01 - Preview
“Minggu depan kita dah nak kahwin. Kau mesti tak percaya bukan yang kita dah nak kahwin?”, Taehyung mula berkata-kata lalu langit yang penuh dengan bintang itu dipandangnya lama.
Yura tersenyum sendirian lalu dia memandang Taehyung dengan ekor matanya sebelum dia membuat perkara yang sama seperti apa yang Taehyung lakukan.
“Padahal. Dulu, kita musuh. Lawak pula rasanya bila teringat kita dulu macam mana”, Yura berkata pula bagi memberi respons kepada Taehyung.
Mereka kemudian tergelak kecil.
---
“Yura”, Taehyung memanggil Yura dan Yura yang berada di sebelahnya itu hanya diam. Yura hanya sambung menangis serta tidak menghiraukan Taehyung yang berada di sebelahnya.
“Aku minta maaf”, Taehyung berkata lalu dia cuba menarik tangan Yura keluar dari pelukan lututnya tetapi Yura dengan pantas menariknya semula.
“Pergilah, Taehyung. Aku tak ada masa nak layan kau”, Yura berkata pada Taehyung lalu dia menyembamkan mukanya pada kepala lututnya semula.
“Aku minta maaf sebab selalu kacau kau. Aku tak sangka kau akan terasa hati dengan aku sampai macam ni. Selama ni kau okay je”, Taehyung mula berkata walaupun dia masih dengar tangisan gadis tersebut.
“Aku tak sangka yang aku dah malukan kau di depan budak sekolah kita. Aku buat semua tu saja-saja je-”, Taehyung berkata lagi dengan nada yang lebih serius tetapi dia tidak mampu menyambung apabila jerkahan dari Yura mengejutkan dirinya.
“Saja-saja kau cakap? Saja-saja?! Kau tahu tak aku sebagai perempuan pun malu nak cakap aku period tapi kau buat apa?!”, Yura menjerit dengan muka yang merah padam menahan amarahya.
“Aku minta maaf-”
“Dahlah, Taehyung. Aku kata balik. Benda dah jadi”, Yura yang masih menangis itu cuba untuk berkata-kata. Dia malu dan dia rasa semua itu disengajakan oleh Taehyung.
Dia tak sangka Taehyung, musuh ketatnya itu sanggup buat macam ni pada perempuan yang lemah macam dia. Dia mungkin nampak kuat sebelum ini, tapi hari ini, peristiwa yang berlaku membuatkan dia betul-betul lemah. Malu dengan dirinya sendiri.
---
“Bye, Jimin! Nanti jangan tunggu aku. Aku balik lambat”, Yura menjerit dari muka pintu kelasnya. Jimin hanya mengangkat tangannya sambil berlari ke kelasnya.
Yura dengan senang hati terus berjalan ke arah tempatnya lalu dia duduk di kerusinya. Dia mengerutkan dahi apabila melihat beberapa orang sudah menahan tawa melihat ke arahnya. Dan, yang pasti, mereka adalah geng yang sering membulinya iaitu Kim Taehyung dan rakan-rakannya.
Dia hanya menghiraukan mereka sebelum cikgu untuk subjek seterusnya masuk ke kelas mereka.
KRINGGG!!
Bunyi loceng itu menandakan waktu sekolah telah tamat. Yura dengan lemahnya meletakkan kepalanya di atas meja. Dia masih ingat pesanan Miss Jaera yang menyuruhnya menghantarkan semua buku English yang sudah dikutip ke tempat cikgu tersebut.
“Argh! Malasnya!”, Yura merungut kecil sebelum dia mengangkat punggungnya dari atas kerusi. Terus dia bergerak ke hadapan kelas dan mengambil buku-buku English yang perlu dihantar.
Keluar sahaja dari kelasnya, dia mengerutkan dahinya apabila semua orang yang berada di laluan yang dilaluinya itu tersengih memandang dan ada yang memandang pelik.
“Kenapa pula ni?”, Yura menggumam sendiri tetapi dia hanya mengendahkan mereka lalu terus berjalan menuju ke bilik guru. Belum sempat dia memulaskan tombol, dia dikejutkan dengan panggilan dari belakang.
“Yura!”, seseorang yang seperti dia kenali berlari ke arahnya. Dia sudah menggulingkan mata melihat musuh ketatnya, Kim Taehyung berada di hadapannya. Termengah-mengah dia setelah berada di hadapan Yura.
“Nak apa? Apa lagi yang kau rancang ni, Taehyung? Aku penatlah nak layan plan bodoh kau tu”, Yura menghela nafas berat, masih penat kerana dia masih mendukung buku-buku English itu.
“Ni. Kau bocor”, Taehyung berkata sambil menghulurkan sebungkus pad berjenama kotex dan itu cukup membuatkan Yura membulatkan matanya, terkejut. Mukanya telah berona merah kerana perasaan malu yang mua menerjah dirinya.
“Kau biar betul? Kau jangan main-main, Taehyung. Benda ni bukan boleh bawak main, Kim Taehyung”, Yura sudah gelabah dengan buku-buku English masih di dukungannya.
“Betullah. Buat apa aku nak bazirkan masa pergi beli pad untuk kau kat koperasi? Ni ambil. Aku tolong hantarkan buku ni”, Taehyung terus mengambil buku yang berada di dalam dukungan Yura dan terus meloloskan diri ke dalam bilik guru selepas memberikan pad kepada Yura.
Yura, apa lagi? Terus pecut berlari ke tandas berdekatan untuk memakai pad tersebut. Patutlah ramai yang memandangnya pelik tadi. Matanya sudah berair kerana terlalu malu dengan dirinya ketika itu.
Pucat terus muka Yura apabila dia sudah ditipu hidup-hidup dengan manusia bernama Kim Taehyung itu. Dia berlari terus ke kelasnya dengan mata yang berair sebelum pergi ke tempat duduknya.
Sah! Dia ditipu! Kerusinya yang sudah mempunyai kesan cat merah itu dibaling olehnya geram.
Terus dia duduk di belakang kelas dan memeluk lututnya sambil menyembamkan mukanya pada kepala lututnya. Teresak-esak dia menangis.
“Yura!”, suara orang yang sangat dia benci kedengaran dengan ketawa kuat tetapi makin lama makin mengendur.
---
“Aku minta maaf”, sekali lagi Taehyung memohon maaf pada Yura.
“Eee! Aku kata dah, da-”,Yura ingin memarahi Taehyung tetapi terbantut.
“Aku suka kau!”, jeritan Taehyung betul-betul buat jantung Yura bagai ingin gugur pada ketika itu. Dia terdiam sambil matanya yang berair itu memandang Taehyung. Terkebil-kebil.
“Dah lama. Sejak dulu. Tapi, aku ego. Ego aku tinggi sangat sampaikan aku tak sedar yang aku dah lukakan hati orang yang aku sayang iaitu kau. Aku suka kau, Kang Yura. Aku cintakan kau, Kang Yura”
---
“Yu-”, tanpa sempat Taehyung memanggil nama Yura, Yura terus pergi jauh darinya tanpa memandangnya.
Dia sebenarnya masih terkejut dengan kata-kata Taehyung tempoh hari. Dia terkedu.
“Hi, Yura!”, seseorang menegur Yura dan Yura yang baru sahaja mengangkat kepala itu tersenyum memandang jejaka di hadapannya.
“Hi, Jimin!”, Yura menyapanya gembira.
“Jom makan. Kau mesti lapar, bukan?”, Yura menganggukkan kepalanya lalu terus dia berjalan beriringan bersama Jimin.
---
“D-dia cakap macam tu?”, Jimin bertanya pada Yura dan Yura hanya mengangguk lalu dia bermain dengan makanannya itu.
“Aku tak sangka. Selama ni, hanya kau yang tahu. Tapi, lepas apa yang dia beritahu buat aku buntu. Aku tak tahu nak rasa seronok ataupun rasa marah. Sebab dia dah malukan aku di hadapan khalayak ramai”, Yura menerangkan tentang perasaannya ketika itu pada kawan baiknya itu.
“Yura. Kadang-kadang, kita memang marahkan sesuatu. Tetapi, kalau rasa suka kau pada dia nak mengatasi rasa benci dan marah itu, jangan kau halang sebab itu bermaksud orang tersebut betul-betul penting pada kau”, Jimin menggapai tangan Yura lalu digenggam erat.
“Kau rasa aku patut ikut cara kau?”, Yura memgangkat wajahnya memandang Jimin dalam.
“Kalau itu buat hati kau tak gelisah begini. Kau gembira, aku juga gembira”, Jimin tersenyum pada Yura.
---
Taehyung menunggu Yura di hadapan kelas Yura. Memang inilah rutin harian. Walaupun dipandang pelik oleh semua orang di sekelilingnya tetapi dia tidak menghiraukan pandangan mereka.
Sekarang dah tiba masanya, dia buang rasa egonya yang cukup tinggi. Disebabkan rasa ego itulah, Yura tersakiti tanpa dia sedar.
Jadi, dia bertekad ingin mengambil hati Yura. Dia ingin mengejar cinta Yura walaupun dia perlu menunggunya sehingga 100 tahun akan datang.
Dia dah cinta mati dengan Kang Yura. Kim Taehyung sudah dibutakan dengan cintanya pada Kang Yura.
Tiba-tiba, matanya menangkap kelibat Yura yang sudah keluar dari kelas. Seperti biasa, dia memanggil nama Yura sambil tanggannya berusaha ingin menggapai tangan Yura.
“Yura”, Yura diam. Tidak melawan mahupun memandangnya. Taehyung tersengih kecil apabila Yura hanya diam dan tidak merentap tangannya keluar dari pegangannya.
“Erm. Jom makan sekali?”, Taehyung mula mengajak Yura. Yura diam sebelum dia mengangguk perlahan. Taehyung sudah tersenyum lebar. Betapa gembiranya hatinya apabila dapat anggukan Yura tadi.
Mereka pun bergerak ke kantin bersama. Tetapi, Yura hanya diam.
Dalam hati, Taehyung sudah tertanya-tanya kenapa dengan Yura. Ini bukanlah Yura yang dia kenal yang sepatutnya seorang yang bising.
Mungkin kerana kehadirannya mengjanggalkan keadaan?
“Kau duduk sini dulu. Nak makan apa? Biar aku belikan untuk kau”, Taehyung dengan seronoknya dia bertanya pada Yura.
Yura lagi sekali hanya diam. Lama dia mendiamkan dirinya. Tidak ada usaha langsung ingin menjawab soalan Taehyung. Taehyung hanya mengeluh lalu dia tersenyum semula.
“Aku beli yang sama dengan makanan aku ye? Erm. Okaylah. Tunggu tau”, Taehyung terus berjalan pergi dengan gembira ke arah kaunter pengambilan order.
“Betul ke apa yang aku buat ni?”, Yura bertanya pada dirinya perlahan sebaik sahaja kelibat Taehyung tenggelam di dalam longgokan orang lalu dia memegang kedua-dua belah pipinya yang rasanya sudah membahang teruk.
---
“Kenapa kau diam je dari tadi?”, Taehyung bertanya apabila dia nampak Yura hanya bermain dengan makanannya sambil menundukkan pandangannya ke arah makanannya.
Yura berhenti daripada bergerak lalu dia meletakkan sudu dan garfu di tangannya tetapi kepala masih ditundukkan.
“Aku marah. Marah sangat”, Yura mula berkata-kata dan ini cukup membuatkan Taehyung rasa bersalah yang amat. Dia juga mula hilang senyuman manisnya tadi.
“Aku minta maaf”, Taehyung berkata dan Yura tidak membalas malah dia sambung berkata-kata.
“Tapi, rasa itu dah mengatasi rasa marah aku pada kau. Betapa aku tidak percaya yang aku selama ini tak bertepuk sebelah tangan. Betapa aku sedih apabila kau memalukan aku tempoh hari. Aku malu. Aku marah. Tapi, disebabkan rasa sayang aku pada kau telah mengatasinya, aku tumbang.
Aku mengaku dah lama aku simpan perasaan pada kau. Tapi aku tak tahu bila. Perasaan itu tiba-tiba sahaja datang. Tanpa aku sedar, hati aku berbunga-bunga di saat aku dapat melihat kau di hadapan aku. Tenang sahaja jiwa.
Jadi, aku jual mahal sebab aku tahu jika aku layan, aku nampak seperti desperate inginkan kau layan aku sedemikian. Tiap hari aku mengharapkan benda yang sama. Iaitu, balasan daripada perasaan sayang aku pada kau. Dan kau dah buktikan yang harapan aku terbalas tempoh hari. Aku terima kau, Kim Taehyung”
---
“Kamu dah bersedia, sayang?”, Puan Kang bertanya pada Yura. Yura hanya tersenyum sebelum menarik nafasnya dalam. Lalu, dia mengangguk sebaik sahaja nafasnya dilepaskan perlahan-lahan.
“Okay! Mama tak sabar dah ni nak tengok anak mama bahagia bersama menantu mama yang kacak tu”, Puan Kang menepuk bahu Yura berkali-kali sebelum Yura tergelak kecil melihat gelagat ibunya.
“Sudikah anda, Kim Taehyung menerima Kang Yura sebagai isteri anda yang sah?”
“Ya, saya sudi”
“Sudikah anda, Kang Yura menerima Kim Taehyung sebagai suami anda yang sah?”
“Ya, saya sudi”
“You may kiss your bride”
Dan pada ketika itulah, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dua hati yang disatukan dengan sebentuk cincin itu bahagia.
Walaupun bermula daripada permulaan yang agak perit tetapi tidak mustahil ahirnya mereka disatukan, bukan? Jadi, mereka telah buktikan yang mereka boleh mengubah segalanya hanya dengan satu perasaan iaitu perasaan cinta.
Cinta mati.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro