunggu depan pintu utama, tapi bila saya nampak Cik Hannah kat sini. Saya singgah kejap.” terangnya sambil tersenyum.

Hannah terkebil- kebil. Dua patah perkataan yang membuatkan jiwanya bagai direntap saat itu juga.

C- check up?

“Yup. Tapi tak ada rezeki lagi.” katanya dalam nada kecewa sebelum tunduk memainkan jari jemarinya.

Hannah cuma diam saja. Kalau boleh, mahu saja dia meluahkan isi hatinya saat itu juga. Dia mahu berterus terang bahawa dia adalah Park Jieun yang sebenarnya.

Tapi dia tak punya bukti dan keberanian untuk mengucapkannya.

“Boleh saya tanya sesuatu?” tanya lelaki itu.

“Apa dia?” soal Hannah. Keningnya dijongket satu.

“Cik Hannah ni-”

“Jeon Hannah.” panggil satu suara serentak kedua mereka mendongak memandang ke satu arah.

Wajah dingin Yoongi yang sedang berdiri di tepi kereta itu hanya dipandang kosong oleh Hannah.

“Jom balik.” ajaknya seraya melangkah merapati mereka berdua. Hannah terkebil- kebil. Sedikit pelik dengan perlawaan lelaki itu.

Yalah, bukan Yoongi ni tak suka ke dekat dia? Habis tu kenapa tak ada angin tak ada ribut dia tiba- tiba je ajak balik?

Something fishy...

Kenal ke?” soal Taehyung menyentakkan Hannah dari lamunannya. Ketika itu Yoongi sudah berada dekat dengan mereka berdua.

“Eum... dia ni... em...”

“Aku Min Yoongi, doktor disini dan suami Jeon Hannah.” balas Yoongi. Hannah mengetap bibir, seperti yang diduga, dahi lelaki itu berkerut menandakan yang dia pelik.

“Suami?” ulangnya.

“Ya, suami. Ada masalah?” balas Yoongi, kali ini dia kedengaran jengkel dengan soalan tersebut. Matanya menjeling sekilas pada Hannah yang masih ralit memandang wajahnya dengan pandangan tak suka.

“Oh, kalau macam tu. Saya balik dululah. Nak ambil isteri. Jumpa lagi, Cik Hannah.” Taehyung meminta diri sebelum mengangkat punggung lalu masuk kedalam keretanya. Kini hanya tinggal Hannah dengan Yoongi berdua.

“Kenapa buat macam tu?” soal Hannah dengan dahi yang berkerut.

“Saja. Jom balik, halmonie kau call aku tadi. Dia nak kita melawat dia hari ni.” ujar Yoongi namun matanya sama sekali tak menatap wajah Hannah.

“Tak nak, biar saya balik sendiri.” jawab Hannah seraya memuncungkan bibirnya tanda protes.

Yalah, ucapan Yoongi pagi tadi masih berbekas dihatinya. Fikir senang ke nak lupakan?

“Okay.”

Yoongi melabuhkan punggungnya diatas tempat kosong disamping Hannah buatkan dahi gadis itu makin berlapis- lapis melihatnya.

“Buat apa duduk sini? Kan doktor tak boleh keluar-”

“Aku ambil cuti.”

Suasana kembali hening. Hannah menundukkan wajahnya. Nak ajak Yoongi berbual, tapi dia tak punya topik yang sesuai.

“Hannah...”

Eung?”

“Pasal pagi tadi. Aku minta maaf.” ucapnya ringkas dan padat. Matanya menoleh memandang ke wajah Hannah untuk beberapa detik sebelum lelaki itu mengalihkan pandangan.

“Aku minta maaf, sayang...” bisik Yoongi agak perlahan namun masih kedengaran di telinga Hannah.

Ka- kamchagi?

What i mean is, jangan bagitau apa- apa pasal IVF ni dekat halmonie kau.” ucap Yoongi menukar topik sebelum beredar masuk kedalam keretanya.

“Agrhh, geramnya!

____________________

Aiguuu, jemput minum teh. Lama dah halmonie tak jumpa makin lawa cucu halmonie seorang ni.” puji Halmonie Jeon sebelum mengusap- ngusap lengan Hannah.

Gadis itu cuma tersenyum kekok.

“Haaa suami kamu ada jahat dekat kamu tak? Kalau ada bagi tahu halmonie. Biar halmonie piat telinga dia.” ucap wanita tua itu sebelum ketawa kecil.

Hannah cuma mampu tersenyum, Yoongi sudah buat muka ketat dekat di sofa hadapan mereka.

Dia berikan pandangan tajam pada Hannah, memberi amaran jika gadis itu membongkar sisi buruknya kepada Halmonie Jeon.

“Err Hannah baik- baik je Halmonie.”

“Ya ke? Syukurlah.” ucapan wanita itu terjeda seketika. Mata tuanya ralit merenung wajah Hananh dari samping. Bibirnya menguntum senyum.

Suasana hening tercipta di ruang tamu bila Halmonie Jeon tidak bersuara lagi.

“Hannah ni-”

“Halmonie, izinkan saya keluar sekejap. Nak jawab call.” pinta Yoongi sebelum beredar keluar dari ruang tamu menuju ke luar rumah. Kini tinggal Hannah dengan wanita tua itu saja.

“Saya tahu kamu bukan cucu saya.”

N- nae?” dahi Hannah berkerut tak percaya.

Wanita tua itu cuma tersenyum saja.

“Masa kamu masuk rumah saya tadi, saya tahu kamu bukan cucu saya, Jeon Hannah. Aura kamu lain. Kamu hanya roh yang tertukar badan dengan cucu kesayangan saya. Kamu itu ibarat bunga rose hitam yang hilang warnanya.” ucapnya, riak wajahnya wanita tua itu mula berubah dingin.

Jieun menjadi gelabah.

“Pu- puan, saya minta maaf kalau keadaan saya ini buatkan puan tak sukakan saya. Jujur saya cakap, saya memang tak ada niat nak masuk dalam tubuh cucu kesayangan puan. Saya minta ampun sekiranya perkara itu buatkan puan tersinggung. Saya tak berniat langsung puan.” ucap Jieun seraya menggosok kedua tapak tangannya memohon maaf dari wanita tua itu.

Wanita tua itu terdiam. Tapak tangan Jieun dipegangnya.

“Saya tahu kamu tak berniat.” ucapnya namun Jieun masih takut untuk mendongakkan wajahnya.

“Ada sebab perkara ni berlaku dan saya tahu semuanya ni berlaku sebab ada kena mengena dengan hubungan Hannah dan Yoongi.”

“Tuhan hantarkan kamu untuk perbaiki hubungan Hannah dan Yoongi dan Tuhan lenyapkan Hannah untuk berikan dia identiti baru.” ucap wanita itu.

Jieun cuma mengetapkan bibir, masih tak faham dengan ucapan wanita itu.

“De- dengan?”

“Berikan keluarga Jeon cucu hasil hubungan suami isteri kamu berdua.” ucap wanita itu buatkan Jieun seakan mahu terjelepok jatuh diatas lantai.

N- nae?

.

Ello babe👋

[🐋]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[🐳]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro