Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 18

Selamat berbuka, kesayangan chemua💜

•••

"Haeda!"

Haeda berpaling ke arah dua insan yang berada di muka pintu wad yang didudukinya. Dia tersenyum lebar melihat dua kawannya itu datang melawatnya.

Daeyun dan Hyuna memandang Haeda dan pandangan mata mereka berpindah ke arah Jungkook yang baru sahaja keluar dari tandas.

Wajah Jungkook dingin sahaja dan wajah mereka itu hanya dipandang sekilas sahaja olehnya.

Dia berjalan ke arah Haeda lalu dia menggenggam tangam Haeda.

"Aku keluar dululah. Tak nak kacau korang." Beritahu Jungkook dan Haeda tersenyum kecil dan mengangguk faham.

Jungkook terus melepaskan genggaman tangannya itu lalu dia berjalan keluar dari wad itu setelah diberi laluan oleh Daeyun dan Hyuna.

Sebaik sahaja kelibat Jungkook berjalan semakin menjauhi wad itu, mereka terus sahaja menerpa ke arah Haeda.

"Weyh, Haeda. Kau tak putus lagi dengan dia ke? Dia takda buat apa-apa kan kat kau?" Soal Daeyun kepada Haeda.

"Buat apa nak putus dengan dia? Lagipun, dia yang selamatkan aku masa kemalangan bas tu." Haeda berkata lalu Daeyun dan Hyuna hanya terdiam. Haeda tersenyum melihat reaksi mereka.

"Dahlah. Tak payah nak kisah pasal hubungan aku dengan Jungkook. Korang tak bawa apa-apa ke?"

Daeyun dan Hyuna berpandangan sesama sendiri sebelum tersenyum penuh makna.

"Jjang!" Daeyun mengangkat sebuah plastik ke udara membuatkan Haeda tersengih teruja.

"Memandangkan haritu kita tak dapat lepak, so, kami cadang belikan kau tteokbokki dan kita lepak sinilah!" Daeyun berkata riang lalu Haeda menepuk tangannya seronok.

"Yeay, makan!"

Haeda terus bersila di atas katil lalu dia mengeluarkan meja khas untuk pesakit makan pada katilnya itu dan meletakkan plastik tteokbokki itu di atas meja tersebut.

"Selamat makan, semua!"

-

"Dah siap ke?"

Haeda mengangkat wajahnya daripada terus mengemas barangannya ke arah gerangan yang berada di muka pintu wadnya. Senyuman girang terukir di bibirnya lalu dia mengangguk laju sebelum beg yang dipegangnya dizipkan.

"Dah." Jawab Haeda ringkas bersama senyuman.

Jungkook tersenyum lalu dia mengambil beg milik Haeda itu dan dimasukkan ke dalam tangannya. Kedua tangannya kemudiannya dimasukkan ke dalam poket jaket hitam yang dipakainya, membiarkan beg milik Haeda tergantung di lengannya.

"Jom?" Ajak Jungkook membuatkan Haeda sekali lagi mengangguk laju.

"Jom."

Kini, Haeda dan Jungkook hanya berjalan di lorong pejalan kaki untuk pulang ke rumah mereka.

"Kenapa tak naik bas je? Kan lagi cepat?" Soal Haeda kepada Jungkook yang berjalan di sebelahnya.

"Tak naklah. Aku nak luangkan masa yang lama dengan kau." Jungkook membalas lalu kepalanya di jatuhkan ke atas bahu milik Haeda. Haeda tergelak perlahan.

"Eee, mengada." Ujar Haeda membuatkan Jungkook mengangkat kepalanya lalu tersenyum.

"Mengada dengan kau je." Ujar Jungkook membuatkan Haeda tersengih suka lalu dia menggigit bibir bawahnya bagi menahan dirinya daripada fangirl.

"Apa-apa jelah, Jungkook."

Sedang mereka berjalan, minda Haeda bagaikan teringat akan sesuatu lalu disebabkan perkara itu, langkahnya terhenti. Jungkook memberhentikan langkah lebih lambat dari Haeda lalu dia memusingkan tubuhnya menghadap Haead yang berdiri statik tidak jauh darinya itu.

"Kenapa?" Soal Jungkook pelik kepada Haeda. Wajah Haeda diangkat memandang Jungkook lama.

"Awak...tak nak bagitau saya ke?" Soal Haeda lalu Jungkook mengerutkan dahinya, bingung.

"Apa maksud kau?"

Langkah Haeda dibawa mendekati Jungkook lalu dia berhenti betul-betul di hadapan Jungkook dengan kepala yang didongakkan memandang Jungkook yang lebih tinggi darinya itu.

"Pasal awak." Ujar Haeda ringkas.

"Tch. Apa yang kau nak tahu pasal aku?" Jungkook membalas lalu memusingkan kembali badannya menghadap jalan yang sepatutnya dilalui oleh mereka dan berjalan perlahan. Haeda juga turut melakukan perkara yang sama.

"Apa-apa jelah. Saya rasa macam...saya tak tahu apa-apa pun pasal awak." Kata Haeda membuatkan Jungkook terangguk-angguk.

"Okaylah. Nama aku Jeon Jungkook. Umur 18 tahun. Tinggal di Gangnam Residensi. Hak milik Yeo Haeda."

"Eh?"

Jungkook tergelak mendengar reaksi daripada Haeda itu. Haeda juga turut tertawa kecil.

"Ada-ada jelah awak ni. Awak pernah erm bercinta?" Soal Haeda, cuba ingin memasuki tajuk yang sebenarnya dia ingin ceburi daripada tadi.

"Kenapa kau nak tahu?" Soal Jungkook kembali dan kini kedengaran agak dingin.

"Saja?"

"Tak perlu tahulah."

"Kenapa pula?" Soal Haeda pelik.

Langkah Jungkook terhenti membuatkan langkah Haeda juga turut terhenti. Keluhan Jungkook kedengaran jelas di telinga Haeda membuatkan pandangan Haeda naik memandang Jungkook yang hanya tertunduk.

Jungkook terus mengangkat wajahnya lalu dia memandang Haeda di sebelahnya.

"Haeda. Tolong jangan paksa aku?" Beritahu Jungkook. Haeda baru sahaja mahu membantah namun pantas dipintas oleh Jungkook.

"Tapi-"

"Tolonglah, Haeda. Aku tak suka kau tanya aku benda yang aku tak nak cerita. Tolong faham aku. Dahlah. Jom balik." Jungkook berkata lalu tangan Haeda ingin ditarik mengikuti langkah.

Haeda masih statik berdiri di empatnya tanpa bergerak sedikit pun bagi mengikuti Jungkook, termenung kosong usai mendengarkan kata-kata daripada Jungkook itu.

"Yah. Kau kenapa?" Soal Jungkook kepada gadis itu.

"Awak tak percayakan saya ke, Jungkook? Saya siapa dalam hidup awak?"

Jungkook mengeluh lalu dia meramas rambutnya dengan hatinya sebal. Dia terus menggenggam kedua-dua bahu milik Haeda lalu wajah Haeda ditatapnya. Namun, Haeda hanya menundukkan pandangannya daripada menyambung pandangan mata mereka berdua.

"Bukan macam tu, Haeda. Aku cuma...belum bersedia." Pansangan mata Jungkook dilarikan daripada terus memandang Haeda lalu pegangan pada bahu Haeda terlepas.

"Aku belum bersedia untuk ingat kembali kisah silam aku yang gelap. Tolong faham aku? Hm?"

Haeda menghembuskan nafas perlahan bagi menenangkan jiwanya yang bergelogak. Dia sedih namun dia tahu Jungkook pasti mempunyai sebab.

"Okay. Maaf sebab memaksa. Saya cuma nak tahu je." Kata Haeda setelah lama berdiam diri.

Jungkook tersenyum nipis lalu dia membawa tangannya menggenggam tangan Haeda dan mula berjalan.

"Aku sayang kau tau. Jangan pernah kata aku tak percayakan kau. Aku terasa seperti tak layak jadi teman lelaki kau."

Haeda di sebelah hanya menunduk sebelum senyuman nipis dilikis di bibirnya.

"Maaf." Ucap Haeda perlahan.

"Takpalah. Kau tak salah. Bila aku dah bersedia, aku janji aku ceritakan segalanya pada kau."

Haeda hanya mengangguk perlahan membuatkan senyuman nipis terlukis di bibir Jungkook.

-

Haeda kini sedang terbaring elok di atas katilnya. Dia memandang siling biliknya lama. Mindanya melayang entah ke mana sekarang.

"Mungkin aku patut lupakan niat aku?" Ujar Haeda kepaa dirinya sendiri apabila teringat niatnya ingin merungkaikan rahsia di sebalik kes pembunuhan Shin Jungha.

Aku belum bersedia untuk ingat kembali kisah silam aku yang gelap.

Kata-kata Jungkook tadi mula terngiang di minda Haeda kembali sebelum keluhan mula terlepas dari bibirnya.

"Ya, aku patut lupakan niat aku." Haead berkata dengan yakin dengan senyuman meyakinkan terukir di bibirnya.

Keesokan harinya, Haeda an Jungkook kembali datang ke sekolah bersama. Haeda berniat untuk ke loker bukunya di kawasan loker untuk mengambil bukunya lalu Jungkook hanya bersetuju dan mengikut langkah Haeda.

Pintu loker Haeda dibuka lalu senyuman di bibirnya lentur apabila matanya menangkap satu nota lekat yang ditampal pada lantai lokernya.

Diambil nota lekat tersebut lalu dia mula membaca satu per satu perkataan yang dicoretkan di atasnya.

'Kau nak nasib kau jadi macam Shin Jungha ke, Yeo Haeda?'

"Kenapa?" Soal Jungkook, memberhentikan langkahnya betul-betul di belakang Haeda.

Haeda terus menyorokkan nota lekat itu di belakang tubuhnya lalu tubuhnya dipusingkan menghadap Jungkook. Kepalanya menggeleng laju dengan pandangan matanya yang bergetar. Namun, dia tahu dia sudah terlambat kerana Jungkook sudah merampas tangannya lalu nota tersebut diambil kasar.

Haeda tertunduk apabila Jungkook mula membaca apakah yang tertulis di atas nota lekat itu. Nota itu kemudiannya digumpalkan oleh Jungkook bersama ketapan gigi.

Jungkook terus memandang Haeda lalu dapat dia lihat tubuh Haeda yang menggeletar dengan kepala yang masih tertunduk.

Dengan pantas, Jungkook menarik Haeda masuk ke dalam pelukannya.

"Kau jangan takut. Aku berjanji aku akan lindungi kau. Aku janji."

•••

So, ada yang komen dekat chapter lepas yang cerita ni macam dah nak habis. But, actually, no. Hehe. Panjang lagilah. Banyak lagi benda tak terungkai dalam ff ni. So sabarlah menanti Idae habiskan ff ni ye? Love ya guys💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro