Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

tujuh

" Kau sedar lah sikit diri kau tu. Selekeh nak mampus macam ni, kau fikir Jungkook akan pandang kau ke? " Dahi aku ditunjal perlahan. Sampai hati mereka memperlekehkan aku sampai macam ni.

Aku tundukkan kepala. Langsung tidak berani bersuara kerana kalau hendak dibandingkan dengan mereka, siapa lah diri ini.

" Jang Neulmin, dengan cara pemakaian kau ni, baik kau pergi jual ikan je lah dekat pasar sana "

" Yah Kang Jiyeon! "

Suara lelaki itu menyebabkan kami berdua menolehkan kepala ke tepi untuk melihat pemilik suara yang melaungkan nama Jiyeon dari jauh.

Dia, Jeon Jungkook.

" Pergi sana. Jangan berani ganggu Neulmin lagi " Kata Jeon Jungkook setelah dia berada di hadapan aku.

Jiyeon tersenyum sinis.

" Jungkook, you pilih perempuan selekeh tu? Hey Jungkook, sedar lah. Dekat dunia ni ramai lagi perempuan "

" Aku tak kisah "

Mata aku membesar ketika Jungkook memeluk bahu aku dari tepi.

" Walau selekeh macam mana pun dia, Jang Neulmin tetap adalah milik aku dan aku sayangkan dia "

Dengan kata-kata itu lah, aku dan Jeon Jungkook secara rasminya menjadi pasangan kekasih.

Walaupun hampir kesemua orang disini mentertawakan Jungkook kerana memilih perempuan selekeh seperti aku,

Walaupun hampir kesemua orang disini menghina aku,

Hubungan kami tetap teguh.

Jungkook tidak pernah berhenti membahagiakan aku.

Kerana dia betul betul sayangkan aku.

" Acehwahhh Neulmin. Semalam date dengan Taehyung ek? " Ahra menyenggol lengan aku. Aku segera tersentak daripada lamunan.

Oh God, kenapa aku teringat tentang kisah silam yang aku cuba lupakan itu pula?

" Seronok tak semalam? Kemain eh masing masing post gambar dekat Instagram " Ahra memandang aku dengan sengihan nakal. Aku menggulingkan mata seraya meraup rambut aku ke belakang.

" Tolong lah. Itu pun sebab aku kena paksa "

" Dia bawak kau pergi mana semalam? Aku nampak ada sungai je " Soal Ahra.

" Satu sungai yang entah dekat mana. Okay lah tempat tu. Tak ramai orang sangat dan tenang " Jawab aku. Ahra cuma membalas dengan anggukan kecil.

" Nanti aku nak ajak Jimin pergi sana lah. Dia tu asyik asyik bawak aku lepak kafe je " Wajah Ahra bertukar muram.

" Dahtu? Takkan kau nak dia bawak pergi kelab? Kau tu dah la jenis tak sosial macam aku. Kang dia cari perempuan lain dekat kelab tu baru kau tau "

Kata-kata aku membuatkan aku terima tamparan kecil pada lengan oleh Ahra.

" Hey! Jimin setia okay! "

Aku mengangkat bahu.

" Let's see then "

Ahra melepaskan dengusan kecil lalu dia bermain dengan telefonnya.

" Tapi Ahra... "

" Apa? " Ahra mengerling aku sekilas.

" Aku tak sangka yang Jungkook akan hadir semalam. Nasib aku tak pergi "

Ahra yang tadinya leka bermain telefon terus membaling telefonnya ke atas meja. Dia mendekatkan badannya dengan badan aku. Rak wajah aku bertukar terkejut.

Dah kenapa minah ni?

" Ha! Tu lah pasal! Aku nak cerita pasal Jungkook ni "

" Wo wo, rileks lah. Tak payah nak datang dekat sangat dengan aku " Aku menolak perlahan bahu Ahra supaya dia menjauhi aku.

" Hehe. Ni ha, kau nak tau tak apa Jungkook buat semalam dekat sana? "

" Apa dia buat dekat sana? "

" Dia cari Jiyeon, babe. Kau ingat kan Jiyeon? Senior yang selalu perlekehkan kau masa zaman noob kau dulu "

Huh nama tu. Kang Jiyeon. Sampai mati pun aku takkan lupa.

" Ingat. Mati hidup balik pun aku akan ingat nama perempuan tak guna tu " Aku mengetap bibir kegeraman. Bukannya aku tidak pernah dibuli olehnya suatu ketika dulu. Sering sangat aku dibuli oleh perempuan sial itu.

" So, semalam Jungkook cari dia. Aku pun tak tahu apa kes lah tapi nampak macam mesra semacam je. Bukan ke dulu Jungkook tak suka Jiyeon? " Tanya Ahra.

" Come on, Ahra. Jungkook tu pun manusia. Bukan dinding. Kalau dengan aku pun perasaan dia boleh hilang sekelip mata, apatah lagi dengan perempuan macam JiBitchYeon tu "

Ahra mengangguk lambat.

" Ya tak ya jugak. Tapi sekarang setakat Jiyeon tu pun kau mampu tumbangkan kan? Entah entah Jungkook pun kau mampu tambat balik "

" Ahra, benda dah lepas. Antara aku dengan Jungkook dah tak ada apa apa. Dan kau pun tau kan yang aku tak suka getback dengan bekas aku "

" Okay sorry sorry "

***

" Auch " Aku mengaduh kesakitan di saat kepala aku diketuk oleh seseorang.

" Apa kau ni, Yoongi?! " Pekik aku. Aku tak kacau dia pun yang dia kenapa nak kena ketuk kepala aku.

" Ni ni ni. Semalam aku nak marah kau tapi kau dah lari masuk bilik, kan? Biar aku marah kau sekarang ni " Yoongi menyilangkan tangan pada dadanya.

" Apa benda kau merepek ni? Bazir masa aku betul la " Aku menepis badannya supaya aku mempunyai ruang untuk berjalan tapi Yoongi pantas menarik tangan aku.

" Apa lagi, Yoongi? " Tanya aku malas.

" Kau ni semalam kalau ya pun nak date dengan Taehyung, fikir lah jugak keadaan abang kau yang tengah kelaparan "

Aku mengangkat kening.

" Aku suruh kau beli ayam mekdi. Tapi kau belikan aku Mc Chicken . Kau memang tak reti beza ek antara ayam goreng dengan burger? "

Aku mengeluh perlahan. Pasal ayam mekdi je? Dia cari aku semata-mata pasal ayam mekdi?

" Eh Yoongi. Kira baik la jugak aku belikan kau burger. Kalau diikutkan hati, aku memang nak biar kau kelaparan je " Aku gulingkan bebola mata.

" Biadap eh kau, adik? Nasib sayang je tau "

" Okay kalau macam tu, aku nak blah dulu. Nak shopping dengan Jungri . Malam baru aku balik "

Baru saja aku ingin membuka langkah, Yoongi menahan tangan aku sekali lagi.

" Ehhh kejap. Malam ni ikut aku jom? Aku nak pergi parti rumah Seokjin. Diaorang semua teringin nak tengok kau sebab selalunya susah nak tegur kau ni. Hotstuff lah katakan " Tutur Yoongi. Aku menghela nafas.

" Pukul berapa? "

" Pukul 8 kita gerak. Ada kawan kawan aku yang lain. Mana tau kau boleh jumpa jodoh ke malam ni "

" Okay whatever "

Yoongi terus meninggalkan aku selepas aku bersetuju untuk mengikutnya malam nanti. Aku menghantar Yoongi pergi sehingga kelibatnya hilang dari pandangan aku.

Bila aku turut ingin pergi, Taehyung pula datang menegur aku. Ya Tuhan, boleh tak bagi aku pergi dari sini? Kenapa ramai sangat nak tegur aku ni?

" Malam ni free? " Soal dia sebaik sahaja berdiri di depan aku. Aku menggeleng.

" Aku nak ikut Yoongi pergi parti kawan dia "

Taehyung mengemam bibir seraya mengangguk faham.

" Pastikan kau tak pakai dress yang terlampau ketat atau seksi " Pesan Taehyung.

" Why must I ? "

" Sebab kau aku punya. Jaga diri kau tu " Kata Taehyung. Okay, aku tak nafikan yang jantung aku berdegup kencang lepas aku dengar apa yang baru keluar dari mulutnya.

Stop it. Itu semua permainan lelaki.

Lelaki dan kata-kata manis berpisah tiada.

Taehyung menyandarkan badannya pada loker manakala aku masih berdiri statik di sebelah dia. Erm, rasanya dah tak ada apa apa kot jadi aku nak pergi sekarang.

Tapi..

Susuk tubuh seseorang yang sedang berjalan ke arah aku dan Taehyung membantutkan niat aku.

Mata aku tidak lepas dari memandang dia. Aku tahu aku tak patut macam ni tapi aura dia terlampau kuat untuk aku tidak memandang dia.

Sama seperti dulu.

Jungkook mengerling ke arah Taehyung sekilas sebelum dia berjalan melalui kami berdua.

Dia langsung tak pandang aku.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro