Chapter 5
Taehyung membetulkan beg galasnya lalu dia mula melangkahenuju ke pagar sekolahnya. Senyumannya melebar saat dia melihat Haeda berada di hadapannya.
"Hae-"
"Yah, Jeon Jungkook! Nak mati ke?!"
Terhenti niat Taehyung untuk menegur Haeda apabila mendengar Haeda memanggil nama Jungkook malah senyumannya juga terus pudar. Tangannya yang berniat ingin melambai ke arah Haeda diturunkan semula.
Dia berjalan perlahan mendekati pagar sekolah dan dapat dia lihat Haeda dan Jungkook tampak sangat rapat.
"Awak tahu tak dari dekat taman perumahan kita saya bercakap dengan awak tapi awak rupanya tak dengar pun?"
Jungkook hanya diam sebelum menjawab ringkas.
"Kau bising sangat."
Jungkook terus sahaja berjalan meninggalkan Haeda yang terkebil-kebil. Haeda terus memandang belakang tubuh Jungkook lalu dikejarnya masuk bersama Jungkook.
Taehyung hanya memandang kosong ke arah mereka berdua sehinggalah kelibat mereka hilang dari pandangannya. Tangannya dikepal menjadi penumbuk sebelum dia mula berlagak tenang saat dirinya ditegur oleh rakan-rakannya yang baru sahaja tiba.
-
"Yah, Jeon Jungkook. Awak tak nak makan ke?" Haeda menyoal Jungkook yang berada di sebelahnya itu usai sahaja kelas sebelum wajtu rehat itu tamat.
"Jangan kacau akulah." Balas Jungkook membuatkan Haeda menggulingkan biji matanya, menyampah.
"Ish. Orang tanya je. Yelah. Saya pergi lunch dulu. Jangan rindu." Haeda terus sahaja bangkit duduknya lalu terus sahaja dia memandang Daeyun di hadapannya dan mengajaknya pergi.
"Jom, Dee."
Jungkook membuka sedikit runagan di antara lengannya untuk melihat kelibat Haeda yang sudah menghilang itu. Hujung bibirnya terangkat lalu dia kembali melelapkan matanya semula.
"Kau memang takkan dengar cakap kami kan, Haeda?" Daeyun memula bicaranya dan dengan pantas Haeda memberi reaksi sambil memandang ke arah Daeyun di sebelahnya bersama riak wajah bingung.
"Apa?"
"Fasal Jungkook. Haih. Tak apalah." Balas Daeyun seraya mengeluh perlahan. Haeda tersenyum nipis dan memandang ke hadapan semula.
"Aku percaya dia baik, Dee. Aku akan tanggung the consequences. Tak perlu risau. Okay?" Ujar Haeda dengan yakin membuatkan Daeyun sekali lagi mengeluh, dia dudah buntu ingin menasihati Haeda yang sejujurnya memang keras kepala itu.
"Apa-apa jelah, Haeda. Jangan menyesal kemudian sudah."
Haeda hanya terdiam lalu mereka akhirnya tiba di kantin. Hyuna terus sahaja menegur mereka.
"Yow, korang! Datang pun. Nasib tau aku datang dulu, kalau tak habis semua tempat duduk dikebas orang."
Haeda hanya tersenyum apabila teringatkan kata-kata Daeyun tadi. Sudah hampir sebulan dia berada di sekolah swasta ini namun masih tiada tanda-tanda yang membuktikan kata-kata warga sekolah ini.
Dan, dia akan mencari jawapan itu untuk membuktikan bahawa mereka hanya salah anggap akan lelaki bernama Jeon Jungkook itu.
-
"Jungkook."
Jungkook yang baru sahaja bangkit dari duduknya ketika kelas mereka hampir kosong itu terus sahaja memandang ke arah Haeda.
"Awak nak teman saya belajar tak?" Soal Haeda kepada Jungkook. Sebenarnya, dia sengaja mengajak si Jungkook tu belajar bersama. Ada bagusnya kalau dia boleh belajar sekali dengan budak pandai macam Jungkook ni.
"Tak nak." Jawab Jungkook ringkas mbuatkan Haeda merungut perlahan.
"Alaa. Exam dah nak dekat ni. Kalau saya tak tahu jawab apa-apa, boleh saya tanya awak. Awak kan budak pandai? Cuba kongsi sikit ilmu yang awak ada tu." Jawab Haeda dan Jungkook sekali lagi menjawab.
"Aku ada hal. Maaf."
Jungkook terus sahaja berlalu keluar dari kelas meninggalkan Haeda yang mencebik kecil akan kedinginan yang ditunjukkan oleh Jungkook itu.
Haeda mula mengeluh perlahan lalu terus sahaja dia mengemas bukunya dan mula melangkah keluar untuk ke perpustakaan sekolah.
"Eh, Taehyung?"
Haeda terus menegur Taehyung saat matanya dapat menangkap susuk tubuh Taehyung dari jauh. Terus sahaja dia berjalan mendekati Taehyung.
"Ouh, hai, Haeda. Nak pergi mana?" Soal Taehyung kepada Haeda. Haeda kemudiannya terus sahaja menjawab.
"Library. Nak study. Eh, Taehyung. Apa kata awak ikut saya? Mak awak mesti suka kalau awak study sekali dengan saya." Ajak Haeda membuatkan Taehyung tergamam. Dia mengusap belakang lehernya bersama sengihan janggal.
"Err, tak apalah, Haeda. Saya erm, ada hal." Jawab Taehyung membuatkan Haeda tergelak.
"Ceyh. Nak balik tidurlah tu?"
Taehyung tergelak janggal lalu Haeda terus menggelengkan kepalanya, masih bersama sengihan kecil yang terukir di bibirnya.
"Hehe. Betullah tu." Jawab Taehyung malu. Jaeda terus sahaja melirikkan matanya ke arah jam di tangan kirinya dan mula mengangkat wajahnya semula memandang ke arah Taehyung di hadapannya.
"Okaylah, Taehyung. Saya pergi dulu. Ada masa sejam lagi ni sebelum library tutup."
"Ah, okay, Haeda. Goodluck!" Taehyung mengangkat dua lengannya dengan tangan dikepal menjadi bulat lalu ditayangkan ke arah Haeda bersama sengihan.
"Baik. Terima kasih."
Taehyung memandang ke arah Haeda yang kini sudah berjalan menjauhinya itu. Dia tersengih kecil lalu mula membetulkan beg di bahunya dan terus sahaja berjalan menuju ke pintu keluar bangunan tersebut.
-
"Ye, ma. Haeda dah nak turun dari bas ni. Jangan risau." Haeda memberitahu mamanya uang berada di hujung talian sambil matanya memandang keluar tingkap bas tersebut.
Matanya dapat menangkap perhentian bas yang bakal dituruninya dan dia terus sahaja menekan penggera untuk memberhentikan bas tersebut.
"Ma. Haeda dah nak sampai ni. Jumpa di rumah."
Haeda terus sahaja mematikan panggilan daripada mamanya itu usai sahaja mamanya membalas kata-katanya.
Dia berjalan perlahan memasuki taman perumahannya dari tempat perhentian bas itu sambil memandang ke arah kakinya. Sekali sekala dia memgangkat wajahnya memandang sekeliling.
Kakinya tiba-tiba sahaja berhenti betul-betul di hadapan sebuah rumah. Ya, di hadapan rumah Jeon Jungkook. Dia mengalihkan pandangannya ke kiri untuk melihat rumah agam tersebut.
Tak lama kemudian, Haeda meneruskan perjalanan untuk ke rumahnya yang tidak jauh daripada situ.
Bunyi pintu pagar dibuka kasar dan kemudiannya ditutup dengan kuat membuatkan bahu Haeda terhinjut lalu cepat sahaja tubuh Haeda dipalingkan kembali memandang ke belakangnya.
Haeda terus sahaja menyembunyikan diri di sebalik tembok rumah agam tersebut apabila matanya menangkap Jungkook keluar dari rumahnya.
"Abang!" Suara nyaring seorang budak bersama tangisan itu mula didengari oleh Haeda.
"Lepaskan abang, Jina. Takpa. Jina pergi masuk ye? Jangan risau. Esok abang balik."
"T-tapi, abang..." Tangisan gadis itu mula berbunyi tetapi dengan lebih kuat.
"Shush. Jangan nangis. Jina masuk ye? Abang kena pergi ni. Kejap lagi ayah marah Jina pula macam mana? Jina nak ke?"
Jungkook memujuk Jina yang sedang menangis teresak-esak itu lalu dia mengusap lembut wajah Jina, mengesat air mata yang tumpah dengan deras itu.
"T-tak nak. Jina tak suka ayah marah." Balas Jina polos membuatkan Jungkook tersenyum nipis.
"Ha, kalau macam tu, pergi masuk ye?"
"Abang hati-hati. Jina sayang abang." Jina terus sahaja mengucup bibir Jungkook lalu Jungkook tersenyum.
"Ye, ye. Abang sayang Jina juga."
Haeda dari jauh melihat gelagat dua beradik itu. Saat dia melihat si adik bernama Jina itu sudah masuk ke dalam rumah mereka, dia mengeluh perlahan.
Dia baru sahaja ingin melihat jika Jungkook sudah pergi ataupun belum namun, deria pendengarannya disapa dengan suara Jungkook.
"Kau boleh keluar sekarang, Yeo Haeda."
Fish, dia tahu?
Haeda perlahan-lahan melangkah keluar dari tempat persembunyiannya. Jungkook mengangkat wajahnya memandang Haeda, kosong.
"J-jungkook..."
Haeda terkejut apabila melihat tangan Jungkook dipenuhi dengan lebam malah mukanya juga penuh dengan lebam dan sisi bibirnya berdarah.
Dengan pantas dia berjalan mendekati Jungkook dan terus sahaja dia ingin menyentuh wajah Jungkook namun Jungkook laju sahaja menepis tangan Haeda dengan kepalanya yang dialihkan ke tepi bagi emngelakkan tangan Haeda menyentuhnya.
"Lupakan."
Pandangannya kembali ditegakkan tepat pada wajah Haeda sebelum dia menyambung ayatnya.
"Lupakan segala yang kau lihat dan dengar."
Haeda tergamam dan tika itu jugalah, Jungkook mula berura ingin melangkah meninggalkannnya namun dengan pantas, dia menarik terus tangan kekar milik Jungkook sehingga Jungkook mengaduh perlahan.
"Ark."
"Ouh, maaf." Haeda terus sahaja melepaskan tangan Jungkook yang digenggamnya itu.
"Tapi, bagi saya ubatkan luka awak? Nanti tinggal parut." Jungkook terdiam lama sebelum dia mengeluh dan hanya akur.
-
"Ark. Ark."
"Tahan sikit. Lagi sikit je ni."
Haeda masih sedaya upaya meletakkan ubat di tangan dan wajah Jungkook yang terdapat kesan luka itu.
"Okay, done."
Haeda berkata lalu dia kembali menyimpan ubat-ubatan tersebut di dalam plastik yang disertakan ketika membeli ubatan tersebut. Mereka kini berada di dalam sebuah kedai 24 jam yang menyediakan meja dan kerusi di dalamnya.
"Tadi tu, adik awak ke?" Soal Haeda lalu Jungkook hanya berdehem perlahan bagi emnjawab persoalan tersebut.
"Hm."
"Comel. Macam awak."
Haeda terdiam apabila dia sedar apa yang baru sahaja dia utarakan. Dia menggigit bibir bawahnya dengan hati yang kini sedang memaki dirinya sendiri. Jungkook juga pada awalnya agak terkedu namun dikawal riak wajahnya.
"Kau...tak nak tanya macam mana aku dapat semua kesan luka dan lebam ni?"
Jungkook menyoal apabila dia terasa pelik dengan Haeda memandangkan Haeda yang dia kenali adalah seorang yang tak senang duduk apabila terdapat persoalan tak berjawab di dalam benak mindanya.
"Erm. Tak nak. Saya tahu kalau saya tanya awak mesti takkan jawab."
Jungkook tanpa sedar mula menbentuk senyuman nipis usai mendengarkan jawapan Haeda itu. Haeda mengangkat wajahnya memandang Jungkook yang sedang menundukkan wajahnya, membetulkan lengan bajunya supaya tidak terkena pada ubat di tangannya sebelum dia juga mengukirkan senyuman.
"Haeda." Panggil Jungkook tak lama kemudian.
"Hm?"
"Tolong. Jangan tinggalkan aku."
__________
happy fasting, chemua. muah <3
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro