Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 4

"Haeda sayang. Harini cikgu tutor kamu akan datang tau. Jangan lupa." Puan Yeo membuka pintu bilik anaknya itu lau mula berjalan menuju ke arah anaknya yang sedang membaca buku novel di atas katil itu.

Alahai. Cuti kut mama? Kenapa perlu ada private tutor?

"Hm. Baik, ma." Haeda berkata seraya menutup novel di tangannya itu. Puan Yeo tersenyum lalu mula bersuara semula saat mindanya dapat mengingati sesuatu yang perlu diberitahu kepada anak perempuannya itu.

"Ouh, ya. Private tutor kamu tu akan bawa anak dia tau. Belajar sekali." Sebelum sempat Puan Yeo mengalihkan tubuhnya untuk keluar dari bilik anaknya itu, terus dia berkata apabila perkara itu mengetuk memorinya.

"Laa, kenapa pula, ma? Bukan privatelah tu. Ish." Haeda merungut perlahan membuatkan Puan Yeo tersenyum, kenal sangat perangai anaknya yang jarang bersosial dengan orang luar itu.

"Jangan mengada, Haeda. Mama yang benarkan. Anak dia sama umur malah sama sekolah dengan kamu. Apa salahnya? Boleh kamu buat kawan baru." Jawab Puan Yeo membuatkan Haeda mencebik kecil sebelum mengeluh perlahan.

"Hm, yelah, ma."

"Bagus, anak mama. Mama dengan papa pergi kerja dulu ya? Jaga rumah and if you want to go out, do message me. Okay, Haeda sayang?" Nasihat Puan Yei lalu Haeda mendongka memendang mamanya dan diangguk kepalanya.

"Okay, ma."

Puan Yeo mencium dahi anaknya sekejap lalu dia bersama senyuman terus mengorak langkahnya keluar dari bilik anaknya itu.

-

Loceng rumah mula berbunyi lalu Haeda dengan pantas menuruni anak tangga dan terus sahaja melihat tetamu di skrin keselamatan yang disambung dengan kamera di pintu pagar rumah.

"Saya datang sebagai private tutor subjek Mathematics." Tegur wanita di luar pagar rumah Haeda itu.

"Ouh, dah sampai." Haeda terus sahaja membuka kunci pagar tersebut bagi membenarkan guru itu masuk ke dalam rumah.

"Selamat da- Eh, Taehyung?" Haeda terkejut apabila seseorang yang dikenalinya berada di belakang guru tutornya itu.

"Yeo Haeda? Apa kau buat dekat sini?" Soal Taehyung, juga terkejut melihat Haeda di hadapannya itu.

"Laa, korang memang dah saling kenal ke? Tapi, tak silap saya, Taehyung bukan kelas sama dengan kamu, Haeda?" Soal Puan Kim kepada mereka lalu mereka tersengih kecil.

"Ouh, mak. Tae kenal Haeda petang semalam. Kami kelab olahraga sama-sama." Jawab Taehyung lalu dibalas dengan anggukan daripada Puan Kim yang merangkap guru private tutor Haeda.

"Wah, baguslah kalau macam tu. Senang kamu nak belajar sekali nanti sebab dengar kata, Haeda ni budak pandai." Ujar Puan Kim membuatkan Haeda menggigit bibr bawahnya dengan pandangan yang ditundukkan., malu.

"Eh, tak adalah, cikgu. Biasa-biasa je. Eh, cikgu. Jomlah masuk. Saya dah siapkan tempat untuk belajar. Kita belajar dekat bilik saya ye?" Ajak Haeda lalu Puan Kim mula mengangguk akur.

"Ha, ye. Baiklah."

-

"Yah, Kim Taehyung. Bangunlah. Kamu ni kerja tidur je. Cuba jadi macam Haeda ni. Dari tadi belajar je." Puan Kim menepuk bahu anaknya yang sedang meletakkan kepalanya di atas meja belajar milik Haeda itu, terlelap.

"Erm. Tak naklah. Tae dah penat."

Taehyung menjawab lalu terus sahaja dia mengangkat kepalanya lalu dijatuhkan tubuhnya ke atas lantai beralaskan karpet tebal itu. Selesa sahaja dia baring di atas karpet tersebut.

Haeda tergelak kecil melihat telatah Taehyung bersama maknya itu.

"Maaflah, Haeda. Cikgu ajak dia sebenarnya nak suruh dia belajar. Dia ni malas betul kalau bab belajar." Kata Puan kIm membuatkan Haeda mengangguk bersama gelakan kecil, geli hati melihat telatah Taehyung itu.

"Faham, cikgu." Haeda masih tidak lepas daripada tergelak kecil melihat Taehyung yang sudah terbaring di atas lantai biliknya.

-

"Terima kasih, cikgu sudi nak ajarkan saya. Jumpa minggu depan." Ujar Haeda lalu dia membongkokkan tubuhnya bagi menunduk hormat pada gurunya itu.

"Baiklah, Haeda. Sama-sama. Kalau boleh dekat sekolah tu, ajak-ajaklah Taehyung ni pergi belajar. Risau betul cikgu tengok markah peperiksaan dia."

Beritahu Puan Kim membuatkan Haeda tergelak. Dia mengangguk akur sebelum menjawab.

"Baiklah, cikgu. Nanti saya cuba ye?"

"Alah, mak. Haeda kan kelas lain?" Rungut Taehyung usai mendengarkan kata-kata maknya bersama balasan daripada Haeda itu.

"Takda alasan, Kim Taehyung. Lepas sekolah boleh kan kamu belajar dengan Haeda dekat library?" Ujar Puan Kim kepada anaknya yang sedang berdiri di sebelahnya dengan wajah cemberut itu.

"Mak! Mana boleh! Petang Tae nak tidur." Sekali lagi Taehyung merungut. Habislah jadual petangnya terganggu dengan perancangan maknya itu.

"Aip, Kim Taehyung. Okaylah, Haeda. Cikgu balik dulu." Puan Kim terus sahaja menarik anaknya mengikutinya masuk ke dalam perut kereta.

"Okay, cikgu. Selamat jalan. Bye, Taehyung." Haeda membalas sambil melihat Puan Kim dan Taehyung itu memasuki kereta mereka.

"Hm, bye, Haeda." Taehyung melambaikan tangannya ke arah Haeda sebelum menyumbat dirinya ke dalam kereta.

Haeda melambai tangannya kepada Cikgu Kim dan Taehyung yang kini sudah menaiki kereta merwka untuk pulang ke rumah mereka.

Haeda tersenyum lalu terus sahaja dia mula berniat untuk memasuki kembali ke dalam rumahnya namun niatnya seakan-akan terbantut apabila matanya menabmngkap satu figura sedang berjalan dari jauh.

Lelaki itu berpakaian hoodie hitam yang ditarik hoodnya menutupi kepalanya bersama seluar jeans hitam yang ketat menampakkan bentuk kakinya.

"Jeon Jungkook?" Panggil Haeda apabila dia yakin bahawa lelaki itu adalah Jeon Jungkook.

Langkah lelaki itu terhenti di hadapan Haeda betul-betul di hadapan pagar rumah Haeda. Dia mengangkat sedikit wajahnya lalu ditundukkan semula tanpa sempat Haeda melihat sepenuhnya wajahnya.

"Apa awak buat seorang-seorang dekat luar ni? Dah nak malam kut." Soal Haeda kepada jejaka itu.

"Get out from my way." Perlahan dan dingin sahaja Jungkook berkata namun cukup jelas untuk didengari oleh Haeda dek tubuh mereka yang agak rapat itu.

Jungkook terus berjalan melepasi Haeda tanpa memandang ke arah Haeda sekilas pun.

"Yah, Jeon Jungkook. Kenapa dengan awak ni?" Tangan Jungkook ditarik dari belakang lalu Jungkook dengan pantas terus merentap tangannya keluar dari pegangan tangan Haeda.

Haeda terkebil-kebil memandang belakang tubuh Jungkook yang kini sudah berjalan menjauhi dirinya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro