
tujuh belas
" Tak bermakna? Kau cakap hubungan kita ni tak bermakna? " Taehyung menatap anak mata aku. Pandangannya seolah-olah aku membuat satu keputusan yang bodoh.
Aku mengangguk lambat. Taehyung mengeluh berat lalu bangkit dari bangku yang mereka duduki.
" Jangan cakap perkara bodoh " Taehyung ingin melangkah pergi tapi aku memanggilnya dari belakang. Itu menyebabkan dia berdiri membelakangi aku tanpa sempat bergerak.
" Aku tak cakap benda bodoh, Taehyung. Jujur dengan aku, kau dah penat dengan aku kan? " Tanya aku.
Taehyung mengangguk. Dia pusing menghadap aku. Wajahnya masih dingin dan langsung tiada senyuman seperti selalu.
" Ya. Aku penat dengan kau. Sebab kau tak pernah bagi apa yang aku nak. Aku nak cinta aku dibalas. Susah sangat ke? "
Aku tundukkan wajah. Aku tak berani nak pandang wajah Taehyung yang dingin itu.
" Pandang aku bila aku bercakap, Jang Neulmin "
" Jang Neulmin "
Taehyung melepaskan nafas apabila aku masih tidak mahu memandang dia. Dia berjalan menghampiri aku lalu mengangkat wajah aku dengan jarinya.
Wajah aku ditilik dari dahi hingga ke dagu. Anak mata aku sudah bergetar dengan pandangan yang Taehyung berikan.
Kenapa aku macam ni? Kenapa aku cepat sangat kalah dengan Taehyung? Mana Neulmin yang selalu?
" Sekali lagi aku tanya kau. Kau sayangkan aku? "
Aku mengangguk.
" Boleh kau cintakan aku? "
Kali ini aku tidak mengangguk mahupun menggeleng. Aku tak boleh jawab soalan macam ni. Bukan mudah kerana hati aku masih pada seseorang yang pernah membahagiakan aku.
" Jang Neulmin, boleh kau cintakan aku? " Taehyung sekali lagi mengulangi soalannya.
" A-aku tak tahu "
Taehyung melepaskan dagu aku. Dia menghela nafas seraya mengangguk.
" Esok malam jumpa aku dekat tasik semalam. Kita putus dekat sana "
Taehyung melangkah pergi meninggalkan aku. Terdapat senyuman penuh makna pada bibirnya selepas dia berjalan pergi.
***
Aku duduk di tepi kolam renang. Wajah aku muram dan kusam sahaja sejak pulang dari kampus.
Hati aku terasa kosong. Dan aku sedari tadi sedang cuba untuk menahan tangisan.
Aku tak patut menangis kerana seorang lelaki. Ini bukan diri aku yang sebenar.
Esok malam, aku akhirnya akan berputus dengan Taehyung. Mungkin selepas ini aku akan dapat mencari kebahagiaan yang sebenar.
Tiada lagi kesengsaraan. Yang ada cuma lah kebahagiaan.
Aku akan bebas daripada tangan Taehyung. Aku berhak untuk melakukan apa apa sahaja selepas ini. Aku boleh sentiasa ke kelab, cari lelaki lain dan sebagainya.
Bebas. Aku sukakan kebebasan.
Kerana sejak aku bersama dengan Taehyung, aku dihalang untuk memakai pakaian seksi seperti sediakala, aku dihalang untuk bergaul dengan lelaki di kelab.
Tak apa. Mulai esok, aku boleh kembali ke perangai asal aku.
Aku gembira. Ya, aku gembira.
Hahahah tak. Sejujurnya aku tak gembira langsung.
Hati aku rasa sakit dan kosong mengenangkan semua kenangan antara aku dan Taehyung walaupun tak ada yang menarik.
Aku akan rindu untuk bergaduh dengannya atas perkara kecil. Aku akan rindu untuk mendengar bebelannya mengenai pakaian aku.
Lagipun, Taehyung sudah banyak mengubah aku.
Aku.. tak tahu nak cakap macam mana.
" Apple juice or orange juice? " Jungkook duduk di sebelah aku dengan dua tin jus yang berlainan perisa.
Aku senyum tipis.
" Apple "
Jungkook mengangguk lalu menolong aku untuk membuka tin jus minuman tersebut. Aku menerima hulurannya setelah tin itu dibuka.
Dia masih sama. Gentleman.
" Yoongi cakap kau down, itu pasal aku datang. Mana tahu aku boleh teman kau ke " Jungkook memberitahu aku tujuan dia datang ke rumah.
" Kau okay, Neullie? " Soal dia penuh prihatin. Matanya tidak pernah lepas memandang muka aku.
Sama seperti dulu. Ketika kami berdua masih hangat bercinta.
" Tak okay sikit " Jujur aku. Aku tundukkan kepala. Aku tak nak Jungkook nampak air mata aku yang bertakung ini.
Aku tak nak nampak lemah di mata dia.
" Kalau kau nak cerita, cerita lah. Aku selalu ada untuk kau, Neullie "
" Aku tak tahu macam mana nak cerita "
" Pasal Taehyung ke? " Tebak Jungkook. Lambat lambat aku mengangguk.
" Aku ingat kau dengan dia dah berbaik "
Kepala aku digeleng perlahan.
" Aku mintak putus tadi. Dan dia setuju untuk putus dengan aku esok malam " Jelas aku. Tak lawak ke bila nak putus, tapi ada pula masa untuk putus.
" Jadi kau sedih sebab nak putus dengan Taehyung? "
Aku mengangkat bahu. Aku serabut dengan perasaan aku. Mengapa aku perlu bersedih jika hati aku masih pada Jungkook?
Mungkin kerana aku turut menyayangi Taehyung.
" Neul, kalau kau tak bahagia dengan Taehyung, putus lah. Kalau kau rasa kau tak boleh hidup tanpa dia, kekalkan hubungan tu " Tutur Jungkook.
" Tapi hati aku tak ada untuk dia, Jungkook " Aku naikkan wajah. Dahi Jungkook berkerut sedikit.
" Jungkook, aku masih sayangkan kau " Akhirnya terluah juga isi hati aku. Aku tahu aku tidak sepatutnya berkata sebegini tapi aku tidak dapat menahan lagi perasaan aku. Jungkook harus tahu yang aku tidak dapat melupakan dia.
Jungkook terkedu mendengar confession aku. Bibirnya terbuka sedikit untuk mengatakan sesuatu tapi tidak kesampaian.
" Maaf " Aku berkata perlahan.
" Ingat, Neul. Kau ada Taehyung. Dan aku bukan jenis seseorang yang suka menganggu hubungan orang lain "
" Fikir baik baik. Kalau kau betul-betul sayangkan Taehyung, jangan lepaskan dia. Tapi kalau kau betul tak ada perasaan dekat dia walau sedikitpun .. "
Jungkook menghela nafas.
" .. Aku ada untuk kau "
***
" Neul, jangan balik lewat sangat. Nanti mama dengan papa nak bawak kau pergi satu tempat " Pesan Yoongi kepada aku yang sedang memakai kasut.
" Ya. Aku tau " Balas aku malas.
Hari ini merupakan hari jadi aku. Hari ini juga merupakan hari terakhir aku bersama Kim Taehyung.
Jadi dia sudah merancang kesemua tahi ini dari awal lagi. Dia ingin melihat aku bersedih pada hari jadi aku.
Dia benar-benar seorang lelaki yang kejam.
Aku mengucup pipi Yoongi yang sedang berdiri di hadapan pintu sekilas sebelum aku bergerak ke kereta milik aku.
Enjin kereta aku hidupkan lalu aku bergerak ke destinasi yang disebut oleh Taehyung.
Sesampai sahaja aku disana, aku mengambil nafas buat beberapa kali sebelum aku mematikan enjin kereta. Aku masih tidak keluar dari perut kereta.
Semalam aku sudah menyediakan fizikal dan mental aku. Aku sudah fikirkan kesemuanya dengan baik.
Aku tidak cintakan Kim Taehyung. Tapi aku sayangkan dia. Kerana dia telah menunjukkan apa itu kebahagiaan walaupun secebis. Walaupun hubungan kami penuh dengan pergaduhan, aku dapat merasakan kebahagiaan tersebut.
Dan kata-kata Jungkook meninggalkan kesan di hati aku. Tapi itu tidak bermakna aku akan kembali kepadanya.
Aku perlukan masa.
Aku memandang diri aku melalui pantulan cermin. Okay. Aku sudah bersedia untuk ditinggalkan oleh Kim Taehyung.
Aku mencapai beg silang aku lalu disilangkan pada tubuh. Aku berjalan menuju ke tasik tersebut untuk mencari kelibat Kim Taehyung.
" Mana dia ni? " Tanya aku kepada diri sendiri. Sudah lah langit semakin gelap. Kawasan ini hanya diterangi oleh lampu lampu yang malap sahaja.
Aku keluarkan telefon bimbit untuk mendail number Taehyung. Lama aku menunggu tapi panggilan masih tidak terjawab.
Aku semakin hilang sabar. Dia ni pun, nak putus tu punctual lah sikit masa. Dasar jam melayu.
Sekali lagi aku mendail numbernya. Tidak lama selepas itu, aku terdengar bunyi deringan telefon yang tidak jauh dari aku. Semestinya bukan datang dari telefon aku.
Aku berjalan mengikut bunyi deringa telefon tersebut dan aku dibawa ke sebuah pokok tua yang sangat besar.
" Taehyung? " Aku menyeru nama Taehyung. Kot kot lah dia menyorok ke.
" Taehyung? Kau ke tu? "
" Jangan main main dengan aku, Kim Taehyung. Aku tak suka "
Tiba tiba aku telinga aku terdengar bunyi suara rendah seseorang sedang menyanyi kecil.
" Happy birthday to you , happy birthday to you , happy birthday to my dear , happy birthday to you ~ "
Aku lekas memusingkan tubuh aku. Mata aku menangkap figura Kim Taehyung yang sedang berjalan ke arah aku dengan sebuah kek kecil yang dihiasi dengan lilin.
Aku tergamam.
Apa semua ni? Dia cakap nak putus dengan aku.
" Happy birthday, dear " Taehyung tersenyum lebar semasa dia berada di depan aku.
Aku masih terdiam tergamam terkedu dan sebagainya. Aku tak menyangkakan semua ini.
" Tiup lah lilin tu "
Aku menuruti kata-kata Taehyung. Lilin yang terdapat di atas kek itu aku tiup perlahan sehingga terpadam.
" Apa ni semua, Taehyung? " Soal aku masih tidak percaya dengan apa sahaja yang baru berlaku.
" Kau cakap nak putus dengan aku dekat sini " Kata-kata aku membuatkan Taehyung ketawa kecil.
Taehyung meletakkan kek tersebut di atas tanah yang sudah dilapik oleh tikar kecil. Dia menarik aku masuk ke dalam dakapan.
" Tak ada maknanya aku nak putus dengan kau. Kau gila ke nak aku lepaskan orang yang paling aku sayang dalam dunia ni selain mama aku? "
Dia pandang anak mata aku.
" Aku tak akan pernah lepaskan kau. Aku tak nak sia-siakan hubungan kita, Jang Neulmin " Taehyung senyum lebar.
Rupanya dia tipu aku untuk datang sini sebab dia nak buat suprise mengejutkan ni? Hebatnya kamu. Buat bazir masa betul aku sedih sebab nak berpisah dengan dia.
" Terima kasih, Taehyung " Aku mencium pipinya sekilas.
" I love you and happy birthday again, dear "
Sekali lagi dia menarik aku masuk ke dalam dakapannya yang hangat dan selesa.
Aku harap hati aku akan berubah. Aku harap satu hari nanti aku dapat mencintai dia seikhlas hati aku. Aku harap satu hari nanti aku dapat melupakan Jungkook.
--
kekelingan cerita ni ya Tuhan.
sebenarnya dah agak lari dari plot asal tapi tak apa, selepas dua chapter nanti, plot asal akan muncul HAHAHAHAH
get ready .
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro