Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

tiga puluh

5 tahun kemudian ...

Tangan aku ralit mengemas semua fail-fail yang sudah berselerak di atas meja kerja aku. Semuanya kerana aku terlalu sibuk kebelakangan ini untuk menguruskan hal syarikat mama.

Iya, aku bekerja di bawah syarikat mama sebagai naib pengerusi syarikat ini. Segala yang berkaitan dengan syarikat ini harus diurus oleh aku dengan baik.

Mama terlalu sibuk menguruskan syarikat di San Fransisco jadi kerana itu lah dia melantik aku sebagai naib pengerusi syarikat dia di Korea ini.

Nak mengharapkan Yoongi, dia sudah pun menjadi pemuzik di Korea. Katanya dia mempunyai bakat dan minat yang mendalam terhadap muzik.

Papa agak kecewa kerana tiada seorang pun daripada kami yang ingin menjadi peguam HAHA.

" Cik Jang, mesyuarat dah nak bermula " Tegur setiausaha aku di sebalik pintu pejabat milik aku. Aku pandang dia sekilas lalu mengangguk.

Aku segera mengambil fail-fail yang akan digunakan nanti semasa mesyuarat lalu bergerak ke bilik mesyuarat bersama setiausaha aku, Kim Adriana.

Dia kacukan Korea Malaysia. Orangnya pun cantik tapi semestinya aku cantik lagi hahahah k dah.

" Adriana, syarikat yang nak collab dengan kita untuk pakaian musim bunga nanti dah sampai ke? Kalau boleh saya tak nak tangguhkan mesyuarat semata-mata nak tunggu dia orang sampai "

Hari ini merupakan mesyuarat pertama aku bersama syarikat yang akan bekerjasama dengan syarikat kami untuk fesyen musim bunga nanti. Jadi aku tak nak ada penangguhan berlaku. Aku seorang yang menepati masa, bukan macam kaum melayu dekah Malaysia.

Kim Adriana mengangguk kepalanya.

" Wakil dari TH'S Company baru je sampai dalam lima minit tadi. Hensem gila wakil dia, cik! Sampai saya pun rasa nak mintak number dia hehe " Kim Adriana tersengih kegatalan. Aku cuma menggelengkan saja kepala melihat tingkah laku setiausaha aku yang seorang ini. Biasalah, baru lepasan kolej. Itu yang bercinta monyet semacam.

" Awak jangan nak macam macam. Kita nak kerja dengan diaorang, bukan nak cari jodoh " Pesan aku sebelum menolak pintu bilik mesyuarat dan melangkah masuk ke dalam diikuti oleh Kim Adriana.

Sebaik sahaja aku melangkah masuk, aku terus menunduk hormat kepada semua yang hadir untuk mesyuarat hari ini. Malas hendak melihat satu-satu wajah mereka, aku terus menghayunkan kaki ke arah tempat duduk aku dan melabuhkan punggung di atas kerusi.

Aku mencapai fail yang mengandungi nama-nama wakil daripada syarikat TH's Company. Satu persatu nama mereka aku menilik sampai lah mata aku terberhenti pada satu nama ini.

Iaitu nama ketua wakil mereka.

Kim Taehyung , TH's Company.

" Eh?! " Aku mengerutkan dahi. Lalu aku mendongak memandang depan.

Dan disitu lah dia. Kim Taehyung yang sedang duduk bertentangan dengan aku dan kini dia memandang aku dengan senyuman nakal yang menghiasi wajahnya.

Aku terus melarikan pandangan. Weh, ketahian apakah ini?

Selepas lima tahun aku tidak berjumpa dengannya dan sekarang kami bertemu di sini? You must me kidding me.

Jadah betul bila jantung aku berdegup lain macam. Aku cuba mengabaikan ketahian ini dengan mengambil nafas.

" Boleh kita mulakan mesyuarat? " Tanya aku. Sebaik sahaja semua orang bersetuju untuk memulakan mesyuarat, lampu bilik ini dipadam dan hanya cahaya daripada projecter sahaja yang menerangi bilik ini.

Satu persatu pereka daripada syarikat aku dan syarikat TH's Company tampil ke hadapan untuk menyampaikan idea-idea mereka mengenai fesyen musim bunga.

Kesemua idea mereka membuatkan aku rasa mengantuk dan migrain.

" Cik Chaehyun, idea apa awak tengah bagi ni? Awak nak buat pakaian sekolah untuk kanak-kanak ke? "

" Tema kita adalah fesyen terkini musim bunga. Bukan untuk musim sejuk. Waktu musim bunga siapa yang nak pakai baju tebal-tebal macam kulit beruang kutub utara ni? Next ! "

" Memangnya dalam dunia ni ada kaum perempuan je ke? Habis fesyen untuk kaum lelaki macam mana? "

Aku melemparkan fail pereka terakhir tadi ke atas meja. Aku memicit dahi aku kerana serabut dengan mereka ini. Takkan satu idea yang menarik pun tak dapat fikir?

Sudah lah musim bunga akan tiba dalam masa empat bulan lagi. Mana sempat nak siapkan semuanya dengan segera kalau macam ni jadinya?

Aku melepaskan keluhan dan memandang wakil-wakil dari TH's Company.

" Ada cadangan lain? Nampaknya idea mereka semua tak boleh pakai untuk projek kita " Tanya aku. Mana lah tahu salah satu daripada mereka ada idea yang lebih menarik daripada pereka-pereka tadi ke.

Tiba tiba ketua mereka bersuara. Suara yang sudah lama aku tidak mendengar.

" Cik Jang Neulmin, awak yang terlalu tegas. Saya rasa boleh je guna idea mereka tu. Cuma perlu ubah sikit je " Kata Kim Taehyung.

" Idea macam tu awak nak guna? Baju yang dah serupa baju pasar malam tu? " Aku angkatkan kening. Kim Taehyung mengangguk kepalanya.

" Why not? " Dia mengangkat bahu. Aku menolak rambut paras bahu aku ke belakang seraya mendekatkan diri aku dengan meja.

" Encik Kim Taehyung, saya tak tahu syarikat encik ni macam mana tapi encik kena tahu yang syarikat kami ni mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Saya tak nak baju-baju keluaran syarikat kami ni diperbuat daripada bahan-bahan murah " Jelas aku. Sengaja aku menekankan nada aku. Biar dia tahu betapa tegasnya aku dalam urusan kerja. Kita ketepikan dulu perasaan peribadi.

Kim Taehyung melepaskan tawa yang kecil sebelum dia mengangguk kepalanya.

" Okay. Saya faham cik Jang Neulmin. Saya ada satu idea. Cik sudi dengar? " Kim Taehyung menjungkitkan kedua belah keningnya.

" Teruskan "

" Macam ni... " Lalu Kim Taehyung mula menjelaskan idea dan perancangannya tentang projek fesyen musim bunga syarikat kami berdua.

Selepas terperap di dalam bilik mesyuarat selama dua jam lebih, akhirnya aku dapat keluar daripada situ dan menghirup udara pejabat.

Rasanya kalau aku masih duduk dalam tu, boleh mati. Mati sebab terlampau tertekan. Tapi nasib lah idea yang diutarakan oleh Kim Taehyung itu berguna dan akhirnya kami mencapai kata sepakat.

Aku dan Kim Adriana berjumpa dengan wakil-wakil dari syarikat Kim Taehyung. Kami saling berjabat tangan tanda terima kasih dan selamat jalan sebelum kami semua pulang ke syarikat masing masing.

Aku menunduk sedikit ke arah Kim Taehyung memandangkan dia adalah ketua mereka. Aku masih harus menghormatinya. Dan dia turut membalas tundukkan aku.

Semasa aku ingin melangkah pergi, Kim Taehyung menahan bahu aku. Aku pusingkan tubuh dan memandang dia dengan kening yang terangkat.

" Kalau kau ada masa, boleh kita bersembang sekejap? "

***

Dan di sini lah aku dan Taehyung kini berada. Kami sama sama bersetuju untuk meluangkan sedikit masa di kafe yang tidak jauh dari pejabat aku.

Taehyung mengangkat tangannya untuk memanggil pelayan yang berdiri tidak jauh dari kami.

" Bagi saya satu Chocolate Frappé dan .. " Taehyung mengalihkan pandangan ke arah aku.

" Dan satu Ice Chocolate untuk dia. Tanpa kafein ya? " Taehyung mengukirkan satu senyuman manis.

Kepala pelayan tersebut terangguk-angguk ketika menulis pesanan Taehyung. Selepas itu, dia terus meminta diri untuk ke dapur.

Taehyung masih tahu yang aku tidak menggemari kafein. Aku tersentuh.

" So, kau apa khabar? Lama kita tak berjumpa, kan? " Taehyung memulakan bicara.

" Baik dah sihat macam yang kau tengok. Dah lima tahun rasanya kita tak berjumpa. Aku tak sangka yang kita akan berjumpa balik dekat syarikat aku " Balas aku. Aku suka keadaan dan suasana kami sekarang ini. Santai sahaja dan tidak kekok. Mungkin kerana sudah lima tahun berlalu. Keadaan kami tidak tegang lagi.

" Well. Aku sebenarnya tahu kau kerja dekat syarikat mama kau. Sebab tu lah aku nak bekerjasama dengan syarikat mama kau " Penjelasan yang jujur daripada Taehyung membuatkan aku sedikit terkejut. Dia masih ambil tahu tentang aku?

" Kau tahu? Kenapa nak bekerjasama dengan syarikat mama aku? " Aku ingin tahu dengan lebih lanjut tapi ketahuilah yang aku tidak mengharapkan apa apa yang lebih daripadanya lagi.

Taehyung mengangguk kepalanya seraya menyilangan kedua belah kakinya. Tubuhnya disandar pada badan kerusi.

" Aku nampak kau post gambar dekat media sosial. Dan aku nak bekerjasama dengan kau sebab aku tau kau ada potensi dan bakat dalam fesyen " Jelasnya. Aku meng-oh-kan saja. Sekarang aku faham. Dia nak bekerjasama dengan aku atas tujuan kerja dan tak lebih dari tu.

Tapi aku masih tersentuh kerana dia masih mengambil tahu tentang aku walaupun sudah lima tahun berlalu.

" Kau nampak makin matang, Neulmin. Makin cantik " Puji Taehyung. Aku tersenyum malu kerana dipujinya. Tidak tipu bila aku cakap pipi aku sudah mula memerah sedikit.

" Kau pun apa kurangnya? Masa zaman kampus dulu macam lepat pisang. Sekarang dah macam model lepat pisang "

Gurauan aku membuatkan tawa Taehyung meletus. Lama aku tidak nampak dia ketawa dan gembira seperti ini.

Ah, aku sangat merindui dia.

Bodoh betul bila terfikir balik semasa aku tidak menghargai dia dulu. Betapa bangangnya aku ketika aku dah sehingga sekarang, rasa kesal itu masih ada dalam hati aku.

Dia juga telah menjadi semakin matang dan kacak. Penampilannya kelihatan seperti seorang usahawan yang berjaya. Haih <3 .

Ketika suasana menjadi senyap, otak aku ligat berfikir apa yang patut aku sembang dengan dia. Sebenarnya ada banyak yang aku ingin bualkan tapi bila melihat wajahnya, terus otak aku tersekat di skala enam.

Errrr patut tak aku tanyakan pasal status dia sekarang? Mana tahu dia solo lagi ke, kan?

" Taehyung, kau masih single ke? "

Taehyung menaikkan matanya untuk pandang aku kemudian dia ketawa. Erm, lawak ke?

" Kenapa? Kau nak try aku balik ke? " Soalnya diselangi tawa. Mulutnya ditekup supaya dia tidak mengeluarkan tawa yang lebih kuat berbanding sekarang ini.

Aku berdecit geram dan menjelingnya halus. Senang betul hati dia cakap aku macam tu. Tak tahu ke perasaan malu dah menyebulungi diri aku sekarang ni?

" Hahaha okay, maaf " Taehyung cuba menahan ketawanya. Aku pandang dia semula, setia menanti jawapan dari bibirnya.

" Aku dah jadi tunang orang dah pun, Neulmin. Tahun lepas kami bertunang "

Kata-kata yang meniti di bibirnya itu membuatkan aku terkedu. Aku terkejut tapi aku cuba mengawal riak wajah aku supaya Taehyung tidak sedar akan perubahan wajah aku.

Hati aku tiba tiba berasa sesuatu. Sesuatu perasaan yang aku sendiri tak tahu macam mana nak tafsirkan. Tapi aku yakin yang aku ada terasa hampa dan kecewa.

Bukan sedikit. Banyak.

Tapi aku cuba mengukirkan senyuman. Aku nak Taehyung tahu yang aku tidak kisah dan sedang menjalani hidup yang gembira sekarang ini.

" Serius? Apa nama dia? Cantik tak? Baik tak? " Bertubi-tubi soalan aku lontarkan kepada Taehyung. Aku terpaksa kerana ingin menutup kekecewaan dan kesedihan aku sekarang ini.

Taehyung menganggukkan kepalanya.

" Nama dia Han Suyeon. Aku kenal dia masa aku pergi travel ke Paris dua tahun lepas. Mungkin sebab itu kota cinta, jadi aku pun jumpa cinta aku dekat kota cinta tu " Aku nampak bibir Taehyung mengukirkan satu senyuman yang aku tidak pergi melihat. Iaitu senyuman yang sangat bahagia.

" Dia cantik sangat. Dan dia baik. Terlalu baik untuk dunia yang kejam ni " Tambahnya.

Jadi dia sudah jumpa seseorang yang jauh lebih baik berbanding aku.

Aku tersenyum pahit. Aku bahagia kalau Taehyung bahagia.

" Kau macam mana? Dah berpunya? " Giliran Taehyung menyoal status aku. Aku gelengkan kepala.

" Masih bergerak solo. Nak fokus dekat kerjaya dulu "

" Woah, Neulmin dah besar. Tak macam dulu lagi dah " Kata Taehyung dengan kagum. Aku membalas dengan ketawa sahaja. Dia ingat bagus lah tu nak ungkit diri aku yang lama?

Kemudian Taehyung menilik jam tangan yang dililitkan di pergelangan tangannya. Mata aku tertumpu pada jari manisnya yang sudah bercincin. Kenapa lah aku tak perasan dari tadi?

Sekurangnya tak ada lah aku akan rasa kecewa sampai macam ni.

" Okay lah, Neul. Aku nak kena gerak dulu. Nanti petang ada mesyuarat lagi "

Aku dan Taehyung sama sama bangkit dan menuju ke luar kafe ini. Dia berdiri di hadapan aku.

" Terima kasih sebab sudi luangkan masa kau dengan aku. Jumpa lagi masa mesyuarat kedua kita nanti. Dan kalau ada peluang, aku bawak tunang aku jumpa kau " Taehyung menghadiahkan aku senyuman manis. Aku turut tersenyum.

" Jumpa lagi, Taehyung. Jaga diri " Aku dan dia sama sama menunduk sebagai tanda hormat sebelum dia pusingkan tubuh dan membuka langkah pergi.

Aku menghela nafas lega. Aku berasa sangat puas hati dapat berbual semula dengan Taehyung seperti dulu. Seolah-olah tiada apa yang pernah terjadi di antara kami berdua.

Walaupun perbualan kami singkat, tapi aku tetap gembira dapat mendengar suaranya, melihat wajahnya.

Dia sudah pun bakal menjadi milik seorang perempuan yang lebih baik dari aku. Tidak apa lah, sekurangnya aku tahu yang dia bakal bahagia dengan pilihannya.

Akhirnya aku sedar bahawa aku memang mampu memberikannya kebahagiaan tapi ada lagi yang dapat memberinya kebahagiaan yang lebih bahagia, tulus dan ikhlas.

Tapi ada sesuatu yang dia tidak tahu.

Dia tidak tahu yang aku masih mencintainya. Dia tidak tahu yang aku masih menyayanginya. Dia tidak tahu yang aku masih memikirkannya. Dia tidak tahu yang aku masih mengingatinya hampir setiap hari.

Dia tidak tahu yang aku masih menunggunya kembali ke pangkuan aku. Dia tidak tahu yang aku masih ingat dan ikut pesanan daripadanya lima tahun dahulu. Dia tidak tahu yang aku berubah demi dia.

Dia tidak tahu dan dia tidak akan pernah tahu.

He Never Know.

" If we were still together, we'd still miss each other. And that's the reason why we are not "

- THE END -

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro